Alhamdulillah...Bersyukur lagi hari ni dikurniakan segala-galanya dalam hidup... Rasa tidak terhitung kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya... Nani baru betul2 belajar nikmat bersyukur ni macam mana... Kadang2 apabila kita dilanda masalah tu, rasa seperti Tuhan berlaku tidak adil kepada kita...Walhal, tanpa kita sedari sebenarnya Dia mahu menguji kita sama ada kita ingat atau tidak kepadaNya... Tak tahu nak ucap apa melainkan ALHAMDULILLAH buat masa sekarang ni. Macam2 masalah di sini, tapi Nani masih lagi mampu tersenyum...Motivasi di pagi Ahad....Sekian....
Ok, berbalik kepada entry hari ini. Sebenarnya Nani buat laksam ni atas permintaan seorang kawan di Sandakan. Dia ni junior Nani masa sekolah menengah dulu. Katanya nak belajar buat ni. Nanti mak mertua minta, senang kalau dah pandai buat. Huhuh.... Oh, ibu mertua ku! Sila jangan request makanan pelik2 macam ni. Huhuh...babak gatai jap..Ok, sebelum buat laksam ni memang Nani dah deal awal2 dengan Afwani biar dia buat kuahnya. Kalau aku sorang buat sume ni, memang pengsan le...Disebabkan masa ni memang dah kebulur sangat, jadi Nani tak sempat nak snap gambar betul2. Huhuh...Layan jela resepi Kak Yani ni ye.
LAKSAM KUAH LEMAK
resepi : Yani, Myresipiolahan : Nuwairani
Bahan-bahan :
3 cawan tpg beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu besar tepung ubi - nani tambah
bahan kuah:
Ikan (direbus,dibuang tulang) -nani guna ikan selayang besar 2 ekor
Sedikit halia -nani guna 1 inci
Sedikit bawang putih -nani guna 3 ulas
Sedikit bawang merah/besar -5 ulas bawang merah + 1 ulas bawang besar
Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam pon ok -nani guna 1 sudu kecil
Santan -1/2 kilo santan pekat
Asam keping -2 keping
Sedikit garam
Sedikit gula merah/gula -gula merah lagi sedap
Bahan ulam
timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum (dipotong halus), limau nipis, kobis (nani tambah)
Bahan Sambal
cili merah
belacan
garam
limau
gula -nani tambah
Cara-cara :
- Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-untuk mengelak dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. -adunan mestilah kelihatan cair dan kacau setiap kali sebelum tuang ke dalam tudung periuk.
- Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis.
- Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
- Untuk cili : cili merah tumbuk dengan belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau.
ulam kobis dan timun
ulam kacang panjang dengan limau nipis. buruk benor rupe kacang panjang tu... Tukang masak dah penat sangat2 masa ni...Tak larat dah nak hiris cantik2...
Laksam yang siap digulung. Ada yang pecah2 jugak tu. Agaknya terlabih masa mengukus.
haaa....yang ni dah siap potong...comel kan? Huhuh....Kalo mak Nani tengok ni mesti dia jeles sebab dia pun tak pernah buat sendiri laksam. Yela, kalo dah tinggal ni Kelantan, pergi aje kat pasar Siti Khadijah, semuanya ada kat situ! Ok, terima kasih buat Kak Yani kerana sudi berkongsi resepi dan kepada kawan2 lain..... SELAMAT MENCUBA!