kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Puding Roti Sos Kastard (adaptasi donut)

Assalamualaikum...Salam bahagia....

Terasa diri ini bahagia pulak hari ni...Huhuh....Oklah, mesti semua dah bosan duk tengok gambar Yorkshire pudding yang tak jadik tu kan...Haaaa...Kali ni nak tayang puding roti sos kastard pulak... Kalau nak tengok Yorkshire Pudding versi menjadik tu nanti2 lah. Tunggu mood naik dulu. Biasalah, kalau buat mende yang tak jadik ni mula la xde mood nak buat lagi. Tapi selalunya memang saya akan buat sampai jadik jugak tu...

Pasal puding roti ni pulak, kebetulan hari tu ada buat donut 1 adunan. Jadi, sebab saya tinggal berdua je dengan cik hosmate, banyak pulak donut yang lebih...Tapi sebab sayang nak buang, jadinya saya masukkan dalam bekas, simpan dulu dalam peti. Esoknya tu rasa macam nak makan benda lain. Kalau donut tu memang dah takleh nak sumbat la...Muak pulak kalau dimakan selalu. Jadinya saya search la resepi puding roti yang paling sedap dan senang. Akhirnya terjumpalah resepi Puding Roti Sos Kastard oleh Maya Zakry dari MyResepi. Tak rugi cuba resepi ni. Memang sedap...

Tak larat nak salin balik, C&P je dari Myresepi...Halal ye...

Puding Roti Sos Kastard
sumber : Maya Zakry, Myresepi

Bahan-bahan ( 1 happy family )

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5) -nani ganti dengan donut (dicarik2)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional) -nani tak guna pon
  • 1 s/b buah pala *(optional) -nani tak guna pon
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung kastard
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.
Haaaa.....Jadinya, kalau ada roti lebih ke, yang dah nak expired ke, donut yang tak habis dimakan ke, jangan buang tau! Tak elok membazir sedangkan bahan makanan tu masih boleh dimakan lagi...Tapi kene rajin sikit la nak modified supaya jadi mende lain. Huhuh...

can't you see the kuah yang meleh-leleh tu??? Aduh....terbayang2 lagi...sebenarnya kalau buat puding roti ni kita boleh tambah sendiri kismis ke, choc chip ke, cherry ke supaya rupa lebih menarik dan yang paling penting, rasanya sedap...Adik saya (eppoe) ada bagitau, chef di tempat dia study dulu ajar, kalau puding roti ni tak semestinya kene serve sejuk2...boleh juga kita hidang dalam keadaan panas @ suam. Kalau ada yang pernah makan puding roti di hotel2 kan, memang dihidang suam2...sedap jugak tau! saya pon makan yang suam2...Balance yang tak habis tu baru masuk fridge. Hmm...pasni leh cuba tau!

Sunday, October 23, 2011

Yorkshire Pudding Tak Jadik!

Assalamualaikum...selamat petang....

Mencik tau! Konon2 nak balas piring jiran sebelah, pastu terliur tengok orang lain buat yorkshire puddding, haku pon nak buat jugak...Sekali gigit, rasa macam lempeng! Haishhhhh! Ni mesti kes terlebih tepung... Malas nak letak resepi lagi sebab tak jadik...Huhuh.. Last sekali, semua haku telan aje...Seb baik buat 1/2 adunan je. Sabar jela...Layan jela gambar pudding yang tak jadik ni...

lepas bakar, kemaen lagi dia kembang...pastu tunggu la kot2 ada lubang kat tengah, sekali rata pulak kejadiannya...Seb baik dapat 8 bijik je...Boleh jugak telan2...Kalau banyak, dah jadi makanan cik tong dah rasanya...

Makan dengan jem blueberry...sedap jugak (ayat memujuk hati). yang sebenarnya jem tu la yang sedap...puding ni keras sebab terlebih tepung. Esok lah baru try buat lagi...Huhuh....

