kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Terubat Rindu Sejenak...

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Hari ni memang terasa betul kesan duduk di tempat yang pasang air cond. Sejujurnya, Nani bukan jenis orang yang suka tinggal di dalam bangunan yang ada alat pendingin hawa ni. Memang jenis kulit sensitif yang amat. Dah pakai pelembab, losyen, minyak bagai pun tetap juga kulit mengelupas. Waktu ke Sapporo winter baru2 ni pun sama. Baru satu hari di sana, kulit dah macam sisik ikan. Memang jenis kampung betul. Tidur dalam bilik air cond pun sanggup Nani pasang kipas. Dah sejuk2 macam tu memang kita pun jarang minum air. Jadinya, naik ulser pulak dalam mulut. Hadoi!!! Sakit yang amat. Huhuh...Tak baik kan mengeluh. Sebenarnya sakit yang diberi tu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita... Nak menguji kita tahap mana kita mengingati-Nya... Bersyukurlah.....

Lupakan sebentar pasal kisah sakit2 ni. Malam ni saja nak bercerita tentang program bersuka ria kami di EDO ICHI JAPANESE RESTAURANT, yang terletak di Taman Tyng, Sandakan. Kami ke sini minggu lepas untuk meraikan ulangtahun Azimah. Kalau siapa2 yang tidak tahu, lokasinya betul2 di depan Giant Sandakan, bersebelahan dengan Hotel Tyng Garden. Sebelum ni punyalah rasa rindu dengan japanese food ni. Akhirnya dapat juga merasa. Dari segi rasa, seriously agak berbeza dengan japanese food yang originally dari sana. Tapi, kira ok la. Masih juga boleh dimakan dan dikategorikan sedap (for those yang suka japanese food la kot).

kalau diikutkan Nani lagi suka yang ada ikan mentah ke, telur ikan ke, tapi kawan2 ni tak boleh telan yang macam tu. Jadi, yang warna merah ni adalah udang kering bercili. Kat Sapporo takde perisa ni ye. Kiranya sushi malaysia la ni.

Aroma wasabi yang menusuk hidung tu betul2 menggamit kerinduan...Suka sangat2...

Ini menu yang Nani order. Nasi putih agak kering. Mungkin dimasak ikut selera orang Malaysia. Kalau diikutkan sepatutnya melekit2 macam pulut. Kalau dah kering macam ni, susah sikit nak makan dengan chopstick. Ikan saba grill dengan sos manis yang sedappp!

Unagi!! My feveret. Ini makan 2 piring pun takpe. Memang suke sangat unagi. Kalau sape2 yang tak tahu, unagi=belut. Huhuh...Tapi, memang sangat sedappppp!

Tu je gambar yang sempat senap. ada separuh lagi menu yang kami order tapi tak snap sebab dah kebulur sangat2...Huhuh...



Monday, June 4, 2012

Restoran Nasi Ayam Hainan Kota Bharu ~Jom Singgah!

Assalamualaikum....

Dah masuk minggu kedua cuti persekolahan sekarang. Kesihatan dah bertambah baik tapi hidung ni masih lagi soksek2. Huhuh...Rasa macam cuti kali ni sibuk betul. Macam2 persiapan nak kena buat. Jumaat nanti nak buat majlis cukur jambul untuk cucu mak yang ke7. Insyaallah... Mak kata nak buat kecik2 je. Panggil orang masjid datang lepas subuh, buat selawat sikit, pastu makan2. Menunya macam kuzi ayam + roti jala. Hmmm... Mabeles!

Kebelakangan ini agak sibuk sikit sebab Nani nak kena tolong mak buat kuih. Banyak betul tempahan kuih kalau dah musim kenduri kendara ni. Memang mak tak hantar kuih ke kedai pun sebab dah cukup penat buat untuk tempahan kawan2nya. Nanti Nani masukkan sekali tutorial buat kuih apam tu. Senang je kalau kena caranya. Kali ni nak bercerita tentang sebuah restoran nasi ayam yang baru buka di Kota Bharu. Orang Kelantan jarang jumpa nasi ayam Chinese style ni. Mak Nani sendiri pun tak pernah makan. Tak seperti di tempat lain, banyak restoran nasi ayam di mana2 esp kawasan Ipoh. Betul tak Kak Q? Huhuh....
Katanya restoran ni diusahakan oleh seorang muallaf cina yang bernama Muhammad Lee Abdullah. Menu yang disediakan ala2 Chicken Rice Shop la. Harganya sangat berpatutan. Lokasinya pula di Bandar Kota Bharu, sederet dengan bangunan Mydin yang baru. Kedai paling hujung, dekat dengan Bangunan PKINK. Memang senang nak cari.

