kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, November 2, 2011

Apam Polkadot Comel2

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Hari ni macam penat sikit. Seluruh Kinabatangan dikatakan ada masalah air...Hadoi......Sengsaranya...Kat sekolah tadi pon main catu je minum air sebab takot nanti susah nak cari tandas. Kat rumah masih ok lagi sebab tinggal berdua je. Lagipun rumah kami ada tangki air besar. Kalau terputus bekalan air selama 3 hari pon sempat lagi cover tu. Jadinya, malam ni tak masak pape pon. makan apa yang ada je di rumah.... Ini projek semalam. Seronok betol bile tengok apam ni. Ada orang jeles tak tengok ni??? Huhuh... Rasanya pon sedap, gebu2 gitu....

Dah lama teringin nak buat apam polkadot ni akhirnya tercapai juga hasrat....Huhuhuh... Sebelum ni asik duk tangguh2 sebab banyak sangat halangannya. Kali ni terjumpa resepi yang pakai sukatan cawan. Apa lagi, cuba terus! Memang jadik! Cumanya masih belom mahir lagi buat dot2 nya tuh. main tibai aje. hahah...Excited betol Cik Na masa buat apam ni. Macam main masak2 pulak katanya. Resepi ni saya ambil daripada Myresepi. Tuan punya resepi guna cawan kopi biasa je. Tapi nani guna cawan metrik. So, ada sedikit perubahan la. Lagipun untuk kali pertama buat ni nani buat separuh adunan je. Boleh rujuk resepi asal di SINI.


resepi : write2fatin
olahan : nuwairani

Bahan :
3 biji telur gred A (dari peti sejuk) -nani guna 2 biji telur gred C
2 1/4 cawan tepung gandum -nani guna 1 cawan penuh
1 1/2 cawan gula halus -nani guna 1/2 cawan je
3/4 cawan susu segar -nani guna 1/3 cawan
1 sk esen vanila
3 sk baking powder -nani guna 1 1/2 sk
1 sk ovalette
filling secukupnya -nani guna jem blueberry
pewarna
paper cups medium -nani guna saiz kecil
acuan lompang

Cara :
  1. Masukkan telur, gula, ovalette, esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima. -nani mula dengan level 1 kemudian tambah kelajuan sikit2 sehingga no 5.
  2. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima. -nani perlahankan dulu mixer, baru masuk susu dan tepung + baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lebih kurang 7-8 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing2.
  4. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag. -masa ni boleh panaskan kukusan.
  5. Sediakan paper cups yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang supaya apam tak melepek nanti.
  6. Picit adunan ke dalam 1/2 paper cup.
  7. Letak filling di tengah2 (guna piping bag supaya kerja lebih mudah).
  8. Picit adunan sehingga 3/4 penuh menutupi filling tu.
  9. Buat dot dot sesuka hati ye.
  10. Kukus selama 15 minit untuk acuan medium. *nani guna acuan paling kecil tu jadi masa mengukus lebih kurang 7 minit dengan api perlahan supaya apam kita tidak mekar ye.


kuikuikui...masih boleh perbaiki lagi mutu dot2 tu...nanti baru nak beli acuan medium. baru cantik sikit.

takde acuan lompang, jadi guna acuan apam tu je. siap buat bentuk lup2 lagi...hihih

Wordless Wednesday part 20 - Happy Birthday, Dear.......

*pinjam gambar dari google
Setiap tahun mesti ingat tanggal 2 november besday mamat sorang ni. kuikuikui...macam lah dia appreciate kalau kite wish dia..huhuh...paling suke tengok tang keningnya yang berombak tu...adehhhhhh! tapi slack sebab ada pakai subang la pulek! ceh!

Tuesday, November 1, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Baru 2 hari tidak online, dah rasa macam apa je...Bukan apa, kelmarin di Bukit Garam ni xde line la pulak...Line streamyx xde, tepon pon sama...Hampeh betol la...Terasa seksa gila sebab takleh nak online. Saya ni bukan apa, jenis cepat betul addicted dengan satu2 benda. Kalau tak dapat tu, hadoi....Sengsaranya.... (padahal boleh je idup macam biasa). huhuh....

