kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Trip To Hokkaido ~ Episod 7 (Undokai Part 2)

Assalamualaikum.... Salam sejahtera...

Ok, ini merupakan entry sambungan daripada yang di SINI. Jadi, sape2 yang belum lagi tengok entry yang sebelum ni, boleh klik di situ je. Oleh sebab kami bersukaneka selama satu hari suntuk, dari jam 8 pagi- 5 petang, jadinya memang banyak aktiviti yang kami buat. Sebaik sahaja tamat keempat2 acara tersebut, kami dikehendaki memasak makanan tradisional masing2 pada waktu tengah hari. 

Pada malam sebelum tu, geng2 Sapporo ni awal2 lagi dah tanya nak masak apa untuk Undokai ni. Kalo tanya Nani, konfem la nak makan ikut selera kita. Kami kena buat 1 main dish + 1 dessert. So, keputusan telah dibuat, akhirnya bersetuju nak buat roti jala + gulai ayam, + kuih cek mek molek. Bukan apa, ubi kat sana sangat sedap, jadi Nani nak makan kuih cek mek molek ubi jepon. Huhuh...

Bancuhan tepung untuk roti jala.

ce teke tangan sape? huhuh...yang pastinya bukan tangan saye!

Team jepon masak mee goreng + buah koktel

Comel2 n mesra alam betol diorg ni.

Bahan2 untuk gulai ayam

roti jala in the making

Sampai sekarang Nani tak reti nak masak guna chopstick. hebat betul diorg ni.

By the way, semua peralatan memang dah disediakan di tempat ni. Tinggal kita bawa bahan mentah je. Memang lengkap! Kalah bilik ERT sekolah.

Budak tudung hitam memantau orang jepon menjala. Excited betol diorg ni menjala.

Wanita jepon ini pon sama! suke dia buat roti jala. senget benget jadinya.

ni pulak tepung pulut + air yang digentel2 kemudian akan dicampurkan kuah koktel. dimakan sejuk2..memang sedappp! nanti nani nak try buat sendiri di rumah.

Macam tangan patik! hahah...tak semua orang kat sini pernah buat kuih cek mek molek. pastu haku mula la menunjukkan bakat yang tak seberapa ni. senget2 pon jadila...janji leh makan.

ada jugak tangan2 yang tak dibenarkan menggentel kuih cek mek molek ni. huhuh..kesian orang tu. 

cek mek yang tak berapa molek sebelum digoreng

dah siap! orang2 jepun semua suka makan ni. ada beberapa ketul yang kami tak sempat goreng, diorang bawa balik, goreng sendiri di rumah. semangat je diorg ni.

mee goreng yang team diorg buat. memang mewah betul dengan lauknya...sebelum masak ni memang mereka dah dimaklumkan awal2 bahan2 yang kami sebagai org islam tak boleh makan. so, mereka dah buat mee yang spesel utk kitorg. sangat best mee kat sini. lembut, tak rasa air kapur mcm mee tempat kite.

Kesimpulannya, kami sangat seronok apabila dapat menjamu orang2 di sana makan. memang sold out segala roti jala, gulai ayam, cek mek molek tu. sangat2 tak sangka penerimaan diorg terhadap masakan kite. ternyata orang2 di sapporo ni memang hebat memasak!

Wednesday, June 20, 2012

Trip To Hokkaido ~ Episod 6 (Undokai Part 1)

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Huhuh....Macam2 persoalan timbul dengan gambar rajah tanpa perkataan dalam entry yang INI. Ada yang meneka kira2 matematik Jepun la, account balancing la, ada jugak yang tak tahu nak komen apa. Huhuh... Untuk meleraikan persoalan tersebut, biar Nani jawab dalam entry yang ini. Sebelum Nani berangkat ke Sapporo pada bulan Mac yang lalu, kawan di sana terlebih awal memaklumkan bahawa orang2 Jepun di sana teringin nak buat sukaneka dengan warga Malaysia. Jadinya, kebetulan pada tarikh yang dirancang waktu itu Nani berada di sana, dia pun memuatkan sekali nama Nani. 

Apabila sampai di sana, Nani diperkenalkan sebagai seorang pelancong dari Malaysia. Huhuh....Glemer jap! Pastu orang2 di Jepun ni kalau dapat jumpa orang yang tak pandai cakap nihongo memang diorang excited nak cakap english. Berbelit2 lidah diorg nak keluarkan satu ayat dalam bahasa inggeris. Tapi, effort diorang nak mencuba itu sangat2lah dihargai. Pada awalnya mereka nak buat pertandingan cari harta karun ke ape bende ntah yang memerlukan kita baca tulisan yang ditulis pada kertas. Dek kerana Nani tak reti sepatah haram pun tulisan kanji@katakana@hiragana (tulisan jepun la senang cerita) makanya mereka ubah beberapa permainan pada waktu itu. Jadinya, melalui persetujuan kedua2 belah pihak, makanya terhasillah permainan2 seperti di bawah ini.....