Kalau ambil pakej nasi ayam stim/panggang/goreng + air sirap = RM4.90 sahaja! Sape2 pun mampu nak beli.

Yang ni ayam masak barbeku yang Nani order. Harga berasingan dengan minuman. Tapi seperti pakej yang disebutkan di atas la. Ini pun sedap jugak!

Yang ni pulak ayam panggang yang mak order. Kalau pakej, dia akan bagi semangkuk nasi + ayam & sayur tauge, carrot + sup kosong + air sirap.

Semenjak cuti sekolah dalam masa seminggu ni dah dua kali Nani makan nasi ayam ni. Di kedainya memang sentiasa penuh dengan pelanggan. Nak makan sini pun boleh, tapau pun boleh. Kalau tapau, air sirap yang dia bagi free tu siap dibungkus dalam plastik air batu yang besar tu.

p/s : sape2 yang ada di area KB tu, singgah2 la restoran ni. Kalau nak banding dengan Ciken Rice Shop mungkin tidaklah sehebat mana. Tapi kalau bandingkan dengan harga RM4.90 + air sirap free lagi tu memang rasa berbaloi sangat2! 

Saturday, October 22, 2011

Jom Ke Pasar Tamu!!!

Assalamualaikum....Selamat petang....Pagi tadi saya sepatutnya ke sekolah sebelah sebab ada kejohanan relay (apekebende ntah) yang lari berganti2 tu... Tapi kemalasan yang amat, rasa macam kalau tidur lagi bagus (buruk perangai punye cikgu). Lebih kurang jam 9 pagi, Cik Na sms saya ajak ke pasar tamu. Apa lagi, ON jela! Jam 10 pagi siap2 terus bonceng motor ngan dia gi pasar tamu. Tak jauh pon dari rumah kami. Lebih kurang 2km la. Kalau di semenanjung, dikenali sebagai pasar tani. Tapi, di sini kami panggil pasar tamu. 


Memandangkan di Kinabatangan ni takde tempat hiburan, takde shopping complex, makanya di pasar tamu la menjadi tempat anak2 muda melepak, window shopping bagai...Cuba u all bayangkan jela macam mana pasar tani yang ada jual2 ikan, sayur, barang2 dapur boleh jadi tempat yang meriah untuk budak2 sini.. Kalau saya sendiri, ntah berapa kali je ikut mak gi pasar tani. Itu pon kene paksa sebab mak tak larat nak heret barang banyak sangat. Tapi berbeza dengan budak2 remaja di sini. Di pasar tamu lah tempat mereka berkumpul dengan kawan2, datang dengan pakaian berfesyen, siap ada bermekap2 lagi. Kalah cikgunya tau! Sebenarnya takde apa juga nak dibeli di pasar tamu ni. Bukan apa, sekarang dah jarang masak. Tapinya, cikgu pon nak enjoy jugak di hujung2 minggu. Huhuh...Enjoy di pasar tamu pon jadi la....

Cik Na teringin nak makan kerabu mangga. Jadi, kami beli mangga RM2=6 biji + tomato. Satu ikat tu ada lah dalam RM3.

ooopps! Ternampak jari pulak. Biasanya sayur2 macam tu satu longgok RM1 je tu. Kalau ada pasar tamu memang harga murah. Tapi kalau pasar biasa, beza separuh!

Ini pulak nangka muda. Teringin nak makan nangka masak lemak. Tapi saya x reti nak masak! huhuh.... Lenkali la ek. Saya belajar masak dulu. Yang ini satu ikat = RM1.50 je...Murah kan??

