kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Eggless Doughnut Ball

Assalamualaikum....Selamat sejahtera.....

Phewwwwww.....(menarik nafas lega jap). Bukan pe, hari senin tu kami diberitahu bahawa ada pelawat nak dtg sekolah. katanya nak memantau apa benda ntah. kait2 dengan pembelajaran menggunakan ict ni la. jadi, pelawat2 tu pulak tergolong dalam golongan pengetua2 sekolah zon sandakan. kalau dah ada pelawat datang, memang pengetua tu akan buat lawatan ke bilik kaunseling...jenuh la kami ni mengemas bilik 2,3 hari ni. dengan bau air kencing tikusnya, dengan taik tikusnya, dengan barang2 kesan gigitan tikusnya...(aik? apsal semua pasal tikus ni?). senang cerita, cikgu2nya malas betol nak berkemas. kalo bilik tu nampak bersemak, kirenye boleh la salahkan tikus. heheh.... 

macam biasa la, pada malamnya tu kami kene berkampung di sekolah. stay sampai nak dekat jam 11 malam hanya untuk berkemas itu dan ini. selain kami berdua, ada juga la minta tolong student asrama membersihkan apa yg patut. siap gosok lagi alas meja yang baru nak pasang ni. adeh...banyak keje betol. alhamdulillah siap juga kerjanya...apabila tiba masa kene pantau bilik tu, punyelah kami seronok sebab dapat pujian aje daripada guru2 dan pengetua yg datang. nasib baik juga dia tak bukak fail2 yang cantik berlabel tapi kosong isinya itew...hihih....

cerita asalnya ialah pasal donut ball ni...hihih...masa berkemas bilik, sy buatkan donut ball ni utk diberi kepada students yang datang membantu kami bersihkan bilik. ingatkan 4 orang je yang datang, sekali datang 8 orang! adeh! tak kisahla cukup ke tidak, janji masing2 dapat merasa kuih buatan tangan dengan penuh kasih sayang cikgunya ini...heheh...saya sampai rumah lebih kurang jam 6 petang. dah janji ngan kaunselor sekolah jam 8. hmmm...bersilat la kat dapur jawabnya....alhamdulillah dalam masa 1 jam 30 minit dah boleh siap donut ni. rasa mcm cepat betol. lembut aje kejadiannya...meh kite sekodeng resepi donut ball tanpa telur ni...

BEBOLA DONUT TANPA TELUR
resepi : Nuwairani

bahan :
3 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
1/2 sk baking powder
2 sb gula
1/4 sk garam
20 gram marjerin (1 sudu makan)
3/4 cawan air suam
**minyak masak untuk menggoreng
**gula kastor utk saduran

cara :

  1. Gaulkan semua bahan2 kering di dalam bekas.
  2. Masukkan marjerin dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil2 diuli guna tangan. Teruskan menguli adunan tepung sehingga tak melekat di tangan dan tekstur doh lembut & kenyal. Agak2 dalam masa 7-10 minit.
  3. Rehatkan doh selama 20 minit dengan menutup bekas adunan dengan piring @ plastic wrap. (masa ni la untuk kemas2 dapur, cuci piring, simpan bahan ke apa, orang kata sambil2.heheh..) 
  4. Apabila doh mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Uli sikit2 je.
  5. Tabur sedikit tepung pada dulang atau talam untuk letak doh yang sudah siap dibentuk. Cubit sedikit doh dalam sebesar duit 50 sen. Buat bulat2 sehingga habis. (nani dapat dalam 28 biji). Rehatkan lagi doh lebih kurang 10 minit.
  6. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Guna api perlahan je tau supaya donut kita masak di dalam tapi tak hangit di luar. 
  7. Pastikan minyak betol2 panas apabila nak masukkan doh bulat2 tu. Goreng macam biasa, angkat, tos minyak dan tabur gula kastor. SIAP. 
sangat suke dengan isi dalamnya yang lembut walaupun dah sejuk. kalau makan panas2 lagi terasa lembutnya. Sebenarnya sy ni kureng sikit nak buat donut yang letak telur ni. bukan pe, xde stok dah satu hal. pastu skrg kan on diet. kene kurang2 sikit yang kolesterol ni. ini pon sempat juga rembat 4 biji. adeh!

