kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, June 30, 2011

Biskut Dahlia

Assalamualaikum....Salam Sejahtera...

Macam dh lama betul menggantung periuk ni. Dah bersawang periuk kt dapur. Mentang2 la dapat makanan free 3 hari ek! Hihih... Okla, sengaja nk tayang biskut dahlia ni awal2. Bagi naik sikit semangat nk raya. Ntah nape hari tu gi kedai boleh terbeli tepung ubi. Fikir punye fikir, "aku nk buat ape dgn tepung ubi ni?" Terus teringat resepi biskut dahlia...Ha....Memang ngam betol la sbb mase cuti hari tu baru je sy wat balik acuan dahlia ke Sabah. Yela, mak beli saje, gunanya macam sekali dua aje. Ampun mak! Heheh...Gigih betul i menerap pakai acuan ni. Sekali masuk boleh buat 3 ketul aje. Jenuh nk perabih 1 adunan.. Huhuh...Okes, meh sekodeng resepi olahan sendiri ni ye.



BISKUT DAHLIA
resepi : Cik Nuwairani

Bahan :
1/2 cwn butter/marjerin (125g)
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum

Cara :
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
  2. Ayakkan tepung ubi, kastard, jagung dan gandum ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit. 
  3. Gaul sebati sehingga warna kuningnya sekata. 
  4. Masukkan dalam acuan dahlia dan buat bentuk bunga sehingga habis.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah selama 8-10 minit.
  6. Note : Kalau agak2 doh terlalu lembik, boleh tambah tepung gandum 1 sudu besar. Doh tidak boleh terlalu lembik, nanti masa bakar biskut akan meleper. Kalau terlampau keras, susah nk buat bentuk pula. Doh agak lembut, tetapi jika dipegang, tidak melekat di tangan. Selalunya bergantung kpd jenis butter @ marjerin yg digunakan.
Untuk hiasan di bahagian atasnya tu sy guna doh yg sama cuma letak pewarna merah sikit. Kalau susah nk gentel, tambah la tepung satu sudu kecil. Biskut ni mmg jenis yg rapuh, cair di mulut, tidak di tangan. Heheh...

Gantung Periuk 3

Ayam masak merah + labu masak lemak + sayur kacang panjang goreng + sambal belacan!
Nampak kuantiti yg sedikit2 mcm tu...tp Alhamdulillah cukup utk alas perut sehingga petang nanti...

Wednesday, June 29, 2011

Gantung Periuk 2

Selama ni asik tengok org lain je duk tayang gmbr nasi ayam, kali ni sy pulak nk tayang nasi ayam. hihih...
Nampak je rupe mcm tak sedap, tapi seriously mmg sedap. Lebih2 lagi makanan free!

Tuesday, June 28, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu....MUST READ!!!

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Hari ni sy rasa mcm iron lady pulak. Seawal jam 7 dh ada di sekolah. Jam 5.30 petang baru sampai rumah. Dah makan2, solat n siap2 semua, jam 8-10.30 malam gosok baju kerja (15 pasang + 7 helai tudung bawal). Gara2 sebulan tak gosok baju punye pasal. Ada 3 pasang baju batik sutera je belom gosok sebab dh tak larat nk berdiri lama sgt. Dah siap gosok baju, boleh pulak cuci kain sebaldi (tak penuh pon) tapi bukan masuk mesin, cuci tangan you! (mak mertua, sila baca entry sy) hihih...gatei jap!

Ok, berbalik kpd tajuk entry di atas, semasa sy di sekolah tadi sempat sy menjenguk bilik guru dan ternampak kelibat budak ini! Sila tengok gambar di bawah!


Ya, namanya baby Hazel Eve. Mummy Hazel keturunan Kadazan dr Kota Kinabalu. And mcm biasa, kalau ada baby di sekolah, semestinya mummy2 mereka memperkenalkan dengan Auntie Ning (panggilan manja sy di sekolah). Tak tau kenapa, tp mmg mcm tu. Tiap kali mereka bawa baby datang sekolah then terserempak dgn sy, "Tu nah, Auntie Ning!" Hihih...Bangga jap...Menjadi kesukaan baby2 di sini...

Ok, Hazel dilahirkan pada September 22, 2010 di Hosp Likas, berat 3.5 kg. Menariknya tentang Hazel ini, dia mempunyai seorang ibu yg sgt HEBAT dan sy sgt kagum dengan semangat mummy Hazel. Jadi, sebelum bermula cuti hujung tahun, sy sempat bersembang dgn mummy Hazel di Bilik Kaunseling. Pada masa itu mummy Hazel mcm tengah tunggu budak hantar buku teks. Jadi sambil menunggu, sy ajak dia sembang dulu bercerita mcm mana dia bersalinkan Hazel yg seberat 3.5 kg itu. Dia ckp dia kene bedah mase tu. Sungguh sy tidak tau mummy Hazel kene bedah n this is the 1st time sy dgr cerita org bersalin bedah dr awal sampai akhir.

