kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, September 30, 2011

The Versatile Blogger dari Kak Jee!!! Terima Kasih!!

Assalamualaikum....Selamat pagi....

Hari ni baru ada peluang nak update di pagi hari....Sambil2 tengah tunggu kain dalam mesin sempat jugak nak update satu entry. Ni nak cerita semalam buka blog ada nampak komen Kak Jee...Huhuh...Dia datang bukan dengan tangan kosong, ko....Siap bagi award lagi...Terima kasih banyak2 dekat Kak Jee atas pemberian award itu....

Sebenarnya saya ni baru je terfikir, macam dah lama orang tak bagi award. Sekali, Kak Jee dah sampaikan award tu dulu...Jadi, macam biasalah ye, setiap award yang kite dapat ada aje asgmnt nak kene buat...hmmm.... Di sini saya C&P je daripada blog Kak Jee tentang asgmnt yang nak kene buat tu...

1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

Nampak macam senang aje kan?Tapi, aduh....tak tahu nak cerita apa lagi pasal diri sendiri ni...Rasa macam dah banyak betol membebel kt blog sendiri ni...Tapi saya cuba jugalah penuhi semua tugasan tu. Bukan selalu dapat award ni. heheh....

No.1 dah SETEL....No. 2 pulak ni...kalau Kak Jee tulis simple2 je. tapi saya terajin pulak nak menulis panjang2...Kita mulakan dengan....

1. Di rumah sewa yang saya tinggal sekarang ni hampir setahun dah xde TV. Tapi sy tak pernah kesah pon sebab saya boleh je hidup takde TV. Tapi, secara jujurnya, saya tidak boleh hidup tanpa LAPTOP & INTERNET. Kalau HP terpadam pon takpe lagi. Tapi kalau laptop terpadam, punyalah saya susah hati...Huhuh....Lain macam je bunyinya kan? Tapi itulah saya....Kalau bersembang dengan mak2 orang yang lain, semua sibuk duk bercerita pasal drama itu dan ini. Tapi saya tak tahu pape pon pasal perkembangan semasa. Selalunya tengok melalui internet je. Kalau agak2 nak tengok movie, bukak aje youtube, semua ade di situ. Nak download movie pon boleh. Dunia di hujung jari la katakan...Hihih...

2. Saya seorang yang suka memasak! Suke memasak dan pandai memasaktu adalah 2 perkara yang berbeza ye kawan2...Sejujurnya, saya suka memasak tapi belum pandai memasak. Saya rasa macam banyak lagi benda2 yang saya belum cuba masak. Seboleh-bolehnya saya nak cuba masak semua benda. Bermulanya cerita saya ni suke nak sekodeng2 resepi dalam tenet ni masa nak buat kuih tako. Dulu pernah tolong makcik buat kuih tako. Tapi tak tahu sukatan & bahan yang dia guna. Mulalah saya menelefon makcik tu. Sekali dia taknak pulak gitau resepinya. Katanya, "internet kan ada...carilah kat situ". Apabila saya google, Mak Oi! Bukan main banyak lagi resepi yang keluar...Terus, saya terjumpa macam2 lagi jenis resepi yang lain. Tapi, benda yang saya suka masak selalunya kuih-muih jela. Kalau lauk2 ni payah sikit sebab susah nak keluar pergi beli barang2 basah.

3. Saya mudah mesra dengan orang. Ada masanya saya mudah mesra dengan orang. Ada masanya saya nampak sombong. Bukan juga sengaja nak menyombong diri, tapi saya rasa segan kalau berhadapan dengan orang2 yang hebat ni. Saya suka nak menegur kawan2 blogger dalam entry masing2. So far, kawan2 blogger di sini very the supportive la...Walaupun tak pernah bersua muka, tapi rasa macam dah kenal betol je gayanya. Terima kasih ye kawan2 kerana menerima diri ini seadanya...Huhuh...

4. Saya suka makan pisang. Tapi tak semua jenis pisang yang saya suka makan tau! Pisang yang lain2 tu makan jugak tapi tak sehebat pisang berangan. Mungkin sebab pernah tinggal di asrama dulu selalu aje diberi makan pisang berangan. Jadi, pisang2 lain saya kureng sikit kalau nak makan ceggitu je. Pisang berangan kalau beli sesikat harga RM7 pon, dalam masa 3-4 hari saya boleh habiskan sorang2. Hahah!!! Tak payah nak buat cekodok ke, kek ke, kuih ke, makan macam tu pon dah sedap...Aroma daripada pisang tu betol2 mengingatkan saya kepada zaman2 persekolahan dulu....Huhuh...Nostalgia betol...

5. Saya suke bangun lambat. Mak mertua, sila abaikan statement ini!!! hahah! that's true...Sebabnya saya keje, sekolah petang. Jadinya, banyak masa yang free di waktu pagi. Selalunya selepas subuh saya akan tidur sekejap pastu baru cuci kain, masak, kemas rumah. Jadinya, ngam2 tengah hari tu, saya terus ke sekolah. Balik dari sekolah, semua keje dah setel. Waktu malam untuk rehat2 pulak. Itu memang dah jadi kebiasaan hidup saya selama 3 tahun di sini. Sebab tu kalau kene gi sekolah awal pagi rasa macam liat betol nak bangun sebab dah lari dari kebiasaan...

6. Saya sentiasa pastikan baju2 keje saya digantung dalam keadaan bergosok! Hohoh...Inilah satu perkara tentang diri saya yang jarang ada pada orang lain...Semua baju2 yang saya gantung dalam almari sudah pon bergosok! Kalau ada 40 pasang, 40 pasang la digosok. Begitu juga dengan tudung. Jadinya, saya hanya akan menyentuh iron dalam masa 2 minggu sekali je sebab baju2 banyak yang dah digosok. Kalau sebulan tak menggosok baju pon sempat lagi kot. Ntahla...saya mula amalkan macam ni sejak belajar di universiti lagi. Tapi, masa tu gosok untuk seminggu pakai je sebab tak cukup tempat nak gantung. Sekarang dah keje, almari pon besar, boleh la gosok semua baju yang ada...Alhamdulillah dah 3 tahun keje pon saya masih lagi macam ni.

