kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Friday, September 30, 2011

The Versatile Blogger dari Kak Jee!!! Terima Kasih!!

Assalamualaikum....Selamat pagi....

Hari ni baru ada peluang nak update di pagi hari....Sambil2 tengah tunggu kain dalam mesin sempat jugak nak update satu entry. Ni nak cerita semalam buka blog ada nampak komen Kak Jee...Huhuh...Dia datang bukan dengan tangan kosong, ko....Siap bagi award lagi...Terima kasih banyak2 dekat Kak Jee atas pemberian award itu....

Sebenarnya saya ni baru je terfikir, macam dah lama orang tak bagi award. Sekali, Kak Jee dah sampaikan award tu dulu...Jadi, macam biasalah ye, setiap award yang kite dapat ada aje asgmnt nak kene buat...hmmm.... Di sini saya C&P je daripada blog Kak Jee tentang asgmnt yang nak kene buat tu...

1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

Nampak macam senang aje kan?Tapi, aduh....tak tahu nak cerita apa lagi pasal diri sendiri ni...Rasa macam dah banyak betol membebel kt blog sendiri ni...Tapi saya cuba jugalah penuhi semua tugasan tu. Bukan selalu dapat award ni. heheh....

No.1 dah SETEL....No. 2 pulak ni...kalau Kak Jee tulis simple2 je. tapi saya terajin pulak nak menulis panjang2...Kita mulakan dengan....

1. Di rumah sewa yang saya tinggal sekarang ni hampir setahun dah xde TV. Tapi sy tak pernah kesah pon sebab saya boleh je hidup takde TV. Tapi, secara jujurnya, saya tidak boleh hidup tanpa LAPTOP & INTERNET. Kalau HP terpadam pon takpe lagi. Tapi kalau laptop terpadam, punyalah saya susah hati...Huhuh....Lain macam je bunyinya kan? Tapi itulah saya....Kalau bersembang dengan mak2 orang yang lain, semua sibuk duk bercerita pasal drama itu dan ini. Tapi saya tak tahu pape pon pasal perkembangan semasa. Selalunya tengok melalui internet je. Kalau agak2 nak tengok movie, bukak aje youtube, semua ade di situ. Nak download movie pon boleh. Dunia di hujung jari la katakan...Hihih...

2. Saya seorang yang suka memasak! Suke memasak dan pandai memasaktu adalah 2 perkara yang berbeza ye kawan2...Sejujurnya, saya suka memasak tapi belum pandai memasak. Saya rasa macam banyak lagi benda2 yang saya belum cuba masak. Seboleh-bolehnya saya nak cuba masak semua benda. Bermulanya cerita saya ni suke nak sekodeng2 resepi dalam tenet ni masa nak buat kuih tako. Dulu pernah tolong makcik buat kuih tako. Tapi tak tahu sukatan & bahan yang dia guna. Mulalah saya menelefon makcik tu. Sekali dia taknak pulak gitau resepinya. Katanya, "internet kan ada...carilah kat situ". Apabila saya google, Mak Oi! Bukan main banyak lagi resepi yang keluar...Terus, saya terjumpa macam2 lagi jenis resepi yang lain. Tapi, benda yang saya suka masak selalunya kuih-muih jela. Kalau lauk2 ni payah sikit sebab susah nak keluar pergi beli barang2 basah.

3. Saya mudah mesra dengan orang. Ada masanya saya mudah mesra dengan orang. Ada masanya saya nampak sombong. Bukan juga sengaja nak menyombong diri, tapi saya rasa segan kalau berhadapan dengan orang2 yang hebat ni. Saya suka nak menegur kawan2 blogger dalam entry masing2. So far, kawan2 blogger di sini very the supportive la...Walaupun tak pernah bersua muka, tapi rasa macam dah kenal betol je gayanya. Terima kasih ye kawan2 kerana menerima diri ini seadanya...Huhuh...

4. Saya suka makan pisang. Tapi tak semua jenis pisang yang saya suka makan tau! Pisang yang lain2 tu makan jugak tapi tak sehebat pisang berangan. Mungkin sebab pernah tinggal di asrama dulu selalu aje diberi makan pisang berangan. Jadi, pisang2 lain saya kureng sikit kalau nak makan ceggitu je. Pisang berangan kalau beli sesikat harga RM7 pon, dalam masa 3-4 hari saya boleh habiskan sorang2. Hahah!!! Tak payah nak buat cekodok ke, kek ke, kuih ke, makan macam tu pon dah sedap...Aroma daripada pisang tu betol2 mengingatkan saya kepada zaman2 persekolahan dulu....Huhuh...Nostalgia betol...