Mummy Hazel pecah ketuban pada waktu pagi (kalau tak silap) dan air ketuban dan tukar menjadi HIJAU! Menurut doc, baby sudah berak dalam perut dan keadaan baby dlm bahaya jika dia termakan air itu (betol ke ayat sy?) Lebih kurang mcm tu la. Then, doc nasihatkan BEDAH dengan SEGERA!  Nak tak nak, mummy Hazel pon terpaksa dibawa ke OT utk dibedah. Doc dh inject bius kemudian tanpa membuang masa lagi, terus toreh pisau di perut mummy Hazel. Terus mummy Hazel terkejut, "Doc, sy rasa sakit!" Doc jawab, "Oh, mungkin bius belom rasa lagi tu, tak apa kami inject lagi. Mungkin ambil masa 5 minit utk rasa kebas" Menurut mummy Hazel, dia rasa mcm kene siat hidup2 pada masa tu. 5 minit berlalu doc teruskan juga bedah utk keluarkan baby. Memang mummy Hazel terjerit2 dalam OT sebab bius tak rasa pon di badannya. Demi menyelamatkan Hazel, mummy Hazel tetap juga bertahan. Masih terasa lagi macam mana pisau yg diguna oleh doc menembusi setiap lapisan kulitnya, tangan doc yg menyeluk liang perutnya, air yg keluar masuk mencuci darah di dalam perutnya dan jarum jahitan yg menembusi kulitnya. 

Apabila sudah siap dijahit, baby pon selamat, mummy Hazel diangkat berpindah katil utk dibawa keluar dr OT. Pada masa itulah baru kakinya terasa kebas...Sepanjang proses mengeluarkan Hazel dr perutnya mummy Hazel terpaksa mengerang kesakitan yg amat. "sy rasa mcm mo mati suda masa tu" itulah kata2 mummy Hazel yg masih terngiang2 di telinga sy...Adus...tatkala terpegun mendengar cerita mummy Hazel itu, sy nampak, dia menyapu air mata yg mengalir di tubir matanya...Sebak hati sy...Sungguh besar pengorbanan mummy Hazel untuknya...Sy tidak pernah bersalin dan sy tidak pernah alami apa yg ibu2 lain alami. Tapi sy percaya, inilah pengorbanan yg paling besar yg tidak ternilai harganya drp seorang ibu kepada anaknya... Sungguh sy tidak dapat tidur dengan lena pd malam itu mengenangkan cerita mummy Hazel tu. Sampai begitu sekali seorang ibu menggadai nyawa demi menyelamatkan nyawa anaknya... Apabila Hazel sudah besar nanti, kalau sempat sy akan ceritakan semula kisah ini kepada Hazel...

p/s : masker sy sudah kering, boleh dicuci sudah! Enjoy reading!

Gantung Periuk 1

ikan goreng + nangka muda masak lemak + sambal belacan!

bertambah sedap lagi apabila diberi makan percuma! Alhamdulillah....

Wordless Wednesday part 1

Monday, June 27, 2011

1st time ikut GA, terus dapat hadiah! suke2!

Assalamualaikum....

Hihih...minggu ni adalah minggu gantung periuk, kuali, belanga sebab breakfast n lunch disediakan oleh pihak sekolah sempena Temasya Sukan Daerah Kinabatangan 2011. Sekolah kami jadi tuan rumah, sy pulak kene bertugas. Ada peruntukan lebih, jadi kami dapatlah makanan free sepanjang 3 hari n also sehelai t-shirt ADIDAS. Kemain, you!

Ok, smlm ntah peél apa ntah asik rasa sedih je manjang. Pukul 10.00 malam dah terbaring2 nk tdo la konon. Pastu mata duk terkebil2 mcm xleh nk tdo...taktau apa yg difikir tu. Hmm..pastu tangan ni gegatal lagi nk bukak blog. Sekali nmpk entry Karipap Sayur. Apa pasal pulak org ni duk sebut2 nama aku ni? Rupenye i menang GA 7th batch Karipap Sayur! wah! sangat seronok! 