Thursday, October 6, 2011

Puding Tauhu

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Dah asik makan tauhu aje kan, apa kata kita cuba pula dessert PUDING TAUHU resepi Kak Nor Secubit Garam. Resepi ni dah lama saya nak cuba. Tapi tak terbuat sehinggalah ada lebihan santan kotak saiz besar yang kami buat kuah lodeh untuk majlis hari raya baru2 ni. Jadinya, takot santan tu rosak, saya cuba buat puding tauhu ni. Rata2 ramai blogger yang dah cuba buat resepi ni...Komen saya???? Memang ummmmmmppphh la! Rasa menyesal pulak lambat cuba buat ni. Bila saya search PUDING TAUHU, berderet2 keluar nama2 blogger yang dah buat...Kemudian, saya klik di link Kak Nor, ada dua versi resepi sebenarnya. Resepi asal menggunakan agar2 tali tu. Resepi baru, Kak Nor guna agar2 serbuk pulak. Tapi, memandangkan stok agar2 tali ada, sy cuba ikut sukatan yang tu je dulu. Resepi ni sy c&p dari blog Kak Nor jugak.


PUDING TAUHU
resepi :
 Kak Nor Secubit Garam

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
 -nani guna santan kotak je
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit cocktail) - nani guna cocktail
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:
1.     Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk sikit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
2.     Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
3.     Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. 
4.     Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. 
5.     Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
6.     Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan letakkan laici/fruit coktail dan kuah atasnya.


Sejujurnya, saya dah cuak apabila sejam berlalu tetapi puding saya lembik. Terus saya tengok dalam plastik sampah, ambil semula paket agar2 tali tu. Di situ ada tulis 20gram. Kalau saya guna separuh, maksudnya agar2 tu dalam 10gram jela. Jenuh saya berfikir macam mana nak buat kalau puding ni lembik. Rasa macam nak tuang balik dalam periuk, kemudian masukkan sikit agar2 serbuk. Tapi, menahan je dulu. Lepas tu saya biarkan puding tu terdedah di bawah kipas. Agak2 dah sejuk, saya try makan, memang sedap! Dah keras dan tak lembik pon!  tapi masih lembut je masuk tekak. Hmm..kirenye resepi Kak Nor ni memang tak salah dah. Huhuh...Apa pon, terima kasih banyak2 buat Kak Nor kerana sudi berkongsi resepi yang best ni.



Saturday, September 24, 2011

Puding Sagu Kuah Susu

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Asik dok tayang menu diet aje sekarang kan? heheh...Nak tayang jugak la menu derhaka diet sikit. Kalau di sini, bukan main lagi panas cuacanya. Tak larat betol kalau waktu tengah hari tu. Pastu bila sampai waktu petang, hujan dengan lebat-selebat2nya pulak. Siap guruh petir lagi...Kekadang tu rasa bergegar dinding rumah. Eh! Betol tau! memang macam tu. Cuaca di sini agak ekstrem sikit. Kalau dah hujan tu la sy risau tenet x dapat. Ntahla...Berpuluh2 tahun sy tinggal di Pengkalan Chepa, takde pulak masalah tenet kalau selepas hujan. Tapi di sini lain pulak ceritanya. Selepas hujan mesti tenet problem. Masalah kabel la, moderm terbakar la, tiang tumbang la...Ntah mcm2 lagi.

Panjang meleret2 pulak membebel...Point utamanya nak gitau cuaca tak menentu sekarang. Kalau panas, terik betol. Kalau hujan pulak, bersungguh2 dia membasahi bumi..So, time panas2 tu macam2 la sy rasa nak makan. Har tu tak tahu dah nak makan pe. Terus buka kabinet nampak ada sagu. Sagu pon sagu la...Janji leh lalukan sesuatu yang sejuk ke anak tekak. Saya main buat je resepi ni. Kalau ada santan yang dicampur dengan sedikit garam lagi sedap. Tapi sebab takde stok, guna jela susu cair ni.

