kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, June 13, 2012

Rezeki Jangan Ditolak

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Memang kita selalu dengar pepatah (eh, betul ke pepatah?) REZEKI JANGAN DITOLAK, MUSUH JANGAN DICARI. Alhamdulillah, memang benar. Kalau kita sering berkongsi2 rezeki dengan orang, senang aje rezeki tu datang balik pada kita. Tak semestinya kita buat baik pada orang tu kemudian kita mengharapkan orang tu berbuat baik semula kepada kita. Akan ada insan2 bertuah yang dipilih oleh Allah untuk berbuat baik dengan kita semula. Yalah, kalau bersedekah kepada fakir miskin, takkan la kita mengharapkan dia bersedekah semula dengan kita. Ibaratnya macam tu la...

Huhuh....sekian tazkirah pada malam ini...Saje je kasi intro panjang2...Sebenarnya nak cerita ada kawan bagi 3 biji buah mangga + sebungkus roti gardenia ni untuk Nani. Buah mangga tu tak kisahlah sebab dia memang sentiasa beli buah dari semenanjung pastu bawa balik semula ke sini. Tapi yang hairannya tu dia boleh beli sebungkus roti gardenia ni di airport kemudian dia cakap dia tak makan pun sebenarnya roti ni. Adeh! Ada jugak orang macam ni. Katanya sebab alang2 beli roti yang orang kirim, dia pun sibuk nak beli jugak. Huhuh...


Jadinya, daripada dia biarkan roti tu berkulat, terus dia bagi Nani. Dah namanya rezeki kan, kita terima jela. Rasanya macam ni kali pertama Nani makan roti gardenia perisa ni. Selalu beli yang butterscotch tu je. Rupa2nya sedap jugak perisa raisins oatmeal ni. Ada rasa kulit kayu manis sikit. Terus teringat Cinnamon Pull Apart Bread yang pernah dibuat suatu ketika dahulu (macam lama betul). Tiba2 dapat idea nak buat roti kismis cinnamon sendiri. Insyallah...

Roti gardenia tidak dijual di Sabah. Kesian orang2 di sini tak dapat merasa roti yang sedap ni. Tapi ada syarikat yang tak bertanggungjawab menggunakan jenama gardenia untuk menipu orang2 di sini. Padahal rasa roti tersebut 10 kali ganda lebih teruk daripada rasa roti gardenia yang original. Tak tahulah kenapa mereka buat macam tu. Jadinya, setiap kali balik semenanjung rasa excited sangat nak makan roti gardenia. Pastu kalau nak balik Sabah semula mesti beli banyak2 buat stok untuk 2-3 hari sehingga tarikh expired. Kadang2 simpan dalam peti sejuk lagi sebab nak suruh tahan lama. Inilah antara sebab2 kenapa ada masanya Nani rajin nak meroti. Roti burger pun buat sendiri aje. Kat sini susah nak cari roti sedap dan yang lebih penting, HALAL.

Kalau dah beli apa2 jenis makanan tu, sekarang memang suke nak tengok info di bungkusan makanan. Ha! Betapa tingginya jumlah carbs dalam 2 keping roti ni. Kalau ikut diet atkins, setiap hari kita hanya boleh ambil 20gram carbs sahaja. Tidak boleh lebih. Huhuh.... Maknanya Nani hanya boleh makan sekeping je roti sehari. Tapi, disebabkan takut roti berkulat, belasah jela 1 bungkus ni 2 hari. Kalau dah makan sekeping tu, mesti nak lagi dan lagi....Akhirnya...? Huhuh...Sendiri mau ingatlah.

13 comments:

MulutPayau said...

Rezeki jgn ditolak...sayang pulak ya kalau tak habiskan....tak pe dik, esok sambung diet semula ya....

HaSue said...

Pepatah ke peribahasa? Konfius je kedua2 nih kdg2..hihi.

Nani tgh atkins ke? akak penah gak try,tp main tawar menawar laa..hahaha...susah nak disiplin kalo beranak pinak ni*mcm ramai sangat anak bunyinya..kikiki

roti gardenia tu ada jual kat miri,baru ni jugak baru nmpk..agaknya original la kot sbb harganya pun boleh thn gitu..huhuuu

rahel said...

wah...rezeki dah mari...jangan ditolak..ambik semua..hehe..Rahel pun peminat roti gardenia..sedap tu..

EmbunRosaliza said...

Dah rezeki nani tu, akk pun tak pernah beli roti ni, tgk je heheh, ada je jaul tapi selalu ambil yg gardenia yg kosong tu je. Lain kali boleh lah cuba ni

tun_telani said...

kat bintulu mmg xde gardenia, kat miri ada, gardenia ori, tp made in Brunei.. hoho.. so harga 2kali ganda. kalau takut xhabis b4 expired, roti tu blh simpan dlm freezer nani. nnti nk makan microwavekan dia, kalau xde microwave, kukuskan kejap. nnti jd lembut gebu mcm baru punya ^^ (kata2 org yg semua mende nk masuk freezer smp dh penuh freezer tu..hoho)

Liza said...

oooo, ciannya, kat sana mmg xde roti gardenia ye, akk baru tau...ye la nani, rezeki jgn ditolak...belasah je dulu, lepas tu diet la balik....hihihihii

asyifamustaffa said...

hehehe...diet ntah ke mana bila dapat rezeki kan....btul tu..rezeki jgn di tolak...! :)

Mama Ann said...

Kesian Nani..susah nak dapat roti gardenia..Buat sendiri lagi ok apa..nani kan rajin..

Yana Shaiful said...

Salam nani..br tau gardenia xde kat sabah..k.yana slalu beli roti perisa ni..sedap..tp ada 1 lg yg sedap..coklat+raisin..damia dgn ayah dia suka sgt..mkn cmtu jer..
Rezeki jgn ditolak..abis jer sebungkus tu bleh diet blk ^^

quinnie said...

la ye ke..kat sana tak dek jual ek....kesiannya...memang boleh tertekan jugak ye..hehehhe

Acik Erna said...

assalam nani...patut dulu masa keje diairport acik tegnok sesape yang nak balik sabah tu beli roti sampai dua plastik..

eira eixora said...

baru saya tahu kat sabah takde roti gardenia. kenapa ye?

Asmara said...

oh baru tau xde roti tu kat sabah. rasa mcm duk luar msia lak bwk roti byk2 dlm kapalterbang. hehe..