Pertandingan skipping seramai 6 orang sekali gus! Adoi! Memang tak pernah dibuat orang la kot. Yang ini memang diorang yang menang.

Game kedua pulak lari ikat kaki berpasang-pasangan. Sangat menarik!

Budak gemok seberat 60kg pun nak join jugak! Hohoh....(masa ni memang belum turun berat lagi)

Round kedua 4 orang pulak diikat kaki. Jenuh kami mengira2...

Team Jepun acara lari ikat kaki round ketiga... 

Yang ni team Mesia pulak. Pasangan yang paling tengah tu kami suruh pasangan suami isteri. Jadi, kalau nak pegang ke, nak peluk ke, tak kisah la kan... Sebuk pulak budak besar pegang bola pink tu. Hish!

Team Mesia yang sangat bersemangat! Yang ni memang ternyata team Mesia menang. Tak sangka orang2 Mesia ni terer lari ikat kaki! Go! Malaysia Boleh! 

Acara ketiga ialah tarik tali. Nampak tak budak gemok tudung bunga hitam tu! Beria betol kan? Huhuh...

Walau kuat macam mana sekali pun team Jepun, tetap jugak Malaysia yang menang! 

Acara keempat ialah bawa bola guna kon. Hohoh... Sengaje masukkan gambar orang jepon yang gemuk ni nak menunjukkan bahawa gemok bukan sebarang gemok, tapi sangat energetic tau!

Hihih...Orang jepon kurus lak. 

Waktu ni memang sengit tau! Budak gemok tudung bunga itam tu kemain lagi terjerit2... Wat malu betol.

Hihih...Tak nampak muke lak.

Haaaa...Yang ni memang spoil betol tau! Boleh pulak bola tu jatuh. Huhuh...

Jadi, ini merupakan pengiraan markah untuk setiap acara... Sudah terjawabkah setiap persoalan itu? Huhuh... Ada lagi 2 siri sambungan untuk Undokai ni... Tunggu entry seterusnya ya!

Saturday, March 31, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 5 (Soping2 Daiso)

Assalamualaikum...Salam sejahtera... Rasa malas betol nk update entry kali ni...Huhuh... Bukan apa, sejak semalam lagi menunggu kawan2 blogger update, tapi tak ramai pun yang online... Last sekali, nani pon malas juga nak update.. Tapi kalau dah stop update entry, pasni memang jadi makin malas pulak. So, kesimpulannya tak boleh malas2...Kene rajin2, ok!

Masa kat sana hari tu, ada juga usha2 barang2 bakery di sebuah shopping mall dekat2 sini... Harganya punyalah mahal, memang di luar kemampuan lah pendek kata...Jadi, nani tengok2, jeling2 jela barang2 kat situ.. Pastu teringat pulak pada acuan roti jala yang selalu Mak Long guna sampai demam2 buat roti jala. (hahah! cerita rekaan semata-mata). Tapi memang betul la Mak Long ada beli acuan tu. Siap bleh wat meniaga ko! Jadi, nani ada tanya Maira, anak Mak Long yang juga berada di Sapporo. Katanya, dia beli kat Daiso... Daiso je??? Hahah... Orang yang tinggal kat KL boleh la cakap macam tu. Orang yang tinggal kat Bukit Garam ni pendek kata boleh gila la kalo masuk Daiso kat Sapporo ni.

Ini antara barang2 yang nani sempat grab di sepanjang Daiso kat sini...Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang nani nak angkut. Tapi, sebab on the way balik KL nanti, nani tak amik baggage. Takut terlebih muatan pulak naik Air Asia. Barang2 kat sini boleh dikatakan murah juga la sebab nani selalu convert YEN-RM kalau nak ambil pape. So far, harga dalam lingkungan 105 yen setiap satu. 

Benda ni yang paling ditunggu2... acuan silikon... Kalau kat Mesia punyelah mahal ni...Sekali jumpa kat sini, terus ambil! 

Ini pulak cake decorator... Hahah! Tak tahulah bile boleh buat kek ni... Tapi beli jela kan... Manelah tahu kot2 terlebih rajin pasni nak buat kek...

