kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, August 4, 2011

Kole Kacang Tak Berapa Jadik!!

Assalamualaikum....Salam 4 Ramadhan....

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari keempat umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga. Jadi, konon2 nak try la buat kuih tradisional kan...Sekali, ini pulak yang jadinya....Alahai....Apa boleh buat kan....Sabar jela... Nak tempek resepi pon segan sebab tak jadik. Nantilah saya menuntut ilmu habis2 dulu. Sebenarnya saya sendiri dah tak ingat saya pernah makan ke tidak kole kacang ni. Jadi, bila dah terbentuk kuih ni, rasa lain macam pulak rupanya...Hmm...apapun, akan dicuba sehingga berjaya!!

Pertama kali seumur hidup saya buat taik minyak ni. Tengok orang buat pon tak pernah. Just try n error...Naseb baik jadik jugak.

Warna kole kacang sedikit cerah sebab saya guna gula putih! Huhuh...Pasni nk try guna gula perang pulak.

Wednesday, August 3, 2011

Jelly Oren - Dessert berbuka yang sangat best!

Assalamualaikum...Salam Ramadhan...

Dah berapa hari berpuasa ni kan, masih blur2 lagi nk masak apa. Takde mood pon ye jugak. Tula, kan dah datang angin penyakit M....Hish...Macam biasa la ye, saya bukak fridge pagi2, tengok apa yang boleh dimasak untuk petang nanti. Sekali tengok, terus mata ni terpacak pada 2 bijik oren yang ntah zaman bila lagi duk tergolek2 dalam fridge. Jadinya, mula2 nk buat puding oren belang2 resepi Kak Ita, mcm yang orang lain buat tu. Pastu takde pisau nk bukak tin susu cair pulak. Terus tak jadi, buat jela jelly oren biasa ni. Tengok rupa nampak comel jugak kan??? Tuan asal resepi adalah Kak Yani. Tapi, saya C&P daripada blog Kak Juwita.

JELLY OREN
resepi : Kak Yani MyResepi
sumber : Kak Juwita
olahan : Nuwairani


Bahan-bahan :

  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
  • setitik pewarna kuning -nani tambah
  • 1 sb oren sunquick -nani tambah
Cara-cara
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.(ita potong dua je di tengah-tengah)-nani ikut cara Kak Ita.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. -nani masukkan sekali perisa oren sunquick & pewarna kuning sebab oren kecil dan jusnya kurang. (sebelum tuang ita tapis dahulu buang serat2 limau bagi hasil yang cantik)
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal. Untuk nampak cantik letak limau di dalam cawan atau acuan yang sepadan dengan saiz limau).
ni rupa sebelum dipotong. comel aje...geram pulak nengoknye...
sejuk aje bila lalu tekak time musim kemarau mcm skrg ni...

ini bila dah potong. sebenarnya bancuhan ni memang lebih untuk 2 biji kulit oren. jadi nani letak dalam bekas dadih putih yang biasa tu je yang selebihnya.

saje letak sekali gmbr oren yg original. Kalau ada yang tertukar2 jugak tak tahu la tu... hihih

Wordless Wednesday part 9 -

nasi mandhi + sirap bandung selasih di Restoran A.M Tarbush Kota Bharu Kelantan. Makan untuk 3 orang baru RM40. Sangat2 lah murahnya! Really recommended to those yg suka masakan arab.

Tuesday, August 2, 2011

Rezeki Di Malam 1 Ramadhan....

Assalamualaikum...Salam Ramadhan....

Sambil2 saya bersembang2 dgn cik housemate semalam, menunggu pengumuman tarikh bermulanya puasa, saya buat German Cookies dulu. Di Sabah kan Maghrib Isyak awal, jadi kami tidak ke surau dulu sebab tidak tahu betol atau tidak esoknya puasa. Tiba2, hujan dengan lebat sekali. Dalam hujan lebat tu bunyi pulak orang ketuk pintu. Alamak! Sape pulak yg datang tengah2 malam dalam hujan lebat ni. Sekali tengok, rupanya Melissa, anak jiran sebelah menghulurkan 1 bekas tapau. Baru petang tadi saya berkira2, jiran sebelah belom pulangkan lagi bekas tapau Kek Lapis Seri Kaya hari tu. Jahat betol! (sempat lagi simpan niat lain dalam menghulur kuih tu). Jadi, bila saya bukak bekas tapau tu, ada beberapa slice oreo cheese cake...Walllaaaa!!! Sedapnya!

keknya tersangatlah lembut, dengan cream cheese, biskut oreo lagi...adus...Ini memang rezeki saya sorang sebab cik hosmate tak makan cheese. huhuh....

Danish Butter Cookies

Assalamualaikum...Salam Ramadhan...

