Assalamualaikum....Salam bahagia...
Syukur sangat2 sebab masih berpeluang nak ngadap laptop ni...Kat Kelantan banjir teruk sekarang. Alhamdulillah kawasan Pengkalan Chepa masih lagi di tahap OK... Pendek kata, kalau Pengkalan Chepa ni tenggelam air, seluruh negeri Kelantan akan tenggelam. Hari ni macam kurang2 sikit hujan. Walau bagaimanapun, kawasan lain tetap juga banjir teruk. Kalau di negeri Kelantan, angka penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara tu dah mencecah angka seribu lebih sejak petang tadi. Kesian sangat dengan pelajar yang ambil SPM sebab terpaksa mengharung arus deras, nak pergi sekolah pun kena naik bot. Kita tinggalkan dahulu kisah banjir sebab malam ni nani nak kongsikan resepi apam mekar yang mak nani buat meniaga sekarang.
Al kisahnya, masa raya hari tu mak ada tempah apam mekar ni dengan jiran belakang rumah. Tapi kuih tu sepupu yang minta tolong tempahkan. Kami ni punyelah menitik air liur tengok apam tu. Comel sangat! Lepas raya tu barulah mak minta resepi dengan jiran tu. Kami panggil Encik Hadi. Sebenarnya isteri dia yang buat apam ni. Isteri dia kerja. Jadi, dia hanya terima tempahan untuk majlis2 jela. Dia tak buat kuih ni hari-hari. Mak dah minta izin nak buat meniaga kuih ni. Jadinya, takde hal la... Tidak juga menutup periuk nasi dia sebab dia pun ada customer sendiri.
Mak pula hantar kuih ni di kedai2 makan @ gerai jual nasi berlauk pagi2 tu. Selalunya mak akan buat kuih ni 2 adunan sebanyak 2 kali sehari. Kemudian ayah akan hantar kuih ni ke gerai @ kedai runcit awal pagi. So far, kuih ni boleh tahan selama 3 hari. Mak bungkus dalam plastik kemudian seal pakai mesin tu. So, kebersihan terjamin la. Jadi, atas permintaan UCU FARIDAH, nani masukkan resepi apam tu untuk dikongsikan bersama dengan tips membuat sekali. Terima kasih kepada Encik Hadi & isteri kerana sudi berkongsi resepi ni dengan mak. Semoga rezeki Encik Hadi & keluarga melimpah ruah dan diberkati Allah..
APAM MEKAR AIS KRIM SODA
resepi : Encik Hadi & Isteri
olahan : Bonda & Nuwairani
Bahan :
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis
1 sudu teh ovalete
1 cawan air ais krim soda F&N -guna jenama ni je tau!
300g tepung gandum
beberapa titik esen pisang -untuk kurangkan hanyir telur
beberapa jenis pewarna yang disukai
Cara :
- Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
- Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
- Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
- Titiskan esen pisang ke dalam adunan dan sebatikan.
- Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
- Sudukan adunan ke dalam cup saiz S (cup yang orang guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup. Jangan melimpah pulak.
- Kukus dengan api besar selama 7 minit.
TIPS PENTING :
- Bahan-bahan yang digunakan mestilah mengikut sukatan yang sepatutnya. Kalau terlebih tepung, apam akan jadi keras. Kalau terlebih ais krim soda, apam akan jadi lembik.
- Sukatan gula boleh dikurangkan sehingga 1 cawan lebih sikit2. Kadang2 kalau terlebih gula pun boleh menyebabkan apam jadi cair.
- Ais krim soda mestilah diguna yang berjenama F&N. Kalau jenama lain, apam jadi kurang menjadi. Air ais krim soda ni pula tidak boleh guna yang dah lama. Maksudnya kalau nak buat apam ni mesti guna air yang baru dibuka. Kalau dah kurang gasnya, apam tak akan naik juga. Memang bantat la. Sebab resepi ni tak guna baking powder. Kembang apam bergantung kepada gas ais krim soda tu.
- Waktu mengukus pula tidak boleh lebih, tidak boleh kurang. Kalau terlebih, nanti apam meresap air pula. Kalau terkurang, apam tak masak betul.
- Kalau nak tahu apam tu menjadi ke tidak, boleh tengok bahagian tapaknya tu rata dan cantik (tidak berkerut) dan bahagian atasnya kembang mekar dan merekah. Apam pun jadi ringan dan gebu aje.
- Jangan takut nak mencuba. Mak nani buat 10 kali pun, tetap ada juga silap sana sini. so, Selamat mencuba!!!
BTW, gambar ni nani ambil dari blog Eppoe, adik bongsu nani. Dia buat apam ni dengan mak masa raya haji baru-baru ni. Jeles dia tengok apam polkadot yang nani buat sebelum ni, dia pun buat dot2 juga kat apam ni. Huhuh...Kamera nani takleh guna buat sementara waktu. Cilok gambar dia dulu la....Dia ada DSLR, tu pasal gambar cerah semacam je...Halal la ye...Kite kan adik-beradik...huhuh....