kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, April 10, 2012

Gulai Ikan Tongkol Versi Kelantan

Assalamualaikum....Maaf sangat2 sebab tak dapat nak BW ke semua blog lain. Kesibukan yang melanda seminggu dua ni memang agak membataskan...Insyaallah malam ni Nani akan cuba juga melawat blog kawan2 yang lain ye. Minggu lepas dah buat nasi kerabu. Kemudian petangnya tu kami buat lagi gulai ikan ni. Kalau di negeri Kelantan, memang terkenal dengan sarapan NASI BERLAUK. Jadinya, sepanjang umur hidup kat atas dunia ni belum pernah Nani nak belajar cara-cara membuat nasi berlauk tu. Kalau rasa nak makan, beli aje kat gerai pagi2 tu....

Jadinya, resepi ni Nani buat berdasarkan apa yang mak cakap melalui telefon jela. Kebetulan masa tu mak sibuk bergosip dengan jiran sebelah rumah. Apabila Nani dah habis bercakap, belum sempat lagi kita end call, dia terus bagitahu jiran tu yang Nani baru nak belajar buat gulai ni. Aishhhh! Tensen betol! Sempat lagi dia bergosip pasal kita. Oklah, Nani tak pastilah resepi ni ada persamaan dengan orang lain ke, sebab kebanyakannya ramai yang dah pandai buat ni. Mungkin resepi ni boleh membantu kawan2 lain yang baru nak belajar masak macam Nani.

GULAI IKAN TONGKOL (NASIK BERLAUK)

Resepi : Bonda
Olahan : Nuwairani

Bahan A :
1 ekor ikan tongkol -dikerat2
2 inci lengkuas -dihiris nipis
2 keping asam gelugur
1 sudu besar cuka
sedikit gula melaka
sedikit garam
air untuk merebus

Bahan B :
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*5 tangkai cili kering 
1/2 kilo santan pekat
1/2 kilo santan cair
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit -optional
1/2 timun batang -optional
4 tangkai cili hijau -optional
kacang panjang -optional
betik muda -optional 

Cara :
  1. Campurkan semua bahan A dalam periuk dan rebus sehingga air hampir kering. Note : Seelok2nya rebus ikan sehari sebelum buat kuah gulainya. (ini petua daripada tauke nasi berlauk). Tapi kalau tak sempat rebus ikan awal, rebus dengan agak lama sedikit biar asam, garam, gula meresap masuk ke dalam isi ikan. Ketepikan.
  2. Sambil menunggu ikan siap direbus, kita boleh sediakan kuah santan dulu. Mula2 kisar bahan bertanda * dengan sedikit air sehingga hancur kemudian masukkan ke dalam periuk lain. Hidupkan api.
  3. Kacau bancuhan dengan santan pekat sehingga hampir mendidih kemudian masukkan santan cair. Sentiasa kacau sehingga kuah betul2 mendidih. Note : Sebelum mendidih pastikan guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya  kuah tidak berketul.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Note : Nani masukkan aje kuah ikan rebus tu (ambil airnya sahaja) kemudian baru seimbangkan dengan garam dan gula.
  5. Kalau warna kuah agak pucat, boleh tambahkan serbuk kunyit untuk menaikkan seri warna kuah. Kalau kuah agak pekat, tambahkan sedikit air manakala kalau kuah agak cair, masaklah sehingga kuah sedikit pekat dan naik minyak.
  6. Note : boleh masukkan sayur kegemaran masing-masing. Nani letak timun batang yang dipotong serong. Selain itu, boleh masukkan kacang panjang, betik muda, atau pun cili hijau pendek2 yang orang selalu buat solok lada tu.
  7. Kalau sayur dah empuk, boleh la hidang dengan nasi panas + sambal belacan. Perghhhh!
disebabkan tiada sambal belacan, nani makan dengan cincalok melaka! sedap sangat! untuk elakkan terlebih masin, basuh dulu udang tu, kemudian baru dicampur dengan bawang merah hiris, cili padi potong, asam limau kasturi dan sedikit gula. Sedap! Percayalah!

timun batang yang dipotong tu halus sangat. jadi, dah tak nampak. so, pasni boleh buat nasi berlauk dah kalo ngidam!


18 comments:

Liza said...

salam nani...sedapnya nengok lauk ikan tu...tetiba teringin nk mkn nasi berlauk pagi besok...hihihhiih
tp resepi akk xletak cuka..

sempat lg mak nani bergosip kan, sabo je la...hihihihihi

Nuwairani said...

tak letak cuka pon takpe...fungsinya cuma nak memejalkan lagi isi ikan tu supaya tidak hancur.

tun_telani said...

owh.. nasi berlauk tu guna ikan tongkol ke. biasa akak beli nasi yg letak lauk ayam, kuah je amik kuah ikan tu. hihi.. ikan tongkol ni mkn ngan nasi dagang je.

Acik Erna said...

salam nani..kelantan dan terengganu lain ke cara msak ikan tongkolnya.

Mama Ann said...

Sedap nya Nani..Mama tk pernah buat..boleh lah mama try nanti..

MulutPayau said...

sedapnya .....akak mmng suka gulai ikan tongkol...

ijayuji said...

Salam wani! eeeeee...sedapnyer gulai! akak jakun2 sikit dgn gulai gini, pernah buat sekali kalau tak silap lupa pulak, masa tu buat nasi dagang, akak plan nak buat nasi dagang arini bila tgk gulai wani niii makin tak sabo nak buat ehehe...

Asmara said...

fuh sedapnya dapt lauk mcm ni. baru tau masakan kelantan ni. hihi..

Amie said...

Assalamualaikum Nani,
kak Amie suka gulai tongkol tu, sedap harum aromanya! Satu lagi minta izin nanti nak cuna buat cencalok yang tak masin tu, terima kasih ye Nani.

Wani SK said...

salam nani ... bestnya dah lam dah x wat gulai ikan tongkol tu kalau ikan tu direbus beberapa hari sebelum nak guna lagi best ..terasa lagi kemasammnyya ..sambal cencaluk tu bestnya .. lama dah tak makan ..

Nuwairani said...

nasik berlauk original adalah ikan tongkol, kakak sayang...kalau buat nasi dagang, macam ada lagi rempah2 lain yg kite bubuh.

Nuwairani said...

salam acik..nani tak pernah makan yang tganu punya style. jadi tak tahu mcm mana. yg ni memang resepi org buat nasi berlauk kelantan.

Nuwairani said...

hmmm..kan mama ada menantu di kelantan kan? cuba tanya dia pernah makan ke tak nasi berlauk...sedap tau!

Nuwairani said...

masa kecik2 dulu tak berapa suka...tapi bila dah besar ni suke pulak..rindu nak makan masakan mak...

Nuwairani said...

wah! nani pon tak penah buat nasi dagang...bestnye...nanti nak blaja juga buat nasi dagang.

Nuwairani said...

kalo org kelantan wajib tahu masakan macam ni. sebelum ni memang dah kenal, tapi tak pernag try buat sendiri.

Nuwairani said...

waalaikumussalam kak amie...sila2..nani pon belajar daripada orang juga buat cincalok ni.

Nuwairani said...

salam kak wani...tula...nani skrg ni suka pulak makan ikan rebus..tak tahulah kalo dh meningkat umur macam ni rasa nak makan jenis2 menu kampung pulak...