7. Last sudah ni....Yeay!!!  Saya tidak pandai bergaya. Sejujurnya, saya bukan jenis cikgu2 yang pandai bergaya dengan macam2 pesen baju. Baju yang saya selalu pakai ke sekolah pon semuanya jenis baju kurung biasa. Takdelah nak jahit pesen2 tu. Cuma adalah sepasang dua yang berkebetulan beli yang dah siap. Tak reti tu dah satu hal. Nak berjimat pon satu hal jugak. Kalau baju kurung biasa tu mak je yang jahitkan. Upahnya suka hati kita nak bagi berapa. Kalau nak yang pesen2 tu kene hantar kedai lagi. Upah mahal pulak tu sekarang....

Ok, dah siap 7 perkara...No. 3 pulak....saya kene panjangkan  award ni kepada 15 blogger lain...

  1. Kak Q http://qasehququinnie.blogspot.com/
  2. Kak Rahel http://rahelblog-rahel.blogspot.com/
  3. Kak Zira http://zira-aziz.blogspot.com/
  4. Kak Diana http://skybluemelleymey.blogspot.com/
  5. Kak Kasih http://kasihredha.blogspot.com/
  6. Kak Juwita http://juwitafariz.blogspot.com/
  7. Cheqsue http://chequesuechekgu.blogspot.com/
  8. Kak Rosaliza http://embunrosaliza.blogspot.com/
  9. Kak CT http://ummiesya.blogspot.com/
  10. Pen Biru http://penbirumenulis.blogspot.com/
  11. Kak Amie http://salamisimon1.blogspot.com/
  12. Mak Long http://aidahjune.blogspot.com/
  13. Kak Yana http://yanashaiful.blogspot.com/
  14. Kak Al http://igotblog-ai.blogspot.com/
  15. Kak Tun http://qurrataaayun.blogspot.com/
Kepada yang tidak tersenarai tu jangan kecik ati...Bukan tak ingat, tapi tak muat nak letak banyak2 kat cni. Nanti kawan2 yang di atas pulak panjangkan kepada kawan2 yang lain pulak ye...Nak setelkan yang No.4 pulak ni....Sudi2lah angkut award ni....Selamat membuat asgmnt....

Thursday, September 29, 2011

Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum....Hihih....Rasa macam tak cukup nafas je sekarang...Pagi tadi dah bangun awal sebab nak kene siapkan spaghetti untuk Jamuan Raya Sidang Petang. Huhuh...Walaupun pose 6 tak sempat habis pon...Hishh...Tula, bajet2 macam sempat je, sekali offline, pastu program di sekolah berderet2 sampai takde hari free nak pose...(alasan semata2). Macam yang dalam entry semalam, ni kire kesinambungannya la pulak...(mau jugak bercerita panjang2). 

Lepas subuh tadi, rasa macam nak baring2 dulu sekejap. Dah lama tak dapat bangun lambat2 ni. hihih....Sekali, dah jam 8.30 am! Aiyyyyyaaakk! Cepat2 kemas katil, terus masuk dapur. Lupa pulak cuci muka dulu ke tidak tadi...Heheh....Nasib baik daging ayam n lembu dah keluarkan seawal subuh tadi. Kirenye daging tu dah lembut la. Susun2 semua bahan yang perlu, rebus spaghetti macam biasa...Hadoi.....Dah janji dengan Nimmmy nak pegi sekolah jam 10.30 pagi. Bersilat tanpa bunga2 la jawabnya... Sekali pakcik dreber datang jam 10.20 pagi. Orang tak sempat siap masak pon lagi...Terpaksalah saya tumpang kawan ke sekolah tadi sebab banyak yang tak siap masak. Dahla banyak barang nak kene bawa.

Sampai aje ke sekolah, terus bawa segala makanan tu ke bilik ERT. Tak sempat orang nak tegur pon terus saya membebel, "Menyesalnya saya masak banyak2 macam ni" Hahah! Depan2 boss lagi tu selamba je cakap macam tu...Semua orang macam pelik je dengar saya cakap macam tu...Terus, saya jawab...."Penatlah....Banyak sangat nak kene masak..."  Tapi, tula Nuwairani....Bebel banyak mana pon, kalau orang suruh buat, memang akan buat jugak semua tu...Bukan main lagi berbelit lidah orang2 sini nak nyebut "carbonara". Hihih...Yela, kat kedai2 makan kat sini mana lah ada orang hidang mende ni. Paling2 pon spaghetti bolognaise orang dah biasa makan...Senyum2 lagi boss, pastu cakap "ha...kali ni ada resepi baru" Oh, Tidak! Jangan suruh saya masak lagi mende ni...huhuh....Alhamdulillah la takde yang komen tak sedap...Kalau dengar aje bunyi macam tu, memang pasni saya jadi tukang buat air masak jela jawabnya.... Pedulik la situ orang lain kene masak banyak2 pon...(kat sini berani la cakap mcm tu. Kalau boss suruh, pandai pulak buat).

Kali ni saya buat guna resepi instant aje, pakai sos spaghetti carbonara yang dalam tin tu. Mula2, tengok jugak resepi di blog kak ummi seperti yang kak ct (Zaliedana) tu cadangkan. Tapi banyak bahan yang tak cukup. Terpaksalah sekodeng2 resepi mudah2 aje. Jadinya, sumber rujukan daripada SINI & SINI. Boleh rujuk di MyR ye...Tapi saya ubah sikit2 ikut apa yang ada di rumah. Terima kasih banyak2 kepada tuan punya resepi...

