kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label kisah jiran. Show all posts
Showing posts with label kisah jiran. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Rezeki Berbuka Hari Ini...

Assalamualaikum.....Salam sejahtera....

Hari ni kepala rasa pening2 sikit. Dari jam 12.00 sehingga jam 3.30 kami bermesyuarat di sekolah. Kalau setakat jadi pendengar sahaja mungkin tidak ada masalah. Tapi kali ni terpaksa menyalin minit mesyuarat. Keluar aje meeting rasa macam berpinar2 je biji mata ni. Terus terfikir, "ni mesti low blood pressure lagi". Hmmm.... Nak beli nasi rasa serba salah pulak. Sampai aje di rumah, tengok2 jiran sebelah bagi satu bekas bubur nasi. Bubur nasi ke, bubur lambuk ke, tak tahulah. Apa pun, terima kasih banyak2.... Suke2!
Kat dalam bubur ni ada daging, ada ayam, ada isi udang, sayur carrot...Memang sedaplah! Pastu Nani memandai lagi tambah serunding daging kat atas tu. Bertambah2 la sedapnya! oppps! Nani puasa tau hari ni. Tapi kat Bukit Garam berbuka jam 6.27 petang ni. So, selamat berbuka puasa bagi mereka yang berada di Semenanjung sana!

Friday, September 16, 2011

Apabila Danish Kurniawan Datang Berkunjung....

inilah budak sebelah rumah yg selalu berkunjung ke rumah sy. nak kata selalu tu tak jugak la...tapi di rumah ni jela dia datang mencari kawan..hihih
sampai2 aje terus meluru ke tirai gantung2 ni. menarik agaknya dia tengok. bila mende ni berlaga2, lagi la dia nak main... 
 yang tak tahannya tu sempat lagi dia nampak tin biskut pastu sebut, maaammmm...(maksudnya dia nak makan la tu) lucu la danish ni...
dok tarik2, nasib la tak putus...

jalan2 kat depan, nampak printer pulak....tekan2 lagi kat situ...

biskut tak lepas, hokay!

dia ingat dakwat tu air. konon2 nak minum la tu...

sempat lagi posin sebelum makciknya datang amik...

taknak balik pada mulanya...bila dah pujuk2, baru dia nak balik...

botol2 air disusun mcm nak main boling pulak...ni kawasan febret dia la sebab ada ikan nan sekor itu...
danish...danish....

Tuesday, August 2, 2011

Rezeki Di Malam 1 Ramadhan....

Assalamualaikum...Salam Ramadhan....

Sambil2 saya bersembang2 dgn cik housemate semalam, menunggu pengumuman tarikh bermulanya puasa, saya buat German Cookies dulu. Di Sabah kan Maghrib Isyak awal, jadi kami tidak ke surau dulu sebab tidak tahu betol atau tidak esoknya puasa. Tiba2, hujan dengan lebat sekali. Dalam hujan lebat tu bunyi pulak orang ketuk pintu. Alamak! Sape pulak yg datang tengah2 malam dalam hujan lebat ni. Sekali tengok, rupanya Melissa, anak jiran sebelah menghulurkan 1 bekas tapau. Baru petang tadi saya berkira2, jiran sebelah belom pulangkan lagi bekas tapau Kek Lapis Seri Kaya hari tu. Jahat betol! (sempat lagi simpan niat lain dalam menghulur kuih tu). Jadi, bila saya bukak bekas tapau tu, ada beberapa slice oreo cheese cake...Walllaaaa!!! Sedapnya!

keknya tersangatlah lembut, dengan cream cheese, biskut oreo lagi...adus...Ini memang rezeki saya sorang sebab cik hosmate tak makan cheese. huhuh....

Friday, July 1, 2011

Bubur Kacang Hijau Jagung Lagi..

Assalamualaikum.....Selamat sejahtera...

