kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label kek lapis. Show all posts
Showing posts with label kek lapis. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Kek Pandan Lapis Kastard ~ Happy Birthday Dear

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Malas betul nak update entry semalam. Kawan2 blogger pun satu hal. Kalau dah cuti hujung minggu ni memang diorg pon off blogging. Kita ni pulak time hujung2 minggu ni la nak bercerita ceriti. Tinggal beberapa kerat je yang online waktu cuti macam ni. Kek ni Nani buat hari Sabtu lagi. Punyalah berfikir nak buat kek dengan topping apa. Kek ni Nani guna resepi KEK SPAN PANDAN by Sweet4ever, Myresepi. Sebelum ni pernah buat resepi untuk Rainbow Cake dengan cream cheese frosting. Kali ni nak try buat topping lain pulak. Gugel punye gugel last sekali terjumpa resepi Kak DJ. Apa yang menariknya resepi ni tak menggunakan tepung hoen kwe. Nani pun tak pasti jugak. Pernah dengar orang kata tepung hoen kwe ni tak halal. Jadi, untuk selamatkan diri kite cari resepi yang tak letak tepung tu. Apa pun, terima kasih buat kak DJ dan jugak sweet4ever. Pasni nak try buat perisa lain pulak.

Nani buat kek ni sempena birthday Mr. Google pada 17/06/2012 kelmarin. Hihih...Walaupun dia duk jauh, dapat tengok gambar kek pun jadi la ye. Dahla buat kek sendiri, celebrate sendiri, makan sendiri. Tapi sempat juga bagi jiran2 rasa kek ni. Seriously Nani sangat puas hati dengan kejadian kek ni. Memang halus mulus, moist, lembut dan tidak manis. Kawan yang makan ni pun cakap sedap sebab kurang manis. Untuk topping tu sepatutnya guna kelapa parut kering tapi sebab takde stok, Nani tibai aje almond nibs. Sedap jugak! Boleh try buat sendiri pasni.

Kek Pandan Lapis Kastard
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan kek :
100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
250 ml santan atau susu cair
50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
kelapa parut kering secukupnya

Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
Ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.

Walau apa pun, kek ni memang sedap, dengan topping perisa pandan, rasa lemak2 santan. mabeles!

p/s : dear mr.google...sori sebab tayang kek aje. tahun depan kite bagi kek betol2 ye. Huhuh...



Friday, June 15, 2012

Kek Coklat Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum... Selamat petang...

Serius sangat penat hari ni... Nak bercerita panjang2 pun masih lagi terasa penatnya. Selama 2 hari berkursus (8.00am-12.00pm) kemudian petangnya masuk kerja seperti biasa. Jadinya, keluar jam 8 pagi, balik jam 6 petang. Dah macam ofis hour pulak. Tapi kalau orang kerja pejabat mungkin ada masa2 nak rehatnya. Buat kerja pun ikut mana yang urgent dulu. Tapi kita yang cikgu ni kena masuk kelas ikut jadual yang ditetapkan. Dah namanya masuk kelas, kenalah mengajar. Takkan nak buat kerja menaip kot. Jauh sekali la nak update blog, BW, FB bagai.

Kena pulak hari ni masuk kerja jam 1.40 petang pastu terus masuk kelas. Dah keluar kelas tu masih lagi ada budak2 datang nak jumpa, sampailah jam 5 lebih! Bayangkan jela macam mana langsung takde masa nak rehat2, nak makan@minum. Itu pun masih lagi ada budak datang nak jumpa. Cikgunya pulak terpaksa menolak sebab dah tak larat sangat2. Selalunya kalau ada kursus, kita dah tak payah datang kerja. Tapi mengenangkan kerja menimbun yang tak pandai surut, makanya gagahkan diri la jugak.