PASTA CARBONARA
Resepi asal : ikoko & Scorpio84 Myresepi
Olahan : Nuwairani
Bahan :
Spaghetti @ jenis2 pasta lain
1 sb minyak masak
1/2 sk garam

2 sb butter untuk menumis
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 paket isi ayam
1 biji bawang besar (didadukan)
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 tin sos prego carbonara
1 kiub pati ayam
1/2 tin susu cair
2 keping keju kraft single
parsley flakes
oregano flakes
serbuk lada hitam

Cara :
  1. Didihkan air, masukkan garam dan minyak. Rebus spaghetti macam biasa sampai lembut kemudian toskan airnya. sambil tunggu spaghetti lembut, kita boleh sediakan bahan2 kuah.
  2. Panaskan butter, tumis bawang putih hingga naik bau, goreng ayam bersama bawang putih. Agak2 ayam dah masak, angkat ayam masuk bekas lain.
  3. Dalam kuali yang sama, tumis bawang besar hingga sedikit layu, masukkan cendawan kemudian sos carbonara dan kiub pati ayam. Kacau sehingga kiub larut.
  4. Masukkan susu cair dan keju, kacau sebati dengan bahan lain sehingga masak. Kalau kuah agak pekat, boleh tambah 1/4 cawan air.
  5. Perasakan dengan serbuk lada hitam, dan herba2 lain. Campurkan semula isi ayam yang telah masak tadi dan kacau sebati. Tutup api. 
  6. Masukkan spaghetti ke dalam piring, tuangkan sedikit kuah di atasnya...Siap sedia untuk dimakan!
Tak sempat nak touch up dulu sebelum pasta posing sebab tengah bersilat2 lagi untuk buat kuah daging lembu pulak. Hadoi.....Tu je gambar yang terbaik. Kuah yang sy buat sedikit cair sebab saya masukkan 1/2 cawan air. Pasni kene kurangkan jadi 1/4 cawan air je...Belom sempat lagi saya balik rumah, kawan2 dah sibuk2 suruh tulis resepi. Nah....saya dah bagi resepi baekkk punya...Boleh cuba sendiri.

Wednesday, September 28, 2011

Cerita 3 Dalam 1

Assalamualaikum.....Selamat sejahtera...

alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk beribadat sehingga saat ini...(ayat macam bagus pulak malam ni). Hihih...Saje buat intro baeeeeekkkk punya sebab ada berita gembira dan berita tak berapa nak gembira hari ni...Selalunya sy rajin betol nak update entry dalam 2-3 entry sehari. Tapi sejak kebelakangan ini, blogger.com telah mematahkan semangat sy nak menulis. Ada ke patut 3 entry yang di'publish' pada masa yang berlainan, jauh lagi beza masanya tu, tiba2 keluar di bloglist 3 serentak. Entry pertama tu nak dekat 24 jam baru di'publish' di bloglist. Tak ke sakit hati kalau kene macam tu. Pendek kata kalau buat roti tu, agaknya dah berkulat dulu roti baru orang boleh tengok resepinya...Hishhh...geram betol kan? terus hilang mood nak menulis.

Jadinya, sy gabungkan terus 3 cerita dalam 1 entry ni ha...Kalau agak2 rasa macam menyampah ke, serabut ke, bosan ke, tok sah la baca sampai habis ye sebab ini cerita benar yang lahir dari hati dan naluri sy... chewahhhh! (suke hati sy la kan nak tulis apa pon sebab ni blog sy) Hikhik....Sepanjang hari ni dah 3 orang duk tanya2 sy mana perginya akaun FB sy..Huhuh...Belom lagi campur semalam, kelmarin, kelmarin dulu, minggu lalu...Huhuh...Sy ada alasan kukuh untuk sy deactivate akaun FB buat sementara waktu ini. Mungkin bila dh nak buat jemputan la kot baru activate semula. Apabila tiada akaun FB, rasa diri bahagia betul hidup tanpa gangguan ni. Jadi, di blog inilah sy mencurahkan segala2nya....Chewah!

Cerita pertama bermula di sini......Hari ni kami kena menghadiri 1 seminar kerjaya anjuran Yayasan Sabah dengan SMK Bukit Garam 2. Seriously, sy teramatlah malas nak bangun awal ke sini. Dah lambat2 ke sekolah, sekali kene tinggal dengan kaunselor sorang lagi pulak. Duk melangut kat sekolah kejap, pastu barulah kaunselor tu datang semula ambil sy. Huhuh...Seb baik dia baik hati datang amik sy. Dah sampai sana, macam2 aktiviti & pameran yang dibuat. Salah satu daripadanya adalah fruit craving. Aduhhhhhhhh..... Sungguh terpegun tengok chef dari Asian Tourism International College (ATI) buat...Ralit pulak sy di situ. Sebiji buah tu dia boleh siapkan dalam masa 15 minit je tau! Rasa macam nak menuntut ilmu dengannya sekejap. 


Sambil2 tengok fruit craving tu adalah beberapa ceramah oleh wakil2 IPTS/IPTA yang datang. Rata2nya promote tempat masing2 la. Hmmm.... Di sebelah petangnya pula ada sesi forum soal jawab tentang tajaan/pinjaman pengajian oleh MARA, Yayasan Sabah dan Biasiswa Negeri Sabah. 2,3 hari sebelum ni tuan rumah ada menelefon sy supaya jadi pengerusi forum. Jadi, sy pon on jela. Takdelah nak fikir pape. Sebelum ni memang dah biasa jadi MC pon. Kalau bab mengatur ayat, bercakap di depan, kira boleh2 la sikit. tapi kalau dalam bentuk forum, kita kene beraksi dengan lebih santai. Hadoi, kene pulak dengan orang2 besar ni kan, segan jugak nak bergurau senda. Tapi, alhamdulillah majlis berjalan lancar juga. Tiba2 di penghujung majlis, sy dihulurkan dengan sampul surat ini....


Adooi...tak disangka2 jugak la dapat saguhati jadi pengerusi forum. 1st time seumur hidup jadi pengerusi forum, terus dapat saguhati ni...Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur kerana memilih sy walaupun takdelah bagus sangat bercakap...Hihih....(dengan harapan tahun depan, pilih la sy lagi!)......
Majlis seminar habis lebih kurang jam 2.30, kami makan2 sekejap (hancus program diet) kemudian sy terus ke sekolah memandangkan hari ni ada majlis akikah di sekolah. Sembelih 2 ekor lembu pulak tu. Punyalah sy excited nak makan hati, limpa, paru goreng, sekali sampai sana semuanya dah habes.....Frust tertonggeng2....Bukan senang tau nak dapat makan part2 macam tu yang fresh from the farm ni...Hihih....Yang ada pon kari daging dengan nasik putih je...Sy sedekahkan je nasi tu untuk pelajar yang belom makan (konon2 nak diet). Dah jenguk2 orang buat keje ni, rupenye diorang tengah sibuk2 buat sup gear box. Aduhhhhh! Dah memang rezeki sy. Kebetulan petang tadi dah tak ramai guru yang stay. Tinggal mereka yang buat keje je. Apa lagi, sy pon "menyepa" la sekali. dapatlah makan ini....



