kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, December 30, 2012

Senarai Semak Tahun 2012

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Pejam celik, pejam celik, rupanya kita dah sampai ke penghujung tahun 2012... Begitu cepat masa berlalu. Tahun 2012 merupakan tahun yang sangat bermakna dalam hidup Nani... Pelbagai peritiwa pahit manis yang berlaku dan semuanya menjadikan diri ini lebih matang dan tabah untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Pertama sekali Nani ingin memohon maaf kepada semua kawan2 blogger jika ada yang pernah terasa hati dengan ayat2 Nani dalam blog ni. Blog yang sekadar di pinggiran ini seolah2 hidup segan mati tak mahu pula tahun ini. Memang Nani tak sempat nak update, blogwalking 24/7 seperti biasa disebabkan beberapa kekangan yang memang tidak dapat dielakkan.

Pada awal tahun 2012 yang lalu, Nani pernah masukkan entry wishlist untuk 2012 di SINI. Jadi, pada hari ini, nak semak balik sama ada tercapai atau tidak impian yang disenaraikan....



  1. Saya nak berkawan baik dengan semua orang dan cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa... Insyaallah... Hasilnya -Adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan sebenarnya sebab kita berurusan dengan manusia setiap hari. Tapi, alhamdulillah hubungan sesama rakan semakin baik, begitu juga dengan keluarga dan orang di sekeliling...Akan dipertingkatkan lagi.
  2. Sedang merancang satu vacation dalam masa terdekat, insyaallah....doakan semoga dipermudahkan segala urusan... Hasilnya - Alhamdulillah dapat juga ke negara matahari terbit untuk kali yang kedua. Nani sekali lagi ke Sapporo, Hokkaido pada Mac yang lalu dan sempat berguling2 di atas salji. Woohhhoooo....Sangat sejukkkk!
  3. Tengah berusaha keras mengumpul duit untuk membina masjid, segala persiapan fizikal n mental... huhuh (insyaallah....tp masih tak tahu lagi bila...) Hasilnya - Alhamdulillah Allah pemudahkan segala urusan ini. Bulan 8 si dia tamat pengajiannya selama 5 1/2 tahun di Hokkaido University dan 2 minggu kemudian kami bertunang. Tempoh bertunang selama 2 bulan lebih kemudian, kami terus bernikah. Pelbagai dugaan dan cabaran untuk sampai ke tahap ini tetapi penantian yang bertahun2 itu rupanya sangat berbaloi...Terima kasih ALLAH....
  4. Berfikir2 juga nak beli sebijik kereta untuk sendiri guna (itu pon kalau masih lagi berkhidmat di Sabah dalam masa 2 tahun lagi). Hasilnya - Tak jadi nak beli kereta sebab dalam perancangan untuk berpindah balik ke Tanah Semenanjung. Tambahan pula si dia pun dah ada kereta. Kongsi bayar yang itu je dulu...
  5. Nak sedikit kurus! haaa....tang ni susah sikit sebab banyak betol halangannya...So far, dah balik kg ni, berat naik 2 kilo lebih. dah pantang nasik dalam masa seminggu ni berat dah turun semula. syukur sangat2...harap2 pasni boleh turun lagi... Hasilnya - Berat asal pada awal tahun 2012 adalah 62 kg dan Nani pernah capai sehingga 53 kg. Huhuh...Penat juga tau nak turun banyak macam tu. Tapi sekarang dah naik balik.
  6. Nak jadi seorang guru yang aktif, (tak lemau macam 2011 punya!) berkhidmat kepada anak bangsa. Hasilnya - tak tahu nak kata lebih baik atau lebih buruk daripada tahun yang sebelumnya. Bebanan kerja yang mengarut2 ni agak membataskan (alasan baek punya). Sibuk dengn urusan nak bertunang, majlis kenduri dan macam2 lagi la. Takpe, tahun depan cuba lagi.
  7. Nak belajar masak macam2 lagi, tak perlu la sampai nak masuk masterchef pon, sekadar memuaskan hati sendiri je kot. At least, kalau orang tanya pape, saya boleh jawab dan saya bersedia untuk belajar dengan orang lain. Hasilnya - Masih lagi belajar dan akan belajar lebih lagi..
  8. Target biar setiap bulan gaji saya dapat beli sesuatu yang berguna dan nampak hasil titik peluh saya bekerja selama ini. contohnya beli vacum ke, waffle maker ke, bread maker ke, handbag COACH ke...(yakkkkk boktam!) Hasilnya - Huhuh...semuanya tidak dibeli lagi sebab takde tempat nak simpan. nak cari rumah dulu.
  9. Teringin nak tutup akaun ASB sebabnya terlalu banyak kemusykilan dan syubhah kat situ...Insyaallah akan dipermudahkan...Rezeki yang dapat pon lebih berkat. Hasilnya - belum tutup akaun lagi. Tak sempat nak buat. postpone tahun depan.
  10. 2013 saya nak buat vacation ke sydney...Nak jejalan, nak shopping banyak2...Jadi, 2012 dah kene kumpul duet nih! Aiyyyakkkk! Hasilnya - Duit habis buat belanja kawen. Takpe, boleh usaha lagi.
Wishlist 2013 masih difikirkan lagi...Insyaallah akan dimasukkan ke dalam entry seterusnya...

Saturday, December 15, 2012

Make-Up By Yatie Diaz

Assalamualaikum....hari ni saja nak bercerita pasal mekap masa kenduri kawen hari tu... Kalau zaman dulu2, mak andamnya siap cukur semua bulu roma muka, pastu disapu lagi muka dengan limau nipis. Meraung pengantin tu menahan pedih sebab terkena air limau. Kemudian, kalau nak tengok orang pakaikan mekap, dia nak pekena pengeras harga macam dia mekapkan pengantin la pulak...Pe ke ja dah nya la kan??? Ini kisah benar tau. Memang masa kecik2 dulu (kita suka kalau tengok orang mekap2 ni) selalu menyibuk time orang nak mekapkan sedara kawen. 

Kalau ikutkan, ramai je jurusolek area KB ni tapi sebab tak jumpa yang berkenan di hati, makanya ditolak aje ke tepi. Rata2 kawan Nani yang kawen area KB ni guna PAK ANDAM!!! Oh! Tidak sama sekali membenarkan lelaki lain sentuh kulit muka kita depan2 laki kita di hari bahagia pulak.... Walaupun ada je pak andam yang offer diri katanya dia guna glove, tapi tetap jugak kita rasa tak selesa. Tapi depends pada individu la kot. Tapi kalau Nani memang awal2 lagi dah tolak. Ada juga yang mak andam pompuan. Tapi harga untuk mekap mahal yang teramat. Bila fikir 13 kali, jadi terpaksa tolak. Walaupun orang kata kahwin ni hanya sekali, tapi takkan la nak habiskan semua duit untuk majlis je kot. Banyak lagi perkara lain yang diperlukan untuk hidup selepas kahwin.

Setelah servey macam2, akhirnya Nani memilih Yatie Diaz. Senang nak berurusan dengan Yatie ni walaupun dia lagi muda dari Nani. Ada 3 perkara yang Nani request dengan Yatie. 1) nak mekap soft n natural je. 2) tak nak cukur bulu kening. 3) tak nak pakai bulu mata palsu. Alhamdulillah dia setuju dan harga yang dia minta pun sangat berbaloi berbanding sesetengah jurusolek ni. Paling best Yatie ni sporting. Siap kawan2 boleh masuk, tengok lagi dia mekapkan. Kak Nadz pun ada sekali. Sempat la sembang panjang2 dengan Kak Nadz. Adik andam ni asal dari Kuala Terengganu. Jauh Yatie datang dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu semata2 nak mekapkan Nani. Terima kasih banyak2 tau...

walaupun tak cukur kening, tapi masih boleh terbentuk jugak sebab ada alat yang dia guna untuk cover kening ambe yang berserabut itu...bulu mata pun masih boleh nampak walaupun tak pakai bulu mata palsu. kira ok la tu...Tak suka heavy sangat. Yatie juga ada butik sendiri. boleh tengok page FB Yatie Diaz. Nak order dress ke, skirt, macam2 lagi la... (Wah! Ini promosi baek punya! Harap2 pasni dapat diskaun le)

muka without secalit mekap pun. huhuh...sengihla macam mana sekali pun, taring tu tetap tak hilang.huhuh...

