kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, May 5, 2012

Kebab Roti Pita dengan Black Pepper Sauce

Assalamualaikum....Salam Bahagia...

Selamat berhujung minggu kepada semua warga Blogger yang sudah kepenatan bekerja sepanjang minggu ini termasuklah Nani. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah selama ini sehinggalah pada pagi ini. Jangan tanya Nani lunch apa tengah hari nanti sebab tak tahu nak masak apa. Tapi, untuk tidak menghampakan semua, Nani hidangkan kepada kawan2 KEBAB ROTI PITA yang Nani buat untuk sahur dan berbuka puasa pada hari Khamis lalu.

Hari ni Nani tak boleh nak berceloteh panjang sebab entry resepi ni memang panjang. Tapi percayalah, sekejap aje buat ni. Sambil2 uli roti/tunggu roti kembang, kita boleh sediakan bahan2 lain yang sampingan tu. Ok, Nani memang banyak merujuk blog Kak Tun Telani dan Kak Ika (ARAH) dalam menghasilkan kebab ni. InsyaAllah. 

Doh Asas Roti Pita/Pita Bread
Resepi : Citarasawan
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan :
500gm tepung high protein - tun & nani guna tepung gandum
15gm gula kaster
20gm shortening
1/2 tsp garam halus
8gm yis segera
280ml air sejuk - tun letak 260ml

*nani buat separuh adunan menghasilkan 4 keping roti pita yang bulat

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan kecuali air dalam mixer, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.  Menggunakan hook uli doh hingga menjadi elastik.  Masukkan whole meal (atau bahan2 tambahan lain) dan adun hingga sebati.
  2. Keluarkan doh, biarkan selama 5 minit.  Bahagikan kepada 100gm, bulat2kan dan lumur dengan minyak masak, rehatkan selama 5 minit lagi.  tun masukkan semua dlm BM, kuarkan dan bulat2kan.
  3. Canai doh berbentuk bulat seperti pizza, dan biarkan mengembang selama 20 minit.
  4. Jika mahu bentuk yang elok, masukkan dalam loyang bulat, atau boleh di susun terus ke dalam dulang pembakar yang di leser dengan sedikit shortening.
  5. Bakar pada suhu 200C selama 5 minit di rak paling bawah.  Jika roti mengelembung, angkat dan terbalik kan bakar lagi selama 2 minit.
  6. Note Tun - ps: tun xtau whether roti ni sepatutnya ada lubang kt tgh secara automatik ke x. tp tun xde lubang pun. hihi... so tun kerat ngan  pisau je wat lubang kt tgh. -nani pun kerat dengan pisau jugak. tapi kena hati2 jangan sampai berlubang di bahagian bawahnya.

INTI SAYUR KEBAB
Bahan :
sedikit sayur kobis -hiris nipis macam kerabu
sedikit lobak merah -sagat halus
tomato -hiris nipis
timun batang -hiris nipis

INTI DAGING KEBAB

Bahan :
100gram daging hancur
1 sudu besar lada hitam -tumbuk
2 ulas bawang putih -tumbuk
sedikit butter -1/2 sudu besar
garam-optional

Cara :
  1. Masukkan butter ke dalam non-stick pan, tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging hancur, kacau sehingga sebati bersama bahan tumisan.
  3. Boleh letak sedikit garam. Tapi Nani dah tak letak sebab daging tu memang dah ada perisa @ perasa.
  4. Angkat daging, masukkan dalam bekas lain.
  5. Boleh bersedia untuk membuat kuah black pepper pula.
EASY PEPPER SAUCE
Sumber Asal : ARAH (Ijayuji)

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar dicincang
250 ml susu full cream
1 sudu besar lada hitam yg dimesin
1/2 kiub sup punjut knorr 
Sedikit mentega -dalam setengah sudu besar
Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu -nani letak 2 sudu besar
Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah + sedikit air

Cara-cara :
  1. Dengan mengguna non-stick pan yg sama untuk masak daging tadi, tumiskan bawang besar yang dicincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan.
  2. Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu dan kiub yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih. Masak lebih kurang 2 minit.
  3. Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi. Masukkan sedikit butter, padamkan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
  5. Boleh letak sos di dalam roti pita yang telah siap.

Cara Membuat Kebab Roti Pita :
  1. Belah dua roti pita kemudian buat lubang di tengahnya menggunakan pisau.
  2. Masukkan bahan2 sayur ke dalam poket roti pita.
  3. Campurkan daging dengan sedikit sos black pepper dalam bekas lain (agak2 je jumlah daging dan kuahnya tu). Kalau terlebih kuah, sos akan cair. Masukkan lagi ke dalam poket roti pita. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.
  5. Note : Nani makan setengah keping untuk sahur dan setengah keping untuk berbuka. Alhamdulillah cukup kenyang dan berat badan dan boleh turun sikit. Huhuh....
Pada mulanya Nani buat untuk dinner pada hari Rabu malam. Terus Nani makan 2 ketul ni ha...Rasa bersalah pada diri sendiri sebab makan terlalu banyak walaupun masih belum jam 8 malam. Nani fikir lebih baik berpuasa pada keesokan harinya. Boleh rehatkan perut daripada asik bekerja sepanjang hari. Dengan penuh semangat Nani bangun pada waktu pagi seawal jam 4 pagi. Subuh di Kinabatangan jam 4.35a.m. Semua bahan Nani dah siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk. Jadi, paginya tu tinggal Nani panaskan sekejap roti atas non stick pan, kemudian panaskan daging hancur + sedikit sos black pepper. Sayur2 yang sudah dihiris halus tu memang dah disiapkan pada malamnya. Jadi, makan sahur pada pagi tu menjadi senang yang amat. Nani rasa semua orang pun boleh buat ni kot. Memang kenyang apabila makan ni waktu sahur. Alhamdulillah.....

9 comments:

asyifamustaffa said...

sedapnya kak...rotinya buat sndiri..
rajin btul le...
klau sy bli yg da siap je...

Amie said...

Ooooo Nani!
Tak tahan pandang black pepper saucenya tu... adeeehhhh... Kak Amie yang duluan melelehkan liur!

Hanis MY said...

Uwaa bestnyaa nk order kebab 2 :)

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu Nani.sedapnya kebab tengok kebab Nani dg black pepper sos yg melimpah....semuanya homemade....fresh. rajin Nani buat roti sendiri....

Yana Shaiful said...

uwaaa..rs nk meleleh air liur tgk black pepper sos tu..suka sgt..klu mkn bege mmg k.yana suka ltk byk2.. roti pita ni dh book mark ms kat umah Tun ari tu tp mood meroti xde lg..biasa k.yana beli jer roti pita.. inti bt sndiri :-)

nOOrsha said...

salam nenie...rajinnye anak dare ni buat roti pita sendiri...syabassss...blh sangat jd mak org ni..cepat la MR A...bile kendurinya ni...ekekekekek.... jangan mare nani nanti cepat tue, kedut2 x comey...hahahaha....

MulutPayau said...

aduhh nani...mmng terliur tengok ...rajin betul nani buat roti ya...

Mama Ann said...

Rajin nya nani...

Acik Erna said...

menggoda betul roti pita nani ni.nampak sedap..kalau dapat makan lagi sedap.