5. Saya suke bangun lambat. Mak mertua, sila abaikan statement ini!!! hahah! that's true...Sebabnya saya keje, sekolah petang. Jadinya, banyak masa yang free di waktu pagi. Selalunya selepas subuh saya akan tidur sekejap pastu baru cuci kain, masak, kemas rumah. Jadinya, ngam2 tengah hari tu, saya terus ke sekolah. Balik dari sekolah, semua keje dah setel. Waktu malam untuk rehat2 pulak. Itu memang dah jadi kebiasaan hidup saya selama 3 tahun di sini. Sebab tu kalau kene gi sekolah awal pagi rasa macam liat betol nak bangun sebab dah lari dari kebiasaan...

6. Saya sentiasa pastikan baju2 keje saya digantung dalam keadaan bergosok! Hohoh...Inilah satu perkara tentang diri saya yang jarang ada pada orang lain...Semua baju2 yang saya gantung dalam almari sudah pon bergosok! Kalau ada 40 pasang, 40 pasang la digosok. Begitu juga dengan tudung. Jadinya, saya hanya akan menyentuh iron dalam masa 2 minggu sekali je sebab baju2 banyak yang dah digosok. Kalau sebulan tak menggosok baju pon sempat lagi kot. Ntahla...saya mula amalkan macam ni sejak belajar di universiti lagi. Tapi, masa tu gosok untuk seminggu pakai je sebab tak cukup tempat nak gantung. Sekarang dah keje, almari pon besar, boleh la gosok semua baju yang ada...Alhamdulillah dah 3 tahun keje pon saya masih lagi macam ni.

7. Last sudah ni....Yeay!!!  Saya tidak pandai bergaya. Sejujurnya, saya bukan jenis cikgu2 yang pandai bergaya dengan macam2 pesen baju. Baju yang saya selalu pakai ke sekolah pon semuanya jenis baju kurung biasa. Takdelah nak jahit pesen2 tu. Cuma adalah sepasang dua yang berkebetulan beli yang dah siap. Tak reti tu dah satu hal. Nak berjimat pon satu hal jugak. Kalau baju kurung biasa tu mak je yang jahitkan. Upahnya suka hati kita nak bagi berapa. Kalau nak yang pesen2 tu kene hantar kedai lagi. Upah mahal pulak tu sekarang....

Ok, dah siap 7 perkara...No. 3 pulak....saya kene panjangkan  award ni kepada 15 blogger lain...

  1. Kak Q http://qasehququinnie.blogspot.com/
  2. Kak Rahel http://rahelblog-rahel.blogspot.com/
  3. Kak Zira http://zira-aziz.blogspot.com/
  4. Kak Diana http://skybluemelleymey.blogspot.com/
  5. Kak Kasih http://kasihredha.blogspot.com/
  6. Kak Juwita http://juwitafariz.blogspot.com/
  7. Cheqsue http://chequesuechekgu.blogspot.com/
  8. Kak Rosaliza http://embunrosaliza.blogspot.com/
  9. Kak CT http://ummiesya.blogspot.com/
  10. Pen Biru http://penbirumenulis.blogspot.com/
  11. Kak Amie http://salamisimon1.blogspot.com/
  12. Mak Long http://aidahjune.blogspot.com/
  13. Kak Yana http://yanashaiful.blogspot.com/
  14. Kak Al http://igotblog-ai.blogspot.com/
  15. Kak Tun http://qurrataaayun.blogspot.com/
Kepada yang tidak tersenarai tu jangan kecik ati...Bukan tak ingat, tapi tak muat nak letak banyak2 kat cni. Nanti kawan2 yang di atas pulak panjangkan kepada kawan2 yang lain pulak ye...Nak setelkan yang No.4 pulak ni....Sudi2lah angkut award ni....Selamat membuat asgmnt....

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan daripada Kak nOOrsha..Terima kasih ye!

Memandangkan hari ni takde entry masak2, jadi di kesempatan ini saya ingin menggantung kad yang telah dikutip di rumah kak nOOrsha diberi oleh Kak nOOrsha. Salam ramadhan juga buat kak nOOrsha dan keluarga..Semoga dilimpahkan rahmat olehNya, dan amalan kita sepanjang di bulan puasa diterima Allah swt.