Konon nak diet, habih jugak 1 bowl sup gear box ni...aduh....sedapnya....(biaselah, majoriti chef2 hari ni asal dr Kelantan). Kene dengan selera kita la...Tengah syok berpoya2 di surau dengan kawan2 lain, tiba2 dapat panggilan bos suruh ke biliknya...Adeh!!!! (dalam hati, konfem ade keje ni) Tamat cerita kedua....Hihih.. Cerita ketiga...Esok kami ada jamuan raya sidang petang. Main menu adalah laksa johor, kemudian menu sampingan, fruit cocktail, pasta carbonara, mushroom soup, kek lumut, manisan (dessert kaum India). Masalah problem is, kalau la sy ni xde, memang tak jalan la majlis ni...Hish...Dari dulu sampai sekarang macam ni...Cemanelah boss tak cari sy....Pendek kata, kalau sy takde, tak jalan la majlis (ayat bajet je ek! sila jangan muntah dengan statement ni) hihih....Boss suruh atur menu. Bila kita dah atur, dia nak jugak makan nasik..Adeh......Terpaksalah mintak orang lain masak nasik n sedikit lauk...Nak pakai bilik ERT pulak kene buat surat lagik! Sape yang nak kene buat??? Nuwairani jugak....Huhuh....Tak kesah la cemane pon, jangan pulak suruh sy masak lauk sebab sy dah kene masak ni.....


Hish...risau pulak nak masak banyak2 ni. Tak tahulah apa jadik kalau sy yang masak carbonara ni...Jenuh duk sekodeng2 resepi dr MyR. Rasanya ada 2 resepi yang kene dengan citarasa ni...Insyaallah...kita tengok esok macam mana rupenye ye... Banyak nak rebus spageti ni...tak tahulah sempat ke tidak esok. jam 11 dah jamuan...(berdoa dalam hati agar semua yg makan carbonara sy nanti kata tak sedap. nanti diorg tak suruh lagi sy masak mende pelik2 ni)

Habis ketiga2 cerita...macam diari pulak rasanya...Huhuh....satu lagi berita gembira, sy baru dapat SMS daripada travel agent. Katanya, tiket balik hujung tahun sy dah setel! Hihih...Merasalah naik MAS lagi hujung tahun ni...Yahooooo!

Tuesday, September 27, 2011

Kenapa Jadik Macam Ni....???

Haihhhh...Tensen pulak rasanya seminggu dua ni...kalau publish entry, macam tak kuar di dashboard...Orang nak tahu entry baru sy terpaksa view blog sy sebab tak kuar kt dashboard masing2...Ada sape2 tau tak kenapa??? Kot2 la ada yg kene masalah yg sama ke... ,,

Menu Diet ~Tauhu Sumbat (versi bakar)

Assalamualaikum....Selamat sejahtera semua....

Aduh...Terasa penat yang amat hari ni sebab kelas penuh 8 waktu (4 jam). Non-stop pulak tu. Tekak ni dah rasa perit sgt2. Tapi seronok jugak sebab dapat mengajar kelas tambahan untuk matapelajaran prinsip akaun SPM pastu boleh bergelak ketawa dengan budak2 tingkatan 2. Diorg pon enjoy je petang tadi main kejar2 dengan sy. Huhuh. Hari ni ada program di asrama. Jadi, ramai guru yang tak hadir ke sekolah. Makanya terpaksalah sy relief kelas mereka + ada pulak kelas tambahan untuk PA. 

Konon2 nak gi pejabat pos pagi tadi bayar bil n setel semua2, sekali dreber tak dpt amik pulak masa tu. Dah terpinga2 tak tahu nak buat apa. Sambil menunggu masuk zohor tu, perut rasa lapar pulak. Teringat ada beli tauhu di pasar baru ni. Apa lagi, mula la operasi buat tauhu bakar ni. Seperti yang diberitahu sebelum ni la...Kalau dah namanya hujung minggu, memang program diet ke laut punye la..Dah masuk minggu baru ni kene la berusaha balik untuk sambung program diet. Ini pon budak2 tingakatn 5 dah sibuk2 ajak gi jamuan kelas diorg hari jumaat ni...adeh....ke laut lagi la jawabnya...

Sedap rupanya makan tauhu macam ni. Tak pernah pulak sy makan tauhu sumbat yang digoreng tanpa minyak ni. Apabila dilumur dengan sedikit garam, memang kene je rasanya tu. Sedap betol! Saya amik idea ni drp Kak Tun. Tapinya sy xdelah mama-in-law yang nak buatkan kuah rojak petis. Jadinya sy makan dengan kuah kacang yang cik hosmate buat. Mula2 nak buat sambal kicap, tapi macam tak sempat je siap dalam masa 10 minit ni. Nampak ada stok kuah kacang, terus panaskan yang tu je...Sedapppppp bangat!!!

  • 5 keping tauhu -nani buat 3
  • Garam
  • Sengkuang -xde stok
  • Carrot
  • Timun -xde stok
  • Tauge

Cara2:

  • Tauhu dilumur dgn sedikit garam (ni supaya kulit tauhu x melekat di kuali), dan bakar atas non-stick pan sampai perang. nk guna oven pun boleh juga. -nani guna non stick pan
  • Sagat atau hiris halus sengkuang, carrot dan timun. Celur tauge. -nani celur tauge sekali ngan carrot. didihkan air, masuk tauge + carrot, agak2 air nk mendidih balik, terus angkat, toskan.
  • tauhu di potong bentuk segitiga dan belah tengah. sumbat inti. compared to goreng, tauhu yg bakar ni lembut sikit, jd berhati2 hati masa nk sumbat inti ke dalam tauhu.
  • boleh hidang dgn kuah rojak petis atau cili sos. -nani tabur kuah kacang ala2 kuah pecal la konon.
alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan...sy makan 3 keping yang 3 segi tu untuk lunch, kemudian selebihnya untuk bekal di sekolah. tapi malam ni rasanya macam kene buat lagi sebab sedapppp sangat tauhu ni...terima kasih ye kak tun sebab bagi idea resepi macam ni. lenkali nak try buat sambal kicap pulak sebab kuah kacang ni sedikit berminyak la...

