kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Tauhu Sumbat ~Kuah Rojak Petis (Homemade)

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Huhuh...Jangan serik ye buka blog saya...Asik2 tauhu, asik2 tauhu, kalo tak pon taufu, tau fu fah, pasni yong tau fu pulak (coming soon!). Bukan pe, saya ni jenis bermusim. Kalau sampai masa mengepau tu asik2 nak mengepau jek kejenya...Oklah, nak cerita sikit tentang petis ni. Ramai orang tau makan petis. Tapi tak ramai yang tau macam mana petis dihasilkan...Seumur hidup saya, kuah rojak petis paling sedap saya pernah makan ialah jenama MAK BEE. Yang ni mula2 gelemer di Kedah. Pastu syarikat dah bertambah maju, dia mula mengeksport kuah rojak ni ke serata tanah semenanjung...Di Sabah saya belum jumpa lagi ye...Jadinya, sekarang memang mudah nak dapat Kuah Rojak Mak Bee ni. Kalau dulu2, mak selalu kirim je dengan sape2 yang nak gi Kedah. Masa tulah baru dapat merasa kuah rojak ni. Sekarang???? Haaaa.....Saya dah pandai buat sendiri...Tak perlu lagi susah2 naik kapal terbang cari kuah rojak...

Sebenarnya, petis tu diperbuat daripada kepala udang. Haaa....jangan terkejut! Selalunya kalau dalam Myresepi tu takde pulak buat resepi kuah rojak yang betol2 guna petis original homemade. Mesti diorang tulis 'sebotol petis'. Jadi, hari ni saya nak kongsikan sedikit cara2 buat kuah rojak petis yang benar2 homemade. resepi ni pon saya belajar daripada seorang kawan, Puan Rafizan (Kak Ijan). Dia tinggal di Sarikin, Sarawak sekarang. Memang asal pon dari sana la...Sejak2 terputus hubungan dengan Kuah Rojak Mak Bee ni, saya belajar buat sendiri dengan Kak Ijan. Dia memang terima tempahan untuk kuah rojak ni. Tapi, sekarang sebab dia dah pindah sekolah, makanya saya pon terpaksalah buat sendiri...

Kalau tuan2/puan/adik2/kakak2/abang2 beli udang, kepalanya tu jangan dibuang ye. Memang itulah yang akan diguna untuk buat petis tu nanti. Kalau rasa macam nak buat stok, kepala udang tu boleh disimpan di dalam freezer. Apabila beli udang lagi, simpan lagi kepalanya. Tapi jangan yang masak la. Mesti kepala udang yang mentah2, belom dimasak lagi. Kalau rasa agak2 dah berkelapangan sikit nak buat petis, barulah boleh keluarkan semula. Di sini saya tulis resepi kuah rojak petis Puan Rafizan mengikut sukatan yang sedikit jela. Kak Ijan menunjuk cara je. Sukatan saya main campak2 sendiri je. Manalah tahu kot2 ada yang nak cuba ke kan?

KUAH ROJAK PETIS (HOMEMADE)
resepi : Puan Rafizan
olahan : Nuwairani

bahan :
1/2 kilo udang (diambil kepalanya sahaja)
1/2 cawan air

2 tangkai cili merah besar
2 sudu makan cili kering kisar
2-3 tangkai cili padi (kalau nak pedas)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah (kecil)
1/4 cawan kicap manis
1 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
1 sb cuka
segenggam kacang tanah tumbuk