Rasa mcm baru hari tu makan bubur kacang hijau jagung.. Sekali, tengah saya kalut bersiap nk keluar gi keje petang semalam, Melissa (anak jiran sebelah) hulur bubur kacang hijau berjagung. Rasa mcm pelik jugak sbb rupanya sama mcm yg cik hosmate buat. Sy tanya la cik hosmate dia ada bg kt jiran sebelah ke tak bubur yg hari tu. Dia ckp ADA. Hmm..agaknya jiran sebelah pon nk suruh test bubur kacang hijau jagung diorg jugak kot.  Sebelum ni jiran sebelah pernah bagi bubur kacang hijau biasa je. Mungkin ni dia pon baru nk try letak jagung kot. Hihih.. Apapon, terima kasih banyak2 makcik...Sedap bubur makcik buat...

Saturday, May 28, 2011

Jiran Kami Memang Baik

Asssalamualaikum....Salam Bahagia...

Oleh sebab skrg musim kenduri, ayah byk makan kt luar aje. Pastu ada pulak org buat solat hajat. Adik lelaki sy plak ke mana lagi kalau bukan ke rumah tunangnya tu. Mak pon xde kt rumah. Jadi pendek kata x masak sgt kecuali masak air. Petang sy tercari2 apa makanan yg ada di dapur utk dikunyah2. Nampaklah bauh betik + mangga. Baunya mcm dh masak! Sy tanya ayah, sape yg bg? Katanya ada mamat bangla yg bg. Lucu pulak sy dengar. Dengan selamba, sy tanya ayah, "kenapa bangla tu boleh baik dgn ayah pulak?" HAHAHA!!! Ayah apa lagi, angkat bakul sendiri la, katanya "Semua orang baik dgn ayah".....Hmmm...Pape la ayah....

buah mangga masak 2 biji tu sy makan berdua dgn ayah je. Adik lelaki sy tu x pandai makan buah. 
Ayah siap cakap lagi, "sebab Nani ada la ni ayah wat balik buah ni" huhuh....ayah mmg memahami....

Pada sebelah malamnya, semua org makan di luar kecuali sy (anak dara yg x reti berderat mlm) di rumah. Jadi, ayah gtau sy suruh panaskan mi goreng yg ada dlm fridge. Katanya jiran sebelah rumah yg bagi. Kan sy dah kata, jiran kami memang baik. Jiran sebelah a.k.a Kak Na ni mmg tau mak xde. Jadi, dia pon bg la sepiring mi goreng kesian... Mula2 sy nmpk x berselera. Bila dh panaskan balik, aih! sedap pulak. Dahlah terpaksa bahagi dua dgn ayah (sy rasa x cukup pulak). hahah...

ini la rupa mi goreng yg x cukup tu. heheh....

p/s : jiran kita adalah golongan 40 buah rumah yg berdekatan dengan rumah kita. Kalau org yg tinggal di kawasan perumahan mcm sy ni senang la kot nk kira. Kalau mcm tu, bangla yg bg buah betik + mangga tu pon jiran sy la jugak kan? huhuh...pape jela....

Sunday, May 22, 2011

Kek Coklat Moist Paling Sedap!

Asssalamualaikum...Selamat petang...
Dah petang2 cenggini baru nyempat nk hupdate blog. Bukan pe, tgh hari tadi panas yg amat sehingga terpaksa tutup laptop. Pastu sambil2 duk kemas2 kejap tetibe ada org mengetuk pintu rumah. Dah agak dah, mesti org sebelah ni. Sekali dia bawak 6 potong kek coklat moist n sedap giler! Kan dh kata, jiran sy ni mmg best!

sepotong dh sy ngap dlu.
kat atas tu ada tabur badam hancur yg crunchy n best gile.

bahagian tepinya pulak ada badam hiris.

kalau tengok rupanya pon dh tau mmg moist n sedap!

p/s : terima kasih ye org sebelah! tunggu kek pisang sy sampai ye!!

btw, dun ask me for the recipe sbb sy pon xtau mcm mana dia buat. tp mmg jelas ketara rasa coklatnya yg pekat! SEDAP!!!