Haaaa....Inilah rupa acuan tu... Kalau di Jepun, diorang guna untuk letak mayonis, sos...Tapi orang Mesia ni kreatip... Benda ni pun boleh buat roti jala...

Ini pulak acuan pancake bentuk heart.. Huhuh... Ngengade kan?? Sebelum ni nani dah ada pan untuk pancake bentuk bintang. Saje nak tambah koleksi... Pasni boleh la makan telur mata bentuk lup2 pulak.

Ini pun best jugak! cutting board. Saiznya lebih kurang A3 kot...Memang besar..Kalau nak roll kulit karipap best guna ni... (itu pon tak tahu bile nak buat)

Ini lagi satu....Bamboo Mat untuk buat sushi...Hohoh....Ngengada lagik! Macam la rajin sangat nak menggulung sushi tu... Tapi tak kisah la...Sebab berkenan juga dengan senduk kayu yang kecik comey ni...

Ini pulak bento + teaspoon + cake fork.... Bila dah bawa balik bento ni ke rumah, baru perasan rupenye sebelum ni dah pernah beli bento kaler pink. Aiyyyaaak! Takpelah...Ngengade sangat kan....

Haaa....Ini t-shirt...Ada kawan kirim...Tapi yang ni takdelah kat Daiso...Saje nak tunjuk kot2 kawan tu terbaca blog nani kali ni...

Ini macam kedai runcit apa ntah. Cuma nak bagitau, walaupun barang2 display kat luar macam ni, takde pulak orang nak curi...hmmm...Best kan? Kesimpulannya, memang best shopping kat Daiso... Kalau datang lagi, konfem nak beli banyak2 lagi. Sebab segala keperluan rumah memang lengkap. Yela, kalau dah kedai sampai 5 tingkat....Ok, that's all....Dah lenguh leher ngadap lappy ni gara2 nak update entry...Nak terjah blog kawan2 pulak! C ya!

Friday, March 30, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 4 (Solat)

Assalamualaikum....Tak tahu nak bercerita tentang apa, tapi terfikir pulak nak bincang satu topik yang jarang2 sekali orang nak berkongsi...Nak kata pandai tu tak jugak...tapi kalau benda yang wajib tu tetap akan menjadi wajib juga kan? 

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


Sebelum ni nani memang dah pernah ke Sapporo tahun 2010. Masa transit di Hong Kong tu, nani solat maghrib, isyak, subuh di belakang tiang aje. Tak tahu kat mana arah kiblat sebab tak bawa pulak kompas. Tapi, macam yang nani cakap tadi lah, kalau dah wajib, tak boleh nak bagi alasan tak tahu arah kiblat, jadi tak boleh nak solat. Masa tu tawakal aje arah kiblat ikut gerak hati.

Berkawan dengan orang-orang di Sapporo, alhamdulillah semuanya menjaga bab wajib yang satu ni. Pernah juga bersolat di tepi parking kereta, solat di dalam dewan futsal, solat dalam fitting room dan yang paling best solat di tepi eskalator betul2 depan kedai baju. Kisahnya, masa kami keluar untuk shopping hari tu kami plan sekali nak makan seafood untuk dinner. Jadi, sementara menunggu tempat tu buka, kami cari tempat untuk solat dulu. Pada mulanya bercadang nak solat tepi jalan je. Tapi disebabkan suhu begitu rendah dan angin pulak kuat, risau tak tahan sejuk. Akhirnya, setelah berbincang, semua setuju masuk dalam satu shopping mall di Bandar Sapporo ni untuk solat. 

Selalunya kami akan bergilir2 solat sebab takut ada orang Jepun yang terlebih prihatin pergi tegur (kadang2 diorang sangka kita ni sakit sebab duk terbongkok2, sujud dan sebagainya). Lepas nani solat, giliran yang lain pula. Sementara menunggu mereka habis solat, tiba2 nani rasa pening macam berpusing2 je. Dalam hati ni terdetik mungkin sebab kepenatan seharian berjalan. Tiba2, nani tengok anak patung yang display baju kat kedai tu bergoyang2... Masa tu terus tanya kawan kat sebelah. Rupanya memang betul, ada sedikit gempa bumi terjadi pada waktu itu dengan skala 6.3. Sebenarnya agak kuat juga tu. Cuma tak rasa sangat sebab 10 saat je berlaku. Huhuh...Sempat juga merasa jishin tu...Syukur semuanya takde pape...