p/s : students sy suke mkn ni! sedap kata diorg..kembang kempis cikgunya

Wednesday, May 18, 2011

Donut Ala2 Big Apple

Assalamualaikum.... Salam bahagia....
      Hari ni cuti sempena Hari Wesak (17 Mei 2011). Jadi, dah bosan2 di rumah (sambil kunyah2 kuih siput), xtau nk buat ape kan, terlintas la nk buat donut skyblue lagi... Mula2 mcm nk buat kuih siput sebab yg tinggal dlm balang skrg mcm 2,3 ekor je. Tapi memikirkan malas nk menggentel, maka terbuatlah donut...
      So far, inilah resepi donut paling PERFECT yg pernah sy cuba. Sebelum ni pernah jugak cuba yg letak kentang lenyek tu. Pastu kuat plak bau kentangnya. Ada rasa kentang plak tu. Konon2 xnak buat donut yg tak letak telur tp lembut la katakan... Dah try mcm2 tu last sekali jumpa la resepi Donut Skyblue mcm dlm entry sblm ni. Sebelum ni sy dh pernah buat. Tapi sedikit x puas hati sbb bila dah sejuk, donut pon jadi sedikit keras. Mungkin sy banyak tambah tepung sbb dohnya sedikit lembik ye. Kali ni cuba lagi. Pastu ngelat sikit sbb kite tambah ¼ sk baking powder.
Konon2nya kali ni buat bentuk bulat2 leper sebab nk letak filling choc @ caramel @ kastard mcm KAK CT buat tu. Tapi, bila dh kembang, then goreng, then terus letak gula utk 2-3 biji yg lubang2 tu... then.... Hasilnya???? Very the maveles, hokay! Terus penyakit x diundang tu datang, x jadi nk buat fillingnya.... Heheh....Donut gula pon jadila....

gmbr x berapa cantik sbb snap waktu mlm

kelembutannya jelas terasa

hihih....semua duk golek2 dlm gula je

yg ni goreng kejap je sbb nk wat frozen. esok2 boleh buat brekfes

tinggal secopeng sbb sy dah ngap dlu! SEDAPPPP!

Saturday, May 7, 2011

My Passion On Yeast

Assalamualaikum.....Selamat Malam....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup sehingga saat ini. Hopefully this will be the last entry for tonight. Macam biasa la kalau sudah hujung2 minggu mcm ni, Cik Housemate sy tu mula la request itu dan ini. Memang x ada benda lain selain donut sambal itu... Katanya kalau makan hari2 pon xpe... Hadoi.... Sy pon apa lagi, request nasik lemak la dgn dia. Hehehe..... Fair n square la kan? Ok, disebabkan asik makan donut sambal je, jd hari ni sy buat 2 versi donut. separuh adunan untuk donut sambal, separuh lagi untuk donut gula. Duk fikir2 nk amik resepi mana plak ye kali ni...? ting!! Dapat idea nk buat dr web ni. Dipermudahkan lagi keje, lydia dah translate dlm BM untuk donut resepi skyblue

Actually, ni pertama kali sy buat donut guna resepi yg ada telur. Tapi resepi ni mmg maveles. Cuma sy buat separuh adunan. Mungkin sukatan pon sedikit lari la kot. Main masuk aje... Hihih.....Sempat jugak sy bagi jiran sebelah 4 biji donut manis. Sukenye diorg makan... Sy pon tumpang seronok.... meh kite sekodeng resepinya

DONUT sumber-skyblue MyResepi
bahan :
3 1/2 sk yis
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
1 sk garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung
minyak untuk menggoreng

cara :
  1. masukkan air suam dan yis. biarkan selama 5 minit.
  2. campurkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung.
  3. gaul bahan di atas sehingga sebati dan tambahkan baki tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh dan x melekat di tangan.
  4. tutup bekas dengan plastic wrap atau tuala lembab dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
  5. taburkan tepung pada papan pencanai dan canai dengan ketebalan 1/2 inci ikut bentuk donut.
  6. tutup dengan kain kering dan rehatkan selama 3o minit sebelum digoreng.
bg mereka yg xde acuan, boleh buat bentuk leper mcm ni pastu bila nk goreng, tebuk la lubang kt tengah2 tu ye. (sy ada acuan, tp xnak guna. saje nk ngetest cara ni)

ini untuk donut sambal cik hosmate

kembang ko!

haaaaa....ini baru donut manis sy!

dh bedak2 sikit..(housemate ckp mcm big apple donut) baru boleh bagi jiran sebelah...

sangat senang,gebu, lembut dan sedap! rugi kalau x cuba.