Friday, December 14, 2012

Introducing Mr Google

Assalamualaikum...Salam bahagia.... Alhamdulillah hari ni 14 Dec 2012 genap sebulan Nani menjadi Mrs. Google..Huhuh....Dah sebulan kawen baru sempat nak update blog. Bukan apa, kat rumah takde tenet. Nak online kene gi kedai mamak kat depan rumah. Tapi takkan nak bawa laptop turun sana. Nampak bersungguh sangat pulak ye...

Majlis di Kelantan hari tu berjalan dengan lancar....Syukur sangat2..Nani memang jenis simple orangnya. Jadi, kat rumah tu takde pelamin pun. Baju nikah, veil, kasut, dll semuanya dibeli sendiri. Kami dah kira2 memang lagi save kalau tempah berbanding sewa. Banyak aspek juga yang dilihat. Nanti Nani cerita detil lagi kemudian. 

Sewaktu majlis hari tu rasa terharu sangat sebab ada blogger2 yang sanggup datang. Antaranya adalah Kak Nadz n Cheqsue.... hihih...Akhirnya dapat juga jumpa diorang secara live. Dah lama merancang nak jumpa, tapi di hari majlis jugak dapat jumpa. Terima kasih sangat2 sebab sudi datang. Buat susah2 je bawa hadiah besar2...Tapi Nani suuuuuuke sangat2. Memang hadiah yang sangat diperlukan untuk orang berumahtangga kot...huhuh...

Di kesempatan ini jugak nak ucapkan terima kasih kepada mak ayah, adik-beradik, ipar duai, anak2 buah (walaupun banyak mengacau) yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk majlis kami. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang lain. Sangat2 terharu, hokay! 

Bagi yang belum pernah jumpa, inilah Mr Google yang selalu diceritakan itu...Rasa macam jauh betul perjalanan kami untuk sampai ke tahap ini. Macam2 dugaan dan ujian yang dilalui...Tapi kalau sudah namanya jodoh, datangla ombak tsunami sekali pun, memang akan bersatu jugak. Gambar ni Nani cilok dari FB Kak Nadz. Hohoh....Halal ye kak. Sebabnya bila tengok balik HD, macam takde pulak gambar berdua dengan si dia dalam bilik. Terima kasih in advance. Hahah

Majlis kenduri di pihak lelaki insyaallah akan berlangsung pada 24 December 2012. Mana2 blogger yang tak sempat hadir kenduri Kelantan, boleh datang untuk majlis Seremban pula ya...Insyaallah kita jumpa kat sana pulak. Memang kami akan ada di sepanjang majlis sebab takde buat outdoor photoshoot pun... Jemput datang ye...

NO 5 JALAN BUNGA RAYA 13,
TAMAN TASIK JAYA,
SENAWANG, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : 24 DEC 2012 (ISNIN)
MASA : 12.00 PM - 4.00 PM

Thursday, November 8, 2012

Doakan Kebahagiaan Kami...

Assalamualaikum...Salam bahagia...(bahagialah sangat kan?)

Macam dah lama betul blog ni terbiar...Maklum sajalah kalau sudah hujung tahun macam ni, banyak urusan yang perlu diselesaikan... Memang sangat penat sehingga makan minum pun tak terjaga. Orang lain kalau makan minum tak terjaga boleh jadi kurus. Tapi berbeza pulak dengan orang yang berdiet rupanya. Kalau tak jaga makan minum, berat badan naik mendadak dengan jayanya... Apa nak buat.... 

Huhuh...Sebenarnya nak umumkan sesuatu ni...Insyaallah 14 November 2012 (Rabu) minggu depan, Nani akan melangsungkan perkahwinan..Jadi, mohon rakan blogger doakan mudah-mudahan majlis berjalan dengan lancar...Ada sesetengahnya sudah Nani poskan kad, ada juga yang belum. Memang tak sempat sesangat...Tapi, kepada yang sudah bagi alamat, insyaallah akan sampai juga kad tu.. Kalau tak sampai, kene print sendiri la ye...huhuhuh (jimat kad kawen kami). Tak sempat nak inbox semua orang, jadi, kalau ada yang terbaca ni, kira dah jemput la ye...Jangan lupa bawak hadiah besor2...Kalau ada yang nak bagi bread maker ke, kitchenaid mixer ke, food processor ke, sangat2 la dialu-alukan..Huhuh...

Nani akan terbang balik dari Sabah ke Kelantan hari Sabtu ni insyaallah...Doakan keselamatan kami ya...Sebelum ni ramai yang bertanya...
  1. Tak pergi spa, buat body massage, mandi bunga, melulur ke??? -jawapan : tak sempat, buat sendiri je dalam bilik air...jimat duit...huhuh
  2. Dah pilih baju @ try baju ke??? -jawapan : Takde pilih2 trynye...Sume kami tempah sendiri (gara2 takde baju pengantin untuk perempuan gemok pendek) kesian kan???
  3. Pasang pelamin untuk bersanding ke nanti??? -jawapan : Takde pelamin, merenjis2 dah...Merepek meraban je sume tu...nak sewa ribu riban untuk majlis satu hari macam membazir pulak (padahal memang kami tak pernah buat macam tu di rumah sebab ayah memang pantang)
  4. Macam mana dengan persiapan sume??? -jawapan : tak tahu sebab semuanya mak yang uruskan. Saya ikut aje. Semua urusan dijalankan di pejabat pos, by phone dan FB untuk tempahan kek, mekap dll...huhuh...hebat tak???
  5. Nak honeymoon kat mana??? -jawapan : Takde honeymoon nye...hanimun kat KL je... Si dia susah nak dapat cuti sekarang...Sadis kan??? hukhuk....
  6. Tempah pakej outdoor photoshoot dengan sape??? -jawapan : Takde nak photoshoot pun pada hari kenduri. Masing2 ada kamera canggih manggih...Watpe nak simpan pulak kan..Snap je gambar sendiri..Seriously saya sangat pantang dengan pengantin yang buat outdoor photoshoot pada hari wedding. Orang datang nak jumpa pengantin. Last2, pengantin pulak sebuk2 nak bergambar sampai tak sempat nak jumpa tetamu pun. (ini pendapat peribadi la kan). So, kami berdua decide untuk photoshoot sendiri selepas majlis kenduri. Masing2 ada baju sendiri (walaupun simple2 je). Jadi, anytime boleh buat photoshoot. Tak perlu nak gopoh gapah pada hari majlis.
jadi, dah ada kad, jemput le datang ye...takyah nak risau2...majlis kami ni kecik2, biasa2 je...takde perdana menteri, datuk datin datang pun...bagi yang tak dapat datang, doakan moga2 majlis berjalan dengan lancar, takde masalah...

Sunday, October 21, 2012

Doh Karipap Tun Telani

Assalamualaikum....Susah betul nak update blog sekarang. Apatah lagi nak blogwalking ke blog orang lain. Selain mood ke laut, kesuntukan masa dan peluang pun satu hal la. Tenet dah takde, time hujung minggu kalau ke rumah kawan baru boleh update blog. Kalau hari kerja tu curi2 masa je update FB. Kadang kala bukan juga nak berlagak dengan orang tentang apa yang kita masak2. Tapi selalu saja kawan2 minta ajar buat sesuatu. Jadi, kita belajar dengan orang dan pada masa yang sama boleh ajar orang lain lagi. Kalau kata nak berlagak tu jauh sekali la kalau nak banding dengan blogger2 yang hebat. 

Kali ni Nani buat karipap biasa guna resepi doh Tun Telani. Memang senang cara buatnya. Housemate Nani excited menggetel juga walaupun pertama kali pegang doh karipap. Seronok apabila dapat ajar orang lain dan berkongsi apa yang kita tahu. Paling tak tahan, dengan kelim senget benget pun, diorang still snap gambar, simpan sebagai kenangan. Pada pendapat Nani, resepi doh Kak Tun ni sedikit berminyak sebelum kita goreng. Tak liat macam doh lain. Tapi, apabila dah siap goreng, memang rapuh sangat. Tak keras dan sangat sedap! Harus cuba tau!
Karipap nampak sikit hangit sebab goreng dalam minyak sikit je. huhuh...
Nani c&p dari blog Kak Rosaliza...Terima kasih buat Kak Tun n Kak Rosa ye...