Tuesday, July 19, 2011

Award lagi! tenkiu kak yana! mmuah!

Assalamualaikum....Salam ukhwah....Tetibe tengah syok melayan blog kawan2 ni kan, terkojut den kak yana datang mengetuk pintu dapor. Katanya, ada award nak kene amik...Huhuh....terima kasih banyak2 Kak Yana ye...Suke sangat2...Bukan pe, terasa diri ini dihargai...Chewah! Sekali sekala dapat award... Award kali ni takde homework ye...Cuma, kita kene panjangkan lagi kepada 8 orang blogger lain dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama blogger...Ya la, kalau rumah sebelah menyebelah boleh la hulur bubur kacang semangkuk dua, tak gitu Kak Yana?? hihih...Jadi, diharapkan dengan adanya award ni, dapat kita lebih kenal lagi dengan blogger2 lain di samping mengeratkan lagi silatulrahim antara kita...(panjang pulak haku membebel mlm ni). Memang ucapan orang amik award la katakan...Untuk itu, sy dengan ini menganugerahkan award ini kepada Insan2 bertuah seperti di bawah....


Alamak! dah cukup 8 ek? macam tak muat ruang lagi ni...takpelah...sape2 yg dah kene tag tu, tag la kawan2 lagi ye...semoga jalinan persahabatan ini kekal selamanya......ameen....

Sunday, July 10, 2011

Beautiful Blogger Award drp Kak Diana & Kak Q



Assalamualaikum....Selamat pagi....

Macam nk dekat dua hari juga tak bersiaran...Semalam seharian berada di bandar membeli itu dan ini. Almost RM3++ jugak habis. Ntah apa barang dibeli pon tak tahu lah...Jadi, hari ni nak berehat2 aje. Sekali bila online, ada tugasan yg perlu diselesaikan...(kerja sekolah tak siap lagi, buat tak tahu je dulu). Pagi ni sy telah menerima satu award daripada kak Diana & kak Quinnie dan syaratnya adalah kita mesti menyenaraikan 7 perkara yang orang belum tahu tentang diri kita...Haih....apa la yang nak diceritakan tu? Kene pulak jenis yang banyak cakap macam sy ni, hari2 ada aje ceritanya...Walau apa pun, sy cuba la yg terbaik....

7 PERKARA YANG ANDA BELUM TAHU TENTANG NUWAIRANI BINTI ISMAIL

1. Orang selalu salah dalam meneka UMUR saya. Saya antara blogger masak yang dikira muda juga la (perasan muda la pulak). Umur baru 26 tahun. Mungkin ada lagi yang lebih muda. Tapi selalunya saya akan panggil yang lain akak2 sebab memang saya tahu saya lagi muda kecuali yang sememangnya saya kenal itu pangkat adik2 saya. Jadi, kalau ada yang lagi muda, tapi saya terpanggil akak juga bagitau la ye. Hihih...Maap sangat2..Kadang2 terlepas pandang bab ni. Dari saya kecik sampai la besar, orang akan nampak saya lebih tua dari umur sebenar...(alamak! ini memang tak best! tak awet muda langsung!) One of the reason is, saya lebih senang berkawan dengan mak2 orang @ orang yang lebih tua daripada saya. 

2. Saya adalah peminat warna UNGU. Boleh dikatakan lebih 10 pasang baju dalam almari baju saya adalah berasaskan warna ungu. Entah macam mana boleh jadi macam tu. Kalau pergi ke kedai kain, hati saya ni macam berdebar2 je bila nampak yang warna ungu. Konfem ambil yang itu dulu la. Saya ada 3 pasang kasut, handbag, tudung yang boleh dipadangkan dengan baju warna ungu. Kadang2 kalau di sekolah, students pon boleh terperasan saya ni selalu pakai warna ungu. Diorang siap boleh cakap lagi. "Ala, cikgu yang selalu pakai baju warna ungu tu..." Semenjak dari hari itu, baju saya semua dah ada variasi sikit la. Huhuh...Lucu betol...Boleh pulak fanatic sampai macam tu sekali.