PUDING SAGU KUAH SUSU
resepi : Nuwairani

Bahan :
1/2 cawan sagu
1 cawan air
1 sb sirap ros
susu cair
air gula melaka

Cara :
  1. Masak sagu dengan air sehingga kembang, tambahkan sirap ros. Kacau rata, tutup api.
  2. Agak2 sagu dah sedikit suam, simpan sagu dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Kalau tak tutup nanti sagu tu jadi kering.
  3. Masak air gula nisan @ gula melaka. simpan dalam peti sejuk.
  4. Apabila nak hidang, cedok sagu tu sikit2 ke dalam bekas, tuang susu cair sejuk, gula nisan sejuk. Kalau tak sempat nak sejuk, letak je ais ketul.
Hihih....sekali sekala makan menu derhaka diet ni apa salahnya. Seb baik berat badan masih menten tak naik. Hihih...Jangan amalkan selalu ye...

Wednesday, September 14, 2011

Jelly Kasih Terlerai

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Alhamdulillah....Dapat juga berpuasa hari ni...Orang lain dah berzaman mula puasa 6 Syawal, sy baru nak mula..Sempat lagi kot (ayat memujuk diri sendiri)...Aduh....sekarang waktu asar dah makin awal (6.09 pm)... Apabila balik dr keje sempat nak solat asar je. Pastu terus dah berbuka..Minum air kosong je dulu, solat maghrib baru fikir nak masak ape...(sebenarnya dh tau menu nak masak pe dr tempat keje lagi). heheh...

Macam biasa lah kalau dah terdesak tu, bekalan ikan bilis memang menjadi penyelamat..Apalagi, keletung keletang la di dapur sorg2..Masa masak tadi, tangan ni dah menggigil2 kebuluran...Adeh! Punya la lambat memasak..Orang lain kalau diberi masa sejam untuk memasak, boleh siap sehingga 3-4 jenis lauk. Sy ni masak ikan bilis dengan cili + bawang + kentang pon dah ambil masak setengah jam...Cemane la nk jadi bini orang ni...

Dah BW blog Kak Amie ni, terliur pulak tengok pudingnya, sempat lagi sy masuk dapur jam 8.00 p.m buat puding. Hihih..Terkenangkan warna merah + kuningnya tu, jenuh sy pikir nak buat mcm mana. Nak cari jelly mangga malam2 ni konfem la tak dapat. Jenguk2 di kabinet, ada sirap oren sunquick kepunyaan Cik Na.. Hihih... Kire halal la tu...Kalau dia dh tinggalkan barang makanan di rumah sy tu selalunya dia memang nak bg sy le tu..(buat ayat sedap ati lagik). Apapon, jelly yg sy buat ni tidaklah sehebat jelly kak Amie sebab takde buah2 @ kuah yogurt mcm yg kak Amie buat...Biaselah kite ni...Main taram aje bahan2 yang sedia ada di dapur..Kemain lagi namanya kasih terlerai..Yela, orang pakat duk buat Kasih Bertaut...Yang jelly kita ni tak sempat bertaut pon..Hihih...Layan jela...

JELLY KASIH TERLERAI 
(PERISA BUAH STRAWBERI + OREN) 
resepi : Nuwairani


Bahan :
1 sk serbuk jelly konnyaku
1/3 cawan gula
350 ml air
1 sb sirap strawberi
1 sb sirap oren sunquick - nani guna perisa tropika

Cara :