DOH KARIPAP BEST
RESIPI : TUN TELANI
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan:
4 cawan tepung
2 sb margerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sk garam

Cara-cara:

  1. panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  2. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. dh sejuk siket, campur garam n air.
  4. Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

INTI (VERSI NANI) :
resepi : nuwairaniismail.blogspot.com

Bahan-bahan :
1 keping dada ayam tanpa tulang -dicincang halus
3 ketul ubi kentang -dipotong dadu
1 labu bawang besar -dipotong dadu
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 inci halia -ditumbuk lumat
2 sudu makan cili kering kisar -optional bagi yang suka pedas
2 sudu serbuk kari daging
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub pati lembu knorr -boleh ganti dengan kiub ayam @ bilis
air secukupnya
2 sk gula
garam secukupnya

Cara - cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Tambahkan cili kering kisar dan serbuk kari. Tumis hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan ayam cincang, kacau sebati. Seterusnya campurkan kentang dalam bahan tumis. Kacau rata dan perasakan dengan kiub pati lembu. 
  3. Tambahkan air sehingga tenggelam paras bahan tadi.
  4. Masak sehingga kentang empuk dan air sedikit kering.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Apabila air dah cukup kering, tutup api, biarkan sedikit sejuk baru boleh guna untuk buat karipap.
Kelim yang herot2 tu harap dimaafkan la...saya budak baru belajar...huhuh


Tuesday, October 16, 2012

Durian Crepe Filipina @ Durian Pancake

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Kalau dah start update blog, mulalah rasa macam gian je nak update lagi dan lagi... Bagi Nani, di blog inilah tempat kita meluah segala2nya... Kadang2 tak perlu pun bercerita kisah duka, sedih, kecewa dan sebagainya. Tapi, kalau dapat update satu entry pun dah rasa macam satu kejayaan besar dalam hidup sehari2. Bagi orang yang menggunakan baking therapy macam Nani, memang akan rasa seronok kalau dapat masak sesuatu dan berkongsi dengan orang lain. Walaupun jarang update blog, tetapi silent reader ramai yang berkunjung dan tak lupa juga kawan2 yang selalu bertelefon, sms, inbox tanya pasal resepi itu dan ini. Terasa diri ini begiu dihargai walaupun ilmu yang ada tidaklah begitu hebat macam orang lain.

Kali ni kawan Nani di Sandakan request nak makan durian crepe. Nani pun tak pernah buat ni. Cuma, tahun lalu ada tengok di blog Kak Noorsha. Tiba2 tahun ni durian crepe timbul kembali. Kak Noorsha pun bukan main rancak lagi promosi durian crepe. Kak Azlita Aziz jugak tak ketinggalan. Kalau orang duk sebut sana sini, kita pun mulalah gatal tangan nak cuba jugak. Memang betul2 sedap walaupun resepinya tersangat simple. Nani C&P dari blog Kak Noorsha ye sebab dia buat inti versi derhaka for those yang tak ada whipping cream. Tapi kali ni Nani berjurus. Tak derhakakan resepi tu. Apa pun, terima kasih kepada kedua orang kakak ini dan tuan asal resepi.

RESIPI DURIAN PANCAKE @ BANTAL DURIAN
Resipi Asal: Camelia
Sumber : Noorsha 1001 Cerita 1001 RasaJiya Pengembala Kamben

Bahan² untuk Kulit Penkek :
250 gm tepung gandum -nani guna sukatan 2 cawan
3 biji telur - Grade A
500 ml santan -nani guna santan kotak + air
1/2 sudu teh garam
Pewarna Hijau secukupnya

Bahan Inti Versi Asal:
Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa -nani skip gula sebab durian n whipping creamdah cukup manis
Isi durian secukupnya - lumat kasar

Bahan Inti Versi Derhaka Kak Noorsha :
3 cawan isi durian - lumat kasar
sedikit gula jika suka (aku x letak)
100 ml santan pekat (santan kotak)

Cara² untuk Kulit Penkek:
  1. Blend kesemua bahan dan dadar nipis² dalam non stick pan
Cara² untuk Inti Durian Versi Asal:
  1. Pukul whipping cream dan gula sampai kental ketepikan.
  2. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipping cream dan letak isi durian diatasnya.
  3. Simpan dalam peti ais 1-2 jam sebelum dihidang.
Cara² untuk Inti Durian Versi Derhaka (Kak Noorsha):
  1. Panaskan santan pekat dan gula jika suka dalam periuk.
  2. Bila dah merenih, masukkan isi durian, kacau cepat², matikan api.
  3. Letakkan sesudu penuh atas penkek, dan lipat.
  4. Simpan dalam peti ais 1-2 jam sebelum dihidang. 
Note : Boleh klik di blog Kak Azlita untuk tengok cara2 menggulung crepe ni.
gambar curik dari FB AZY AHMAD. Tak berapa clear sebab kami snap gmbr di wakt malam. Hohoh... Tapi serius sedapppp!


Friday, October 12, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum....Selamat Petang...

Alhamdulillah....Syukur ke hadrat Ilahi hari ni rasa bersemangat sangat. Bermula dari pagi tadi, kursus dan sebagainya semuanya seakan2 berjalan dengan lancar. Tangan Nani yang terseliuh pun dah sembuh. Boleh tidur dengan lena sudah...Kebetulan Nani ada buat cheese cake versi tanpa telur dan tepung ni, sempat bawakan untuk kawan2 di Sandakan merasa. Alhamdulillah semuanya kata sedap. Pada Nani, rasa kek ni memang macam kek di secret recipe sebab rasa cheesenya sangat pekat dan lapisan biskut yang diguna mengurangkan rasa muak kek tu. Kirenya tersangat puas hati.

Nani dah lama menyimpan hasrat nak buat kek ni tetapi hari ni baru tercapai hajat. Mula rasa terbuka hati nak buat setelah tayangan di blog Kak Azlita Masam Manis. Beliau menggunakan biskut tiger coklat. Bagi Nani, kalau guna biskut tiger, lagi memudahkan kerja sebab biskut tu berbentuk petak. Senang nak atur biskut tu sekeping2 nanti. Apa pun, kita semak resepi yang mabeles milik bro Ryo, adik kepada kak hasue comel itu...Terima kasih atas perkongsian semua...


Kek Lapis Cheese Persona 

by : ryo@ryoazhar.blogspot.com
sumber : Azlita Masam Manis

Bahan2: (Saiz 9x9)

Bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) -nani guna biskut tiger coklat
500 ml susu segar, dipanaskan -1 kotak 250ml pun dah cukup

Bahan B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) -nani guna philadelphia
10 ml susu segar -1 sudu besar je lebih kurang @ 2 sudu makan
1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je tau) -jangan rendam, celup sahaja tau sebab kita tak mahu biskut tu lembik.
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu di atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) -nani masukkan biskut dalam plastik, lenyek2 guna lesung batu je.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukkan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
dah lama tak snap gmbr makanan, memang sempoi2 je yang dapat. Tak kisahlah...rupa kek tak cantik, tapi rasa tetap mantap!!



Thursday, October 11, 2012

Budak Dah Hilang Budi Bahasa, Salah Siapa???

Assalamualaikum....Salam sejahtera.... 

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya terpanggil juga untuk menulis entry ringkas ini. Huhuh.... Harap2 betul2 ringkas la ye. Hmmm....Sebelum ni Nani ada post status di FB yang mungkin akan menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan penduduk tempatan di sini yang mana ada menyentuh isu sensitiviti orang2 di sini. Kalau ada pembaca dari kalangan orang tempatan Sabah, pertama sekali memang Nani minta maaf seandainya ada yang terkena, terguris, tercalar di hati. Ramai kawan2 yang komen, supaya banyakkan bersabar...Yes, saya masih lagi bersabar sekarang walaupun hari2 sukar terpaksa dilalui dengan titisan air mata.

Mengajar di sekolah kampung ni memang ada cabarannya tersendiri. Begitu juga kalau di bandar. Nani pernah praktikum di sekolah yang agak bandar selama 3 bulan. Sedikit sebanyak dapat juga merasa macam mana bersama dengan budak2 bandar. Di tempat Nani bekerja sekarang ni masih mempunyai blok papan. Kalau dulu, kita selalu tengok dalam berita je pasal kedhaifan sekolah2 di kawasan pedalaman ini. Tapi, sekarang memang dapat merasa sendiri. Apa yang menyedihkan ialah, mereka memang ikut kemajuan dari segi hiburan, kpop, shuffle dan sebagainya. Tapi dari segi akhlak, agama dan pendidikan sebenarnya agak jauh ketinggalan. Maaf sekali lagi. Kalau rasa tak sanggup nak baca, boleh terus close aje entry ni.

