kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, May 21, 2012

Suam2 Saja....

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Hadoi... Ramai yang prihatin dengan Nani rupanya. Terasa diri ini begitu dihargai. Chewah! Terima kasih kepada kawan2. Nani sakit gastrik bukan sebab diet menahan lapar tau. Tapi sebab ada ulser dalam mulut sampaikan tak boleh nak makan atau minum. Kalau diet ATKINS, kita kena makan ikut masa. Tak boleh skip pun breakfast, lunch & dinner. Kalau ikutkan, sekarang lagi Nani makan banyak. Tapi syukurlah berat badan tak naik sangat pun. Sekarang risau jugak ni sebab lagi seminggu nak balik kampung. Kalau dah sampai sana, paham2 jela. Mana boleh skip nak makan segala jenis hidangan tu.

Huhuh...Beberapa hari ni takde entry masak2 sebab Nani just buat roti pita yang dijadikan kebab daging black pepper. Sangat sedap! Kalau nak resepi, boleh tengok entry di SINI. Macam biasalah, ada masanya kita rajin, ada masanya kita malas. Jadinya, nak senang Nani buat roti ni siap2 lebih awal. Kemudian buat dagingnya dan kuah. Simpan dalam peti sejuk. Kalau rasa nak makan, panaskan atas non stick pan je. Nani memang jatuh cinta dengan resepi kuah black pepper ni. 2,3 hari makan menu yang sama pun tak mengapa. Jadinya, sepanjang tempoh tu Nani tak makan nasi dah. Sekarang kalau makan nasi pun pada hujung minggu je.

Panjang pulak intro kali ni. Sebenarnya nak bercerita tentang pelajar2 sekolah ni. Hadoi, kalau teringat pada diorang memang boleh buat kita senyum sorang2. So far, Nani suka budak2 di sini. Masih lagi mempunyai rasa hormat dengan guru2. Kalau bergurau pun masih belum kategori kurang ajar lagi. Sepanjang 2 minggu ni merupakan minggu peperiksaan penggal pertama untuk pelajar2 di sini. Jadi, ada satu hari tu semasa Nani menjaga exam, tiba2 terputus bekalan letrik pulak. Budak2 pun bisinglah sebab kepanasan. Jadi, untuk meredakan kebisingan itu, Nani pun cakap.....

CIKGU : Kan saya pernah cakap, kalau orang yang panas tu apa tandanya......?
PELAJAR : Banyak dosa kan cikgu?
CIKGU : Haaaa... Jadi, bagus kamu diam2 ja dalam kelas.
PELAJAR : Adui cikgu! Sejuknya! Sejuknya! (sambil buat gaya menggigil2)
CIKGU : Ha.... Kalau orang yang tiba2 sejuk begitu maksudnya tidak lama sudah mau idup...
PELAJAR : Iyalah cikgu...Kalau begitu aku suam2 ja la....


Macam2 hal la budak2 ni...Tapi apa pun, tetap menghiburkan hati....  :)


10 comments:

kasihredha said...

baik bersederhana dari segala hal...so suam2 aje lah...hihi

Acik said...

haha .. akhirnya saya sampai juga ke sini.
senang aje rupa2nya, itulah takut sangat nak godek2 ... takut lappy meletop! haha

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, roti pita pun sedap, janji kenyang perut dari pada kosong gitu saje, hurmmm kalo blk kampung mmg semua nak rasa tapi yg lebihnya nak makan. Lebih2 lagi mskan ibu mesti nak mkn semua huhu. Kalo boleh nak juga mkn bersederhana ala2 suam2 gitu heheh, budak2 la ni ada je jawapan diorgkan heheh

Acik Erna said...

assalam nani...kalau la nani dapat berpindah nanti..mesti sedih nak tnggalkan murid nani tu kan..

Mama Ann said...

Kelakar lah...boleh di guna pakai tu..

sekadar satu coretan said...

kakain pagi ni...sejuk..
budak2 mmg mcm ragam tp mengiburkan..

Unknown said...

Selamat pagi cikgu Nani, bijaknya anak murid cikgu. Budak2 skrg nak kata bijak, mcm loyar buruk pulak nampaknya, sama je dgn sibujang akak tu.
Nani jgn diet sgt nanti jd penyakit pula. EPO tu akak amalkan dari zaman akak remaja lagi, mmg bagus utk kulit. Cuma sejak pindah sabah ni, selalu lupa nak beli.

Asmara said...

hehe.. betul jugakkan. kita suam2 je la. ;D

Hanis MY said...

lawak la pelajar2 tu, tapi menghiburkan... ganbatte nani dgn diet.. mmg kagumlah..

Yana Shaiful said...

hihii..mcm2 lah bdk2 skg..saje nk loyar buruk dgn kita plak :-)..

psstt..dh siap kemas baju ker nk blk kg ^__^