Kali ni mengukis lagi ye...Saya pon tak tahu sapa yang nak makan cookies ni time awal2 pose ni. Tetibe dah sampai mood mengukis pulak.. Hahah!!! Ini pon dah ramai yang cuba, hari tu ada nampak di Blog Kak HaSue. Nampak macam best pulak dia main2 dengan bentuk. Tapi saya takleh nak main2 dengan bentuk sangat sebab tak cukup peralatan. Jadinya, saya guna aje acuan semperit. Pedulik la situ....Huhuh...Tuan resepi asal adalah Kak Fida. Jadi leh tengok di MyResepi untuk lebih lanjut ye kawan2...

DANISH BUTTER COOKIES
Resepi : Kak Fida
Olahan : Nuwairani

Bahan :
125 gram butter
1/3 cawan gula aising
140 gram tepung gandum –nani guna 1 ¼ cawan
¼ sk baking powder
½ sk esen vanila @ butter oil –nani guna butter oil
Chocolate chips @ kismis untuk hiasan –nani guna choc chips

Cara :
1.   Pukul butter dan gula aising hingga lembut.-kalau taknak guna gula aising pon boleh. tapi gula pasir biasa tu dikisar halus. Kemudian, sukatan mesti dikurangkan sedikit sebab gula aising memang kurang manis (ada campuran tepung jagung). 
2. Tambahkan butter oil pukul lagi dan ayak tepung gandum bersama baking powder.
3.    Gaul sekata. Doh memang sedikit lembut.
4.    Simpan dalam fridge selama ½ jam (30 minit).
5. Pipekan atas dulang ikut bentuk yang disukai dan hias dengan kismis atau chocolate chips.
6.    Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15 minit.

Kualiti biskut ini juga bergantung kepada kualiti butter yang digunakan. Saya guna butter jenama Giant je, sebab yakin ada tnda halal n harga pon murah. Tapi bila kite letak butter oil, memang rasanya sedap macam guna butter mahal (sempat lagi memuji diri)

ini bukan perisa coklat ye...tapi sedikit terhangit sebab kat rumah tetibe blackout selama 5 minit sehingga menyebabkan saya terlupa ada cookies lagi di dapur. Hahah! Walau bagaimanapun, tidak menjejaskan rasanya, tidak ada rasa pahit hangit ke apa, masih jugak sedap dan boleh ditelan. Inilah kelebihan cookies ni. Terima kasih ye Kak Fida

Khas Buat Si Dia Yang Bernama LELAKI.....

Selama beberapa hari saya cuba bermuhasabah diri, apa yg saya mahu dalam hidup dan akhirnya, mungkin ini sedikit petunjuk yang saya temui...

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

tentangcinta.com
-petikan daripada layarminda2.blogspot.com

Monday, August 1, 2011

German Cookies

Assalamualaikum....Salam Ramadhan...
Orang lain sibuk2 dengan terawih, tapi saya keletung keletang di dapur buat cookies. Hmmm...mesti dah ramai yg dah cuba buat cookies ni. Resepi asal oleh Rima. Latest saya tengok Kak Nor pon buat jugak... Tapi memang tak dinafikan cookies ni memang rangup dan lemak2 je rasanya. Bagi saya, sedap la. Nak buat pon tak cerewet sangat sebab guna bahan sikit je. Resepi asal in English, jadi saya cuba translate ikut ilmu yg cetek ini je ye...Senang orang nak paham.

GERMAN COOKIES
Resepi : Rima
Sumber : Kak Nor
Olahan : Nuwairani

Bahan :
125 gram butter
40 gram gula aising –nani guna 1/3 cawan
125 tepung kentang –nani guna 1 cawan
80 gram tepung halus –nani guna ¾ cawan tepung gandum biasa

Cara :
1.  Pukul butter dan gula aising hingga kembang dan warnanya jadi sedikit cerah.
2. Ayak tepung gandum dan tepung kentang ke dalam adunan butter dan gaul sehingga membentuk doh.-doh ni memang sedikit lembik. tapi agak2 boleh gentel, kira ok la tu. mau dibelai2, pegang elok2 gitu.
3.   Buat bentuk bulat2 kecil –Kak Rima cadangkan dalam 7 gram untuk setiap biji atau guna ½ sudu besar sukatan metrik untuk dapatkan saiz yang sama. –nani main bantai aje gentel sebesar biji guli, takde masa nk timbang 7 gram ni.
4.   Susun atas dulang, jarak2 sikit setiap biji sebab cookies sedikit mengembang.
5.  Celup garfu dalam air, kemudian tekan atas setiap bebola cookies tu supaya cookies tak melekat di garfu.
6.    Bakar dengan suhu 170 darjah selama 15 minit.

    Senang kan??? Dah tak payah nk order2 lagi kuih yg mahal2 tu..kuih ni pon dah cukup sedap dah....Kualiti rasa pada biskut ini bergantung kepada kualiti butter yang digunakan ye...