Inilah namanya ikan bolu. Katanya orang semenanjung panggil ikan susu. Tak tahulah betol ke tidak. Tapi rasanya lebih kurang ikan terubok sebab banyak tulang.

Macam2 lagilah yang dijual di sini. Bila saya limpas kawasan ni ada bau semerbak gitu...Ha....ce teke, bau apa tu ye??

Ini pulak udang kertas. memang fresh lagi...harga RM17 sekilo. Tapi kami beli setengah kilo je... Bukan pe, banyak sangat kang tak habis jugak...Kepalanya saya blend, buat kuah rojak petis lagi...Stok yang hari tu dah 2 minggu habis...

Orang sini panggil ikan kayu. Orang semenanjung panggil ikan tongkol, orang kelate panggil ikan aya... RM7 sekilo. Punya lah besar ikan ni...Tapi saya jarang beli. Macam pernah 2 kali je kot...Ntah nape tak minat sangat ikan ni...Agaknya sebab isi keras kot...

Hasil masak2 hari ni.... Sayur pucuk paku masak lemak, kerabu mangga siam, bendi celur, ikan kembung goreng. Paling tak boleh tinggal, sambal belacannya tu...Aduh....satu mangkuk, amik ko! 2 minggu makan pon tak habis lagi ni....Pedas menyengat betol! Tapi sedap....Baru je turun 1 kilo pagi tadi, terus naik balik 2 kilo gara2 sambal belacan tu...

Kuah rojak petis yang sempat juga dibuat tengah hari tadi....Sedapnya....

Inilah benda yang harum semerbak tadi...Buah kuinin...ke buah bachang? selalu tertukar dua jenis buah ni... Mahal ko......RM2 sebijik! Hanya SEBIJIK hokay! Tapi sebab dah teringin sangat nak makan, layankan jela RM2 sebijik pon...Sempat juga saya beli 2 bijik. Naseb baik buahnya elok aje...Takde yang buruk2 pon. Manis pulak tu. Itu pon saya cicah jugak dengan kuah rojak petis... Alhamdulillah.... Setel bab makan hari ni....

Thursday, August 25, 2011

REZEKI SEBELUM BALIK KAMPUNG


Assalamualaikum...Selamat sejahtera...
Alhamdulillah...Terasa cepat betul masa berlalu. Sekarang dah nak balik kg... Sangat2 teruja!!! Hihih...Jadi, lepas balik sekolah petang, saya terus ke dapur, rebus spageti memandangkan kuah spageti yang semalam masih berbaki lagi...Jadi, bila dah siap rebus tu terus saya makan... (ooopps! Kantoi!) Dalam hati terdetik lagi, “kenapalah tak rebus spageti banyak2 tadi, rasa macam tak cukup pulak”. Dah macam tu, saya makan pulak pusing strawberi... Dah habis 3-4 ketul, dengar ada orang ketuk pintu...Bila dibuka, jiran sebelah bagi mee spageti 1 piring! Nah! Amik ko!!! Nak makan sangat kan!


Itulah, doa saya di akhir Ramadhan didengar oleh Allah...Nak makan spageti lebih, terus ada yang bagi...Hmmm...Oleh itu, berdoalah untuk sesuatu yang baik di bulan Ramadhan ini....insyaallah doa dimakbulkan... Kalau bukan sekarang, akan ada masa yang sesuai itu....

p/s : doakan saya cepat2 kawen dengan jodoh terbaik ek! Amin....(mood gatai jap)

Sunday, August 21, 2011

Giliran Terakhir Ketuk2 Rumah Orang...

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Seriously, sy teramat la M nak hupdate ini blog sekarang....Agaknya macam dah jemu kot makan berbuka pose ni...Ini pon kira syukur la jugak ada buat giliran. Jadi takdelah jemu makan masakan sendiri kan? Sepatutnya letak entry ni hari Jumaat. Tapi hari ni baru terajin sikit nak update...Sepanjang 2 minggu kami membuat giliran masak memasak dan 2 kali saya masak di rumah. Memang sangat best! Kekadang saya terfikir lagi, tahun depan saya masih boleh merasa masakan orang lain macam ni lagi ke??? 