  1. Campurkan gula + serbuk jeli di dalam periuk. Kacau sebati.
  2. Masukkan air dan panaskan sehingga mendidih sambil dikacau supaya serbuk jeli larut dengan sempurna.
  3. Tuangkan sedikit di dalam acuan petak dan dikacau bersama sirap perisa strawberi sehingga warna sekata. Agak2 ketebalan dalam 5mm. Terus masuk dalam peti sejuk sehingga beku dalam 1 minit.
  4. Baki adunan dicampur dengan sirap oren dan kacau rata. 
  5. Tuangkan adunan oren ke dalam bekas.
  6. Adunan strawberi digulung dan dipotong bulat2 kemudian dimasukkan ke dalam adunan oren.
  7. Note : kalau nak susun yang merah dulu di dalam bekas baru tuang yang oren pon boleh...Lebih baik guna mould kecik2 tu...Lagi cantik dan teratur. Kalau nak senang keluarkan jelly tu, basahkan dulu mould dengan air baru letak adunan jelly.
  8. Sejukkan di dalam peti bawah dulu kemudian baru hidang....
warna merahnya merebak la pulak....hmmm...tak kesah la rupe tak cantik pon...tapi rasanya ada macam sumi jelly tu...gabungan rasa strawberi n oren sunquick tropica tu memang best! kalau guna serbuk agar2 biasa mungkin tak nyut2 macam ni la kot...

Friday, August 26, 2011

PUDING JELLY STRAWBERI NYUT NYUT

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Alhamdulillah kita semakin menghampiri hari lebaran yang bakal tiba nanti...Rasa bersyukur sangat sebab dapat menjalani ibadat puasa dengan keadaan sihat walafiat tahun ini...Sementara menunggu hari pulang ke kampung, saya seperti biasa mencari bahan2 yang boleh dihabiskan sebelum pulang ke kampung. Jadi, ada ternampak susu cair dalam tin yang masih berbaki. Kalau dibiar, takut berkulat pula nanti...

Jadi, terfikirlah nak buat puding jelly. Kalau di rumah ni, tak lain tak bukan la, mesti nak perisa strawberi je sebab itu je emulco yang ada di rumah. Heheh....Resepi ni saya main taram sendiri je. Kalau puding ni, tak kisah sangat dalam bentuk atau perisa apa. Memang sedap dimakan sejuk2...Kalau buat puding jelly guna serbuk jelly KONNYAKU memang jelly kita lembut dan akan kelihatan seperti bergoyang2 gitu bila keluar dari acuan. Kalau makan, rasa nyut2..Hahah! Nak terangkan pon tak tahu macam mana. Try sendiri la. Hihih...
 
PUDING JELLY STRAWBERI NYUT NYUT
Resepi : Nuwairani

Bahan :
*1 sk serbuk jelly konnyaku
*½ cawan gula pasir
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 sb strawberry emulco
·        buah@ais krim untuk hiasan

Cara :
1.     Gaul bahan * (serbuk jelly dan gula) sehingga sebati. Ketepikan.
2. Didihkan air, kemudian masukkan campuran serbuk jelly dan gula tadi. Kacau sehingga gula dan serbuk jelly larut dalam air.
3.  Masukkan susu cair dan strawberry emulco, kacau sedikit sehingga semua bahan larut bersama.
4.    Tutup api, tapis larutan ke dalam jug, kemudian tuangkan ke dalam acuan.
5.     Sejukkan dalam fridge bawah, dan hidangkan ketika masih sejuk.

buat keje dalam gelap (lampu di dapur rosak) mula la nampak yang tak kene tu...sila abaikan je ye

Saturday, August 6, 2011

Sagu berkuah santan + gula melaka

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Ni baru nk tayang menu berbuka puasa semalam. Sagu berkuah santan dan gula melaka. Mula2 dpt resepi ni daripada makcik sy yg tinggal di Taman Tun, KL (s'gor ke Kl ye?). Jadi, setiap tahun kami (keluarga yg tinggal di KL) akan berkumpul di rumah atok Sg Buloh. Jadi, makcik sy buat menu ni untuk cuci mulut. Resepinya saya edit2 sikit sebab cik hosmate tak makan susu. Jadi, saya ganti dgn santan. (apa pasal banyak pulak word JADI ni?). Okla, tak larat nk bebel panjang sebab mlm ni nak berehat2 aje..Esok ada projek besar!! Heheh...

