kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, April 7, 2011

Karipap Pusing Bikin Pening

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...Adoi...minggu yg agak sibuk sehingga tidak terasa hari ni adalah hari Khamis dan esok adalah Jumaat! Aiyyyakkk! kalau boleh rasa mcm nk tukar hari ni jadi hari Isnin ke..Selasa ke... Baaaaaaaanyak sgt keje di sekolah yg belom setel. Jauh sekali nk update blog.Tapi oleh kerana dh kepenatan sgt, malas dh ngadap keje, rasa mcm nk relaks2 skit, so terasa mcm nk update post. Yang sebenarnya perkara yang membuatkan sy mcm x cukup kaki, tangan, mata, telinga, otak adalah kerana :
1. Kene tolong PK Kokum siapkan kajian tindakan yg dr awal tahun lg x terbuat.
2. Kene key in markah2 pelajar dlm SAP.
3. Kene buat persediaan untuk minggu antidadah sekolah.
4. Kene buat laporan dan ketas keje utk dibentangkan dalam mesyuarat post mortem Sabtu nanti.
5. Ramai la pulak list name pelajar yg bermasalah yg nk kene buat sesi kaunseling.
6. Dapat surat lantikan rasmi untuk mengajar subjek Prinsip Akaun Tingkatan 5.
7. Kene relief kelas yg amat banyak sekali.
8. Kene buat tugasan2 perkeranian yg lain2...next week ada meeting GBK Daerah lagi...adusssssssss

Kalau la badan sy boleh dibelah diklon jadi 4 ke, 5 ke, mau jugak sy buat belah supaya boleh agih2kan tugas ni sama rata. Dalam kesibukan yg mcm tu pon, sempat lg menguli2 karipap pusing ni. Housemate sy ni mmg mantop bab buat inti karipap (sy je x pnah blaja ngn dia). Yang bestnye tu dia buat dr hari Ahad lagi. Ingatkan dia nk uli la tepung sekali. Rupenye dia simpan dlm bekas, letak fridge je inti karipap tu. Sudahnya, sy plak terasa teringin betol nk makan karipap pusing. Selasa malam tu terus uli2 tepung. Resepi ni amik drp lynn MyR. Sape2 yg nk tengok step by step boleh klik link tersebut. Sy sebenarnya dh standby camera kt meja makan, tp mcm segan pulak bile ade hosmate kt ctu. heheh...so, dpt snap beberapa keping yg awal2 je...lagi satu boleh juga intai2 dr blog Kak Nuri. Gambar2nya lebih besar dan jelas.


Karipap Pusing - lynn

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1
     Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2
     Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap3
     Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap4
     Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
     Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
     Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://wanitaniaga.com/resepi/?cat=4
  8. Karipap10
     Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
     Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
     Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  12. # Resepi asal saya ambil dari forum cari.

ini gambar karipap pusing versi 1.mak pesan, kalau buat selalu, nanti cantik la.
yg ni guna inti sardin.sedap!

bahan2 yg diperlukan. x susah mane pon sebenarnya.

yg ni setelah dipusing2 dan dibelah.

yg bila dh kene canai leper.

hihih...cantek x i punye kelim tepi?
boleh juga disusun cantik2 dan dimasukkan dalam bekas, simpan dalam peti.esoknya boleh goreng untuk buat sarap.goreng aje, kan senang!

disebabkan lampu di dapur tidak menyala, maka itula hasilnya.tapi masih rangup dan sedap!

saya dh 2 kali mencuba. anda bile lagi...????
SELAMAT MENCUBA YA!


No comments: