Ni entry cepat2 je sebab nak siap2 pergi kerja pulak lepas ni. Hari ni Nani rasa nak lunch dengan sotong celup tepung. Tengok2 barang dapur, takde pulak telur. Selalunya orang celup telur dulu baru gaul dengan tepung rempah tu. Jadinya berfikirlah macam mana buat biar tepung tu boleh lekat dengan sotong nanti. Pastu dapatlah idea nak buat macam ni....
SOTONG CELUP TEPUNG TANPA TELUR
Olahan : nuwairaniismail.blogspot.com
Bahan :
Sotong secukupnya -nani ambil bahagian badan je
Tepung goreng serbaguna readymade -jenama nona @ adabi
*sedikit tepung gandum
*sedikit air
minyak untuk menggoreng
Cara :
- Potong badan sotong kepada 4 bahagian, ikut saiz sotong. Kalau dipotong dengan saiz setengah inci cepat masak sikit. Ketepikan.
- Bancuhkan bahan bertanda *sehingga menjadi cair seperti nak buat cekodok tu. Agak2 la ya kecairan bancuhan tepung tu. Gaul sebati hingga tak berketul.
- Letak tepung serbaguna dalam pinggan supaya senang nak gaul nanti.
- Gaul sotong seketul2 dalam bancuhan tepung, kemudian masukkan ke dalam tepung serbaguna. Gaul rata biar semua permukaan sotong disaluti dengan tepung.
- Panaskan minyak, goreng sotong hingga garing dengan api sederhana. Angkat, toskan minyak.
Alhamdulillah sotong tak meletup pun masa goreng, tetap bersalut tepung elok dan rangup! sekali sekala nak jimatkan penggunaan telur. Apalah nilainya nak dibandingkan sebiji telur dengan setengah cawan tepung tu kan???
7 comments:
alamak nani, peberet akk ni, segala jenis seafood grg tepung mmg pooojaaannn hatiku....mintak la sepiring, tak baik kedekut tau...hiihihihi
tema hari ni ..menyotongggg...hahahha...jom kita tukar2 pinggan yer nani...tapi ucu nk lebih tau...
salam nani..memang nampak sedap..acik suka sotong..masak apa pun suka sedap
tanpa telur...senang ni nanti bole cuba...
Salam cikgu...rajin nye...mbak sini seketoi dua sotong tu...ada je mengentri ye kite je lom mgupdate blog hihi...:-)
as-salam nani
npk sedaplah sotong celup tu nani..ratah2 macam tu aje pun sedap...
salam nani.. akak pun goreng mcm ni.. kes malas nk celup byk2 kali. hoho
Post a Comment