SAGU BERKUAH
resepi : Auntie Sharifah
olahan : Nuwairani

Bahan : (4 org makan)

SAGU MERAH
1/2 cawan sagu
1 cawan air
1 sb sirap ros
1 sb gula pasir

KUAH SANTAN
100 ml santan pekat
100 ml air
1 sb tepung beras
1/4 sk garam

KUAH GULA MELAKA
1 keping gula nisan (potong halus)
1/4 cawan air

Cara :
  1. Masak air dalam periuk, siram sagu dengan air paip. Bila air dh mendidih, baru masuk sagu. Kacau hingga pekat dan berkilat. (kene kacau sbb takot melekat di dasar periuk). Masuk sirap ros dan gula. Dah agak likat, tuang dalam bekas2 kecil. Sejukkan.
  2. Masak santan pekat, sambil2 tu, bancuh air, tepung beras dan garam. Masukkan dalam santan tadi, kacau hingga mendidih dan pekat.(nani suka kacau guna hand whisk). Tutup api, ketepikan.
  3. Masak gula nisan dengan air sehingga gula larut. Sejukkan.
  4. Keluarkan sagu merah tadi ke dalam bowl, tuang kuah santan dan gula melaka. SIAP!!

kuah santan sedikit berketul sebab guna santan kotak. Kalau guna santan original lagi sedap!
Boleh juga ganti santan dengan susu cair.

Wednesday, August 3, 2011

Jelly Oren - Dessert berbuka yang sangat best!

Assalamualaikum...Salam Ramadhan...

Dah berapa hari berpuasa ni kan, masih blur2 lagi nk masak apa. Takde mood pon ye jugak. Tula, kan dah datang angin penyakit M....Hish...Macam biasa la ye, saya bukak fridge pagi2, tengok apa yang boleh dimasak untuk petang nanti. Sekali tengok, terus mata ni terpacak pada 2 bijik oren yang ntah zaman bila lagi duk tergolek2 dalam fridge. Jadinya, mula2 nk buat puding oren belang2 resepi Kak Ita, mcm yang orang lain buat tu. Pastu takde pisau nk bukak tin susu cair pulak. Terus tak jadi, buat jela jelly oren biasa ni. Tengok rupa nampak comel jugak kan??? Tuan asal resepi adalah Kak Yani. Tapi, saya C&P daripada blog Kak Juwita.

JELLY OREN
resepi : Kak Yani MyResepi
sumber : Kak Juwita
olahan : Nuwairani


Bahan-bahan :

  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
  • setitik pewarna kuning -nani tambah
  • 1 sb oren sunquick -nani tambah
Cara-cara
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.(ita potong dua je di tengah-tengah)-nani ikut cara Kak Ita.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. -nani masukkan sekali perisa oren sunquick & pewarna kuning sebab oren kecil dan jusnya kurang. (sebelum tuang ita tapis dahulu buang serat2 limau bagi hasil yang cantik)
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal. Untuk nampak cantik letak limau di dalam cawan atau acuan yang sepadan dengan saiz limau).
ni rupa sebelum dipotong. comel aje...geram pulak nengoknye...
sejuk aje bila lalu tekak time musim kemarau mcm skrg ni...

ini bila dah potong. sebenarnya bancuhan ni memang lebih untuk 2 biji kulit oren. jadi nani letak dalam bekas dadih putih yang biasa tu je yang selebihnya.

saje letak sekali gmbr oren yg original. Kalau ada yang tertukar2 jugak tak tahu la tu... hihih