Memang dlm hati duk terfikir2 lagi, "kalau la aku menang..." memandangkan eyeliner yg sedia ada tu tinggal 2 mm je lagi panjangnye...Alhamdulillah...terpilih jugak akhirnya...Bukan tak boleh gi kedai beli sendiri, tapi, perasaan apabila dpt hadiah yg org bg ni lain tau! Dah dapat tau menang GA ni pon takleh nk tdo jugak! Terlampau excited pulak. hihih...Terima kasih Karipap Sayur! Lenkali invite la i join GA lagi ye!

p/s : sesape nk join, skrg dia ada bukak tu GA baru! try la kot2 korang pon boleh dpt hadiah best2!

Sunday, June 26, 2011

Nasi Goreng Ala2 Orang Sungai

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...

Haaa....dh makan malam semua? Hari ni angin ribut taufan rajin cik hosmate sy. Jadi, sy duk relaks saje, semua dia yg masak. Jadi mlm nii kami makan nasik goreng ala2 org sungai. Kalau siapa2 pernah singgah di Dataran Pekan Kota Kinabatangan, akan ada satu restoran namanya Sri Rozney Restaurant. Kedai ni menghidangkan nasi goreng orang sungai. Kelebihannya adalah udang galah goreng kunyit. Jadi, cik hosmate ni buat nasi goreng carrot pastu letak udang galah goreng kunyit. Kira2 ala2 nasi goreng orang sungai la tu. Sebenarnya kalau ada sambal belacan lagi sedap ni...


Bubur Kacang Hijau Jagung..

Assalamualaikum...Selamat petang...

Hari ni sy lunch di dewan makan sekolah...terlupa betol nk bawak kamera. Kalo tak, dh bleh snap gmbr lauk pauk hidangan di dewan makan yg sgt best itu...Rindu dengan suasana dewan makan sekolah sy dlu.. Selesai jugak akhirnya azab minggu ni...Sekarang tengah menunggu azab minggu depan lagi...Haiyaa...banyak lagi kerja yg belom setel. (cikgu2 lain sibuk mcm sy jugak ke?) huhuh...

Jadi, menu minum petang kali ni Cik Hosmate yg buatkan iaitu bubur kacang hijau dengan jagung... Memang best! Rasanya pon manis2 buah gitu...Jadi, layan jela ye!

buku pepel tula sy guna utk salin resepi2 drp blog atau MyR

Bubur Kacang Hijau + Jagung
kacang hijau
jagung tin
santan
biji sagu
gula melaka
gula
garam
daun pandan
air

* sukatan banyak mana tu kene tanya cik hosmate kemudian la..tp tu jela sebenarnya bahan2nya..yg sy tau, kacang tu mesti direndam dlu supaya lembut. pastu kita rebus kacang dengan air dlu baru la masukkan bahan2 lain. kalau tidak, kacang susah nk empuk ye kawan2..

sedap makan ni pastu minum lagi teh o panas...

Saturday, June 25, 2011

Aku Kawen!

Assalamualaikum...Salam Bahagia...

Hahah! Ntah pape jela kan tajuk entry tu. Ala2 gediks pulak. Bukan pe, tadi ada jemputan kenduri kt rumah student. Even student ni tak pernah belajar dgn sy, tapi sy turut dijemput sebab Cik Hosmate sy mengajar dia... Hahah! Yang sebenarnya kakaknya yg kawen...Diorg ni anak buah kpd Datuk Bung Mokhtar Radin. Mak aih! Besornya rumah diorg! Acara pon meriah2 jugak... Pastu sy apa lagi, sempat lagi posing2 kt situ bergambar sekali ngn set pelamin akad nikahnya..huhuh...Jangan jeles! (ayat budak tak pernah merasa duk atas pelamin)


Kek 3 tingkat yg ditempah dgn Cikgu Khairul Pupong. Tak berani sy nk tanya berapa harganya. Pernah ada org nk tempah kek bentuk KLCC dgn dia. Kirenya kalau kt Bukit Garam ni boleh rujuk dgn dia la kalau nk buat tempahan kek kawen. Kat bahagian dalam tu kek span buah campuran yg mana menurut chefnya, kek tu dibikin, telur putih dan kuningnya dipukul asing. Ala, buat meringue la senang cerita...Kesan lekuk pada bahagian bawah kek tu sebab bebudak tu main tekan2. Dia ingatkan ni kek main2. Hahah...nmpk mcm tipu2 kan? Icing fondant tu manis tak terkata...Huhuh...Seelok-eloknya kek tu xyah letak gula la kot kan? Hihih...memandai je...


Ini pulak menu makan tengah harinya. Kalau kt Sabah ni mungkin lain sikit la menunya dengan di Semenanjung. Sebenarnya sy nk snap di meja buffet, tp segan pulak kalau org tengok. Jadi, snap yg dlm piring sendiri jela. Ada udang mayonis, kari ayam, sate daging dan kuah kacang, pajeri nenas dan ikan sweet sour. Memang meriah dan sedap, ko! 