Masa ni tengah solat kat jalan bawah tanah. Memang kene ada orang jaga kita dekat2 situ sebab orang Jepun pandang semacam aje...

Masa dalam flight ke Tokyo pon nani sempat juga solat dalam flight. Kebetulan sebelah kiri ni orang cina, sebelah kanan pulak orang Jepun. Kedua2nya pompuan. Yang cina ni rajin nak ajak sembang tapi nani buat2 sombong sebab dia cakap omputeh. Huhuh....kang tak pasal2 dia tanya mende pelik2 kite takleh jawab. Lama2, dia pon da malas nak bercakap. Hahah...Dasat sungguh kehipokritan Nuwairani ni... Yang Jepun ni pulak asik tidur je manjang, macam taknak bangun pulak. So, takde masalah sangat la. Sebab kite memang tak nak sembang2 pun. Macam mana nak solat? Haa...mula2 amik wuduk macam biasa dalam toilet tu. Pastu duduk di tempat seat kite, ikat tali pinggang, pastu solat la macam orang tua yang solat atas wheel chair tu. Untuk rukuk, nani tundukkan badan sedikit, kemudian sujud pulak nani tunduk lebih bawah lagi dari rukuk. Erm,..agak2 paham la kot kan? 

ISLAM ITU MUDAH & TIDAK MEMBEBANKAN.....Jadi, pilihan di tangan kita sama ada nak buat ke tidak...Betol tak?

Tuesday, March 27, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 3

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Hampir seminggu sebenarnya nani bersedih lepas balik dari Sapporo ni...Memikirkan tekanan kerja, kerinduan, kesepian (dah terlebih2 pulak) memang rasa sedih betul sebab sepanjang masa di Sapporo, rasa tenang, enjoy je. Tak perlu nak fikir bebanan kerja dan stres tinggal di Bukit Garam & sebagainya... Dalam masa seminggu tu juga rasa sedihnye tu macam orang tengah berkabung aje.. Tak keluar bilik, makan pun tak tentu. Jadi, nani tekad jugak, HIDUP MESTI DITERUSKAN! So, tak boleh sedih2 lagi, tak boleh berkurung lagi... Makanya, sebab itu entry baru boleh update... Terus terang, apabila dapat berkomunikasi dengan kawan2 blogger di alam cyber ni, memang dapat menghilangkan stres!  Rasa seperti kita tidak kesunyian di sini... Terima kasih ye kawan2...

Ok, berbalik kepada tajuk, kali ni nak bercerita tentang kawan-kawan Sapporo yang sibuk dengan ujian memandu. Kat Jepun ni, kalau lesen kereta ada 2 jenis iaitu lesen kereta manual dan lesen kereta auto. Trek untuk ujian pulak punyelah susah... Nani sempat bersama dengan kawan2 tu buat latihan memandu. Adeh! Rasanya kalau nani amik ujian ni konfem 10 kali pun tak lepas. Tapi syukur, 2 orang kawan ni berjaya juga dapat lesen memandu.
inilah kereta yang kami naik untuk sampai ke destinasi tu... Memang banyak berjasa la kirenye.

Dah sampai tempat yang dituju...Kalau kat Mesia ni kire macam pejabat JPJ la kot... Diorang akan buat latihan memandu kat sini, ujian bertulis dan trek pon di sini.

View sekitar kawasan parking kereta. Tempat ni ada banyak longgokan salji. Tak pasti pulak kalau tempat ni dijadikan tempat orang buang salji (macam orang buang sampah je bunyinye).

Sambil menunggu kawan-kawan tu buat ujian, sempat lagi posing di sekitar trek tempat diorang memandu tu.

Antara minuman yang selalu diminum... Harga 150 yen kot...lupe dah...Tapi memang best la...Bila la Malaysia nak keluarkan produk macam ni jugak...

Di dalam bangunan tu jugak ada tempat untuk pakcik makcik ni merokok. Kirenye kalau di Jepun, susah sikit nak tengok orang merokok secara terbuka. Mereka prefer lagi merokok beramai-ramai dalam bilik yang macam ni. Pendek kata, kalau nak mati pun, mati sama2 la...Tak melibatkan orang awam di sekeliling. Pernah juga nani tengok ada sorang makcik tu merokok dalam kereta tanpa membuka cermin kereta. Punyalah diorang ni bertanggungjawab dengan tidak mahu mencemarkan udara di luar.. Haaa...yang peliknya pulak, kat sini ramai betul perempuan yang merokok. Huhuh...Kite tengok pun rasa macam pelik pulak. 

Muke2 ceria orang baru dapat lesen kereta!