kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, July 11, 2012

Prosperity Burger Sepanjang Tahun

Assalamualaikum.. Selamat petang....

Kali ni Nani bersiaran dari Hotel Sandakan. Dalam tentatif dimaklumkan bahawa program bermula jam 2.30 petang dan pendaftaran seawal jam 11 pagi. Punyalah kita ni rushing gosok 4 pasang baju, mandi laju2, lunch pun makan roti je gara2 taknak sampai lambat. Lebih kurang seawal jam 1.20 petang Nani dah tiba di hotel. So, dah check in kemudian ada seorang guru dari Sandakan masuk ke bilik. Katanya, dia tidak tidur di bilik sebab ada anak kecil. Jadi, dia akan ulang-alik sepanjang 3 hari berkursus. Hadoi....Takde kawan la pulak. Siapa nak temankan Nani, angkat tangan!!!

Sementara nak menunggu jam 8.30 malam ni sempat lagi online guna wireless hotel untuk update blog.Dah lama Nani buat burger ni. Macam sebulan lebih dah. Tapi malas betul nak update. Kali ni terpaksa juga merajinkan diri. Resepi ni tersangatlah mudah dan sedap dan kena dengan citarasa Nani. Kalau dulu terpaksa tunggu awal tahun baru boleh makan prosperity burger. Tapi sekarang sepanjang tahun pun boleh makan ni. 

SOS LADA HITAM/ BLACKPEPPER
Resepi : Acik Yarn, Myresepi
Sumber : Kak Liza Intai Dapur

Bahan2:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knorr
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby)

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jangan sampai hitam sangat, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Apabila berkursus di hotel ni, perkara yang paling ditunggu2 adalah WAKTU MAKAN!! Huhuh...Risau pulak. Tapi kali ni kena atur strategi betul2 iaitu ambil lauk2 dan sayur sahaja. Kalau nak makan nasi pun mungkin sesudu dua je kot. Huhuh...

p/s : Nani terjumpa kawan sekolah kak amie kat sini. Kalau tahu awal2 dia akan datang, mesti Nani kirim barang untuk kak amie.

14 comments:

ady said...

as-salam Nani
sedapnye burger..sos lada hitam tu masuk list dulu..

Rohah said...

waduhai...mengancam selera betul burger nani nie..betul2 terliur tgk sosnye tuh!

zila norazila said...

wahh nani..klu dekat akk dah temankan..meleleh air liur ngok bgur tue..tiap2 thun mmg x mis kt MCD tue..ha haa..nxt time wt sendiri lah..keep resepi:)

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, sedapnya beger tu, nnt nak buat sos lada hitam tu, mmg best mkn ngan apa2 pun sos ni

Unknown said...

salam Nani..
aduii buat akak teringin sesangat ni bila tengok burger ni malam2 ni mana nak carik?? kena gi dapur lah tengok ape yg ada heee melatop lah Nani punya menu ni...hadooiiii

quinnie said...

nani betul tu..sekarang ni sepanjang thn dah bleh maka burger ni..kekeke...sedapnya kita suka sos lada hitam...

Acik Erna said...

salam nani..ye ye je acik ingat betul2 sepnjang tahun he he

Zalieda Zaliedana said...

Assalam Nani,wah bege properity,sedapnyer ngan sos lada itam yg leleh2 tu,kak ct mmg xkan miss,tiap taun msti bli kat mcd,mkn ngan curly fries lak,wah sedp sungguh,wat sendri lagi jimat n berbaloi kan..

pstt nani,kak ct beli acuan takoyaki tuh kat cik mimi,rm38,klo xde cer nani try gna acuan kuih cara,ok jugalah cuma xbolat jerlah kan..

Wani Sukarno said...

nani .. rindu kat nani lak senyap je akhir2 ni... nani kalo dekat leh nok temankan... tapi jauh sangat hihi.. terasa nak buat bila tengok sos tu sedapnya nampak ..

MulutPayau said...

sedapnya.......lepas ni spnjng tahun boleh makan ya....

Hanis MY said...

Hebatnya nani burger pun buat sendiri nmpk sgt yum!

Asmara said...

kita jugak tak terbuat2. padahal suka sgt burger ni. hehe..

Unknown said...

alamak....nani lebih terror dari akk ni..
Jarang dpt mkn prosperity burger tp nani dah tyg resipi, boleh ler buat.:-)

kasihredha said...

sedapnya nani
kalau mkn kat hotel...mmg kena kontrol, kalau x...timbangan pecah.