Selama hampir setahun juga saya mengalami kemurungan...Dipinggirkan orang, ditabur pelbagai fitnah, memang sengsara je nak teruskan hidup di sini. Alhamdulillah, Ramadhan pada tahun ini menjadi bulan penyatuan kami semua. Yang mana pernah bersalah sangka dulu, Allah tunjukkan sedikit demi sedikit kebenarannya dan akhirnya saya bebas dari segala tuduhan2 yang tidak munasabah itu....Sedih pulak buat entry mcm ni subuh2 ni...

Jadi ni gambar2 menu yang sempat dirakam untuk hari terakhir berbuka di rumah kawan...Layanz....

main dish nasi tomato...jadinya, ni acar timun n nenas

ayam masak merah...kesian ko, kat rumahnya tak cukup peralatan, jadi main taruk je dalam besen.

haaa...yang ni saya suke...ikan celup tepung. sedap makan dengan sos cili thai..

cucur udang. paling sedih sebab tak sempat nak ambik pon walaupun seketoi...adeh!

kuih muih beli je...seb baik sedap2...kire ok la...walaupun lebih sedap kalau buat sendiri..kes kes kes.....

Apabila ada blog ni, tiba2 hati saya berbunga2..Rasa macam saya tinggal di dalam satu dunia yang lain...Dunia yang penuh dengan kawan2 yang matang, sentiasa menghulurkan senyuman (ada ke org senyum2 depan komputer ye?). Tapi, saya dapat rasakan keihklasan kawan2 di sini walaupun tidak pernah bersua muka...Terima kasih semua!!!

Tuesday, August 16, 2011

Ketuk2 Rumah Orang 6

Assalamualaikum....Sebenarnya dah tak tahu berapa kali ketuk rumah orang dah sebab sekarang dah masuk pusingan kedua. Rasanya dah sampai giliran yang ke 10 dah. Maksudnya hanya ada 2 kali je lagi kumpulan kami buat makan-makan untuk berbuka di rumah mengikut giliran. Apa pun, saya rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana telah menggantikan sesuatu yang baik setelah saya pernah kehilangan sesuatu pada Ramadhan tahun lalu...Takde mood nak ungkit kisah lama, jadi kita layan je gambar-gambar hidangan pada kali ini..

kuih bom inti kacang tanah, karipap tembam inti sardin, roti goreng...terung bakar...
Ayam masak lemak, ikan bakar
Sebenarnya ada banyak lagi hidangan yang tak sempat nk snap sebab dah kebulur sangat nak makan. Ada ulam-ulaman seperti kacang bendi, kobis. Ada lagi sambal belacan mangga muda, bubur kacang hijau, kuah sambal tumis, buah tembikai susu (honeydew) dan apam beras.

Hidangan ni bukan saya yang masak, tapi giliran sorang cikgu tu. Oleh sebab dia tak sempat nak masak, dia order jer dengan katering. Tak tahu la berapa habis duitnya tu. Katanya murah-murah aje sebab anak tauke katering tu sekolah di tempatnya...Jadinya, pada hari tu dia request nasi dengan tema masakan kampung. Perghhhhhhhhhhhhhhhh! (panjang tu) memang pedas menusuk telinga betol sambal mangga, pastu makan cicah dengan terung bakar tu. Memang kene dengan selera saya...Alhamdulillah....

Bila terkenang balik sekarang dah masuk fasa kedua Ramadhan, saya rasa sedih pulak. Bukan senang nak berkumpul dengan kawan-kawan, menikmati juadah berbuka dengan gembira sekali...(itu pulak yg difikir yo!) huhuh...Tapi itu la saya rasa...Hmm...harap2 pada masa lain pon boleh berkumpul beramai-ramai mcm ni lagi...

Monday, August 15, 2011

Menu Berbuka 14 Ramadhan

Assalamualaikum....Selamat pagi semua...