Sebenarnya nak cerita pasal kuih lapis pertama seumur hidup ni.....Haihhhhhh..... Lepas buat kuih ni baru tahu betapa senangnya buat kuih lapis yang sedap... Janji badan tu kene "R" aje...huhuh...Kuih lapis ni pon bukan juga lama nak siap. Masa mengkus pon sekejap2 je... Cumanya sukatan yang diberi dalam bentuk timbangan. Saya main campak2 aje (campak yang berukur jugak la). Try kukus dulu sikit dalam bekas kecik, agak2 lembik, tambah lagi tepung beras. Last sekali baru ok, teruslah mengukus sampai habis. Memang sedap kuih ni. Ada bau2 kacang hijau gitu. Saya tak pasti tepung kacang hijau yang mana. Tapi saya main guna aje tepung yang orang buat kuih batang buruk tu...Sedap aje...

Resepi ni saya ternampak dari blog kak Ct Delima. Beliau pon ambil daripada blog Anawahid. Boleh tengok sendiri di blog mereka berdua betapa cantiknya kuih lapis depa berbanding saya punya...kuikuikui.... Nama lagi kali pertama melapis kan....Itu pun saya buat setengah adunan je. Santan pon guna santan sederhana pekat. (takleh makan lemak2 sangat sekarang). Hihih.... Minta halal ye saya taip semula resepi di sini...

KUIH LAPIS KACANG HIJAU
resepi : Majalah Rasa Ogos '09
sumber : Ct Delima, Anawahid

Bahan :
150g tepung beras
100g tepung ubi
50g tepung kacang hijau
1 liter santan pekat
150g gula
50ml air
secubit garam
1 helai daun pandan
pewarna

Cara :

  1. Campurkan gula, air dan daun pandan. Masak sehingga gula hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus dan loyang. *Seelok-eloknya sapu minyak pada acuan supaya tidak melekat.
  3. Satukan semua bahan2 tepung dalam bekas dan ayak.
  4. Masukkan air gula tadi ke dalam tepung bersama dengan garam dan santan.
  5. Kacau semua bahan sehingga sebati dan tapis.
  6. Bahagikan kepada beberapa jenis warna yang diingini.
  7. Kukus setiap lapis selama 2-3 minit. (*nani guna acuan pound cake, dengan sukatan 1/4 cawan setiap lapis dikukus selama 2 minit). Kalau guna acuan kecil2 macam acuan lompang tu boleh kurangkan lagi masa mengukus. 
  8. Note : jangan terlebih masa kukus pulak, nanti lapisan tu tidak melekat antara satu sama lain.
  9. Ulang langkah 7 sehingga habis dan lapisan terakhir dikukus selama 15 minit.
  10. Tunggu sehingga kuih sejuk dulu baru potong. Kalau tak, sememeh pulak kejadiannya...

terlebih masa mengukus sebab masa tu tengah ralit duk BW blog orang. Sekali, lapisan tu tak mau melekat dah...Adeh...Takpelah, kali pertama....huhuh

Sunday, October 30, 2011

Bahrin Brothers & Takraw Tournament

Assalamualaikum....Selamat petang...

Kebetulan pulak semalam ada jamuan kelas cik hosmate. Jadi, saya join la sekali. Beliau masak lontong. Saya pulak buat kek gula hangus. Malas nak tayang resepi sama ulang2 kali kan...Boleh tengok resepi di SINI ye. Entry kali ni tak nak cerita pasal makanan sebab ada mende lain yg saya nak tayang...Sebenarnya nak jugak snap gambar2 makanan yang depa bawak masa jamuan tu. Tapi segan.....Budak2 tu pulak budak2 pagi. Saya kureng2 sikit kalau budak pagi ni. Sebab jarang berjumpa kan...Tak rapat sangat...

Dah habis jamuan tu saya beredar ke bilik guru...Sekali, ada takraw tournament rupenya. Tapi untuk budak2 kelab sepak takraw jela. Sebelum ni saya langsung tak pernah nak amik port kalau pasal sukan takraw ni. Tapi, bila tengok budak2 ni main, rasa seronok pulak. Hebat rupanya budak2 Bukit Garam ni main. 

Antara aksi2 di akhir pertandingan penentu tempat ketiga dan keempat...

