Petang semalam badan dah rasa lemah2 macam nak selesema...Tak larat nak BW, apatah lagi nak update blog ni. Hari ni dah mula sakit2 tekak. Harap2 tak berpanjangan la. Malas nak ambil cuti sakit hari Isnin ni (ada hati jugak nak amik cuti) sebab banyak kerja nak kena buat. Ok, hari ni nak tayang menu lunch semalam. Kali ni terlebih rajin sebab buat sotong tu bentuk bunga2...Huhuh...
comel bukan? muahahahaha....Nani dapat idea ni daripada Kak Zila, boleh tengok resepi Sotong Bunga Bertaucu yang dia masak di SINI. Tapi Nani tak masak versi taucu sebab tak cukup bahan.
Tak ada hati nak letak resepi sendiri sebab simple sangat. Nani gaul sotong dengan kunyit + garam, kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya. Ketepikan di dalam kuali. Kemudian, masuk sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi, baru gaulkan dengan sotong. Masuk kacang panjang + bawang besar hiris, gaul rata sehingga kacang masak, tutup api. Ini memang resepi simple je. Nani makan ratah je sotong ni sebab konon2 nak diet la. Muahahaha... Untuk resepi yang lebih best, boleh rujuk resepi Udang goreng kunyit yang kak Q buat di SINI. Memang menarik resepinya. Nanti nak try jugak buat.