Nani bukan juga suka nak buat entry yang menunjukkan rasa tidak puas hati kita dengan orang. Tapi, untuk membuka sedikit mata dan minda kita harus sedar kedudukan kita dan tanggungjawab kita di mana sekarang. Hari Isnin yang lalu, Nani ada kelas di blok papan. Selalunya kami tidak guna kelas tersebut tetapi memandangkan kelas yang bangunan batu telah disusun kerusi dan mejanya untuk pelajar2 PMR (itu pun satu masalah juga sebab sekolah kami tidak ada dewan peperiksaan dan tidak ada kelas yang mencukupi). Oleh kerana itu masa terakhir, dan hujan turun renyai2...Pelajar bertanya sama ada perhimpunan petang diteruskan atau pun tidak. Selalunya kami hanya menunggu pengumuman yang dibuat oleh PK HEM petang.

Hendak dijadikan cerita, Nani terus meluru keluar dari kelas kerana keadaan kelas yang bising sehinggakan pengumuman yang dibuat tidak boleh didengari dengan jelas. Tiba2, kaki kanan Nani termasuk ke dalam lubang lantai blok papan tersebut. Panjang lubangnya lebih kurang 2 kaki. Memang tidak pernah sedar pun sejak bila lantai tersebut berlubang sebab jarang2 sekali ke blok papan. Untuk mengurangkan tekanan supaya kaki tidak luka, Nani berpaut pada tempat pemegang di koridor tersebut. Memang kaki muat masuk dalam lubang tu sehingga paha. Apa yang menyedihkan adalah, pelajar2 hanya bersorak, ketawa dan hanya segelitir sahaja yang menunjukkan simpati. Tidak kurang juga ada seorang pelajar perempuan yang datang ke tempat Nani jatuh tu kemudian lakonkan semula demo macam mana Nani boleh jatuh di situ. Siap ketawa2, gelak2 lagi. Seriously kurang ajar kan??? Kalau ikut rasa hati ini, ingin saja menampar muka budak tu. Tapi, anggaplah bahawa kita adalah seorang GURU dan kita tidaklah sebodoh dia untuk memperbodohkan seorang guru sehingga macam tu sekali. 

Bukan juga simpati yang diminta sebenarnya. Nani tidak tahu di mana silapnya sebagai seorang guru. Setiap kali masuk ke kelas, Nani sentiasa menekankan kepentingan ilmu pengetahuan, nilai2 murni, akhlak dan sebagainya. Memang rasa sedih sangat. Dalam kelas kita selalu bercakap tentang menghormati guru. Tetapi ini balasan yang diberi. Seingat Nani, sewaktu hari guru masa praktikum di sekolah bandar dulu boleh dikatakan tangan ini tidak cukup nak pegang hadiah yang diberi oleh pelajar2. Tapi, kalau hari guru di sini, kita memang akan pulang dengan tangan kosong. Bukan juga pelahap nakkan hadiah tersebut, tapi ini jelas menunjukkan mereka kurang menghargai guru2 di sini. Nani pernah menerima sehelai kertas lukisan yang dilukis oleh seorang pelajar perempuan sewaktu praktikum dulu. Walaupun lukisannya tidak cantik macam orang pro, tapi dia berbesar hati menghadiahkan lukisan itu dan bersungguh2 menyuruh kita menyimpan. Di kala hari terakhir berkhidmat di situ, pelajar2 perempuannya datang memeluk, menangis di bahu...erm....Oh, memang saya rindukan saat2 itu...

Tidak semua juga pelajar di sini teruk, tapi sebilangan besarnya memang macam tu. Sungguh menyedihkan. Nani selalu berpesan kepada pelajar2, "kalau seorang pelajar itu baik, biarpun dia tidaklah sepandai mana, pelajar yang ini akan sentiasa berada di dalam doa gurunya" Tapi, kalau sudah gurunya terguris hati macam ni, macam mana lagi nak mendoakan untuk pelajar2nya...Sesungguhnya memang Nani berkecil hati. Biarpun bunyinya macam kecil, tapi tidak pernah terfikir akan terjumpa dengan pelajar yang macam tu sebab kita sendiri tidak pernah bersikap kurang ajar dengan guru2 kita. Kalau sudah seorang guru sentiasa mengajarkan nilai2 murni, agama, akhlak, apa pula yang diajar oleh ibu bapa mereka di rumah? Ini statement untuk kes yang di sini. Tidak termasuk kes sekolah anak2 blogger yang dikasihi sekalian.... Kadang2 rasa buntu sebab tidak tahu macam mana lagi nak membuka minda orang2 tempatan di sini supaya pemikiran mereka maju ke depan lagi agar boleh bersaing dengan ramai lagi pelajar2 di Semenanjung sana...Seandainya perkara simple seperti menghormati guru pun tidak boleh diamalkan, apatah lagi nak menghadapi kehidupan yang sebenar kelak....Semoga pelajar itu sedar akan kesilapannya....

Tuesday, September 25, 2012

Program Diet Ke Laut


Assalamualaikum….Salam bahagia….
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis di blog yang diibaratkan seperti hidup segan mati tidak mahu ini…Pertama sekali Nani ingin memohon maaf kepada rakan-rakan semua terutama kepada follower baru yang belum sempat Nani berkenalan lagi. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh 4 minggu ini. Apa yang Nani boleh katakan di sini, akan terdapat satu perubahan besar dalam hidup Nani selepas ini. Doakan yang berlaku itu adalah perkara-perkara baik sahaja…  

Perubahan besar yang telah berlaku sekarang adalah BERAT BADAN DAH NAIK!!! Huhuhu....Stres sebenarnya kalau dah jadi macam ni. Tapi nak buat macam mana..Sejak2 lepas raya, memang Nani makan nasi hari2. Salah satu sebab utama adalah x cukup duit nak beli lauk sendiri. Jadi, menumpang yang hosmate masak, terpaksalah makan nasik. Jadi, hari ni gaji dah masuk, harap2 boleh la masak ayam panggang macam yang sebelum ni. Antara masalah utama yang Nani hadapi adalah mulut ni memang sentiasa nak mengunyah walaupun perut dah diisi dengan nasi. Jadi, langkah yang boleh diambil adalah masak sesuatu yang memang low carb kemudian boleh dimakan ulang2. Kalau tidak pun mungkin lepas ni kena perbanyakkan lagi makan buah. Tak larat dah nak telan biskut hari2. Hari ni Nani dah start kurangkan makan nasi. Pagi tadi dah makan sesudu besar nasi, tengah hari pun sesudu jugak. Malam nanti macam taknak makan nasik dah. Nak masak sayur2 je. Berat sekarang naik 2 kilo berbanding berat normal sebelum ni. Tak boleh dibiarkan masalah ni takut nanti tak muat nak sarung baju :p huhuh....

p/s : tak boleh nak online selalu macam sebelum ni dah sebab rumah baru tak pasang tenet. sob sob sob...

Sunday, September 23, 2012

Alhamdulillah...Kesibukan Yang Dinanti...

Assalamualaikum....Salam Bahagia..

Alhamdulillah dalam kesibukan yang melanda sehingga tekanan darah pun merudum jadi 94/73, sebenarnya ada banyak cerita gembira di sebaliknya... Dengan cerita gembira itulah yang mengubat hati yang lara ini... Alhamdulillah hidup pun kembali stabil sekarang. Kalau dulu agaknya boleh isytihar kemurungan la kot. Tapi seperti yang dijanjikan, Allah tidak akan menguji hambaNya kalau dia tidak mampu menghadapi ujian tersebut. Mungkin Nani insan terpilih untuk diuji macam tu. Apa kisah di sebaliknya tu biarlah terkubur di situ sahaja. Yang penting sekarang Nani rasa sangat bahagia dengan insan2 kesayangan di sekeliling yang sentiasa memberi sokongan.