Friday, April 22, 2011

Minum Petang Hari Ni : Donut Sambal Sardin

Assalamualaikum...Selamat Petang...
Baru semalam post psl dh lama x menguli roti dlm FB. Hari ni teringin betol nk makan donut sambal. Mcm biasa la buat perhitungan dgn Cik Housemate, biar dia buat sambal, sy uli roti je. Adil la kan?? Heheh...Resepinya sama aja mcm resepi donut yg sebelum ni. Cuma kali ni, sy nk upload gmbr satu persatu...Hmm...mcm menarik.


doh roti sebelum kembang

selepas 2 jam

buat bulat2 dlu

doh kembang lagi

haaa....dh siap goreng

ni sambal sardinnya

dah selamat masuk perut...alhamdulillah......

Monday, April 11, 2011

Burger Malaysia, Made In Kinabatangan

Assalamualaikum....Salam Bahagia!
Heheh... Ramai org suke makan beger mesia ni tp xtau cara nk buat. Padahal memang senang mcm buat donut jugak. Ramai org x suke buat donat (or something yg gune yis) sbb x tahan nk menguli and kene tahan sabar menunggu doh kembang. Kalo x kene gayanya, doh boleh jd bantat dan berat. Yes, utk bab ni mmg sy suke betol sbb dapat galakan drp mak (mase cuti bulan 12).

Kalau di Kelantan, mase tu mmg asik ujan aje.. So, kami 1 keluarga ni asik kelaparan aje.. Then, ada masa panas2 skit sy ajak mak gi shopping brg2 dapur dan beli tepung, yis, marjerin, minyak masak dan segala2 la. Bila buat donut, mak sy puji sedap. Mak siap hantar ke jiran sebelah rumah lagi sbb jiran tu buat donut tp x kembang2. Huhuh...mcm lawak plak mak. So, kami makan donut hari2 pon x jemu.

Ok, bukan nk cerita pasal donut, tp beger mesia ni. Actually ni request drp housemate sy Cik Lynda Aziz yg vouge itu... Mula2 sy buat pau, dia mintak donut sambal pulak. Hmmm....kalo org nk bjalan jauh ni, risau jugak kalo tetibe dia mintak2 buat itu ini...Turutkan ajela... Jom sekodeng resepi Kak Yani ni ye (sy buat ikut sukatan yg senang bg org xde penimbang).

BURGER MALAYSIA –Kak Yani
Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sb gula pasir
1/8 sk garam
1 sk yis kering
¾ cawan air
1 sb butter (30g)
*Beberapa hiris timun dan sambal bilis (sardin pon boleh)

Cara-cara :
1.   Campurkan tepung, gula, garam dan yis dalam mangkuk dan digaul rata.
2.  Buat lubang kat tengah2 then letak butter.
3.  Sambil gaul tepung n butter, sambil tu tuang air sedikit demi sedikit.
4.  Uli sehingga doh betol2 lembut (15 minit) dan x melekat di tangan.
5.  Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap (sy gune piring je). Biarkan selama 40 minit atau sehingga doh mengembang.
6.  Tumbuk2 doh utk keluarkan angin. Uli sikit2 je.
7.  Bahagikan doh kpd 8-12 bahagian. Terpulang kps citarasa masing2. Kalau doh kecil, boleh dpt banyak dan senang digoreng dalam kuali.
8.  Buat bentuk bulat2 dan pastikan doh betul2 tertutup supaya apabila digoreng, doh x terbukak. Rehatkan lagi lebih kurang 30 minit supaya doh kembang lagi.
9.  Terbalikkan doh dan biarkan lagi lebih kurang 10 minit.
10. Goreng dengan api slow (supaya kulitnya cantik) sehingga masak.
11.  Belah tengah2 roti, jangan sampai terputus. Masukkan *sambal ikan bilis dan hirisan timun. SIAP!!!


ni roti yg dh siap goreng. cantik kan? huhuh...

sambal bilis yg housemate sy buat (separuh drp tu kami dh bedal mkn ngn nasik). mantop la!!

ni close up sebiji. lupe nk beli timun, so plain mcm tu jela.

