Assalamualaikum....Susah betul nak update blog sekarang. Apatah lagi nak blogwalking ke blog orang lain. Selain mood ke laut, kesuntukan masa dan peluang pun satu hal la. Tenet dah takde, time hujung minggu kalau ke rumah kawan baru boleh update blog. Kalau hari kerja tu curi2 masa je update FB. Kadang kala bukan juga nak berlagak dengan orang tentang apa yang kita masak2. Tapi selalu saja kawan2 minta ajar buat sesuatu. Jadi, kita belajar dengan orang dan pada masa yang sama boleh ajar orang lain lagi. Kalau kata nak berlagak tu jauh sekali la kalau nak banding dengan blogger2 yang hebat.
Kali ni Nani buat karipap biasa guna resepi doh Tun Telani. Memang senang cara buatnya. Housemate Nani excited menggetel juga walaupun pertama kali pegang doh karipap. Seronok apabila dapat ajar orang lain dan berkongsi apa yang kita tahu. Paling tak tahan, dengan kelim senget benget pun, diorang still snap gambar, simpan sebagai kenangan. Pada pendapat Nani, resepi doh Kak Tun ni sedikit berminyak sebelum kita goreng. Tak liat macam doh lain. Tapi, apabila dah siap goreng, memang rapuh sangat. Tak keras dan sangat sedap! Harus cuba tau!
Karipap nampak sikit hangit sebab goreng dalam minyak sikit je. huhuh...
Nani c&p dari blog Kak Rosaliza...Terima kasih buat Kak Tun n Kak Rosa ye...
DOH KARIPAP BEST
RESIPI : TUN TELANI
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan:
4 cawan tepung
2 sb margerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sk garam
Cara-cara:
- panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
- tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
- dh sejuk siket, campur garam n air.
- Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..
INTI (VERSI NANI) :
resepi : nuwairaniismail.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 keping dada ayam tanpa tulang -dicincang halus
3 ketul ubi kentang -dipotong dadu
1 labu bawang besar -dipotong dadu
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 inci halia -ditumbuk lumat
2 sudu makan cili kering kisar -optional bagi yang suka pedas
2 sudu serbuk kari daging
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub pati lembu knorr -boleh ganti dengan kiub ayam @ bilis
air secukupnya
2 sk gula
garam secukupnya
Cara - cara :
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Tambahkan cili kering kisar dan serbuk kari. Tumis hingga garing atau pecah minyak.
- Masukkan ayam cincang, kacau sebati. Seterusnya campurkan kentang dalam bahan tumis. Kacau rata dan perasakan dengan kiub pati lembu.
- Tambahkan air sehingga tenggelam paras bahan tadi.
- Masak sehingga kentang empuk dan air sedikit kering.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
- Apabila air dah cukup kering, tutup api, biarkan sedikit sejuk baru boleh guna untuk buat karipap.
Kelim yang herot2 tu harap dimaafkan la...saya budak baru belajar...huhuh