Kalau kawan2 ada add Nani di FB, mungkin ramai yang dah tahu Nani dah selamat bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tak sampai 2 bulan pun lagi. Orang kata tak perlu nak hebahkan kalau setakat bertunang tu. Kalau dah kahwin baru perlu hebahkan. Tapi memang kami tidak mahu bertunang lama2. Jadi, cukuplah sekadar 2 bulan lebih bertunang kemudian terus decide nak kahwin. Cukup duit ke tak tu memang belakang kira sebab buat keputusan dalam jangka masa yang tak dijangka. Jadi, majlis bertunang pun biasa2 je. Takde mini pelamin indah bagai. Memang serba sederhana...Alhamdulillah majlis pun berjalan dengan baik.. Majlis kenduri kahwin nanti pun memang seperti majlis bertunang juga. Takde pelamin angan bagai. Akan menjadi serba sederhana yang mungkin. Inyaallah...Itu yang kami harapkan. Tak perlu nak meriah sampai membazir duit. Cukup sekadar mengajak kawan2 datang untuk memeriahkan majlis. 

Untuk setakat ini, gambar ni je yang mampu mentafsirkan betapa gembira dan bersyukurnya Nani dengan apa yang diberi...Siapakah MR.GOOGLE yang selalu disebut2 itu tunggu lagi 52 hari baru boleh tayang di sini...Huhuh...
mekap oleh kak ipar je. serba sederhana....

keluarga yang banyak membantu sehingga majlis selesai...Terima kasih semua...

Doakan semuanya yang terbaik untuk kami sekeluarga....

Thursday, September 20, 2012

Ketenangan Yang Dicari...

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera....

Rasanya macam dah hampir sebulan Nani tak update blog...Bukan juga disengajakan membiarkan blog ini berlalang. Tapi, terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Sebelum hari raya baru-baru ni, laptop kesayangan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...Sob...sob...sob....Motherboard rosak dan kalau diganti yang baru mungkin memakan belanja RM700-900 juga. Ramai yang menasihatkan Nani supaya beli laptop baru terus. Jadinya, sepanjang dua minggu terakhir berpuasa memang tak dapat nak update blog. Apabila dah masuk hari raya, banyak pula urusan yang kena buat. Alhamdulillah selesai semuanya dengan sempurna.

Dah habis cuti raya, Nani sibuk pula kemas2 rumah untuk berpindah ke rumah sewa yang baru. Punyalah banyak barang. Apabila dah bersusun2 kotak tu baru perasan, barang2 dapur saja pun dah separuh! Hebat betul la...4 tahun di Sabah ni macam selori barang diangkut ke sini. Apabila dah apply borang pindah, baru terfikir2 macam mana nak angkut balik semua barang ke Semenanjung. Alhamdulillah, rumah sewa yang baru tersangatlah selesa. Kawan2 pun menerima kehadiran kita dengan baik. Cuma, sedikit masalah apabila tiada mesin basuh. Perghhhh! 4 tahun hidup selesa mengguna mesin basuh, tiba2 kena cuci tangan. Disebabkan itu, Nani merajinkan diri supaya mencuci baju setiap hari. Nanti tak penat sangat nak cuci baju guna tangan banyak2.

Dalam tempoh masa yang tidak sampai 2 bulan lagi ni, banyak perkara yang Nani kena uruskan. Seboleh-bolehnya berharap sangat kalau dapat pindah balik Semenanjung. Sesungguhnya hati ini sudah tiada di sini...hew hew....Mohon kawan2 doakan semoga segala urusan berjalan dengan lancar...ameen.....


Friday, August 17, 2012

Eid Mubarak!

Assalamualaikum....Salam Bahagia....


Alhamdulillah, tinggal sehari lagi kita berpuasa, insyaallah kita akan menyambut hari raya.... Tidak banyak yang perlu diperkatakan...Di sini Nani ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga blogger yang dikasihi.... Maafkan diri andai ada tersalah kata, terkasar bahasa, tersilap tutur bicara, mohon beribu2 kemaafan...Semoga Ramadhan yang pergi meninggalkan seribu satu keinsafan buat kita semua....

Wassalam.....

Sunday, August 12, 2012

Tanda Kasih SayangNya...

Assalamualaikum...Selamat petang...

Di kala orang lain tengah sibuk menyiapkan juadah berbuka, masa ni baru Nani sempat nak update blog. Itu pun sebab pinjam laptop dan tenet kawan. Banyak perkara yang berlaku sepanjang ketiadaan laptop ini. Sebelum ni printer rosak. dah hantar repair di kedai kena caj RM99. Lagi singgit je nak cukup RM100. Selang seminggu kemudian, laptop pula yang rosak. Dah hantar bagi kawan tengok, katanya motherboard yang rosak dan dinasihatkan supaya membeli laptop baru. Memang dah ajalnya kot. Selama hampir 4 tahun laptop tu berkhidmat dengan cemerlang, akhirnya terpaksa dilepaskan juga... Berita baiknya pula, ada orang nak beli skrin laptop tu dengan harga RM180. Rasa bersyukur sangat2 sebab masih lagi dikurniakan rezeki dalam bentuk itu. Daripada tak dapat langsung, dapat sikit pun kira ok la kan?? Insyaallah lepas raya nanti akan dapat laptop baru. Tapi mungkin susah sikit nak online sebab Nani akan hentikan perkhidmatan streamyx di rumah sewa. Nak kena jimat2 sikit sekarang sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mungkin waktu hujung minggu je boleh update blog. Harap2 follower tak lari la pulak ye.

Dalam kesempitan yang ada sekarang ni buat Nani tersedar, kadang2 sedikit nikmat kita akan ditarik oleh Allah kerana Dia sudah mengaturkan yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah sekiranya masih diberi nyawa dan peluang untuk bertaubat. Sesungguhnya itu semua tanda kasih sayangNya kepada kita...

p/s : terima kasih buat cheqsue yang sudi mengepos kad raya n souvenir dari CH. Suka sangat2! 

Saturday, August 4, 2012

Compaq Ku Rosak Lagi...

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Dah hampir seminggu blog tidak berupdate. Sedih tak terkata apabila terkenangkan laptop yang rosak ni. Rasa macam mati kutu je apabila tak tahu nak buat apa setiap hari. Jadinya, disebabkan itu semua kerja2 rumah cepat aje siap. Bab mengemas rumah, cuci bilik air, gosok baju, kejap aje dah boleh siap. Seingat Nani, awal pagi Selasa tu masih lagi ok. Nani sempat BW ke blog Kak Amie yang menceritakan barang2 kiriman Nani tu. Kemudian, Nani ke tempat kerja seperti biasa. Apabila balik rumah, terus tekan laptop tapi tak menyala pun skrin. Sedih sangat. Berpuluh2 kali cuba pun masih juga tak dapat. Dah la esok paginya Nani kena sampaikan ceramah di SK Sukau. Semua bahan yang dikumpul tersimpan dalam laptop tu.

Dalam keadaan bersedih tu, tiba2 dapat panggilan daripada Cheqsue yang menceritakan barang kiriman Nani dah sampai ke tempatnya. Apabila dengar suara ceria Cheqsue, Nani rasa sedikit terubat walaupun sungguh sedih pada malam tu. Jadi, terpaksalah Nani menumpang rumah kawan pada malam tersebut sebab nak siapkan slide ceramah esoknya. Rasa tak puas hati menyampaikan ceramah dalam keadaan cincai2 aje. Walau apa pun, terpaksalah bertahan selama 2 minggu sementara menunggu keputusan laptop ni sama ada ganti motherboard baru atau beli aje laptop baru terus.

p/s : minta maaf sangat2 kepada kawan2 semua sebab tak dapat nak BW ke setiap blog kawan2. Nanti dah ok, Nani singgah semua ye. 

Sunday, July 29, 2012

Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker-White.

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Saje nak tayang bread maker yang baru ditengok2 ni. Bukan jugak tengok kat kedai pon. Tengok gambarnya je. Kalau ada sape2 yang pernah guna bread maker jenis ni tolong bagitahu ok ke tidak ye... Dah lama duk aim nak beli BM sebijik.


Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker-White.

A key feature of the Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker is that it can bake different sized loaves, depending on what you require. It also comes with a fast bake feature, which can bake bread in a speedy 55 minutes.

660 watts.
12 programmes.
White bread, French bread, whole-wheat, sweet bread, gluten free, speciality and dough.
Maximum bread size 1kg.
3 crust settings.
55 mins fast bake time.
Personalised settings.
Suitable for making jam and cakes.
Add ingredients signal.
LCD display.
13 hour delay timer.
Keep warm function.
Viewing window.
Recipe book.
Manufacturer's 2 year guarantee.
EAN/MPN/UPC/ISBN: 5038061034752.