Tuesday, March 29, 2011

Roti Goreng Inti Karamel

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera...

Huhuh...ni dh terlebih rajin plak. Rase mcm nk update pasal resepi Roti Goreng yg dibuat pagi semalam.yg sebenarnya stok DDL masih banyak lg.So, dh xtau nk bekfes apa, makanya dpt la uli-menguli pg smlm.siap bawak bekal gi skola lg..huhuh...memang best! ada balance 2 bijik pg tadi, panaskan balik dr peti, jd garing semula.Actually ni resepi asal roti goreng dgn serunding cuma masukkan inti kt tengah2nya..

ROTI GORENG INTI KARAMEL


  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 4 gram yis kering (agak2 dalam 1 sk sukatan metrik)
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sudu makan butter lembut
  • dulce de leche secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • secubit garam

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan kecuali air dan minyak dlm bekas.
  2. masukkan air sikit demi sikit sambil diuli sehingga terbentuk doh.
  3. uli sehingga betul2 lembut dan doh x melekat di tangan (lebih kurang 15-20 minit.
  4. bentukkan doh jd bulat besar, tutup dengan tuala basah yg bersih atau plastic wrap.



5. buat finger test selepas 45 minit.kalau lubang di tengah2 tu kekal, dh naik la tu.


6. bahagikan doh kpd 8 bahagian, bentukkan bulat2, isikan satu sudu kecil DDL, perap lg lebih kurang 30 minit.


7.isikan 1 sudu kecil DDL


8.tutup rapat2 dan buat sampai habis


9. goreng dengan api sederhana sampai garing, kemudian boleh dihidang.

note : jangan isi banyak sgt DDL, takot susah nk tutup lubang nanti.pastikan doh ditutup rapat supaya roti x pecah bila digoreng.



siap untuk dibawa ke sekolah!



Thursday, March 10, 2011

ROTI GORENG DENGAN SERUNDING

Assalamualaikum...selamat sejahtera...huhuh...dh byk kali masak, tp kali ni baru sempat nk post..kali ni nk cite psl roti goreng...alkisahnya sy ni on diet skrg..so, konon2 nk kurangkan makan nasik la..x percaya? dlm 3 bulan ni, total 6-7 kg dh turun ok.kalo dlu, 3x sehari mkn nasik.skrg dh jd 3x seminggu.that's y dlm blog ni xde sgt psl masakan lauk.sy just mkn roti, pau, donut..mcm tu je...jd, lepas balik dr berkursus di KK, ada kawan (Pn Yang) menumpang di rumah.esoknye tu rajin la plak sy bgn awal pg, watkan breakfast la konon.dh uli2 donut, goreng dan dh sampai masa nk tabur gula, Pn Yang pon ckp "eh, x payah la tabur gula.kita mkan mcm tu je". makanya x jd tabur gula, sy dpt idea makan roti goreng tu dgn serunding daging (imported from kelate, ok).ni la lebih kurang resepinya.


ROTI GORENG
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 sudu makan yis (4gram)
2 sudu makan gula
1 sudu makan butter
secubit garam
*serunding daging (terpulang kpd selera masing2)
*minyak untuk menggoreng

cara-cara :
1.masukkan semua bahan kecuali air dlm bekas.
2.masukkan air sikit demi sikit sehingga terbentuk doh
3.uli sehingga betul2 lembut dan doh x melekat di tangan (lebih kurang 15-20 minit)
4.bentukkan doh jd bulat, tututp dengan tuala basah yg bersih atau plastic wrap.
5.buat finger test selepas 45 minit.kalau lubang di tengah2 tu kekal, dh naik la tu.
6.bentukkan bulat2, perap lg lebih kurang 30 minit.
7.goreng dengan api sederhana (jgn sampai hangit plak)
8.boleh dihidang dgn serunding @ sardin.dijamin rangup n sedap n menjadi.



SELAMAT MENCUBA!!!

last but not least,

if you talk to your children, you can help them to keep their lives together..
if you can talk to them skillfully, you can help them to build future dreams...