Thursday, July 28, 2011

Rich Choc Pudding

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Wah...Dalam cuaca yang begitu PANAS ini, memang tekak terasa haus, badan pon berpeluh, kalau boleh nak berendam dalam air ais aje...Semalam dah tengok entry Kak Ct Delima yang menayangkan Rich Choc Pudding nya itu...Oh! Sungguh terkesan di hatiku...Siap Kak Ct komen lagi suruh buat esok...Serius saya tidak terbaca komennya itu sehinggalah saya siap buat puding pada malamnya...Hah Kak Ct, ini bukan lagi tunggu esok, malam terus buat tau! Tapi sebab nak tunggu puding tu keras dan sejuk dulu, entry memang kene buat esok jugak la. Jadinya, sebelum sempat puding tu keras lagi saya dah try2 dulu saki baki yang tinggal di periuk dan bekas2...Aduh.....Sedapnya.....Terasa lemak2 susu, coklat dan butter itu...Jadi, kalau sapa2 nk try, saya bermurah hati mengkopi enpes resepi puding ini...Halal ye Kak Jun...


RICH CHOC PUDDING
resepi : Jun Yummylicious!
olahan : Nuwairani

·     1/2 cawan serbuk koko
·         1 cawan gula
·         1/2 cawan susu tepung
·         1/2 sudu teh garam
·         4 1/4 cawan air
·         4 sudu besar tepung jagung
·         1/2 sudu teh esen vanilla
·         3 sudu besar butter
·         1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara :

1.Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2.Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai. - nani tapis dulu supaya tidak berketul
4.Tips Kak Jun : ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


sedikit manis pada tekak saya...mungkin boleh kurangkan sedikit gula lepas ni...
guna acuan egg tart susah sikit nak keluarkan berbanding acuan apam plastik. jadi, cedok dari sini jela ye.

Wednesday, July 6, 2011

Puding Dadih Strawberi

Assalamualaikum...Selamat petang...

Hihih...terasa lucu pulak, post gambar dulu baru edit entry. Ni sy buat pagi tadi. Tapi sebab nak tunggu keras sikit kan, jadi lambat la siapnya. Pendek kata, kalau nk buat puding, bagus la buat time malam2. Jadi, esok pagi boleh terus makan, masuk entry siap bergambar. Sengaja buat puding ni sebab nak habiskan susu yang ada dalam fridge. Serbuk agar2 balance buat puding karamel tanpa telur pon ada lagi. Jadi, resepi ni biasa2 aje. Sy guna aje bahan yang ada di dapur. Tak perlu susah2 nk petik stoberi kat taman ke ape kan...heheh...




PUDING DADIH STRAWBERI
resepi : Nuwairani

Bahan :
1/2 paket serbuk agar2 (5g)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air (500ml)
1 kotak susu segar (250ml)
1 sb rata tepung jagung
1 sb strawberry emulco

Cara :

  1. Campurkan gula dan serbuk agar2 di dalam periuk. Masukkan air dan hidupkan api.
  2. Kacau sehingga gula larut dan air mendidih. Perlahankan api.
  3. Larutkan tepung jagung di dalam susu kemudian masukkan campuran ke dalam periuk.
  4. Tambahkan strawberry emulco dan kacau sebati. Sekiranya anda mahu warna merah yang pekat, masukkan pewarna merah setitik.
  5. Setelah dikacau lebih kurang 3-5 minit, tutup api dan tapis adunan.
  6. Masukkan dalam bekas kecil2 dan sejukkan dalam fridge. Sedia untuk dihidangkan.

agar2 agak lembik sebenarnya. Jadi, adalah lebih baik jika letak dalam bekas dan dimakan begitu sahaja. 
Tidak perlu keluarkan seperti ini....

Saturday, June 25, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Sebenarnya ni menu minum petang ni...Dalam cuaca yg panas dan tak menentu ni, tekak rasa mcm nk telan kuih2 sejuk aje...Jadi, tengok2 bahan mcm boleh buat puding ni. Resepi asal oleh Firasyira MyR, kemudian sumber drp Nieza, Our Journey Begins dan Mama Olyn. Memang senang nk buatnya.. Amat sesuai utk mereka yg allergi dgn telur tu.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR
resepi asal : Firasyira
sumber oleh : Nieza, Mama Olyn

Bahan :

