kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, July 17, 2012

Sotong Celup Tepung Rangup Tanpa Telur

Assalamualaikum....Selamat tengah hari...

Ni entry cepat2 je sebab nak siap2 pergi kerja pulak lepas ni. Hari ni Nani rasa nak lunch dengan sotong celup tepung. Tengok2 barang dapur, takde pulak telur. Selalunya orang celup telur dulu baru gaul dengan tepung  rempah tu. Jadinya berfikirlah macam mana buat biar tepung tu boleh lekat dengan sotong nanti. Pastu dapatlah idea nak buat macam ni....

SOTONG CELUP TEPUNG TANPA TELUR

Bahan :
Sotong secukupnya -nani ambil bahagian badan je
Tepung goreng serbaguna readymade -jenama nona @ adabi
*sedikit tepung gandum
*sedikit air
minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Potong badan sotong kepada 4 bahagian, ikut saiz sotong. Kalau dipotong dengan saiz setengah inci cepat masak sikit. Ketepikan.
  2. Bancuhkan bahan bertanda *sehingga menjadi cair seperti nak buat cekodok tu. Agak2 la ya kecairan bancuhan tepung tu. Gaul sebati hingga tak berketul.
  3. Letak tepung serbaguna dalam pinggan supaya senang nak gaul nanti.
  4. Gaul sotong seketul2 dalam bancuhan tepung, kemudian masukkan ke dalam tepung serbaguna. Gaul rata biar semua permukaan sotong disaluti dengan tepung.
  5. Panaskan minyak, goreng sotong hingga garing dengan api sederhana. Angkat, toskan minyak.
Alhamdulillah sotong tak meletup pun masa goreng, tetap bersalut tepung elok dan rangup! sekali sekala nak jimatkan penggunaan telur. Apalah nilainya nak dibandingkan sebiji telur dengan setengah cawan tepung tu kan???

Monday, July 16, 2012

Roti Pandan CMG

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Sebenarnya nak upload satu video kat sini tapi tak dapat pulak. Mungkin kena tukar format dulu. Tak kisahlah. Kita layan dulu roti pandan ni. Sebenarnya jarang sekali nak mencuba resepi dari blog CMG. Tapi apabila tengok roti pandan yang dia buat ni rasa berkenan la pulak. Rupa roti yang dia tayang nampak gebu betul. Jadi, kita pun berangan la nak dapat roti segebu itu. Tapi memang tak mengecewakan. Resepi yang dia bagi ni memang best! Sebelum tu, terima kasih ye CMG sebab berkongsi resepi tu. Minta halal saya C&P di sini pulak.

ROTI PANDAN 
Resepi Asal : Rinn Chan
Sumber : Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
175 gram tepung roti -nani letak 1 3/4 cawan 
100 ml susu (disejukkan)
25 gram gula halus -nani letak 2 sudu besar
1/4 camca teh garam halus
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 sudu kecil bread softener -nani tambah
10 gram coffemate -nani skip
30 gram telur (1 biji telur, pecah, kacau sedikit dan timbang) -nani guna 1 biji telur gred B (tinggalkan sikit untuk glis pada roti)
15 gram mentega
3/4 camca teh pes pandan
Parutan keju cheddar untuk hiasan
Sedikit gula, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung, yeast, coffemate, gula halus, garam dan bread improver dalam mangkuk adunan,  gunakan dough hook, gaul rata. Tuang susu dan telur, terus mengadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan pes pandan, uli hingga mendapat doh yang elestik dan kenyal, adunan lembut sedikit. Tutup dengan plastik dan perap 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 ke dalam bread maker kecual parutan keju dan gula untuk hiasan. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, sebelum tu tabur sedikit tepung pada meja kerja. Bahagi doh pada 6 bahagian sama besar (kalau rajin boleh timbang). Bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah dilenser sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit atau hingga naik. Sapu baki telur tadi, tabur gula dan parutan keju rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dihidangkan..
Nani memang belum beli BM lagi. Jadi, roti ni diuli guna mixer je. Menjadi jugak! 

Sebenarnya penat sangat hari ni. Tak larat nak berceloteh panjang. Biarkan gambar ni sahaja yang menceritakan segala-galanya....

Wassalam.....

Saturday, July 14, 2012

Terubat Rindu Sejenak...