Hadoi...kepala rasa mcm pening2 lagi bgn pagi ni..Semalam tdo lmbt, bgn sahur pon tinggal 15 minit je lagi subuh. Kelam kabut makan nasik. Jadinya, terasa malas yg amat la nk update entry kali ni. Nak menyinggah di rumah org lain pon tak larat...Sebab??? Semalam turn saya masak2 untuk berbuka...Punyalah kalut ribut sampai tak sempat nk snap betol2 semua hidangan. Takdela banyak mana pon, tp ada la 1,2 hidangan tertinggal. Ini mane yg sempat jela.

sotong celup tepung. Pakai tepung kentucky tu je. dah xde masa nk bancuh2 sendiri. Alhamdulillah, sekilo sotong RM7 digoreng, LICIN!
ayam perap dengan halia + bawang putih je...Ini pon tinggal seketul je sebab ada jugak member yg bawak ayam goreng. 
pari panggang cicah air asam...Air asam tak sempat nk snap...Memang laku habis la...hihih
murtabak mini inti kentang dan ayam. Alhamdulillah, memang habis jugak...Murtabak di bazar kurang kene dgn selera saya. Last sekali, buat murtabak sendiri, puas hati!

Ni kali ketiga saya buat murtabak mini resepi Kak Besah. Pernah juga saya masukkan entrynya di SINI. Tapi sy buat intinya melalu resepi Kak Besah juga, yg saya buat inti pau kentang tu di SINI. Cumanya, sebab nk padankan dengan isi kentang tu, sy buat separuh adunan je untuk kulitnya. Nanti update later ye sebab nk bersiap ke kerja dulu...

olahan : Nuwairani (sy tulis resepi 1/2 adunan yg sy buat)

Bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan gula
1 sudu makan susu tepung
1/4 sk garam
1 cawan air (jangan habiskan)

Cara :
  1. Campur semua bahan kering. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh lembut dan kental (mcm mana tu lembut dan kental?). Kirenye doh itu tidak terlalu lembik sampai berair tp cukup sekadar tidak melekat di tangan.
  3. Uli semua bahan sehingga betul2 lembut dan kenyal lebih kurang 10-15 minit. Kelembutan kulit ini bergantung kepada berapa lama doh diuli.
  4. Gentel doh sebesar penutup botol mineral kemudian rendam dalam minyak masak. Pastikan direndam sebijik2 supaya tidak melekat antara satu sama lain. Buat sehingga habis.
  5. Doh diperap sekurang-kurangnya 3 jam untuk mendapatkan tekstur yg betul2 kenyal mcm roti canai kedai mamak.

doh direndam dalam minyak selama 3 jam
RESEPI INTI MURTABAK
resepi : Kak Besah
olahan : Nuwairani


  • 3 ketul kentang - dipotong dadu kecil 
  • 150 gram isi ayam hancur
  • 1 sudu makan rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air 
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk 
  • 2 cm halia muda - ditumbuk 
  • seketul kiub pati ayam knorr
  • gula & garam secukup rasa 
  • 2 ikat daun sup * (hiris nipis2)
  • 3 biji telur *
Cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan bawang besar dadu kemudian rempah kari.
  2. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kiub pati ayam dan secawan air kemudian tutup supaya daging cepat empuk.
  4. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk & inti kering.
  5. Perasakan garam gulanya. Biar inti sejuk. 

  1. BUAT MURTABAK : Pecahkan telur, campurkan daun sup dan inti kentang, gaul sebati.
  2. Tebar kulit murtabak, masukkan 1 sudu makan inti, lipat kemas2 bentuk 4 segi.
  3. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali non-stick, goreng murtabak dengan api sederhana. Balikkan, agak2 inti dh keras (masak) boleh angkat. 
  4. hidang dengan kuah kari atau cuka bawang. 

inti kentang dan ayam murtabak.
CUKA BAWANG
resepi : Nuwairani

bahan : 
5 ulas bawang merah (racik halus)
4 sb cuka
2 sb air
garam
gula
sedikit pewarna merah

*campurkan semua bahan, kacau hingga gula larut. Try la dulu (kalau tak puasa) ikut selera masing2 nak lebih garam ke, gula ke, cuka ke...sy main letak je sukatan ni. tapi tu je bahan2 yg sy guna...sy lagi suka makan murtabak dengan cuka bawang berbanding kuah kari.
cuka bawang siap letak pewarna lagi...huhuh...LICIN jugak!

Sunday, August 14, 2011

Iftar 13 & sahur 14....Alhamdulillah....

