Bismillah......Assalamualaikum....Salam bahagia.....
Setelah seminggu bercuti, hari ni baru tergerak hati nak menulis blog. Biasalah kalau sudah dalam keadaan macam ni. Semua benda rasa macam tak larat nak dibuat. Selama 9 hari cuti, Mr.Google hanya dapat cuti sehari je. Sadis sangat2. Dah la kerja dari pagi sampai malam. Sudahnya, setiap kali dia pergi kerja, Nani akan ikut sama. Staf2 di tempat kerjanya pun kagum sebab dapat tengok kesetiaan seorang isteri menunggu suaminya bekerja sehingga habis masa. PERASAN! ekekeke...
Memang begitulah rutin selama cuti seminggu ni. Langsung tak masuk dapur sebab kami akan sarapan, lunch dan dinner di luar. Punyalah semangat beli inti kacang hitam, siap pinjam periuk kukus mak mertua lagi konon2 nak buat kuih pau. Tapi tak kesampaian juga hajatnya. Insyaallah cuti sekolah bulan 3 nanti akan balik KL & Kelantan lagi.
Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ni, sebenarnya dah lama nak masukkan entry tentang bajet kenduri kawen kami yang berlangsung pada Nov 2012 baru2 ni. Kami buat majlis kenduri kesyukuran sahaja. Alhamdulillah setelah ditambah tolak segala perbelanjaan, kami masih under budget. Tak sampai 10k pun belanja untuk kenduri kahwin di sebelah pihak perempuan. Di sini Nani masukkan beberapa bajet secara kasarnya untuk panduan kawan2 yang sedang merancang untuk buat kenduri kahwin dalam masa terdekat ni.
JAMUAN MAKAN -500 orang x RM9 = RM4500
SEWA SET BILIK & MEJA MAKAN -RM500
SEWA KHEMAH & KERUSI -RM700
KAIN BAJU PENGANTIN & SAMPIN -RM500
UPAH JAHIT 4 PASANG BAJU (L&P) -RM400
MEKAP -RM200
KAD JEMPUTAN (1000 KEPING) -RM890
DOOR GIFT -RM500
GUESTBOOK -RM150
TOTAL = RM8340
1. JAMUAN MAKAN
Alhamdulillah kami dapat murah untuk catering sebab orang tu kawan ayah. Kami kahwin pun bukan dalam musim perayaan. Jadi, harga barang masih consider OK berbanding mereka yang buat majlis dalam musim raya. Katanya harga barang naik dan memang tak dapat harga macam tu. Tak ingat lauk apa, tapi macam nasi minyak + 3 lauk + 2 jenis kuih juga. Kuih akok lagi tu. Kami edar kad 400 keping. Tapi tetamu yang datang tu macam cukup2 dengan bajet makanan. Tidak juga kurang. Tidak juga membazir. Tetamu yang sebelah malam pun masih boleh makan lagi lauk yang sama.
2. SEWA SET BILIK & MEJA MAKAN PENGANTIN
Sebenarnya kalau ikutkan hati Nani, memang taknak sewa menyewa ni. Oleh sebab Nani tak nak ada pelamin di rumah (tak nak bersanding la konon2), jadi kami hanya sewa untuk hiasan bilik & set meja makan sahaja. Dengan masa yang agak limited, persiapan 2 bulan lebih, jadi semuanya Nani serahkan kepada mak untuk membuat pilihan. Lagipun, si dia kerja di Klang, Nani di Sabah, memang tak sempat nak buat apa2 pun. Tahu2 aja, orang butik dah pasang set bilik tu. Walaupun kurang berkenan, tapi terima seadanya jela memandangkan nak bajet murah kan. Huhuh....
3. KHEMAH & KERUSI
Selalunya kalau orang katering ni memang dah sediakan awal2 khemah dan meja. Tapi, katering kami ni asingkan harga untuk kerusi dan meja. Terpaksa bayar asing lagi. Tak kisahla. Janji ada. Bab khemah kerusi ni rasanya korang boleh dapat yang lebih murah daripada ni kot sebab biasanya kalau sewa khemah, boleh dapat kerusi dan meja. Tapi, yang ini khemah sahaja RM250 tidak termasuk kerusi dan meja. Kami sewa 2 biji khemah besar. Itu pun sudah cukup untuk 500 orang tetamu.
4. KAIN BAJU PENGANTIN & SAMPIN
Disebabkan ukuran badan Nani yang gemuk pendek ni & si dia yang kurus kecik, makanya kami decide untuk membeli kain dan hantar upah jahit. Untuk majlis akad nikah, Nani beli kain lace warna cream 2 meter, kain satin 8 meter warna yang sama. Kain lace harga RM50/semeter dan satin lebih kurang RM12/semeter. Baju majlis pula Nani beli kain di Jakel dengan harga pakej RM300. Dengan harga tu Nani dapat 1 helai kain sampin, 4 meter satin perempuan, 4 1/2 meter satin lelaki dan 2 meter kain lace untuk perempuan. Kualiti kain yang dibeli di Jakel jauh lebih baik daripada kain yang dibeli di KAMDAR lagi la.