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Hari ni memang terasa betul kesan duduk di tempat yang pasang air cond. Sejujurnya, Nani bukan jenis orang yang suka tinggal di dalam bangunan yang ada alat pendingin hawa ni. Memang jenis kulit sensitif yang amat. Dah pakai pelembab, losyen, minyak bagai pun tetap juga kulit mengelupas. Waktu ke Sapporo winter baru2 ni pun sama. Baru satu hari di sana, kulit dah macam sisik ikan. Memang jenis kampung betul. Tidur dalam bilik air cond pun sanggup Nani pasang kipas. Dah sejuk2 macam tu memang kita pun jarang minum air. Jadinya, naik ulser pulak dalam mulut. Hadoi!!! Sakit yang amat. Huhuh...Tak baik kan mengeluh. Sebenarnya sakit yang diberi tu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita... Nak menguji kita tahap mana kita mengingati-Nya... Bersyukurlah.....

Lupakan sebentar pasal kisah sakit2 ni. Malam ni saja nak bercerita tentang program bersuka ria kami di EDO ICHI JAPANESE RESTAURANT, yang terletak di Taman Tyng, Sandakan. Kami ke sini minggu lepas untuk meraikan ulangtahun Azimah. Kalau siapa2 yang tidak tahu, lokasinya betul2 di depan Giant Sandakan, bersebelahan dengan Hotel Tyng Garden. Sebelum ni punyalah rasa rindu dengan japanese food ni. Akhirnya dapat juga merasa. Dari segi rasa, seriously agak berbeza dengan japanese food yang originally dari sana. Tapi, kira ok la. Masih juga boleh dimakan dan dikategorikan sedap (for those yang suka japanese food la kot).

kalau diikutkan Nani lagi suka yang ada ikan mentah ke, telur ikan ke, tapi kawan2 ni tak boleh telan yang macam tu. Jadi, yang warna merah ni adalah udang kering bercili. Kat Sapporo takde perisa ni ye. Kiranya sushi malaysia la ni.

Aroma wasabi yang menusuk hidung tu betul2 menggamit kerinduan...Suka sangat2...

Ini menu yang Nani order. Nasi putih agak kering. Mungkin dimasak ikut selera orang Malaysia. Kalau diikutkan sepatutnya melekit2 macam pulut. Kalau dah kering macam ni, susah sikit nak makan dengan chopstick. Ikan saba grill dengan sos manis yang sedappp!

Unagi!! My feveret. Ini makan 2 piring pun takpe. Memang suke sangat unagi. Kalau sape2 yang tak tahu, unagi=belut. Huhuh...Tapi, memang sangat sedappppp!

Tu je gambar yang sempat senap. ada separuh lagi menu yang kami order tapi tak snap sebab dah kebulur sangat2...Huhuh...



Friday, July 13, 2012

Happy Birthday Azimah! Heavenly Carrot Cake In The House~~~

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah balik dari kursus ni rasa macam penat betul. Sepanjang berkursus tu ok la pulak. Mungkin sebab tak cukup tidur seperti hari2 biasa. Huhuh... Walaupun belum lagi sampai ke Bukit Garam, tapi bebanan kerja tu macam dah terasa je. Harap2 takde masalah nak laksanakan inhouse untuk guru2 lain nanti. Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya minggu lepas merupakan ulangtahun kelahiran kawan Nani di Sandakan. Oleh sebab teringin sangat nak makan carrot cake, Nani cuba buat kek ni untuk pertama kali seumur hidup... 
Sebelum ni Nani pernah makan carrot cake yang dibuat oleh kawan Mr. Google di Sapporo sana..Masa tu buat surprise cake untuk Mak Long Zubidah sempena birthday dia tahun 2010. Kek yang dibuat oleh Mr. Mito itu tersangatlah sedap!! Sampai sekarang masih teringat2 lagi. Itulah carrot cake pertama yang Nani pernah makan. Kemudian, dah balik Mesia ni try la makan carrot cake brand secret recipe. Ternyata rasanya tu tidak terlawan dengan yang Mr. Mito buatkan. Pendek kata, sape2 yang tinggal di Sapporo dulu memang akan terkenanglah kek yang Mr. Mito buat. Nak minta resepi dengan dia, seriously rasa segan sangat. Tapi kalau ada insan2 di Sapporo yang tersimpan resepinya, harap2 boleh kongsi la ye.

Resepi ni Nani C&P dari blog Che Mat. Terima kasih ye CMG. Walaupun tak pernah berkawan dengan dia, harap2 dia halalkan la ye resepi yang Nani C&P ni. 


HEAVENLY CARROT CAKE
Sumber 1 : Che Mat Gebu
Sumber 2 : Kak Ida 1001 Resepi

BAHAN KEK :
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang -nani skip

BAHAN CREAM CHEESE TOPPING :
100 g mentega
125 g cream cheese -nani guna 250gram
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 180'C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

Kek yang Nani buat ni agak padat sikit sebab tak toskan dulu air carrot, air nenas kemudian dengan kek yang masih panas2 lagi masuk bekas, gi sekolah, petangnya baru bertolak ke Sandakan yang mengambil masa 1 1/2 jam. Kemudian, masuk petis sejuk, esoknya baru deco. Tapi, rasa kek tu tetap tak mengecewakan. Bagi Nani, ini belum lagi betul2 menjadi sebab agak padat. Nani akan buat lagi sampai betul2 jadi seperti yang CMG buat.

