Tak tahu kenapa dalam minggu ni rasa penatttttttt betul. Sebelum ni kalau puasa pun masih steady lagi. Tapi minggu ni sempat puasa 1 hari je. Pastu badan penat macam kurang rehat. Makanya tak jadi berpuasa pada hari2 lain. Takpelah, kita sambung puasa minggu depan pulak ye. Walaupun dalam keadaan penat, tapi itu belum cukup untuk mematahkan semangat Nani nak buat gyoza ni. Perghhhhhhh! Satu periuk tu macam Nani bantai sorang2 je. Serius sedapppp! (angkat bakul lagik).
Sebenarnya terfikir2 sama ada nak habiskan ayam hancur tu untuk buat spageti @ lasagna. Tiba2 teringat ada lagi secoet sayur kobis yang dah berminggu2 dalam fridge tu. Sebelum tidur duk fikir2 lagi nak masak apa. (dasat betol! orang lain tidur baca doa, kite ni duk fikir lagi nak makan apa esoknya) huhuh. Last sekali teringat Kak Tun pernah tayang dumpling yang dia buat kecik molek, siap dengan chopstick lagi ha... Terus decide nak buat dumpling.
Resepi : kak hana
Sumber : kak tun telani, kak ros
Bahan-bahan untuk skin :
250g tepung gandum
1/2 - 3/4 cawan air sejuk -nani guna air biasa je
1/4 sk garam
Extra tepung gandum utk canai
1/2 sudu kecil baking powder (P.Ros tambah)
Untuk Inti :
250g daging kisar/ ayam/ udang -nani guna ayam hancur
1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang) -xde
50g kubis - cincang dadu halus
1 sudu makan halia parut
2 sudu makan bawang putih parut
1 sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu) -nani guna minyak jagung
1 sk gula
1/4 cawan bawang besar - potong dadu
Daun negi - jika suka (tak masuk)- tun xtau apa nih -xtau jugak :p
garam dan pepper
Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling -tun pun -nani pun
1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tanpa tepung jagung)
tun tambah shredded carrot and mushroom -nani tambah mushroom je
1 kiub pati ayam -nani sesuka hati tambah
Cara-cara :
- Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P.Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain. - tun guna ready-made dumpling skin -nani uli lebih kurang 20 minit untuk dapatkan tekstur yang elastik tu.
- Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI atau boleh gunakan acuan gyoza. -nani kelim sesuka hati je asalkan tak bocor. Siap kelim macam karipap lagi. kuikuikui...
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza. -nani rebus dalam air biasa + kiub pati ayam (kes malas nak kukus dah).
- Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian.
Dumpling Dipping Sauce
sumber : tun telani
bahan2 :
1/4 cawan kicap manis
1/2 inci halia- tumbuk -nani hiris
1 ulas bawang putih- tumbuk -nani cincang
2 bj cili padi- tumbuk -nani hiris
1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar -nani guna cuka makan je
1 sb minyak bijan -x bubuh sebab takde
Cara2 :
campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.
dah ntah pape je rupa bentuknya. malas pulak nak buat cantik2 sebab masa ni dah kalut2 nak pegi keje. Hahah...baru perasan...nani belum pandai lagi edit2 gambar guna photoscape (betul ke photoscape? main cakap je ni. nampak sangat buta komputer). nanti2lah baru belajar.
Alhamdulillah Nani puas hati dengan resepi ni. Cumanya, adoi....jenuh nak menguli sampai elastik tu. Tapi, hasilnya tersangatlah menakjubkan! Nani siap boleh buat makan breakfast, lunch, dinner lagi seharian dengan homemade gyoza ni. ada 5 keping kot Nani try goreng sikit dalam non stick pan. Pun sedap jugak! Pasni macam nak buat lagi je gyoza ni. boleh frozen, pastu goreng bila2 masa rasa nak makan kan? Terima kasih kepada penyumbang resepi dan yang berkongsi resepi dumpling ni....