Tadi ingatkan nk bergambar jugak dgn c ZIZIE EZETTE, isteri muda datuk Bung, tapi tak sempat pulak, terus dia balik... haih...Posing dgn kek jela ek!

Muke kepenatan menunggu pengantin lelaki yg tak kunjung tibe...Haih!

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Sebenarnya ni menu minum petang ni...Dalam cuaca yg panas dan tak menentu ni, tekak rasa mcm nk telan kuih2 sejuk aje...Jadi, tengok2 bahan mcm boleh buat puding ni. Resepi asal oleh Firasyira MyR, kemudian sumber drp Nieza, Our Journey Begins dan Mama Olyn. Memang senang nk buatnya.. Amat sesuai utk mereka yg allergi dgn telur tu.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR
resepi asal : Firasyira
sumber oleh : Nieza, Mama Olyn

Bahan :

  • A) 2 senduk gula
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
  • C) 1 tin susu cair (lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara :
  1. Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah kaler emas tuang air sikit (sy letak lebih kurang 3 sudu besar) .. pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. - sy tapis dlu adunan ketika dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan ada buih2 atau ketulan agar2 yg tidak hancur 
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
boleh dapat 2 saiz bekas yg mcm ni. (sy buta lagi bab saiz loyang ni)

Rezeki Di Petang Hari

Assalamualaikum....Selamat petang....

Sedang sy meninjau budak2 di asrama tadi, tiba2 ada bunyi SMS masuk,

"NING, KO NAK PENGAT KELEDEK TAK?" 

Wah! ini mmg rezeki di petang hari! Tanpa berlengah, tanpa berfikir panjang, dengan muka tak malu, sy pon jawab, 
"NAK"

terima kasih daun keladi....

1st ever macaron~~

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Seriously sgt tergoda dgn macaron oleh Kak Juwita kita tu. Nampak kiut aje rupe kakinye...Malangnya, macaron yg sy buat, tidaklah begitu indah seperti yg Kak Ita buat...sob sob sob...Gigih ko aku buat meringue pakai handwhisk..Hah! Layan jela gmbr2 di bawah ni. Tak larat dah nk bebel...Wat penat tangan je menaip. Dahla berpeluh2 ni wat keje kat dapur...Fuhhhh~~~~

mcm terlebih gula pon ada...rasa manis aje...

bukan setakat nk nmpk kaki, habih segala isi perut kt dlm tu hah boleh nmpk.

yg rompong2 tu dh selamat masuk mulut le tu..heheh...dlm x jadi pon, masuk perut jugak ni....

Friday, June 24, 2011

Chocolate Chip Famous Amos Cookies

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari tu dh try buat western choc chip cookies resepi Raina  Kali ni nk try resepi lain pulak. Sy ternampak resepi ni di blog Kak Tun Telani. Terliur pulak tengok cookies dia bertenggek. Tengok list bahan2 semua ada kt rumah. Makanya, boleh la try mlm ni. 

CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
resepi : Mr. Namie. com
sumber : NazTun Telani


Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega - sy guna marjerin
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam -sy tak bubuh
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.
biskut feveret cik hosmate!

Mango Creamy Almond Slice Spongy Cake

Assalamualaikum....

Lambat betol nk wat kuar entry mlm ni...Huhuh....ada surprise!!! Heheh...Tgh buat keje2 kt dapur, tetibe Cik Hosmate balik dr bandar pastu belikan sy sepotong kek ni. Kalau di Sandakan, kedai kek yg glemer hanya Kelly's Snack House. Huhuh...Ini jela satu2nye harapan kami di sini nk dapatkan kek sedap n murah...Secret recipe pon ada, tp boleh je nk beli kalau duit berkopak2...HUhuh...Terima kasih ye Cik Hosmate...Lenkali beli la lagi...sy suke kek ni!

nk buat tak reti lagi, beli ajela senang...hihih

Menu tengah hari ringkas

Assalamualaikum...Selamat tengah hari...

Wah....terus kuar entry makan tengah hari...Bukan pe, muffin smlm tak habih lagi...Jadi tu jela menu bekfes. Pagi ni terus fikir menu tengah haru pulak. Bukak fridge, ada sayur bayam hijau yg cik hosmate beli xtau zaman bila dah. Katanya mlm ni ada jemputan kenduri kawen. Esok pon ada lagi. So, pikir2 balik, kalo tak masak sekarang, mmg bazir mcm tu jela sayur tu kan? Jadi, duk keletung keletang kat dapur selama sejam (lamanya !!) inilah hasilnya....heheh...

ikan masin goreng

sayur bayam masak air

jemput makan, ye!!!

