kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, February 1, 2013

Alhamdulillah Dah 13 Minggu....

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Huhuh....sebelum tu kena mengucap panjang dulu...Terlalu lama membiarkan blog ini kesepian tanpa kata... Apa boleh buat... Tahun 2013 merupakan tahun yang agak mencabar bagi Nani sebab menjangkakan ini adalah tahun terakhir sebelum berangkat pulang berkhidmat ke tanah Semenanjung sana.. Insyaallah... Big boss dah pesan awal2 supaya menyelesaikan segala tugas yang ada sekarang dan tugas tahun lalu yang masih terbengkalai. Huhuh... (pemalas punya orang la ni).

Cerita pasal kenduri kahwin, honeymoon belum habis lagi tiba2 keluar tajuk 13 minggu ye. Huhuh.. Kalau rakan2 FB mungkin ramai yang dah tahu. Nani dah mengandung 13 minggu. Alhamdulillah... Walaupun merancang untuk tidak seawal ini, tetapi Allah Maha Besar. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami berdua... 

Cerita kisah mengandung ini, syukur sangat2 sebab Nani tidak mengalami alahan teruk seperti orang lain. Sepanjang tempoh ini, macam baru 3-4 kali muntah. Itu pun sebab makan tak ikut jumlah yang sepatutnya. Badan pun masih lagi steady, boleh menyapu, kemas rumah setiap hari. CUMA..... Ha.... Ada lagi cumanya tu. Nani lebih suka makan yang orang lain masak. Hohoh... Bab masak memasak ini memang tak dapat nak tolong la. Nani hanya akan masak benda yang orang lain tak reti masak je. Contohnya kalau rasa nak makan kek, kuih-muih tradisional kita, yang itu baru dimasak sendiri. Kalau lauk makan hari2 tu biasanya kawan2 serumah yang masakkan. Boleh dikira dalam seminggu macam 1-2 kali je Nani masak. So far, Nani hanya sediakan bahan2 mentah ke, bahan kering ke, jadi mereka akan masak. 

Bab alahan pula, satu perkara yang Nani sedar adalah Nani tak suka bau minyak yang sedang panas dalam kuali. Mesti loya tekak, lepas tu rasa nak uwek2... Tapi tak keluar apa2 pun. Ngengada kan? Mula2 tahu tu sebab panaskan minyak untuk goreng samosa as breakfast sebelum mr.google ke tempat kerja. Sekali, apabila minyak panas, tekak dah rasa kembang2. Kemudian, pernah juga rasa macam tu apabila kawan serumah goreng ikan. Bau minyak tu seolah2 menusuk hidung betul. Lepas tu dia akan goreng ikan sebelum Nani balik kerja. Baik kan dia??

So far, yang lain2 tu tak ketara sangat la kot. perut pun kecik lagi. Kalo nampak tu rasanya lemak je yang lebih. huhuh... Satu tabiat buruk sekarang adalah tak suka nak makan benda yang berulang2. Kalau malam dah makan menu tu, esoknya dah tak nak makan. Jadi, kalau masak apa2, pastikan dalam jumlah yang sikit je. Senang sebab tak payah nak panaskan dah. huhuh... jadi panjang pulak entry ni.Mesti gara2   dah lama tak menulis. Idea mencurah2.... 

Minta kawan2 doakan kesihatan Nani di sini dengan keadaan berjauhan dengan suami, keluarga harap Nani boleh survive sendiri sehingga pertukaran bulan jun nanti. Insyaallah.. Terima kasih buat kawan2 yang mendoakan Nani cepat dapat baby. Memang cepat kot. Huhuh... Alhamdulillah....

19 comments:

rahel said...

Salam Nani..
waw...bakal dapat baby..tahniah yea...jaga kesihatan ibu dan anak...

Zaliedana said...

Assalam nani..congrat lagi skli kat sini ya..jga diri,kesihatan n bb kat dlm baik2 yer.moga slmt smp melahirkan nti..Amboii2 xleh bau mnyak pns eh,bb kat dlm tuh nk suh mama dia mkn rebus2 jerk,utk kesihatan kan,hihi..ok ler xde uweek2 kan,kak ct 3kli mmg mkn pe pun pgi2 xleh ashik uweek jer n skit kpla,huhu..ashik nk duk lam ekon jerk sbb xthn pns..

Maira Anjami said...

moge dipermudahkan ^^

Acik Erna said...

Assalam nani..tahniah..

Asyifa Mustaffa said...

tahniah nani....jaga kesihatan bebaik.....:-)

Mamasya said...

Tahniah Nani bakal bergelar ibu.
moga Nani dan baby dikandung sihat sentiasa.

Zira Aziz said...

Alhamdulillah..tahniah nani.. :)

Mama Ikah said...

Tahniah nani..didik anak seawal dari dalam rahim...InsyaAllah

FnF Simple Life said...

Tahniah Nani... jg kesihatan n bby dlm perut ye ;)

Cheq Sue said...

tahniah nani, semoga selamat sepanjang masanya... dok take care urself tau...

btw, ustaz sek nani, pindah sek cheq sue...ust muhamad :)

Sury Abil said...

Salam nani..tahniah yer dh nk dpt bby...jga kesihatan n pemknan...:-)

tun_telani said...

tahniah nani ^^ doakan akak cepat2 dpt bb jugak :)

Yana Shaiful said...

Tahniah skali lg Nani^^..tringat plak ms k.yana preggy kat damia dulu..husben kat penang, k.yana kat kl..dia plak yg dpt morning sickness..k.yana rilek je p keje.. kesian tul dia..dh la bini xde di sisi hihii

~ pe2pun Nani jaga diri ekk..ms preggy ni bleh la kita nk ngada2 lebih sikit dgn org sekeliling hahahaa

Hawa CMS said...

tahniah kak nani. semoga mommy n baby sihat2 sokmo.. ;)

Rohah said...

tahniah Nani...akak pun teringin baby lagi..hi2..

Nuwairani Ismail said...

terima kasih atas doa2 kalian...insyaallah... baby ni baik2 je kat sini...doakan kami dapat berpindah balik ke tanah semenanjung...

fiqkbe said...

congrats dear :) semoga dpt menempuh 40 minggu tu dgn tabah ;D

siti sabri said...

Tahniah....jaga diri baik2..kena pantang mkn benda2 tajam tau..yg penting sentiasa doa mitak dgn allah agar baby sihat sempurna..insya allah..amin

Nazayiena Ayiena said...

salam Nani,tahniah ya....semoga berjln lancar semuanya termasuk urusan perpindahan tu.