Dah tak ingat sape yg jadi juara penentu tempat ketiga dan keempat ni...Tak ambil port sangat masa ni

Kalau badminton ada jaguh anak2 Sidek, ini anak2 Bahrin pulak beraksi... Gandingan mereka bertiga memang sesuai betol. Dari kiri : Afif, Fikryi, Hafiy...Pernah bertanding sehingga ke peringkat Bahagian Sandakan. Dengar2 cerita, bapanya pon memang jaguh jugak.

Game FINAL pon bermula...sorry...gambar tak berapa nak sharp sikit sebab movement tu memang cepat.

Sejujurnya saya tidak pernah tahu peraturan game ni. Macam mana pemarkahan diberi dan sebagainya... Tapi saya sangat2 enjoy tengok diorang main...

Afif baru nak warm up...Awal2 main asik angkut je di net.

Fikryi buat servis dengan penuh gaya...(alamak! macam mengulas sukan pulak).
Fikryi tu baru form 2 tau. Dia ni kire macam atlet harapan sekolah kalau acara balapan. Setakat 100m, 400m, lari berpagar, memang dialah juara di Kinabatangan...

 i love this one!!! sangat2 seronok dapat snap gambar mereka berdua ni...Kalah kamera DSLR (ayat memujuk hati). Hujan dah mula turun. Selalunya gelanggang agak licin. Tapi diorang teruskan juga bermain. Masih berani buat aksi2 macam ni..Cikgunya pulak gerun tengok...dan...pemenangnya semestinya Bahrin Brothers...

Saturday, October 29, 2011

Saje Suke2.....

Nak jiwang2 jap...
This is 1 of my feveret song since 1998, saya masih form 1 masa tu. 
Saya bukan jenis orang yang suke dengan lagu sebab orangnya hensem ke hape...
Kalau dah lagu tu kan, tak kesah la muke org tu mcm mana kan...
Suke sangat2 dengan setiap bait lagunya tu...Macam kene betol! aduh!
Tak caya dengar la sendiri...
oooppps! btw, saya tujukan lagu ni untuk........
u know who u r.....

Friday, October 28, 2011

Baked Macaroni

Assalamualaikum....Selamat sejahtera.....

Dah hari Jumaat rupenye...Rasa macam baru je cuti. Esok cuti lagi....Lagi seminggu lebih nak raya haji...Kali ni masuk kali kedua lah saya beraya kat sini. Tapi ingat tahun ni nak buat korban. Rasa macam tak lengkap je beraya kalau tak tengok orang sembelih lembu. Serius! Di kampung kami memang setiap tahun buat korban. Tak pernah miss tengok orang sembelih, melapah lembu...Paling suke kalau dah sampai part perut2nya tu...hihih... Kita tutup jap cerita pasal lembu...

Semalam saya ternampak ada baked macaroni di blog adik manis kita, nonierahman...Hadoi...cukup terliur... Sebenarnya telur di rumah tak berapa nak cukup sebab konon2 nak buat kek esok. Tapi dah lapar + tak tahan sangat, jadi, teruskan aje buat menu ni. Senang dan sedap...for those yang suke keju, susu, pasta, daging la kot sebab tu antara bahan2 utama yang menyedapkan lagi masakan ni. Jadikan, izinkan saya mempamerkan resepi adik nonie di sini ye...


RESEPI : baked macaroni

bahan-bahan
  • 300g makaroni di rebus
  • 500g daging cincang 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan susu segar
  • 1sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar mix herbs -nani guna oregano & parsley
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 biji telur
  • mix vege-nonie guna capsicum merah dan kuning. -nani guna button mushrooms
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • sosej -nani tak bubuh
  • 1 sudu besar cili kering kisar -nani tambah
  • 2 keping keju kraft singles -nani tambah
cara-cara
  1. panaskan minyak,tumis bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar.
  2. masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak,
  3. masukkan lada sulah, serbuk kari, mix herbs dan susu.
  4. masukkan mix vege, kuib ayam dan makaroni, gaul rata
  5. tambah garam jika kurang masin.
  6. tutup api.masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau.
  7. masukkan macaroni ke dalam loyang dan taburkan keju.
  8. bakar selama 30 minit dengan suhu 170 darjah.
very the moist, sedap dimakan dengan sos cili...umpphhh! ini la dinner, breakfast, lunch saya hari ni...pasni sebulan dah tak makan macaroni. hahah..

Thursday, October 27, 2011

Glemer Ke Orang Makan Spageti???