Thursday, June 23, 2011

Try n Error = JADI! carrot muffin~

Assalamualaikum....Selamat petang...

Lama betol sy berfikir nk masak apa mlm ni. Kat sekolah tadi dh makan nasik banyak. Konon2 tak nak la makan nasik mlm ni. Mula2 nk wat puding, tapi lmbt boleh makan pulak. Nak wat cucur carrot, rasa mcm ada balance susu lg dlm fridge, so terfikir la nk buat muffin. Tapinya telur ada sebijik je lagi dlm fridge. Apa lagi, try n error la jawabnya! So, resepi ni tak berani nk sebut resepi sape2 sebab main taruk aje apa yg ada di dapur.

TRY N ERROR CARROT MUFFIN
resepi : sendirian berhad

Bahan :
2 cawan tepung gandum *
1/2 sk serbuk kayu manis* (tak letak pon takpe)
1 sk baking powder *
1/2 sk baking soda * (diayak bersama*)
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan buttermilk (1/2 cawan  susu segar + 1sk cuka)
1/2 sk esen vanila
1 cawan gula perang (kalau nk kurang manis, letak 3/4 cawan je)
1 1/2 cawan carrot sagat halus

Cara :
  1. Ayak semua bahan * dan ketepikan.
  2. Ambil satu bekas lain, pecahkan telur, pukul dengan gula perang sehingga kembang. (guna hand whisk je)
  3. Satukan buttermilk di dalam bancuhan telur, masukkan minyak dan kacau lagi bersama vanila sehingga gula agak2 hancur.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam tepung dan kacau sebati barulah digaul dengan carrot.
  5. Masukkan dalam bekas dan bakar sehingga 15-20 minit suhu 170 darjah. (ikut kepanasan oven masing2)
menjadi jugak akhirnya resepi try n error ni...korang pon boleh try n error jugak! heheh...

Orang Bujang Memang Sinonim Dengan.....

Assalamualaikum....Selamat pagi....

Sarapan ape ye semua? Sy minum cereal je pagi ni. Huhuh...Konon2 nk terus makan tengah hari la nanti. Kalau dh namanya orang bujang, tak sah kalau di umah tu xde dua benda ni. MAGGI & SARDIN. Hari ni dah blur, taktau nk masak ape kan, teringat pulak dlm kabinet dapur ada sardin... Punye la sy ni buta lg bab2 sardin. Tau beli aje. Sekali bila nk tuang, apasal susah sgt ikan ni nk kuar dr tin? Sekali keluar, ada 2 ketui besar punya! Rupanya ni ikan mackerel. Ala2 tenggiri la kot. Harganya pon mcm beza seposen dua jugak dengan sardin. Personally, sy lagi suka mackerel la. Sebelum ni sy pernah kirim tin yg mcm ni utk mr.google tp tak pernah pulak try makan sendiri. Kirenya pasni leh la beli lagi. (pemalas punya org bujang)

ini rupa tin mackerel 
*gmbr ehsan pakcik google

ini pula sardin biasa
*gmbr ehsan pakcik google

So, pasni jgn pulak ada yg tertukar lagi beli mackerel nk buat sandwich sardin plak ek! kita makan dlu!

sekali sekala makan ikan sardin pon sodap!

Saya Bukan Pembunuh......

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Baru hari ni tau pasal WORDLESS WEDNESDAY...rupenye Hari Rabu Bloggers akan post gambar sahaja without a word. Huhuh...Dapat blogger yg byk ckp mcm sy ni mane bleh nk wordless punye la...Nak ceritanya hari ni hari Rabu yg menyedihkan...Selepas sy excited post pasal cucur bilis kembung tu, tibe2 terdengar bunyi pelik kt luar...Sekali tengok, ikan dlm akuarium kt dalam rumah dah mati sekor....sob sob sob....maafkan saya....

Ikan ni sebenarnya ada 3 ekor. Sy ikut kawan2 sekolah memancing Mac 2010 (tahun lepas) di Kg Buang Sayang. Pastu konon2 nk siang utk goreng la. Disebabkan ikan puyu ni susah nk mati, jadi sy rendam garam dulu. Dah 2 jam rendam, tetap jugak tak mati. Terus terfikir, mungkin belum ajalnya la kot. Sy masukkan dlm bekas, bela dlu. Cukup bulan baru sy beli akuarium besar sikit (plastik je pon). Tapi mmg betol la ikan puyu ni tahan lasak. Pernah sy balik bercuti selama 3 minggu, Alhamdulillah hidup jugak ikan2 ni. Pastu pernah jugak sekali sy kalut2 bersiap nk berceramah, nmpk sekor duk terbaring atas lantai. Ntah mcm mana ikan tu boleh lompat keluar pon xtau la. Mula2 ingatkan dh mati. Sekali sy sepit, menggelepar pulak dia...Bila masuk dalam bekasnya balik, mcmhidup tak hidup je...Esoknya terus sihat walafiat...