Monday, September 26, 2011

Kalau Dah Ke Bandar....

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Adeh! Tak menyempat nak masuk entry hari ni...Bukan pe, dua hari Sabtu & Ahad asik ada program je kan, tak nyempat2 nak buat keje2 rumah. Hari Sabtu ada jamuan raya sekolah, petang tu balik2 dah penat, tidur jela jawabnya...Pagi Ahad pulak turun ke bandar... Hmmm...Dah 2 bulan tak keluar dari tempurung bukit ni. Hihih.... Hari ni baru sempat nak gosok baju yang menimbun, nak kemas rumah, menyapu lantai...semua2 tu la...Esok pulak kene gi sekolah awal! Kain baju pon tak sempat nak cuci lagi...Dah tinggal berdua ni kan, kene la tolak ansur sikit tang giliran mencuci...Tersangatlah malasnya nak buat semua benda tu....adeh!!!

Jadinya, semalam ke bandar dah maghrib baru pulang. Nasib baik sempat sampai rumah sebelum hujan. Hujan pulak bersungguh2 macam tanak berenti. Kite pulak takot duk dalam rumah dengar bunyi hujan kuat macam tu. Kisah ke bandar ni pulak, duit habis banyak tok sah cakap lah pasal nak dekat RM400 jugak habis. Bayangkan jela bandar kecik macam Sandakan pon boleh habis duit sebanyak tu. Biasalah, dalam masa 2 bulan sekali memang sy n Cik Na akan ke bandar. Selalunya kami menumpang pirate di sini. Macam mana nak cakap ek? Pirate tu lebih kurang prebet sapu la. Tapi sebab dah biasa dengan pakcik tu, jadi takdelah risau sangat. 

Kisahnya, saya membeli barang2 rumah di Genting Mas Mall, Sandakan. Apabila dah kemas2 semua barang tu tibalah masanya nak buat kira2 berapa ratus duit habis hari ni. Dah semak resit tu rupanya ada barang yang discan sebanyak dua kali. perfume bilik AmbiPur dengan harga RM13. Aduh! terus rasa macam takleh nak tidur malam gara2 menyesal sebab tak semak betul2 resit sebelum tinggalkan kaunter tu. Fikir punya fikir baru terperasan sebenarnya cashier tu scan dua kali perfume AmbiPur tu tapi dia lupa nak scan bekas petak plastik yang berharga RM11. Terus sy rasa lega sebab hanya rugi RM2 je. Hihih...Makanya boleh la tidur dengan lenanya....Moral of the story, semak dulu resit selepas bayar sebelum meninggalkan kaunter. Nanti anda takleh tidur malam kalau terlebih bayar macam sy. :p

inilah rupe perfume bilik ambipur yang dimaksudkan. sangat wangi (pada sy la). dia tulis situ tahan 60 hari. tapi sy dh guna 1 hari ni pon dh kurang separuh perfumenya...hmmm...tapi memang wangi la!

Sunday, September 25, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...

Hari tu dah buat sagu kuah susu, kali ni kek cokelat pulak...Hihih...Hujung minggu ni macam mengom2 sikit program diet sebab ada open house. Biasalah kat sini. Time hujung minggu jela orang nak buat open house ke hape..Tapi sy buat kek ni utk Jamuan Hari Keluarga & Jamuan Hari Raya Kelab Staf sekolah. Dah turun drp 61.7kg->58.6 kg ni kan mula la tekak rasa nak makan macam2. Agaknya dah jemu kot asik makan sup je kan. Kene pulak org yg suke baking membaking macam sy ni mana tahan tak masuk dapur. 

Jadi, hari Jumaat tu sy buat kek ni sebijik. Bangun pagi Jumaat tak tahu nak masak apa. Jam 11.30 pagi baru decide nak baking kek sebijik. Telur takde pulak....Terus teringat resepi kek coklat tanpa telur super moist Kak Dayang kite tuh..Bila usha resepinya, tak guna butter, tak guna telur. Memang kene la dengan manusia yang nak berdiet mcm sy ni ha...Dah keletung keletang di dapur, siap jugak keknya...Tapi panas2 lagi sy dah keluarkan kek drp loyang. Makanya, kek pon hancus sedikit...Aiyakkkk! Lenkali sabar bleh tak Nuwairani??? Tak sempat nak buat topping pon sebab jam 1 dh kene siap gi keje. Tapi tetap sedap tau! Meh kite tengok resepi yang telah dikongsikan oleh Kak Dayang...halal ye kak nak c&p ni...

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung -nani ganti dengan 1/4 cawan susu cair
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) -nani kurangkan kepada 1 cawan je
  • 1 cawan gula perang -nani guna 1/2 gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla -nani ganti dengan butter oil
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Sila abaikan lubang2 pada kek tu ye. 1st time buat dengan keadaan kelam kabut. Pasni dah tau cara dah. Hihih...Dalam berdiet pon sempat juga grab sepotong. Selebihnya bawa ke tempat keje, bagi kawan2 lain makan. Alhamdulillah semua macam tak percaya kek ni takde telur, tak guna butter, bakar lagi!. Rasanya very the moist macam kek kukus. Kalo tak caya, leh try sendiri tau! 

Yang ni versi cup kecik2, buat 2 adunan lagi pada hari Sabtu untuk Jamuan Raya Kelab Staf...Senang orang nak makan. Tak payah nak potong2 dah. Masak pon kejap je. Bakar dalam masa 10 minit dah siap. Kalau tengok surface kek tu nampak licin n moist je. Memang begitu kejadian kek ni. Betol2 moist, tak perlu nak letak topping.

Kek cekelat ni takleh tayang banyak2, kang ada je yang tak jadi berdiet nanti. Heheh...Saya pon bukan makan banyak pon. Cukup nak rasa di anak tekak je...