3. Saya pernah KEMALANGAN jalan raya sebanyak 3 kali pada tahun 2009 selama 3 bulan berturut-turut. Naseb masuk parit, tak masuk gaung je...Huhuh... Sampaikan orang boleh cakap, "Jangan bawa dia ni naik kereta, nanti eksiden" Chets! Mana saya tahu nak eksiden. Tapi alhamdulillah tidak cedera teruk pon. Cuma sakit2 pinggang je. Then, saya sakit kaki selama 6 bulan (saya sendiri pon tak perasan) sehingga saya terjumpa dengan seorang pawang dari Indonesia. Katanya saya sakit kaki sebab eksiden. (seram ko bila dia boleh baca2 kita ni). Dia yang tolong ubatkan kaki saya. Alhamdulillah sudah baik sampai sekarang.

4. Saya pernah kerja part time sebagai BABY SITTER di salah sebuah taska di Kota Damansara selama beberapa bulan setiap kali cuti semester (masa study di UPM dulu). Asal semester break aje, memang akan keje di sana. Ada macam2 peringkat baby dan budak yang saya jaga, dari umur 2 bulan hinggalah 12 tahun. Walaupun gaji yang diberi hanya RM400-RM550, saya rasa itu sudah cukup banyak pada masa itu. Sehinggakan tamat belajar, saya boleh simpan dalam ASB sebanyak RM1.5k. Hihih (ayat bajet je). That's why masa kakak saya bersalin, kakak ipar saya bersalin, saya boleh jaga anak2 diorang sebab dah pernah jaga baby sebelum ni. Nak suruh mandikan baby pon saya pandai, nak pangku baby pon saya tak kekok, nak pujuk baby menangis pon saya tahu...Sampai sekarang sensitip aje kalau tengok baby ni. Saya suka budak2 dan budak2 pon suka saya (perasan lagik) Hihih...

5. Dari segi pemakanan pula, ada dua benda yang saya tidak makan iaitu TEMPOYAK dan IKAN PATIN! Hihih....Ceritalah kesedapan 2 perkara ni pon, memang langsung tidak berjaya menarik perhatian saya. Bukan langsung tidak pernah cuba, memang saya pernah makan tapi tidak boleh nk telan...Haih...Entah kenapa pon tak tahu la...Mak saya pernah masak gulai tempoyak ikan patin masa kami kecik2 dulu tapi takde orang nak makan pon. Mak goreng ikan patin pon, still takde orang nak makan. Tak tahulah kalau patin tu memang jenis yang tak sedap ke apa. Itulah kali pertama dan terakhir mak beli ikan patin dan itu juga pertama dan terakhir saya makan patin. Memang tak nak makan dah. Tapi keli, haruan, puyu, talapia, ikan sungai lain saya masih boleh telan..

6. Habis aje belajar, sambil menunggu posting saya ambil LESEN kereta. Selepas 4 bulan kerja, terus saya beli kereta, tapi saya tinggalkan di kampung untuk mak ayah guna memandangkan di Sabah ni jalannya sangat teruk. Nak ceritanya, semenjak saya lulus lesen kereta, langsung saya tidak pernah drive lagi. Hahah...gerun pulak rasanya bila dah lama tak drive. Selalunya ayah @ adik @ mak yang bawakan saya untuk ke mana2 kalau di kampung. Lucu kan? Dahla tu kereta saya, tapi bukan saya yang drive. Sekarang dah 3 tahun saya ada lesen, tapi masih tak reti nak drive. Macam kene masuk kelas balik ni. Hihih...

7. Semenjak dari kecil, memang saya sentiasa BERJAUHAN dengan keluarga. Selepas tamat UPSR, saya dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh di Pasir Puteh, Kelantan. 40 minit juga la dari rumah saya. Balik sebulan sekali je. Dari tingkatan 1 hingga 5 di sana. Menangis, ketawa, membesar dengan kawan2 je. Selepas tamat SPM, saya dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng pula. Ini tak lama, cuma setahun je. Tamat matriks, terus sambung ke UPM, Serdang selama 4 tahun pula. Selang beberapa bulan, dah kene posting ke Kinabatangan, Sabah. Dah tinggal di Sabah ni balik kampung 3 kali je setahun. Hmmm...memang ceritanya tidak akan berkesudahan. Seandainya ada jodoh dan rezeki si dia di sana, mungkin saya akan merantau lebih jauh lagi daripada ini...

Haduh....Jenuh jugak ye nk menaip sampai 2 jam memikir 7 benda ni...
Ini cerita yang mungkin ada yang sudah tahu dan saya pasti ramai yang tidak tahu. 
Jadi, mari kita tengok cerita kawan2 lain macam mana pula ye?