Tapi kali ni lain ceritanya....Bila ingat2 balik, sy ada bg ikan2 ni makan minggu ni cuma bukan hari2. Tapi air kt dalam tu dh hampir sebulan tak bertukar. Sejak sebelum cuti lagi rupanya...Adus...Memang betol2 sibuk, xde masa pon nk amik peduli hal2 lain. Kalau dh diri sendiri makan pon tak teratur...Canelah nk jaga makan minum ikan tu ye..Naseb baik sekor je yg mati.. Ya, saya mengaku mmg salah saya...urm....sedey~~~

puyu yg dh arwah...

tinggal 2 ekor je lagi...hidup baik2 ye, jgn gaduh2 tau!

Wednesday, June 22, 2011

Tensen la pulek...

Kenapa tiba2 takleh nk upload gmbr kt blog ni....? haish! ada org lain yg mengalami situasi yg sama mcm sy, sila angkat tangan mcm ni~~~~

Cucur Bilis Kembung

Assalamualaikum....Selamat pagi semua!!!

Semoga ceria2 belaka! Dah habis azab utk minggu ni...Sedang bersedia utk menerima azab minggu depan pulak... Hadoi... Kerja mmg takkan pernah habis...Oklah, konon2 pagi ni nk tdo lama sikit sbb nk cover yg tak cukup tdo sebelum ni. Tapi bila dh biasa bgn awal ni, mcm xleh tdo plak ye. Last skali, bgn la jugak buat apa yg patut. Pagi ni sy buat sarapan Cucur Bilis Kembung resepi Sofinar MyR. Dah lama teringin nk buat. Tapi baru skrg ada kesempatan bolehh buat...Resepinya senang aje. Sy buat separuh adunan, guna bahan2 yg ada di rumah aje. Minta halal C&P ye..


  • 300g tpg gandum - sy guna 1 1/2 cwn
  • 1 biji telur - sy x bubuh pon
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 labu bwg besar - sy guna 1/2 je
  • 2 pokok daun bawang - sy x bubuh
  • 1 1/2 cawan air - sy letak 1 cawan (ikut kesesuaian)
  • taugeh jika suka -sy ganti lobak merah sagat
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit -sy tak letak
  • sedikit gula (1sk) *sy tambah sendiri

Cara-cara

  1. blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur.
  2. gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapgkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili
  4. note : adunan agak cair sikit ye. tapi jgn risau. bila masuk dlm minyak, mmg akan kembang. CUBALAH!

 seriously, sy belom pandai jemput2 mcm org lain. huhuh...bentuk pon herot2 lagi. Tak kesah la...janji leh masuk perut. heheh...

 Alhamdulillah...tak letak telur pon masih lagi lembut dan garing juga di luarnya...

Tuesday, June 21, 2011

Berbaloi Penat Lelah Mereka Merentasi Sg Kinabatangan~

Assalamualaikum....Salam bahagia (walaupun diri ini tak berapa bahagia)..

Hadoi...Penat tak terkata apabila seminggu lebih bertungkus lumus utk menjayakan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah ni. 


Mane nk urus sekolah sendiri lagi, urusan itu ini di peringkat daerah lagi...Huhuh.... Apapun, tahniah kpd semua peserta kerana berjaya menunjukkan bakat masing2 di samping mempelajari sesuatu yg baru. Pada saya, adalah sesuatu yg membanggakan sy apabila pelajar2 sy yg di sekolah kampung ni boleh buat kerja dengan sendiri. Guru hanya sebagai pembimbing dan itulah sebenarnya tugas seorang guru. Kita hanya menunjukkan jalan tetapi mereka sendiri yg menentukan jalan mana yg akan dilalui...

Sy tidak berminat utk bercerita tentang pelajar sy di SMK Bukit Garam sebabnya ada lagi cerita yang lebih menarik bagi sy utk sy kongsikan di sini. Sepanjang sy bergelar sebagai Pengerusi Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Kinabatangan selama 3 tahun, belum pernah sy jumpa guru sekolah kampung yg betul2 kampung yg memang menunjukkan komitmen yg baik terhadap pelajar2nya.  