Saturday, September 24, 2011

Puding Sagu Kuah Susu

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Asik dok tayang menu diet aje sekarang kan? heheh...Nak tayang jugak la menu derhaka diet sikit. Kalau di sini, bukan main lagi panas cuacanya. Tak larat betol kalau waktu tengah hari tu. Pastu bila sampai waktu petang, hujan dengan lebat-selebat2nya pulak. Siap guruh petir lagi...Kekadang tu rasa bergegar dinding rumah. Eh! Betol tau! memang macam tu. Cuaca di sini agak ekstrem sikit. Kalau dah hujan tu la sy risau tenet x dapat. Ntahla...Berpuluh2 tahun sy tinggal di Pengkalan Chepa, takde pulak masalah tenet kalau selepas hujan. Tapi di sini lain pulak ceritanya. Selepas hujan mesti tenet problem. Masalah kabel la, moderm terbakar la, tiang tumbang la...Ntah mcm2 lagi.

Panjang meleret2 pulak membebel...Point utamanya nak gitau cuaca tak menentu sekarang. Kalau panas, terik betol. Kalau hujan pulak, bersungguh2 dia membasahi bumi..So, time panas2 tu macam2 la sy rasa nak makan. Har tu tak tahu dah nak makan pe. Terus buka kabinet nampak ada sagu. Sagu pon sagu la...Janji leh lalukan sesuatu yang sejuk ke anak tekak. Saya main buat je resepi ni. Kalau ada santan yang dicampur dengan sedikit garam lagi sedap. Tapi sebab takde stok, guna jela susu cair ni.

PUDING SAGU KUAH SUSU
resepi : Nuwairani

Bahan :
1/2 cawan sagu
1 cawan air
1 sb sirap ros
susu cair
air gula melaka

Cara :
  1. Masak sagu dengan air sehingga kembang, tambahkan sirap ros. Kacau rata, tutup api.
  2. Agak2 sagu dah sedikit suam, simpan sagu dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Kalau tak tutup nanti sagu tu jadi kering.
  3. Masak air gula nisan @ gula melaka. simpan dalam peti sejuk.
  4. Apabila nak hidang, cedok sagu tu sikit2 ke dalam bekas, tuang susu cair sejuk, gula nisan sejuk. Kalau tak sempat nak sejuk, letak je ais ketul.
Hihih....sekali sekala makan menu derhaka diet ni apa salahnya. Seb baik berat badan masih menten tak naik. Hihih...Jangan amalkan selalu ye...

Friday, September 23, 2011

Cheese & Choc Chip Danish Bun

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Dah agak lama tak menguli ni kan, tetibe dtg angin meroti...Bukan apa, sy ni sebenarnya tertinggal charger hp nokia di kg. Pastu mula la susah sebab dh jarang org pakai hp nokia yg lubang cucuk charger besar tu. Huhuh...Yela, hp dr zaman 2005 lagi...Punya lah tahan lasak hp tu. alhamdulillah sy bukan jenis org yg suke perabih duit nak beli hp canggih manggih. Ok, back to the story...Cari punya cari, tak de pon kawan2 tmpt keje yg ada charger jenis tu. Tetibe tergerak hati nak tanya orang sebelah. Sekali, dia ada charger jenis tu rupanya...Alhamdulillah...Selama nak menunggu bonda poskan charger tu dr kg terpaksa la 3 hari sekali pinjam dengan jiran sebelah. Lama kelamaan rasa segan pulak bila asik ketuk2 pintu minta nak pinjam charger diorg. Dahla pulangkan balik dengan tangan kosong. Kene pulak last week dia ada bg kek pisang. Jenuh duk pikir nak masak pe nak balas bekas diorg. Teringat pulak roti gulung ni. So, uli la sikit petang tu bg jiran sebelah. Nak makan sorang memang tak termakan la. Resepinya sy ambil drp Duja, Myresepi. Dah banyak kali buat. Alhamdulillah jadik...Dah buat mcm2 perisa pon. Raisins, choc chip, cheese. Memang sedaplah! Nak resepi, tengok jela di link ni ye. Malas pulak nak menyalin. Hihih...







tak larat nak cakap byk2...penat....

Eggless Doughnut Ball

Assalamualaikum....Selamat sejahtera.....

Phewwwwww.....(menarik nafas lega jap). Bukan pe, hari senin tu kami diberitahu bahawa ada pelawat nak dtg sekolah. katanya nak memantau apa benda ntah. kait2 dengan pembelajaran menggunakan ict ni la. jadi, pelawat2 tu pulak tergolong dalam golongan pengetua2 sekolah zon sandakan. kalau dah ada pelawat datang, memang pengetua tu akan buat lawatan ke bilik kaunseling...jenuh la kami ni mengemas bilik 2,3 hari ni. dengan bau air kencing tikusnya, dengan taik tikusnya, dengan barang2 kesan gigitan tikusnya...(aik? apsal semua pasal tikus ni?). senang cerita, cikgu2nya malas betol nak berkemas. kalo bilik tu nampak bersemak, kirenye boleh la salahkan tikus. heheh.... 

macam biasa la, pada malamnya tu kami kene berkampung di sekolah. stay sampai nak dekat jam 11 malam hanya untuk berkemas itu dan ini. selain kami berdua, ada juga la minta tolong student asrama membersihkan apa yg patut. siap gosok lagi alas meja yang baru nak pasang ni. adeh...banyak keje betol. alhamdulillah siap juga kerjanya...apabila tiba masa kene pantau bilik tu, punyelah kami seronok sebab dapat pujian aje daripada guru2 dan pengetua yg datang. nasib baik juga dia tak bukak fail2 yang cantik berlabel tapi kosong isinya itew...hihih....

cerita asalnya ialah pasal donut ball ni...hihih...masa berkemas bilik, sy buatkan donut ball ni utk diberi kepada students yang datang membantu kami bersihkan bilik. ingatkan 4 orang je yang datang, sekali datang 8 orang! adeh! tak kisahla cukup ke tidak, janji masing2 dapat merasa kuih buatan tangan dengan penuh kasih sayang cikgunya ini...heheh...saya sampai rumah lebih kurang jam 6 petang. dah janji ngan kaunselor sekolah jam 8. hmmm...bersilat la kat dapur jawabnya....alhamdulillah dalam masa 1 jam 30 minit dah boleh siap donut ni. rasa mcm cepat betol. lembut aje kejadiannya...meh kite sekodeng resepi donut ball tanpa telur ni...