Cara :
  1. CARA BUAT PETIS UDANG : Bersihkan kepala udang (siram2 air je) kemudian kisar dengan 1/2 cawan air. Air tu agak2 sendiri la ye. Kalau nampak macam banyak, kurangkan la sedikit sukatannya. Note : Kepala udang diambil sekali dengan sesungutnya, duri2nya. the whole kepala la senang cerita.
  2. Tapiskan air kepala udang tadi masuk ke dalam periuk. Nak guna kuali pon boleh jugak. Pastikan betol2 ditapis sehingga ke titisan terakhir tau. 
  3. Panaskan periuk dan biarkan sehingga air kepala udang tu mendidih. Sambil2 tu boleh dikacau jarang2 sekali. Kemudian, lama kelamaan air akan menjadi kering dan petis tu akan kelihatan berketul2. Masaklah sehingga betol2 kering airnya. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 2 sudu besar petis. Dah siap petis udang. Note : kalau rasa macam nak buat stok petis, masa masak petis tu masukkan sedikit garam dan sedikit gula supaya petis tu tahan lebih lama. Agak2 petis dah sejuk, boleh masuk bekas, simpan dalam fridge. Kalau nak terus guna, tak perlu nak letak garam & gula. 
  4. CARA BUAT KUAH ROJAK : Kisar cili besar dengan bawang putih, bawang merah, cuka dan sedikit air untuk memudahkan mesin berputar. Kisar sampai hancur.
  5. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berisi petis tadi. Kacau sebati. biarkan sehingga cili itu masak. Masukkan kicap manis sehingga warna kuah bercili tadi bertukar menjadi hitam. Kacau lagi.
  6. Masukkan gula lebih kurang 1/2 cawan dulu. Agak2 dah cair gula, boleh rasa. Kalau tak cukup manis, boleh tambah lagi gula. Kuah ni memang akan guna banyak gula. So, jangan takut2 nak masukkan gula. (beringat2 ketika makan jela nanti. kang tak pasal2 pulak kene diabetis sebab makan kuah rojak petis).
  7. Masukkan garam dan rasa2 lagi. kalau rasa macam ada terkurang terlebih, tambah sendiri ikut selera masing2 ye. Note : kuah ni memang cair semasa panas2. Tapi kalau dah sejuk, kuah jadi pekat dengan sendirinya. Boleh hidang dengan kacang tanah tumbuk.


Friday, October 7, 2011

Tauhu Sumbat Kuah Sambal

Assalamualaikum....Lagi resepi tauhu sumbat tapi dengan kuah sambal. sy dapat resepi dari Myresepi....leh tengok sendiri di SINI resepi oleh Lizacomel. Makin comel la tuan punya resepinya...Hihih...Terima kasih ye...

sayur2nya macam biasalah, ada timun, carrot, tauge.

ha....ni kuah sambal spesel tu...

nampak menyelerakan tak? huhuh

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • 10 keping tauhu lembut
  • 1/2 batang timun
  • 200 gram tauge
  • *bahan kuah istimewa*
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 - 5 sudu makan cili giling
  • 4 senduk gula pasir
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. gorengkan tauhu dan biarkan sejuk...timun dipotong halus memanjang...tauge dibuang ekornya dan dicelur...
  2. gaulkan timun dan tauge...tauhu goreng dibelah dua kepada bentuk segitiga...kemudian,dipotong bahagian tengah tauhu lalu disumbatkan campuran timun dan tauge tadi...
  3. untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
  4. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat :P

Sunday, July 3, 2011

Serunding Bilis

Assalamualaikum...Selamat petang...

Lambat betol bersiaran petang ni. Padahal tak pergi mana2 pon. Duduk2 di rumah je. Since stok cili kisar dah nak habis, jadi saya pon sibuk2 la mengisar cili kering + bawang putih + bawang besar tadi. Sambil2 tu tengok ikan bilis banyak lagi. Terfikir jugak nk buat serunding ikan bilis. Ala, menu biase2 je. Kirenye pasni senang la keje.. Kalau agak2 macam malas nk masak tu kan, buat aje bubur nasi ke, pastu makan dengan serunding ni. Kalo tak pon ada roti ke, cicah aje. Ha...kalau digoreng kering, memang boleh tahan lama..Resepi ni saya dapat daripada seorang kawan masa belajar di UPM dulu. Dia pernah bawa, jadi saya tanya2 jela macam mana nak buat. So, ingat2 lupa jela. Takpe, masing2 dah terer buat sambal dah kan? Ni sebagai panduan untuk sesiapa yang belum nampak lagi gambaran serunding ni macam mana.

SERUNDING BILIS
resepi : Nuwairani

Bahan :
1 cawan ikan bilis (basuh dan tos)
15-20 tangkai cili kering *
6-8 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
sedikit air asam jawa
garam
gula
1/2 cawan minyak masak

cara :

  1. Kisar bahan * sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar * tadi sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula (warna cili akan jadi merah pekat) -ini memang petua daripada mak saya macam mana nak dapatkan sambal yang cantik dan garing.
  3. Setelah cili dah garing, baru masukkan air asam jawa.
  4. Kisar ikan bilis sehingga hancur juga baru dimasukkan ke dalam bahan tumisan tadi.
  5. Goreng sehingga betul2 kering dan perasakan dengan garam. -hati2 kerana setengah ikan bilis sudah cukup masin. Terpulang kepada citarasa masing2.
  6. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Kalau mahu keselamatan lebih terjamin, boleh simpan dalam fridge.
 
close up

p/s : tengah tunggu doh mengembang. hihih...tak sabar nk makan dengan homemade roti..