Mereka (8 orang pelajar dan 3 org guru) terpaksa meredah anak sungai dengan menaiki bot sejam lebih dan kereta sejam lebih baru boleh sampai di sini. Kos utk menaiki bot pula menjangkau 200++. Tapi sy tidak pasti utk berapa org dan besar mana botnya (Sg Kinabatangan mmg terkenal dgn BUAYAnya yg BESAR2 ye). Guru kaunselingnya baru lagi posting di SK Abai tahun ini. Tapi sepanjang kami mengadakan meeting, belum pernah pula beliau tidak hadir. Sangat kagum sebab guru yang tinggal berdekatan dengan kemudahan yg banyak pon liat nk dtg meeting. 

Semasa kami meeting utk mengadakan karnival ini, gurunya berani menyahut cabaran utk menghantar semua peserta bagi semua acara. (sedangkan sy sendiri tidak bersemangat mcm tu).  Pada jam 7 pagi tadi, gurunya menghantar SMS kpd sy memaklumkan bahawa mereka lambat tiba kerana bot yg dinaiki ada masalah. Tapi kita doakan yg terbaik sahaja lah. Jam 9.30 pagi mereka 11 orang selamat tiba dan sy sambut depan pintu kereta utk memudahkan urusan mereka kerana pertandingan sudah bermula seawal jam 8.30 lagi.

Apabila bercerita dgn gurunya barulah tahu kisah sebenar. Mereka sudah keluar ke jeti seawal jam 6 pagi lagi! Tetapi setelah naik bot, tiba2 bot itu mati di tengah2 sungai. Terpaksa lagi dikayuh perlahan2 sehinggalah ada org kampung datang hantar enjin lain. Barulah bot yg diorg naik tu boleh bergerak semula. Sangat kesian kan? Orang selalu ckp kalau mengajar di kawasan pedalaman ni selalunya KAYA sbb dpt byk elaun. Bila difikir2 balik, tidak jugak sebab belanja naik bot dh berapa. Kalau bawak budak, selalunya mereka terpaksa guna duit sendiri. Belum tentu dpt claim dgn sekolah. (phm2 jela zaman dh kurang bajet skrg). Tapi sy percaya, mereka KAYA dengan kemuliaan hati....HATI SEORG GURU....

 ini merupakan peserta melukis poster. Dalam perjalanan menuju ke sini, dia boleh tanya soalan kpd sy, "Kakak kenal ka (ntah sape nama dia sebut, lupa suda)?" Tp nk ckpnya sy rasa mcm dh lama betol budak kecik mcm tu tak panggil sy KAKAK! huhuh...HARU jap...




ini pula peserta utk pertandingan folio kerjaya. Gurunya tetap berusaha lagi memberi kata2 terakhir kpd pelajarnya sebelum dipanggil utk perbentangan.

anda nampak gmbr ini??? Ya, mereka dtg dgn hanya berselipar jepon je...What do u expect kalo dh kene naik bot kan...Kalo sy pon x pakai kasut mahal2..tapi mereka sgt bangga sebab naik ke pentas utk menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua Pertandingan Model Kerjaya peringkat daerah. Agaknya kalau dapat johan, dh tentu sampai ke Kota Kinabalu dh budak2 ni.

Sekolah kampung, kategori pedalaman yg tidak pernah ikut program yg mcm ni tapi masih boleh membuktikan bahawa mereka juga mempunyai keinginan utk berjaya spt org lain, ada semangat dan masih mampu bersaing dgn mereka yg tinggal di bandar. Sungguh buat sy rasa kagum dan utk sekalian kalinya sy berfikir lagi....KHIDMAT SAYA MASIH DIPERLUKAN LAGI OLEH ANAK2 SABAH DI SINI....

Sunday, June 19, 2011

Eggless Chocolate Chip Muffin (Muffin Cip Coklat Tanpa Telur)

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Hadoi...penat sungguh seharian di sekolah hari ni. Kalau la cikgu ni diberi OT agaknya dh ribu riban sy dapat. Heheh...Bukan apa, minggu depan ada karnival kerjaya. Banyak persediaan nk kene wat. Dah penat2 balik rumah, malas nk masak nasik. Lunch tadi pon makan kt luar je. Jadi, ni nk tayang CHOCOLATE CHIP MUFFIN TANPA TELUR resepi KAK FIDA MyR. Senang aje cara buatnya. Tak payah sibuk2 nk tunggu telur suhu bilik la, butter suhu bilik la. Semuanya boleh main campak aje. Tapi ada caranya la. Meh kite sekodeng resepi Kak Fida ye!