BEBOLA DONUT TANPA TELUR
resepi : Nuwairani

bahan :
3 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
1/2 sk baking powder
2 sb gula
1/4 sk garam
20 gram marjerin (1 sudu makan)
3/4 cawan air suam
**minyak masak untuk menggoreng
**gula kastor utk saduran

cara :

  1. Gaulkan semua bahan2 kering di dalam bekas.
  2. Masukkan marjerin dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil2 diuli guna tangan. Teruskan menguli adunan tepung sehingga tak melekat di tangan dan tekstur doh lembut & kenyal. Agak2 dalam masa 7-10 minit.
  3. Rehatkan doh selama 20 minit dengan menutup bekas adunan dengan piring @ plastic wrap. (masa ni la untuk kemas2 dapur, cuci piring, simpan bahan ke apa, orang kata sambil2.heheh..) 
  4. Apabila doh mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Uli sikit2 je.
  5. Tabur sedikit tepung pada dulang atau talam untuk letak doh yang sudah siap dibentuk. Cubit sedikit doh dalam sebesar duit 50 sen. Buat bulat2 sehingga habis. (nani dapat dalam 28 biji). Rehatkan lagi doh lebih kurang 10 minit.
  6. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Guna api perlahan je tau supaya donut kita masak di dalam tapi tak hangit di luar. 
  7. Pastikan minyak betol2 panas apabila nak masukkan doh bulat2 tu. Goreng macam biasa, angkat, tos minyak dan tabur gula kastor. SIAP. 
sangat suke dengan isi dalamnya yang lembut walaupun dah sejuk. kalau makan panas2 lagi terasa lembutnya. Sebenarnya sy ni kureng sikit nak buat donut yang letak telur ni. bukan pe, xde stok dah satu hal. pastu skrg kan on diet. kene kurang2 sikit yang kolesterol ni. ini pon sempat juga rembat 4 biji. adeh!

p/s : students sy suke mkn ni! sedap kata diorg..kembang kempis cikgunya

Thursday, September 22, 2011

Menu Diet Lagik! Sup Ayam Kosong

Assalamualaikum...Salam bahagia.....

Hihih...ni kes jeles tengok Kak Tun yang penuh semangat masak menu diet itu ini....Terus daku pon semangat la jugak...heheh...Tapi menu biase2 je...Oleh kerana tak keluar ke pasar, macam biase la ye....Habiskan aje yg ada dalam fridge tu...Kali ni memang betol2 campak sebab takde tumis pape dah. Bayangkan ayam yang tak bertumis pon boleh keluar minyak dengan banyaknya! Lenkali memang takleh tumis dah kalau buat sup. Campak aje semua kat ctu. Jadik jugak!

Kali ni buat sup ayam je. Kirenye makan hirup mcm tu je. Takde nak makan dengan mee/bihun pon. Kenyang dengan airnye lah. Lagi terasa panas2 halianya sama biji lada hitam...Perghhh! (bajet lelemak segala tu terbakar la). 
halia, bawang putih, lada hitam main ketuk aje, masuk dalam periuk dengan air. campur ayam sikit, kiub ayam sikit, tunggu mendidih, dah siap! kalau ada sayur carrot ke, lagi sedap tu!

kalau halia makan dengan nasik, mau jugak sy telan, tapi kalau sup hirup mcm ni tak sanggup la nak telan. hihih....

Wednesday, September 21, 2011

Macaroni Soup Cara Saya

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...Dalam semua orang sibuk nak berdiet ni kan, sy pon nak join jugak! Bukan pe, Berat badan dh kritikal betol skrg. Rase mcm nak menyorok dalam almari je...(macam la muat nak buat macam tu). Hmm...jadinya seperti biasa la ye dah lama tak keluar melihat alam ni. Resepi pon main campak2 je sebab guna bahan yang ada di dapur. Tak keluar ke pasar pon. Kalau nak tahu, sy ni memang hantu pasta! suke sangat makan pasta. hari2 makan pon tak jemu. tapi pelbagaikan cara masaknya la..Kali ni buat sup macaroni dengan ayam. hmmm...tersangatlah mudah nak masak.

MACARONI SOUP MY STYLE
resepi : Nuwairani

bahan :
1/2 cawan macaroni -rebus n tos air
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
2 sb sos spageti
isi ayam
2 cawan air
1/2 kiub pati ayam
serbuk lada hitam
secubit garam
1 tangkai cili padi
1 sudu makan minyak jagung

cara :
  1. Panaskan minyak, masuk bahan tumbuk, goreng hingga wangi. masukkan sos spageti, kacau sekejap.
  2. Masukkan ayam seterusnya air. Biar mendidih dan ayam empuk.
  3. Perasakan dengan kiub ayam n serbuk lada hitam. kalau rasa macam dah masin, tak payah la tambah garam. 
  4. Masukkan cili padi utk rasa pedas.  
Aduh...memang rasa berasap je telinga makan mende ni sebab dengan cili padi, halia, lada hitam...sy buat ni utk sorang makan je tau. tapi sebab konon2 nak diet kan, bahagi separuh2. makan lunch sikit, pastu dinner lagi. dah tak payah susah hati pikir nak masak banyak2 kali.

Wordless Wednesday part 15 - Sebelum & Selepas

gambar sebelum
gambar selepas
p/s : naseb la xde mende2 pelik yang keluar...aduh.....

Tuesday, September 20, 2011

Alhamdulillah...Back To Normal...

Assalamualaikum....Selamat sejahtera semua...Apa khabar ye? Dah lama betol tak hupdate ini blog...Takdelah lama sangat pon..baru 4 hari je...Macam2 yang terjadi, serabut otak, sakit hati, sakit kepala, sakit jiwa dan sebagainya...(semua yang disebut ni tiada kaitan dengan kawan2 blogger sy yang disayangi ye) Hihih... Nak cerita lebih2 pon tak boleh. rasa macam agak menyentuh sensitiviti orang lain...Tapi sy gitau la skit2...(bajet macam org nak tau sgt je)...huhuh...