5. UPAH JAHIT 4 PASANG BAJU (L&P)
Design baju untuk nikah & sanding tu Nani pilih baju kurung moden je. Upah jahit tak mahal pun. Lebih kurang RM60 sepasang. Jahitannya sangat kemas dan memang puas hati. Untuk baju melayu pula, si dia hantar kain ke kedai jahit cina area Senawang. Baju sanding design cekak musang dengan sulam manakala untuk akad nikah, dia buat design baju melayu johor. Upah jahit kedua2 pasang baju lebih kurang RM220. Tudung nikah Nani pakai tudung bawal masa bertunang je. Huhuh.... Selendangnya mak beli di Mydin dengan harga RM20. (terbocor rahsia pakai selendang Mydin) hahah. Tudung sanding Nani pinjam tudung kawan n mak beli kain net untuk hantar upah jahit veil. Kain net tu harga RM5/meter. Mak beli 1.5 meter kot. Tak ingat dah. Tapi hantar upah jahit semuanya kena bayar RM45 je. Sebelum ni kami pernah ke butik untuk sewa veil. Katanya RM30 untuk 1 hari. Balik rumah, termenung jap. Terus bagitahu mak, beli kain, hantar ke rumah tukang jahit jela. Kenapa kami buat baju sendiri??? Ramai yang suruh kami sewa. Tapi kami berkeras juga nak hantar upah ke kedai sebabnya kami nak buat outdoor photoshoot kemudian hari. Tak seronok nak menyewa ni. Nanti kelam kabut nak hantar semula ke butik tu. Lagi satu, kami memang nak jimat kos sebab nanti kenduri di rumah lelaki, kami akan pakai balik baju nikah. Tak ada orang pertikaikan pun kami pakai baju yang sama sebab majlis nikah di masjid. Yang hadir pun cuma saudara mara terdekat sahaja. Baju tu pun dipakai dalam masa 2 jam je. Huhuh....
6. MEKAP
Mekap ni agak susah nak jumpa yang cantik n murah. Last sekali adik Nani cadangkan Yatie Diaz. Seperti dalam entry sebelum ni. Dia ambil upah RM150 je. Selebihnya adalah transport dia datang dari Terengganu. Mekap nikah Nani minta tolong adik n kakak ipar je. Mekap majlis bertandang di rumah lelaki pun Nani minta tolong mereka berdua tu juga. Ini memang betul2 jimat la.
7. KAD JEMPUTAN (1000 KEPING)
Kad jemputan kami gabungkan untuk kedua2 majlis sekali gus. Rasanya macam semua orang buat macam ni kot senang. Dengan harga sebanyak tu dapat percuma kotak untuk doorgift VIP 50, tetamu lain 1000, kad VIP 50 keping. Kira ok la tu. Kalau nak tukar dengan bunting pun ok. Boleh gantung depan rumah nanti.
8. DOOR GIFT
Door gift ni Nani dah tak ingat sangat apa dia. Tapi, untuk tetamu VIP Nani tempah doorgift khas dengan choc chip cookies di dalamnya harga RM5.50 untuk 50 beg. Tetamu lain ada yang dapat keychain, kuih dodol, bunga telur, gula2 (untuk kanak2) etc.
9. GUESTBOOK
Ini Nani tempah dengan Payya, my ex schoolmate. Senang nak berurusan dengan dia. Nasib baik dia belum deliver lagi. Jadi, sempat gagahkan diri untuk siapkan guestbook Nani ni. Kita boleh pilih design apa yang kita suka. Dia siap buatkan untuk frame sekali. Guestbook ni lebih kurng 100 pages dan boleh diguna untuk kedua2 majlis.
Ini harga secara kasarnya tidak termasuk barang & hiasan hantaran. Rasanya macam ini je yang boleh dikongsikan setakat ini. Kalau nak buat kenduri dengan bajet bawah 10 k, kena tengok berapa jumlah tetamu. Kalau lebih 500 orang, macam susah sikit la kot. Photoshoot kami tak buat lagi sebab konon2 nak buat sendiri dengan adik beradik je. Masing2 ada kamera canggih2. Tiba2 dapat berita Nani dah mengandung. Tak muat baju pengantin. Makanya, simpan jela dulu hasrat di hati untuk pakai baju pengantin tu semula.
Nani rasa tergerak hati untuk buat majlis yang biasa2 ni setelah melihat pasangan pengantin yang bekerja sebagai doktor, buat majlis biasa2 je. Jadi, kita ni tak nak membazir sangat, cuba buat macam dia juga. Insyaallah, perkahwinan lebih berkat dan tidak membebankan kedua2 belah pihak. Perkara paling penting di sini, hati kita kena teguh. Pedulikan apa yang orang cakap. Orang memang pandai komplen itu dan ini, tetapi kita yang akan keluarkan semua bajet. Hati kena kuat dan tahan telinga la. Kalau dah kerja cikgu, doktor, engineer sekali pun, tak perlu nak kata KAHWIN HANYA SEKALI, buat meriah sikit pun tak apa la.. Memang la kahwin tu sekali. Tapi kehidupan kita dengan si dia tu insyaallah akan sampai bila2. Kena pandai merancang perbelanjaan keluarga. Macam kami berdua, apa yang penting majlis berjalan dengan lancar, tiada masalah dan tidak berhutang. Alhamdulillah... Majlis serba kekurangan, tidak semewah artis2 pun tidak apa.
Semoga sedikit sebanyak boleh membantu kawan2 lain yang sedang merancang untuk berkahwin dalam tahun ni. Good Luck.....