  • Bahan A :-
  • 2 cawan tepung gandum(250g)*
  • 1/2 sk bicarbonate of soda*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 cwn choc chips (akak campur 1/2 cwn choc. chips + 1/2 cwn raisins) -sy guna 1/2 cup choc chip je
  • Bahan B :-
  • 60g mentega (1/4 buku) - dicairkan -sy guna marjerin puteri je
  • 3/4 cawan susu segar -sy guna full cream milk
  • 1/2 cawan gula castor (boleh kurangkan)
  • 1/2 sk esen vanilla

Cara-cara

  1.  Campurkan bahan2 A dalam mangkuk dan buat lubang di tengah2nya.
  2.  Satukan bahan2 B dan kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan tepung.
  3.  Kacau adunan hingga rata dan masukkan ke dalam mangkuk muffin 2/3 penuh.
  4.  Bakar pada suhu 175C selama 25-30 min atau hingga masak. -sy bakar 20 minit je
  5.  Enak di makan ketika muffin masih hangat atau pon dah sejuk.
note : simpan dlm bekas kedap udara jika tidak dimakan terus utk memelihara kualiti muffin itu.

adunan sebelum dibakar

setelah 20 minit dibakar (gmbr dgn flash)

 gmbr tanpa flash (susah betol kalo bergambar waktu mlm menggunakan kamera biasa ni)
tunggu ada rezeki lebih sikit la beli DSLR pulak pasni...

Saturday, June 18, 2011

Lunch Hari Ini- Nasi Ayam Segera~~

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...

lunch segera di Sri Rozney Restaurant gara2 tak de masa di rumah sepnajang hari ni....

Hari sabtu pon cikgu2 ni kene gi skola jugak..hohoh...Bukan apa, nk mengurus 15 org budak ni la...Dengan projek byk lg tak siap. Diorg pulak mcm main2 lagi. Hish...Geram betol...Tapi part yg best pulak, x payah suruh diorg ni solat. Pandai2 sendiri la diorg solat. Siap berjemaah lagi dlm bilik kaunseling..Sejuk hati cikgunya menengok....ALHAMDULILLAH....Ingat nk snap gmbr diorg solat, tp takot tak khusyuk pulak kan. Huhuh.... Ni je la yg sempat.

media maklumat yg baru 20 % siap...

pelakon yg tgh menyiapkan dan edit2 skrip utk sketsa 
(wah! sungguh tak disangka sy ditugaskan utk melatih budak sketsa!)
bakat terpendam yg tak pernah ditonjolkan selama ini.
huhuh~~~
esok kene gi sekolah lagi, YEAY!

Kuih Bangkit Asli (Kehangatan Syawal Semakin Dirasai)

Assalamualaikum...

Sebenarnya semalam lagi dh buat kuih ni. Teringin betol nk makan biskut2 tradisional yg mcm ni. Terus tengok bahan2, ON je! Kalau ikutkan, mudah sgt nk buat kuih bangkit ni. Tapi jarang pulak kan org buat. Takpe, pasni sape2 yg tak pernah buat, boleh la try resepi Kuih Bangkit Asli Kak Besah ni. Untuk percubaan, sy buat separuh adunan je dlu..

KUIH BANGKIT ASLI
resepi asal : Kak Besah MyR


Bahan-bahan ( +- 100 biji )

  • 3 cawan rata tepung ubi -sy guna tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa(tak campur air) -sy guna santan kotak je 
  • 1 cawan rata gula ising. (yg ni utk manis sedang2. kalau nk manis btol gunalah gula halus)
  • 2 biji kuning telur grade B
  • sehelai daun pandan disiat & disimpul
  • sedikit bijan utk hiasan -sy tak bubuh pon

Cara-cara

  1. campur kedua2 jnis tepung lalu digoreng tanpa minyak(sangrai) dlm kuali hingga ringan. lpastu ayak dan sejukkan.
  2. masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.
  3.  ayak gula ke dalam mangkuk. campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. mula2 memang sukar.. lps tu ok. kacau dgn pemukul telur manual jer hingga sebati.tp, kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
  4. gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. kuihni kena banyak uli. uli dgn tapak tangan macam uli doh roti canai. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x smestinya habis digunakan yer..
  5.  ambil seketul doh, gelek dgn penggelek antara dua helai plastik. celup acuan dlm tepung sebelum menerap kuih. susun atas loyang yg telah dilenser dgn majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nk canai & gelek doh kena diuli lagi spaya kuih jd rangup.
  6.  sapu dengan nipis ditengah2 atas kuih dgn putih telur lalu ditabur sedikit bijan.
  7.  bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu +- 170c selama 30 mnt atau hingga masak. ikutlah kepanasan oven masing2 yer..

 adunan sebelum dibakar

adunan selepas dibakar. Sy buat terlebih tepung. Jadi, biskut sedikit keras la. Walau bagaimanapun, satu cubaan yg baik jugak. Heheh...(tak cuba, mana kita nk tahu kan?)