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....Memandangkan lagi 3 minggu nak balik bercuti kan, jadinya tengah berusaha keras menghabiskan makanan basah yang ada. Bukak fridge semalam tengok ada lagi sikit daging hancur. Kene fikir jugak nak kosongkan peti sebab nak isi daging korban pulak nanti. Kebetulan pasta pon ada lagi separuh paket, kuah bolognaise pon ada, mushroom ada, kire on jela.Tapi, hari ni bukan nak tayang resepi ye....Tapi ada cerita sikit di sebalik spageti ni.

Masa saya belajar dulu pernah kami bercerita tentang betapa kami suka makan spageti. Saya dan seorang kawan lagi la. Kemudian, datang pulak seorang hamba Allah ni cakap, "Aku tak paham betol la dengan orang yang suke makan spageti ni. Suke sebab rasa sedap ke atau sebab nak glemer?" Terus saya terdiam seketika. Kemudian terfikir balik, glemerkah orang yang makan spageti ni? tak penah ada pulak orang makan spageti sampai masuk majalah ke, masuk TV ke...Tapi tula kan, pada pendapat saya lah...Kalau tak suke dengan makanan kegemaran orang lain pon tak perlulah nak kondem orang sampai macam tu sekali. Ko tak suke ko diam2 jela. Kalau cakap tak suke pon tak kesah lagi. Ini macam nak kutuk2 orang pe hal pulak kan? 

Ecece....pestaim letak mende tulisan gitu atas gambar. Testing...testing...heheh....Jadinya, tu jela nak cerita... Saya ni pon ada jugak beberapa makanan yang tak masuk di tekak saya. Tapi saya takdelah nak kutuk2 rezeki macam tu. Sape2 yang suke makan ulam ke, budu ke, takdelah pulak kita nak kutuk dia ni kampung ke apa kan...(saya pon makan mende2 tu, feveret lagi!!). Tapi maksudnya lebih kurang cenggitu la...Apa yang kita suke, kita makan. Apa yang tak suke, duk diam2....Sekian cerita spageti....

Sekarang kita masuk cerita tart nenas pulak. Ini pon kisah pasal orang mengutuk makanan feveret saya jugak. Haihhh...Pantang betol den! Dulu2 masa belajar jugak la ni...Abg saya hantar tart nenas untuk saya kiriman daripada mak. Mak memang tahu saya suka makan tart nenas. Tapi masa tu dia bukan buat sendiri. Dia beli je yang jenama LENO tu. Takdelah sesedap yang mak kita buat kan, tapi kire sedap jugak la sebab masa tu tengah takde duit. Bersyukur jela dengan apa yang orang bagi kan....Kemudian, boleh pulak kawan saya tu cakap, "Ko makan ke tart nenas? Eeeeiiii, aku tak suke tart nenas. tak sedap, manis sangat!" Hello!! ada aku kesah ke ko suke ke tidak??? Tapi tu hanya terkeluar dalam hati jela. Di mulut tak berani nak cakap. Kang tak pasal2 putus kawan pulak kan..

Tapi memang begitulah peél saya dari dulu. Kalau orang kutuk saya ke, mengata apa2 ke kan, memang saya diam aje. Malas nak cari pasal dengan orang. Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya tidur. Kemudian, dah terjaga malas pulak nak bangun. Tiba2 nampak kawan tu pegi ke meja saya, ambil tart tu penuh tangan. Oooo...Mencurik ye! Tapi saya diamkan aje. Malas nak besar2 cerita. Hamboi2...dulu kemain lagi ko kutuk2 tart aku, pastu ko curik tart tu time aku tidur...banyak cantek!!! Lucu pon ada. Kalau nak, cakap jela nak. Tak perlu nak kutuk2...Haiyyyaa...ini macam orang pon ada ka???

Huhuh....Saje2 cerita kisah2 dulu...Ntah ke mana la kawan2 tu sume...Harap2 sehat la ye...Kalau terbaca entry ni buat2 tak tahu jela ye...Hihih....Pengajaran buat yang lain2...Lenkali kalau bercakap tu hati2 sikit. Jangan nak ikut sedap rasa je nak sakitkan hati orang...Saya ni pemurah orangnya...Tak perlu kutuk2, cakap je nak konfem saya bagi punya...Hihih....PEACE... NO WAR!