Kalau tengok harganya macam berpatutan je. Tak mahal sangat. Masih lagi bawah RM500. Kalau ada kawan2 yang pernah memiliki breadmaker apa2 jenis pun boleh jugak kongsikan. Nak cari yang terbaek punya ni. 

Saturday, July 28, 2012

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Badan rasa lesu je 2-3 hari ni. Tak tahu kenapa. Mungkin penyakit tekanan darah rendah datang lagi. Dah mula rasa pening2, mual (tapi tak muntah pun) pastu telinga sedikit pekak (macam orang naik kapal terbang tu). Nak buat pape pun rasa malas. Selalunya kalau hujung minggu, Nani suka aktiviti menyalin resepi daripada blogger2. Kalau nampak resepi yang best, senang tu Nani bookmark dulu. Bila ada masa terluang, Nani salin masuk dalam buku. Yelah, takkan nak usung laptop masuk ke dapur pulak kan setiap kali nak masak tu. Dah dapat resepi, olah dengan ayat sendiri supaya mudah nak faham, salin di buku je. Kemudian, bila nak masak angkut je buku tu ke dapur. Nak jejalan ke, balik kampung ke, mesti bawa buku tu sekali. Senang nak rujuk bila2 masa.

sekarang tengah menggila nak buat kek lapis pulak

hohoh....sila abaikan hand writing yang buruks itu...

antara koleksi resepi kek sarawak yang belum lagi terbuat

Buku resepi yang paling banyak berjasa sejak tahun 2010 lagi...

p/s : tak sempat nak BW ke blog kawan2 sebab tengah pening2 lagi. Tak best nak bagi komen dalam keadaan yang tak sihat ni. Nanti kite singgah ye..

Friday, July 27, 2012

Apabila Kinabatangan Takdok Air....

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Hari ni sedikit stres sebab air takdok kat sini...Selalu macam tu kalau ada projek membetulkan paip di kawasan sini. Masalahnya bukan paip kawasan rumah kami pun. Tapi tak tahulah kawasan mana. Kalau ada paip pecah ke, mesti satu Pekan Kinabatangan takde air tau. Hebat kan? Dalam bulan puasa macam ni ok lagi kot sebab siang hari tak perlu masak. Waktu berbuka nanti boleh beli aje di bazaar (walaupun belum tentu kena dengan selera tekak kite). Tapi yang menjadi masalahnya ialah apabila tiba masa nak mandi, nak solat, nak weewee, nak poopoo...Adeh! Semalam pun minum air kosong siap catu2 lagi sebab takut takde air. Nani ada simpan juga air dalam botol kecil2 senang nak guna untuk wudhu' nanti.

Masalah takde air ni pun selalunya ambil masa 2-3 hari jugak. Kami pun tak sedar bila masa air mula takde sebab ada tangki spare. Sekali, tengok air menitik2 je menandakan air tangki pun dah habis. MasyaAllah... Kelam kabut la menyimpan air yang menitik2 tu. Masa ni la baru tersedar betapa pentingnya nikmat air itu...Harap2 tak lama la masalah ketiadaan air ni. 

Thursday, July 26, 2012

Rezeki Berbuka Hari Ini...

Assalamualaikum.....Salam sejahtera....

Hari ni kepala rasa pening2 sikit. Dari jam 12.00 sehingga jam 3.30 kami bermesyuarat di sekolah. Kalau setakat jadi pendengar sahaja mungkin tidak ada masalah. Tapi kali ni terpaksa menyalin minit mesyuarat. Keluar aje meeting rasa macam berpinar2 je biji mata ni. Terus terfikir, "ni mesti low blood pressure lagi". Hmmm.... Nak beli nasi rasa serba salah pulak. Sampai aje di rumah, tengok2 jiran sebelah bagi satu bekas bubur nasi. Bubur nasi ke, bubur lambuk ke, tak tahulah. Apa pun, terima kasih banyak2.... Suke2!
Kat dalam bubur ni ada daging, ada ayam, ada isi udang, sayur carrot...Memang sedaplah! Pastu Nani memandai lagi tambah serunding daging kat atas tu. Bertambah2 la sedapnya! oppps! Nani puasa tau hari ni. Tapi kat Bukit Garam berbuka jam 6.27 petang ni. So, selamat berbuka puasa bagi mereka yang berada di Semenanjung sana!

Blur....

Assalamualaikum...... Since dah takde entry masak2 ni macam biasa la ya...Mesti nak tulis entry mengarut aje. Bukan juga tak masak. Tapi dalam masa 3-4 hari ni masak benda yang sama saja dan dah pernah masuk pun di blog ni. Ada ketikanya mood ke laut. Entah kenapa boleh jadi macam ni. Nak buat apa-apa pun rasa tak best. Tapi, daripada memikirkan perkara yang entah apa-apa tu, lebih baik kita fikirkan perkara yang menyeronokkan yang berlaku semalam...
  1. Tambang percuma pulang beraya dah dapat. Walaupun terpaksa pulang pada hari Sabtu dan sampai ke rumah ayahbonda pada malam raya :( Memang pernah terbayangkan perkara ni, tapi akhirnya berlaku juga pada diri ini...sob sob sob....(kesat air mata) Tersangatlah sedih sebab tak pernah hayat tak dapat berbuka puasa bersama keluarga yang lain... (kepada yang tinggal di perantauan tu jangan nak kata hangpa lagi sedih pulak. at least hangpa ada suami/isteri/anak untuk berbuka bersama). -ayat taknak kalah tu
  2. Dapat bonus raya separuh gaji. Walaupun agak sengkek sikit beraya tahun ni, alhamdulillah masih lagi diberi duit raya. Mujurlah Nani dah asingkan awal2 sedikit simpanan untuk duit raya. Tak kelam kabut nak guna duit bonus tu. Banyak lagi agenda lain perlu diselesaikan.
  3. Dapat jemputan berceramah di SK lagi. Baru dapat SMS daripada seorang kawan minta Nani datang ke sekolahnya untuk menyampaikan ceramah motivasi bagi calon UPSR minggu depan. Kena buat slide baru sebab tajuk yang dia minta itu belum pernah lagi dibuat. Walaupun menambah kerja, tapi daku sangat seronotttt! sebab? Bukan sebab nak dapat hamper besar lagi, mahupun saguhati, bukan juga sijil, apatah lagi nak kejar Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) huhuh....tapi, diia minta tolong atas dasar cadangan daripada seorang PK1 dari sekolah lain yang pernah Nani berceramah sebelum ni. Ayat tak boleh blah, "DIA BILANG KO CEKAP & MENARIK PERHATIAN BUDAK MASA CERAMAH..." Huhuh...Bulih gitu? Berbungo2 hati den! Tapi kalau dah macam ni risau pula sebab expectation orang dah terlalu tinggi. Takut tak kesampaian objektifnya nanti.... Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.
Tengah hari ni ada mesyuarat...nak kena siap2 ke sekolah lebih awal...phew......kerja2.....

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Raya 2012! Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Selamat berbuka puasa semua! Alhamdulillah, Nani kat sini dah berbuka lebih sejam yang lalu..Huhuh... Baru dapat berita bahawa PM kita bermurah hati nak bagi bonus setengah gaji untuk raya tahun ni bagi penjawat awam minimum RM500 (duit kerajaan je pun, bukan duit dari poket dia). Huhuh.... Begitu juga dengan pesara kerajaan akan mendapat RM500. Insyaallah bonus akan masuk tanggal 9 Ogos 2012 nanti.


PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 

sumber : Berita Harian

p/s : Mak + Ayah pun pesara kerajaan. Dah dapat duit raya dari PM tu, anak2 tak perlu bagi dah kot (ayat seorang anak yang kedekut!)

Wordless Wednesday ~ part 29 (Sudahkah Anda Membuat Semakan???)

Tuesday, July 24, 2012

Happy 32nd Birthday Giveaway ~ Cheqsue!

Assalamualaikum...Salam sejahtera....