Balik rumah, tengok bilik dah macam tongkang pecah! Kertas2 bertaburan di sana sini. Aiyyoooo! Pening pala jap. Belum lagi tengok kain baju kotor yang belum basuh, baju kerja yang belum tergosok, bilik dengan berhabuk lagi...Huhuh.... Esok2 jela setelkan semua tu. Kali ni nak tunjuk kek coklat lapis cream cheese yang telah dibuat pada bulan lepas. Hohoh...Lama tuh! Tiba2 baru terperasan ada draft yang belum lagi publish. Tak larat dah nak taip panjang2, tengok sendiri jela ye.  

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
resepi : kak Yatie
sumber : kak Izah Daut

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum
*1 sk esen vanila

Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese bersama dengan gula.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum dan esen vanila.
  3. Kacau sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-cara :
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....
Sedap keknya. Cuma tak berapa cantik pulak tekstur. Ada banyak lubang2. Agaknya nak kena hentak2 dulu adunan biar keluar segala udara tu. Apapun, terima kasih kepada kak yatie dan kak izah. fuhhhh....tak larat dah....rasa nak rebah dah ni. Ok, nanti Nani BW ke rumah kawan2 esok pagi jela ye... Mata ni dah jadi macam mata garfield dah...

Wassalam....

Thursday, July 14, 2011

Kek Lapis Seri Kaya (kukus) versi Dulce De Leche

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Pertama sekali saya memohon ribuan ampun dan maaf sebab tidak dapat nk BW setiap entry kawan2 seperti yang biasa sy buat...Minggu ni memang betul2 sibuk sampaikan nak masak untuk diri sendiri pun tak sempat. Jadi, tup2 malam ni terus je keluar dengan entry Kek Lapis Seri Kaya kukus... Alahai...Ni semua gara2 Kak Tun Telani yang sibuk2 promosi sy suruh melapis..Kemudian Kak Anna pulak murah hati sedekahkan resepi kek lapis yang dia ada simpan dlm blognya...Kawan2 boleh je terjah blog Kak Anna pastu tapi je kek lapis di bahagian CARIAN. Nanti konfem keluar berjela2 resepi kek lapisnya...Jadi, oleh sebab Kak Tun guna resepi ni, sy pun buat resepi ni jugak...Tapi 2/3 adunan je..Nanti sy cuba convert dalam bentuk cawan untuk setiap resepi tu. Minta izin Kak Tun & Kak Anna untuk C&P resepi ye.

KEK LAPIS SERI KAYA
Resepi : LinRosLy
Sumber: Kak Anna


Bahan-bahan:- (tulisan biru untuk 2/3 adunan)

(Nani guna acuan pound cake segiempat panjang)
  • 300gm tepung gandum (1 3/4 cawan) 
  • 300 gm mentega (200gm)
  • 200 gm gula pasir (1/2 cawan)
  • 180 gm seri kaya (1/2 cwn - nani guna DDL*)
  • 6 biji telur (4 biji telur C dari peti ais)
  • 2 sudu kecil esen vanilla (1 penutup botol esen vanila star brand)
  • 1 sk ovallete (nani memandai je tambah sendiri)
  • - sedikit pewarna merah
  • -Ana tambah pewarna kuning -nani tak guna
  • coklat cadbury -nani tambah
Cara:-
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi.(ovallete boleh dicampur pada masa ni).
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis.
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah.
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit. (nani guna 2 sudu makan untuk setiap lapisan bagi loyang pound cake tu)
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak.
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
note Nani : **DDL tu sejenis susu pekat manis yang direbus selama 3 jam. Boleh refer resepi dalam entry ni ye.

hahah! berkedut jugak mcm org tu buat....takpelah...1st try la katakan...

sy letak selapis je lapisan coklat tu...manis gula pon lebih2 kurang je...Tidak jugak terlampau manis..

Siap untuk bawa bekal esok pagi! yeay!!

p/s : sy ambil masa lebih kurang 3 jam untuk siapkan kek ni dari menyediakan bahan sehinggalah keluarkan kek daripada oven dan untuk pengetahuan semua, sy tidak mempunyai mixer..jadi, adunan ini memang dikacau menggunakan hand whisk sepenuhnya...saya dah cuba buat, ANDA BILA LAGI????