Sebijik kek ni Nani sempat makan 2 potong je. Kemudian, selebihnya tu ada 3 orang lagi kawan lain yang bantai kasi habis. Katanya sedap...Alhamdulillah...Ini memang heaven!

p/s : sangat2 berharap agar budak farah diyana baca entry kali ni. Kami berpesta di Japanese Restaurant... Jangan jeles!!!

Thursday, July 12, 2012

Cikgu Nani Yang DARAT!

Assalamualaikum....Salam bahagia....(bahagialah sangat sebab makan sampai tak hengat donia, mentang2lah jauh dengan digital scale). Huhuh....

Tak sempat nak bercerita panjang sebab ada cerita pendek je malam ni. Hihih.... Sebenarnya Nani memang jarang betul tinggal di hotel melainkan untuk menghadiri kursus. Jadi, kalau dah ada macam2 jenis hotel ni semestinya ada macam2 ragamnya. Nak ceritanya Nani masuk toilet kemudian tengok ada sinki yang cantik bentuk bowl ni. 
Nak ceritanya Nani buka air, kemudian dengan gatal tangan pegi tekan pulak mende bulat kat tengah2 tu. Makanya tenggelamlah ia dengan air yang bertakung... Pastu jenuh fikir balik macam mana nak tarik keluar. Hahah! Puas duk belek2 sinki ni kot2 ada punat yang boleh ditarik ke. Tak jumpa jugak. Tengok pulak bawah sinki, pun tak ada jugak. Last sekali fikir biar je air bertakung sampai esok pagi biar housekeeper yang buatkan.....

Dah macam tu rasa tak sedap hati pulak. Mesti housekeeper tu kata i ni DARAT. Tiba2 boleh dapat idea nak tekan balik benda bulat tu. Tak sangka pulak boleh naik balik...Alhamdulillah...Setengah jam i sebuk2 duk belek sinki tu akhirnya berjaya juga! 

mode : DARAT sungguh cikgu ini.....

darat = jakun

Wednesday, July 11, 2012

Prosperity Burger Sepanjang Tahun

Assalamualaikum.. Selamat petang....

Kali ni Nani bersiaran dari Hotel Sandakan. Dalam tentatif dimaklumkan bahawa program bermula jam 2.30 petang dan pendaftaran seawal jam 11 pagi. Punyalah kita ni rushing gosok 4 pasang baju, mandi laju2, lunch pun makan roti je gara2 taknak sampai lambat. Lebih kurang seawal jam 1.20 petang Nani dah tiba di hotel. So, dah check in kemudian ada seorang guru dari Sandakan masuk ke bilik. Katanya, dia tidak tidur di bilik sebab ada anak kecil. Jadi, dia akan ulang-alik sepanjang 3 hari berkursus. Hadoi....Takde kawan la pulak. Siapa nak temankan Nani, angkat tangan!!!

Sementara nak menunggu jam 8.30 malam ni sempat lagi online guna wireless hotel untuk update blog.Dah lama Nani buat burger ni. Macam sebulan lebih dah. Tapi malas betul nak update. Kali ni terpaksa juga merajinkan diri. Resepi ni tersangatlah mudah dan sedap dan kena dengan citarasa Nani. Kalau dulu terpaksa tunggu awal tahun baru boleh makan prosperity burger. Tapi sekarang sepanjang tahun pun boleh makan ni. 

SOS LADA HITAM/ BLACKPEPPER
Resepi : Acik Yarn, Myresepi
Sumber : Kak Liza Intai Dapur

Bahan2:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knorr
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby)

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jangan sampai hitam sangat, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Apabila berkursus di hotel ni, perkara yang paling ditunggu2 adalah WAKTU MAKAN!! Huhuh...Risau pulak. Tapi kali ni kena atur strategi betul2 iaitu ambil lauk2 dan sayur sahaja. Kalau nak makan nasi pun mungkin sesudu dua je kot. Huhuh...

p/s : Nani terjumpa kawan sekolah kak amie kat sini. Kalau tahu awal2 dia akan datang, mesti Nani kirim barang untuk kak amie.

Tuesday, July 10, 2012

Sibuk Lagi!

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Syukur tak jadi nak selesema.... Tapi minggu ni memang sibuk sangat2 sebab kena attend mesyuarat selama 3 hari di Sandakan....Memang tak sempat nak update entry. Tunggu habis mesyuarat la jawabnya...