Syukur alhamdulillah, tenet dah ok. Buka2 Dashboard, ternampak GA yang telah dianjurkan oleh Cheqsue! Wah! Suke! Suke! Rasanya besday Cheqsue tahun lalu pun dia ada buat GA jugak. Pendek kata, cikgu ni memang suke buat GA la. Jadi, tahun ini sempena hari ulangtahun beliau yang ke 32 ada lagi GA yang menjanjikan hadiah untuk kita. Tambah lagi suke! suke! suke! Daripada duduk saja2 depan laptop tu kan, jom kita pakat2 join GA yang Cheqsue buat ni. Manalah tahu ada yang bertuah.

Kepada yang berminat, boleh klik pada link HAPPY 32rd BIRTHDAY GIVEAWAY CHEQSUE
Syaratnya tak susah pun. Kena rajin online selalu la kot.

Kepada Cheqsue, Happy Becoming Birthday! Semoga panjang umur, murah rezeki mudah-mudahan... Insyaallah......

Aku Tak Bodoh!!!

Assalamualaikum....Ni sebenarnya entry yang sepatutnya dipublish semalam (24/07/2012)

AKU TAK BODOH…
Assalamualaikum…Salam bahagia…. Hari ni memang BAD DAY sungguh! Macam dah lama tak kena macam ni tiba2 boleh terjadi pulak. Iyalah, kita manusia biasa, memang tidak termampu nak melawan takdirnya… Selalunya kalau Nani ke rumah kawan di Bandar, hari Isnin pagi baru Nani balik Bukit Garam dengan seorang kawan yang memang asal dari Sandakan. Jadi, memandangkan dia ada kemudahan kereta, Nani memang selalu tumpang dia. Selalunya sebelum tidur Nani akan SMS dia untuk remind dia yang Nani akan tumpang dia esok paginya. Tiba-tiba pagi tadi dia cakap dia MC. Kelam kabut Nani bangun, SMS kawan yang seorang lagi untuk tumpang dia balik ke Bukit Garam. Sambil menunggu dia membalas SMS, Nani dengan cepat2 ambil sepasang baju kurung dan bersedia untuk menggosok baju. Dengan tidak sengaja, Nani telah membuat satu lubang sebesar bola golf pada kain yang digosok! Ya Allah! Lagi kelam kabut dibuatnya. Sudahnya baju kurung tu digosok dengan ala kadar je. Dalam hati ni masih lagi berfikir macam mana nak jahit semula kain yang terkoyak….

Malam ni pulak, takde line internet di rumah. Macam biasalah kalau di kawasan MEGALOPOLIS KINABATANGAN ni kalau hujan sikit aje, memang akan mengganggu talian internet dan juga telefon berhari2 lamanya…Sementara menunggu line pulih seperti sedia kala (mungkin akan mengambil masa 3-4 hari) atau paling lama pernah capai 11 hari lamanya, jadi Nani mengambil kesempatan ini untuk menulis entry menggunakan Microsoft Word dulu. Kalau internet dah ok, Nani akan copy n paste masukkan ke bahagian draft di blogger.com. Jadi, entry yang anda sedang baca ini merupakan entry yang tertunggak la ye. 

Dalam marah, geram dan sakit hati dengan internet yang tak berapa nak OK ini, Nani cuba untuk mencari sesuatu yang berfaedah untuk dikongsikan dengan kawan2. Selalunya Nani simpan movie @ drama dalam laptop ni untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang boleh Nani buat sementara tiada line internet. Kali ni Nani menonton movie Melayu yang bertajuk AKU TAK BODOH! Orang lain dah berzaman tengok cerita ni tapi Nani baru nak tengok. Ya lah, kalau tak tunggu orang download memang tak dapat la. Di Sandakan mana ada GSC @ TGV. Sebagai seorang guru, Nani memang sangat2 menyarankan rakan2 guru untuk tengok movie ini. Begitu juga bagi mereka yang sudah berpangkat ibu@bapa kepada anak2. Memang banyak sangat pengajaran yang Nani dapat daripada cerita ni. Percaya atau tidak, Nani boleh ketawa terbahak2, dan ada masanya menitiskan air mata sepanjang menonton movie ni. Sangat2 berbaloi menghabiskan masa 1 ½ jam untuk movie ni. 

Menonton movie ni mengingatkan Nani kepada Ayah di kampung sana. Seorang Ayah memang jarang menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada anak2. Tapi, pada masa yang sama sebenarnya setiap tindakan yang diambil menunjukkan betapa dia menyayangi kita. Beliau memang seorang yang tegas, dan percaya bahawa KETEGASAN MEMBAWA KEJAYAAN (sepertimana pepatah cina yang selalu disebut2 oleh pengetua sekolah kami). Keluarga kami bukan orang yang senang. Nani masih ingat, sewaktu Nani kecik2 dulu jarang sekali kami dapat keluar bersama2 dengan emak dan ayah untuk membeli barang2 persiapan raya. Pernah dulu ayah membawa kami (Nani, Nurul & Peja) ke pasar malam menaiki motor buruk Ayah untuk mencari kasut raya. Kami memang sangat2 memahami keadaan kewangan keluarga yang tidak seberapa. Kami akan memilihh kasut yang murah2 je sebab kesian tengok Ayah. Apabila pulang ke rumah, Peja cakap “Sebenarnya aku bukan nak kasut ni”. Sebagai seorang kakak, memang sangatlah faham kenapa dia cakap macam tu. Yang sebenarnya dia takut nak minta kasut yang mahal. Takut dimarah Ayah. Jadi, apa yang diberi oleh Ayah atau Emak, memang kami menerima seadanya. Paling Nani tak boleh lupa, sewaktu Nani darjah enam, Emak belikan beg sekolah baru untuk Nani bentuk petak segiempat sama dan ada gambar POWER RANGERS. Dalam usia meningkat remaja pada masa itu mungkin agak tidak sesuai kalau menggunakan beg yang ada gambar kartun2. Tapi, Nani tahu Emak cuba berikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dengan beg sekolah POWER RANGERS itu Nani galas ke sekolah setiap hari walaupun ada kawan2 mengejek sebab beg tu besar sangat dan agak childish. Walaupun agak malu, tapi ada aku kisah? Datang ke sekolah untuk belajar, bukan untuk bergaya bagai. Alhamdulillah, dengan izin Allah Nani dapat keputusan 5A untuk UPSR. Apa orang cakap2 tu memang dah tak rasa apa dah. Dengan beg itu juga Nani pakai untuk mengisi buku2 di sekolah menengah. Walaupun belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), masih juga Nani guna beg tu sampailah rosak. Apa yang kita pakai buruk atau baru, cantik atau hodoh sebenarnya bukan penghalang untuk kita mengejar cita2 dan mendapat kejayaan. Dah kerja macam ni, nak beli handbag COACH pun dah takde masalah. Oppps!

Kenapa Nani bercerita tentang beg sekolah? Sebab jalan kisah Nani dengan kisah budak yang bernama Sudin dalam movie ni agak lebih kurang sama. Bezanya, Nani adalah seorang budak yang baik la kot. Takde nak ikut gangster atau bohsia bohjan macam budak2 lain pada masa tu la. Huhuh… Apa pun, selamat menonton la ye!
p/s : punyalah Nani terfikir2 sebelum tidur semalam movie dalam bahasa melayu apa. bangun pagi ni baru teringat MOVIE=FILEM. huhuh....Sabor jela

Sunday, July 22, 2012

Ayam Panggang Rosemary Yang Sedap!

Assalamualaikum.....Salam sejahtera....

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa... Mood tuan rumah ke laut sikit. Belum serasi lagi nak mengatur menu untuk berbuka, nak snap gambarnya lagi...Aduh...Tak berapa nak rajin pulak. Jadi, ini memang gambar yang masih lagi dalam simpanan yang belum masuk entry. Memang dah lama Nani nak buat ayam rosemary ni. Tapi mengenangkan tak terjumpa stok herba utamanya tu jadi, Nani tangguh dulu. Alhamdulillah minggu lalu ke bandar, ada nampak orang jual herba rosemary kering. Dengan bahan lain yang tak berapa nak cukup, Nani cuba juga buat. Alhamdulillah, memang tidak menghampakan. Rasa ayam yang diperap semalaman lebih sedap, masuk hingga ke tulangnya... Resepi ni Nani terjumpa di blog Kak Nor, sifu kesayangan semua orang...Terima kasih ye Kak Nor. Begitu juga dengan Bundo dan Wana...