Assalamualaikum....Selamat pagi semua! Mesti ada yang masih bersahur lagi..Di Kinabatangan skrg dh setengah jam subuh berlalu. Dek kerana terlalu banyak sy makan sahur pagi ni, amik masa sikit la nk baring2 semula. Jadi, sambil2 tu sempat lagi la nk update blog...Jadi, ni menu yg saya makan berbuka petang semalam... Sepatutnya giliran sy masak untuk berbuka. Tetapi masing2 ada hal, jadi postpone ke petang ahad pula (mcm byk pulak perkataan JADI ni). 

Oleh sebab dh malas betol nk memasak, sy SMS Cik Na supaya masakkan untuk kami berdua...Naseb baik Cik Na menyanggup jugak nk masak. Hihih...Ngengade betol budak bujang ni kan? Betol la..dalam byk2 hari yg kite memasak tu, memang akan ada hari yg kita malas betol nk masak. Ala, sy tau jugak, ibu2 di luar sana pon mesti pernah beli makanan, lauk pauk di bazar kan? Hihih....Bezanya, sy sedaya upaya nk elak dr beli makanan di bazar. Harga makanan di sini terlalu mahal bagi saya. 

Pernah jugak Cik Na menghabiskan RM11.00 untuk berbuka sahaja dan makan sorang. Mak aih...memang tercekik darah betol la...Jadi, semalam Cik Na masak menu nasi lemak. Nasi lemak pandan + sambal tauhu tempe + air sirap je saya masak. Lauk lain, Cik Na yg buat...

gmbr dengan flash. terlampau cerah la pulek...
haaa...ni baru nampak sebijik2 lauk2nye...BTW, sebenarnya nak tayang gmbr  NASI .  Nasi lemak hamba warna hijau, hokay! Hihih...Nanti sy letak resepinya ringkas2.
tak larat nk snap gmbr satu2..ini keseluruhan menu smlm. ada cucur udang, ayam rempah, sambal sotong, tauhu tempe, sambal bilis, bilis + kacang goreng, telur, timun dan sos cili thai. Majoritinya Cik Na yg masak. Sedapppp betol. Sy makan bertambah2 sebab kene betol dgn selera saya...
Ni sesaje la nk letak resepi Nasi Lemak Pandan Blend yg sy buat semalam. Dapat idea ni drp seorg kawan di sini. Pertama kali tengok, kagum dgn warna nasi yg kehijauan itu...Mula2 ingatkan nasi ketumbar, sekali nasi lemak pulak...Terus tanya dia mcm mana nk buat. Resepi yg sy masak ni cukup2 jela untuk 4 orang makan. Itu pun kalau masing2 tak bertambah la makan...

NASI LEMAK PANDAN BLEND
resepi : seorang kawan
olahan : Nuwairani

Bahan :
3-4 helai daun pandan *
1 cawan air *
2 pot beras
70 ml santan pekat
2 cawan air
sedikit garam

Cara :
  1. Cuci beras, buangkan airnya, masukkan dalam periuk rice cooker.
  2. Kisar *daun + 1 cawan air hingga hancur. Tapis, airnya, masukkan ke dalam beras.
  3. Tambahkan santan pekat + 2 cawan air. note : kuantiti air bergantung kepada jenis beras yg digunakan ye. tengok sukatan beras anda mcm mana.
  4. Masukkan sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak pada nasi tu.
  5. Masak nasi mcm biasa sehingga masak. Boleh hidangkan dengan sambal tumis. Hasilnya, warna nasi cantek, bau pandan pon ketara... note : sesuai utk org yg suke bau pandan la..

Saturday, August 13, 2011

Ketuk2 Rumah Orang 5

Assalamualaikum....Salam bahagia..

uarghhhhh! Bahagiakah sy sekarang??? rasa mcm stres memanjang ni...Baru semalam boss maklumkan dgn sy, ada 33 orang pelajar akan kene gantung sekolah sbb masalah kehadiran. aiyakk! semuanya nk kene buat report kaunseling la nanti... Report yg sedia ada ni pon belom lengkap lagi, nk kene wujudkan report baru...Huhuh...Dengan selambanya sy jawab lagi dgn boss, "kite bincang hari isnin la" (ayat seorg guru yg nak lari drp buat keje) kuikuikui.....lari mcm mana sekali pon, semuanya memang akan datang balik kpd kite...itulah dunia pekerjaan seorg guru yg tak pernah surut...huhuhuhuhuh....nak resign 3 bulan bleh tak?????