  • A) 2 senduk gula
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
  • C) 1 tin susu cair (lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara :
  1. Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah kaler emas tuang air sikit (sy letak lebih kurang 3 sudu besar) .. pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. - sy tapis dlu adunan ketika dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan ada buih2 atau ketulan agar2 yg tidak hancur 
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
boleh dapat 2 saiz bekas yg mcm ni. (sy buta lagi bab saiz loyang ni)

Tuesday, May 10, 2011

Feveret dessert

Assalamualaikum....bosan yg xtau nk buat ape (padahal keje byk, tp malas) sy buat dadih jagung instant mlm ni. skrg dgn cuaca yg x menentu, kejap panas, kejap ujan. kalau time tgh hari, panas2 dpt makan dadih yg sejuk tu...alahai....nikmatnya.... apa yg lain sbnrnya, sy x letak gula + susu cair seperti mana yg tertera pada paket serbuk dadih ni. sebaliknya sy guna DDL. ala...konfem korang pon tau jugak mende ni. ok... xnak ckp byk, nk tayang gmbr je.. cara nk buat tu, boleh rujuk pd paket dadih masing2 ye. heheh....


serbuk dadih perisa jagung jenama HAPPY GRASS ni boleh buat untuk 3 liter air.
kalau boleh, bagus beli jenama ni. jenama lain, dgr2 mcm kureng sikit (sempat lg promo)

ni plak DDL tin ke3 pernah sy buat. 3 jam lebih merebus ye dan hasilnya sgt memuaskan.

kalau nk dadih tu cepat beku, isikan dadih dlm bekas, kemudian letakkan air dlm piring acuan dadih tu.
sekejap aje, dadih boleh sejuk dan beku.

yg sebenarnya nk test acuan apam yg baru beli ni. tp lupa plak dadih ni lembik. last skali melepek jadinya (ngokngek betol aku ni)

p/s : hari ni merupakan hari org bujang pemalas. semuanya main instant. instant pon instant la. janji masuk perut.

Thursday, April 28, 2011

PUDING DADIH KARAMEL

Assalamualaikum, Salam ukhuwah.... (sedut nafas dalam2...hebus pelan2...)
Sedang menahan sabar setelah 6 hari 6 malam x dpt line tenet... So, mcm biasa la, tulis di word, pastu copy paste masuk blogger. Hmmm...hari ni dh masuk hari ke4 sy puasa minggu ni... Alhamdulillah diberi kekuatan lagi sehingga saat ini... Memang betul la, puasa ni dpt menguji kesabaran umat Islam. Bila sampai tahap nk marah, mesti ingat, OH, AKU PUASA HARI NI...SABAR.....

Jadi, untuk mengisi masa lapang di pagi hari yg sy xde nk wat pape ni, berfikir2 mcm biasa, nk buka pose dgn pe ye? Dlm kepala ni x fikir nk masak lauk, tp mcm nk makan dessert plak. So, tengok dlm kabinet apa yg ada, terus terlintas resepi PUDING DADIH KARAMEL KAK FIDA.

Bahan :
180g serbuk dadih buah-buahan –sy guna 1 cawan serbuk jenama happy grass
900 ml susu segar –sy guna 250 ml susu + 3 cawan air
10 sb gula pasir *
3 sb air * (dijadikan gula hangus)

Cara :            
1.     Goreng gula sehingga keperangan dan masukkan air dan kacau hingga cair untuk dijadikan karamel.Matikan api dan segera tuang karamel ke dalam acuan dan ratakan.
2.    Serbuk dadih dan susu dimasak hingga mendidih sambil dikacau sentiasa.Matikan api.
3.    Segera tuang adunan dadih perlahan2 ke dalam acuan berisi karamel tadi.
4.    Sejukkan dan boleh disajikan.


kacau campuran dadih guna hand whisk supaya x berketul

mengacau gula hangus

gula hangus siap dituang

dah siap masuk bekas

x cukup pulak bekas comel2, masuk bowl aje

TADA!!!
Dah siap!!!