 AYAM PANGGANG ROSEMARY
sumber : Wana & Ibundo
sumber : K.Nor

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip -nani letak 1 kiub pati ayam knorr
2 sudu besar jus limau -nani ganti dengan cuka makan
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun) -nani guna minyak jagung je
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik -nani skip
6 biji baby carot -nani skip
sedikit mentega -nani skip
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah -nani skip

Cara penyediaan:

  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam. -nani panggang guna non stick pan je.

Tips dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Sekarang pulun makan lauk2 je sebab nak turunkan semula berat badan. Hadoi...Harap2 berjayalah... Apapun, resepi ni memang best dan sedap! Rugi sangat2 kalau tak cuba. Aroma daripada daun rosemary tu memberi kelainan pada rasa ayam yang dibakar.

contoh herba rosemary yang Nani gunakan. Gambar diambil dari page McCORMICK dan disertakan juga pelbagai resepi yang menggunakan produk herba2 keluarannya.

p/s : kalau kawan2 buat ni petang ni, kemudian diperap semalaman, dimakan waktu sahur, memang sedap dah tu.

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum....Salam sejahtera....
Insyaallah esok kalau panjang umur, kita akan mula berpuasa. Jadi, untuk itu Nani ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Manfaatkanlah masa2 yang ada dengan sebaiknya...
Semoga amal ibadat kita akan diterima oleh Allah...

Video ni telah dirakamkan oleh bekas pelajar Nani dari SMK Pendeta Zaaba (waktu Nani praktikum dulu)
Semoga ada pengajaran yang boleh kita ambil....
Wassalam....

Thursday, July 19, 2012

Kek Lumut DJ Mabeles!!!

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Dah lama Nani simpan resepi kek lumut ni dari blog kak dayang. Bahan2 pun dah lama beli tapi baru berkesempatan nak buat minggu ni. Sebelum ni Nani pernah makan kek lumut yang kawan buat. Tapi, keknya agak basah sebab air kukusan menitik masuk ke dalam kek. Jadinya, Nani tak pernah tahu macam mana rasa kek lumut yang menjadi dan sedap. Dek kerana teringin sangat nak makan, jadi Nani gagahkan juga buat ni hujung minggu baru2 ni.

Mula2 tengok resepi rasa risau juga sebab tiada ditulis baking powder. Jadi, takut pulak kalau kek bantat atau padat. Apabila dah siap, ternyata kek tidaklah keras dan tersangatlah sedap walaupun tidak dimasukkan baking powder. Nak describe tekstur keknya macam mana ya? Waktu mula2 keluar dari kukusan, kek agak lembut dan susah sikit untuk dipotong. Setelah kek dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan tiada wap panas lagi keluar, Nani terus simpan dalam peti sejuk bahagian bawah. Esoknya baru potong. Dah sejuk macam tu baru cantik potongan kek. Memang moist dan manisnya sedang2 saja. Aroma daripada butter anchor tu memang wangi betul.

Kalau ada yang bertanya, memang Nani boleh recommend kek ni la. Sedap sangat tau! Sebelum tu terima kasih kepada Kak Dayang kerana berkongsi resepi dan Kak Ita kerana menambahkan lagi semangatku nak buat kek kukus sarawak ni. Jum semak resepinya.

KEK LUMUT
Resepi : Dayang Jack @DapurKuSaYang
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega -nani guna unsalted butter brand ANCHOR (225gram)
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe) -nani guna pandan paste brand nur
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla -nani lupa letak


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. -nani pukul guna hand whisk je dari awal sampai akhir.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil. -nani guna bekas plastik yang tahan panas dan sedia ada penutupnya (kes takde aluminium foil)
  8. Kukuskan selama 2 1/2 jam. (tambah air panas jika hampir kering).
Kek yang Nani buat tidaklah secantik 2 orang sifu itu. Banyak pulak lubang2nya. Mungkin lain kali kena hentak2 sikit acuan baru dikukus keknya. Tekstur kek yang lembut, moist, memang sedap! Kalau nak potong kek, kena pastikan kek disejukkan terlebih dahulu sebab kek yang disejukkan akan menjadi keras sikit dan senang untuk dipotong. Sekiranya dibiarkan pada suhu bilik pula, kek akan jadi lembut. 

Nani suka kek yang dipotong kecil2 macam ni sebab nanti senang nak makan. Tapi, kalau dah asik ngap masuk mulut tu, tak sedar la pulak berapa banyak keping dah masuk perut ni.

Tuesday, July 17, 2012

Tolonglah Remove..Sakit Mato Den! (dengan tutorial)

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Malam ni Nani nak buat luahan perasaan sikit. Sebelum ni rasanya macam boleh bertahan lagi tapi kali ni macam dah tak boleh nak tahan2 lagi dah. Nani memang suka BW ke blog kawan2. Tapi, seboleh-bolehnya tolonglah permudahkan ruangan blog anda supaya lebih mesra pengguna. Ada sesetengah di antara kita berkecil hati sekiranya kawan2 tidak meninggalkan jejak di blognya. Pada masa yang sama, kita tidak sedar bahawa ruangan blog kita agak menyukarkan orang lain untuk meninggalkan komen. Kalau yang muda remaja, bermata cerah macam Nani ni Alhamdulillah tidak ada masalah. Tapi, untuk orang yang agak berumur, mungkin susah sikit nak hadap WORD VERIFICATION yang bertulisan ntah hape2 seperti di bawah ini.....
Kalau dulu, huruf2nya masih lagi jelas kelihatan. Sekarang tulisan bersambung2 siap dengan nombor pulak. Dia minta kita buat tu semata2 untuk membuktikan bahawa kita bukan robot! Adeh! Nonsense! Jadinya, untuk memudahkan semua orang, di sini Nani sertakan sedikit tutorial MACAM MANA UNTUK MENUKAR SETTING WORD VERIFICATION bagi pengguna blogger.com...Insyaallah....

Mula2, kita tekan bahagian SETTINGS seperti gambar di atas.

Akan keluar page yang begini. Pastikan anda berada di track yang betul. Huhuh...


Apabila sudah tekan SETTINGS, klik pada COMMENTS seperti di atas.
Anda terus scroll ke bawah sehinggalah jumpa tulisan SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS? Ada 2 pilihan iaitu YES @ NO. Jadi, klik sahaja pada tulisan NO. Jangan lupa KLIK lagi pada kotak SAVE SETTINGS di bahagian bawahnya untuk simpan semua perubahan yang kita buat tu.

Jika anda telah mengikut langkah2 tersebut, insyaallah comment box blog anda sudah tidak ada lagi word verification...Dah takde alasan nak cakap TAK RETI NAK BUAT, hokay!

Apabila mengajar orang lain ubah setting word verification, Nani terkenang pada seorang kakak blogger kita iaitu Kak Rosaliza yang pernah ajar Nani macam mana untuk menukar setting comments box kepada bentuk pop-up windows supaya orang lain mudah untuk meninggalkan komen di blog kita juga. POP-UP WINDOWS ini adalah comment box yang berasingan dengan entry blog. Jadi, apabila kita tekan POST A COMMENT untuk entry kawan2 lain, akan keluar box lain. Jadi, dari situ kita taip komen yang mahu ditulis. Ini lebih memudahkan orang lain untuk meninggalkan komen sambil membaca 2-3 entry pada masa yang sama.

Untuk menukar comment box kepada bentuk pop-up windows, anda masih lagi boleh terus masuk bahagian SETTINGS - COMMENTS seperti cara2 di atas. Kemudian, cari COMMENT FORM PLACEMENT, klik pada button POP-UP WINDOWS. Jangan lupa untuk tekan SAVE SETTINGS di bahagian bawah sekali setelah siap kesemuanya.

Sangat mudah bukan? Nani sangat2 berterima kasih kepada Kak Rosaliza kerana mengajar sesuatu yang baru kepada Nani lebih setahun yang lalu dan membuka pintu hati Nani pada hari ini untuk mengajar kawan2 lain juga. Orang kata, tak semestinya CIKGU sahaja yang mendapat pahala menurunkan ilmu. Kita sebagai blogger pun boleh, bukan??? 

Semoga segala yang baik itu dapat dimanfaatkan bersama-sama....

p/s : Dah baca sampai habis kan? Apa kata masing2 semak semula setting pada word verification blog masing2... Nani ajar setakat termampu je. Nak buat ke tak tu terpulang la ye...Sekian...Terima kasih....