Seriously sangatlah penat hari ni sebab seharian dari pagi sampai ke petang bekerja. (padahal sembangnya pun banyak jugak). Sebenarnya tadi ada rehearsal untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Bukit Garam sesi 2011. Jadinya, tugas Nani sedikit berbeza pada tahun ini. Bukan juga sikitlah memang banyak! Sepanjang 4 tahun Nani berkhidmat di sini, selalunya Nani mendapat tugasan sebagai juruacara majlis. Tapi tahun keempat ni Nani diturunkan takhta menjadi AJK bunga manggar! Serius sangat best sebab tak kalut dengan orang dah. Memang berehat habis la tahun ni. Banyak events di sekolah tahun ni tidak meletak nama Nani sebagai juruacara. Takdelah orang bosan sangat kalo asik dengar suara kite je. Ye dok??
Kek kukus ni sebenarnya dah buat minggu lepas lagi. Tak tahan godaan betul. Habis hancur musnah program diet bila tengok Kak Izah Mapin Lover tu update entry pasal kek kukus ni. Kak Izah jugak yang disalahkan. Huhuh...Sebelum ni kalau buat kek yang versi kukus ni selalunya kek coklat/apam jela. Tak pernah pulak buat kek kukus versi ala2 butter cake ni. Tapi, ternyata kejadian kek ini tersangatlah baik. Nani ambil masa 3 hari untuk menghabiskan kesemua kek ni. Nak bagi orang rasa pun malu sebab rupa kek buruk benor! Nani letak adunan 3/4 cup muffin, tapi tak sangka kembang sampai tersembul keluar segala isi.
Nani buat kek ni boleh dapat 8 ketul cup muffin penuh. 1 ketul je Nani bagi kawan rasa. Lagi 7 ketul Nani makan sendiri. Itulah breakfast, lunch, dinner. Hohoh....Tu pasal la berat duk maintain 54kg je tak mo turun2 dah. Tensen kite dibuatnya. Untuk resepi kek ni, macam biasalah ye Nani si penderhaka ni memang suka alter resepi orang. Yela, sebab dah teringin sangat nak makan, tapi tak cukup bahan. Bantai aje apa yang ada di dapur. Nani C&P je dari blog Kak Izah.
Resepi : Majalah Rasa Oktober 2007 oleh Puan Nuni
Sumber : Izahdaut
bahannya :
100 gm mentega -nani guna marjerin
200 gram susu pekat manis -nani letak 3/4 cawan
2 biji telur
150 gm tepung gandum *nani guna self raising flour
1/2 sudu kecil baking powder -tak letak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat -tak letak
buah prune secukupnya *kali ni izah ganti ngan cok chip -nani letak jem blackcurrant je.
Caranya:
- Pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga kembang dan ringan.
- Dalam mangkuk yang lain pukul telur sehingga kembang dan ringan dan kemudian tuang ke dalam adunan mentega dan susu tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda ke dalam adunan tadi.
- Ceduk adunan ke dalam mangkuk kertas.
- Tabur kepingan prune yang dipotong kecil.
- Kukus di atas dapur dengan api sederhana sehingga masak.
Nota Izah : saya guna api sederhana dikukus lebih kurang 15-20 minit. Pukul menggunakan mixer. Pukul telur sehingga betul betul kembang dan ringan. Ceri merah dan hijau hanya sekadar penyeri dan hiasan sahaja (optional).
Nota Nani : Nani pukul marjerin + susu pekat hingga kembang, kemudian terus masukkan telur satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati. Padamkan mixer, kaup balik tepung ke dalam adunan telur sehingga tidak berketul. Nani kukus menggunakan acuan muffin ni selama 10-12 minit.
Ulasan pakar nutrisi: Resepi ini sesuai disajikan sekali sekala bagi pengamal diet, sebagai sebahagian dari perancangan diet sihat dan cara kehidupan aktif. Jumlah gula, lemak dan kalorinya sederhana.
Tak tahulah boleh percaya ke tidak nota nutrisi tu. Huhuh... Bagi Nani, konfem la Nani tak percaya sebab Nani bukan diet kurang kalori, tapi lebih kepada mengurangkan carbs. Kalau dah ada tepung + gula + susu tu konfem tinggi carbs. Apapun, habis dah zaman makan kek. Minggu ni kita puasa kek pulak. Terima kasih kepada Kak Izah atas perkongsian resepi daripada majalah ini. Memang tak menyesal buat kek ni. Tapi akan menyesal apabila tengok no digital penimbang semakin naik. Huhuh...Ok kawan2, harus cuba tau!