kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Menu Diet Lagik! Sup Ayam Kosong

Assalamualaikum...Salam bahagia.....

Hihih...ni kes jeles tengok Kak Tun yang penuh semangat masak menu diet itu ini....Terus daku pon semangat la jugak...heheh...Tapi menu biase2 je...Oleh kerana tak keluar ke pasar, macam biase la ye....Habiskan aje yg ada dalam fridge tu...Kali ni memang betol2 campak sebab takde tumis pape dah. Bayangkan ayam yang tak bertumis pon boleh keluar minyak dengan banyaknya! Lenkali memang takleh tumis dah kalau buat sup. Campak aje semua kat ctu. Jadik jugak!

Kali ni buat sup ayam je. Kirenye makan hirup mcm tu je. Takde nak makan dengan mee/bihun pon. Kenyang dengan airnye lah. Lagi terasa panas2 halianya sama biji lada hitam...Perghhh! (bajet lelemak segala tu terbakar la). 
halia, bawang putih, lada hitam main ketuk aje, masuk dalam periuk dengan air. campur ayam sikit, kiub ayam sikit, tunggu mendidih, dah siap! kalau ada sayur carrot ke, lagi sedap tu!

kalau halia makan dengan nasik, mau jugak sy telan, tapi kalau sup hirup mcm ni tak sanggup la nak telan. hihih....

Saturday, July 2, 2011

Coto Makasar

Assalamualaikum....Selamat petang....

Haiyyaaa...Saya seolah-olah dah lupa macam mana perasaan orang yang bosan apabila duduk di rumah hari sabtu dan ahad. Sebab boleh dikatakan setiap minggu memang ada aktiviti yang perlu dibuat di sekolah. Setiap kali Sabtu dan Ahad pula tu. Rasa macam dah lama betol tidak masak betol2. Heheh... Jadi, gara2 Larian 1 Murid 1 Sukan tadi, saya tak sempat juga nk masak tengah hari. Makanya terpaksalah membeli sahaja makanan di luar. Kali ni COTO DAGING dari RESTORAN NUR CAHAYA di Sungai Ruku (Jalan Lahad Datu-Kinabatangan). 

Masih ada lagi yang tertukar antara SOTO & COTO. Sebenarnya dua makanan ini adalah berbeza. Kalau di semenanjung memang banyak la hidangan soto. Tapi di Sabah, coto yang banyak dijual. Makanan ni berasal dr Makasar (kawasan Indonesia). Ada nasi impit, daging rebus dan kuah sup. Cara masak kuah supnya lebih kurang sama juga dengan kuah sup biasa. Cuma, kuah coto ditambah lagi dengan kacang tanah kisar. Jadi, kuah coto akan jadi lebih pekat dan bau kacang. Bagi penggemar sup macam sy, memang sy cakap sedap la...Lebih2 lagi dihidangkan dengan sambal belacan tumis. Haaaa...seumur hidup sy, pertama kali sy makan sambal belacan tumis ni di Sabah la. Mereka akan buat sambal belacan macam biasa. Lepas tu ditumis atas dapur sehingga pecah minyak. Perghhhh! Aromanya!!!'

jemput tengok!!!