Jadinya, semalam kami berbuka di asrama...wardennya yg masak...Ada sedikit kelainan berbanding hari2 berbuka pose yg lain...Kali ni dia buat nasi goreng seafood + burger. Tapi sekali sekala makan mcm ni memang best! Hmm...dessertnya pulak, kek ais krim coklat....Mantap you!! tapi kek beli la...hihih

masa nk keluar rumah semalam, nampak cahaya bulan terang benderang...Oh, kite sedang menghampiri separuh bulan Ramadhan....Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah kerana memberi kesihatan untuk meneruskan puasa hingga ke saat ini...
ini la rupe begernya tu...sy teringin jugak nk buat lasagna ke, spageti ke, ala2 western gitu masak. sekali sekala apa salahnya kan??? 
nasi goreng seafood + ayam...sedap jugak...sebab masa tu mmg tengah lapo kan..hihih
kek ais cream coklat...bukan ais krim betol pon sebenarnya. whipping cream  + gelatin la  kot. sebab rasa nyut2 je tang cream dia tu...apapon, sodappppp!
Hari ni kami bercuti dari masak-memasak (ketuk2 rumah orang) tapi dengan selambanya lagi sekali sy sms Cik Na suruh dia masakkan untuk kami berdua...Huhuh...sekali sekala nk bermanjan2 kan? Family dh jauh, kawan2 jela yang dekat buat masa skrg...Tak sabar nk berbuka dengan hasil air tangan Cik Na. Dengar2 ada ayam rempah...Perghhhhh!!!

Friday, August 12, 2011

Rezeki Orang Berpuasa

Assalamualaikum....Salam Ramadhan...

Tengah saya bersiap2 nk solat asar, tiba2 nmpk ada bungkusan di atas meja makan...Benda apakah itu???


bila dibuka plastiknya....TADA!!!

Cik Na, jiran selang sebuah rumah yg bagi...Ini memang kepakarannya. Sy pon ada jugak kelapa parut + biji sagu, tp sampai sekarang tak terbuat lagi resepinya...Kene pulak dengan selera cik hosmate. Sy suke kuih ni kalau makan sejuk2...Bestnya....TERIMA KASIH DAUN KELADI ye Cik Na!

Tuesday, August 9, 2011

Ketuk2 Rumah Orang 4

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...Alkisahnya....ni menu berbuka semalam. Hari ni teramat sibuk. Ada meeting lagi di sekolah, pelajar buat hal pulak! Memang nk kene sekeh ni!. Hish....(sabar jela kan bulan2 pose ni). Nak marah lebih2 pon anak org sume...Kalau anak kucing, takpela jugak....Jadinya, semalam kami berbuka di rumah seorang guru itu...Adus...Menunya amat menyelerakan!! Jom layanzzzz....

tembikai yg amat manis, dengan ayam masam manis (kot, sy tak tau ayam masak pe, tapi sedappp sgt!)

Ada pulak daging masak kurma,..walaupun dagingnya kurang empuk, ada rasa jugak la drp takde langsung.

Lauk2 tu sume dimakan dengan nasik beriyani...Tak sangka nasik beriyani di Sabah pon sedap! Serius, lama giler tak makan nasik beriyani ni...

both are my feverets! karipap pusing besar gedabak dengan egg tart! Phewww...nk buat sendiri teramatlah malasnya...

kari ayam dimakan dengan roti jala...kari orang lain yg buat, roti jala pon org lain.

rasa mcm nk isi penuh2 perut ni. Dah kenyang makan nasik, saya bantai lagi roti jala yang cik hosmate buat. Mabeles, hokay!

Ada lagi bubur kacang hijau, tak sempat nk snap sebab semua dh pandang2 sy tengah mengunyah sorg2 mcm tak reti2 nk balik...huhuh....well, u know me!!