Baiklah....Dalam masa sebulan sekali memang otak sy ni mengom2 sikit...(nak salahkan hormon la pulek!). Tapi itu memang betol! Orang pompuan je kot yang bleh paham macam mana rasa. Kadang2 mende kecik pon kita nak perbesar2kan...Tapi yela, kalau suatu perkara tu terjadi di luar lingkungan waktu ni mungkin perkara ni tidaklah sebesar mana..Tapi sebab terjadi dalam waktu tengah mengom2 ni kan, makanya meletoplah gunung berapi yang dah lama menyepi ni...

Sy sedar sy bukan perempuan yang baik, ilmu agama pon tak berapa nak ok, masak pon tak berapa nak reti, nak buat nasik lemak yang sedap pon jauh sekali. Belajar pon takat mana je, result SPM melayang ntah ke mana, masuk matrik naseb tak kene tendang, grad UPM pon dengan pointer cukup2 makan, usahkan nak bercerita tentang cara nak buat kereta, ilmu kimia, fizik & bio pon mujur tak gagal. Sy juga bukan perempuan cantik yang pandai bergaya nak bercakap lembut dan manja. Bukan juga yang petah berkata2, lemah lembut idaman mak mertua....HUHUH....(macam gurindam pon ada)...Tapi itulah diri saya....seorang yang selekeh, tak secantik yang lain, tak ada harta yang menimbun, nak beli kereta pon tak mampu, tak sebijak yg mengaji di oversea, tak pandai nak amik hati, tak reti nak memahami, tak boleh nak berdikari, kekadang ada aje kontroversi, orang Sabah kata "minta puji"....

Banyak yang berlaku sebenarnya. Tak tau nak cakap mcm mana...Seriously, saya rasa self esteem sy ni senipis kulit bawang je. Tak ada keyakinan langsung nak berdepan dengan orang. Disebabkan keadaan fizikal yg mcm ni pon satu hal la...Pastu kene pulak hmmmm...tak reti nak cakap dah...(takot tersalah cakap dah ni). Sejujurnya sy gtau la, sy ada account facebook supaya senang sy nak berhubung dengan kawan2 yang lain memandangkan kedudukan geografi sy skrg agak jauh. Kadang2 ada juga sy mengeluh bercerita itu dan ini di sana. Tapi ada la komen yang tidak sedap didengar di telinga. Isu sy berdiri selama 1 jam 30 minit di dalam kelas sebab pelajar dah guna kerusi dan meja guru pon sy dihentam juga. Tapi sy terima dengan redha dan menganggap itu sebagai satu teguran dan pengajaran drp insan terbabit. Tak cukup dengan itu, apabila sy upload gambar2 masakan ada jugak yg cakap, "patutlah badan besar mcm ni, asik masak aje" . Tidak kurang juga dengan yang berkata2, "nak tunjuk pandai la tu". Ada juga benda/perkara yang sy sepatutnya tidak tahu, tiba2 boleh tahu...Huhuh....Membakar jiwa dan perasaan betol la apabila semua tu bercampur baur...Buat masa sekarang, saya bekukan dulu account facebook untuk meredakan keadaan ini. Tak tahu bila nak kembali semula di sana. 

Memang kita boleh cakap, 'mulut orang kita tak boleh nak tutup'. Tapi kalau kene pada orang yang sensitip mcm sy ni, memang sy tak boleh nak buat tak tahu la. Satu cara yang sy nampak skrg, bekukan account facebook. Kalau di blog, tak semua orang tahu sy ada blog. Kalau kawan2 blogger yg menegur pon takdelah nak terasa hati sampai mcm ni sebab kita tau tu hanya gurauan. Jadi, hari ni sy kembali semula meleraikan persoalan kawan2 lain. Ada yang ingat sy ni sakit la, suruh sy kembali ke blogger la, tidak kurang juga mendoakan kesejahteraan sy...Sungguh sy bahagia dengan kewujudan blog ini. Kawan2 blogger yang sporting walaupun tak pernah bersua muka, membuatkan sy rasa diri sy lebih dihargai. Apa yang terjadi di FB, biarlah terkubur di situ...


p/s : terima kasih yg tidak terhingga kepada kawan2 yang menyokong sy selama ni (mcm ayat wakil rakyat menang pilihan raya je, huhuh). Harap2 hubungan silatulrahim yang terjalin antara kita akan kekal sampai bila2... Maaflah sebab terpaksa membaca cerita merepek sy ni...Biasalah....sebulan sekali...(hormon jugak yg bersalah)

Saturday, September 17, 2011

I'll be back Soon....

Menenangkan diri utk seketika sebelum kembali pulih....Nanti saya marathon BW ke blog kawan2 ye....C ya!

Friday, September 16, 2011

Apabila Danish Kurniawan Datang Berkunjung....

inilah budak sebelah rumah yg selalu berkunjung ke rumah sy. nak kata selalu tu tak jugak la...tapi di rumah ni jela dia datang mencari kawan..hihih
sampai2 aje terus meluru ke tirai gantung2 ni. menarik agaknya dia tengok. bila mende ni berlaga2, lagi la dia nak main... 
 yang tak tahannya tu sempat lagi dia nampak tin biskut pastu sebut, maaammmm...(maksudnya dia nak makan la tu) lucu la danish ni...
dok tarik2, nasib la tak putus...

jalan2 kat depan, nampak printer pulak....tekan2 lagi kat situ...

biskut tak lepas, hokay!

dia ingat dakwat tu air. konon2 nak minum la tu...

sempat lagi posin sebelum makciknya datang amik...

taknak balik pada mulanya...bila dah pujuk2, baru dia nak balik...

botol2 air disusun mcm nak main boling pulak...ni kawasan febret dia la sebab ada ikan nan sekor itu...
danish...danish....

Wabak Baru Dah Sampai...

Assalamualaikum....Selamat sejahtera!

Huhuh....Serius, rasa mcm down betul nak update blog sekarang. Selalunya hari2 sy akan update 2-3 entry. Tapi sekarang 3 hari 1 entry pon payah dah...Konon2 target dalam masa setahun berblogging ni biarlah sampai 365 entry. Tak tahu la boleh tercapai ke tidak...Alkisahnya, malas nak memasak, malas nak snap pics, malas nak mengarang. Kalau entry masak ok la sebab ada bende yang kita nak cerita. Tapi kalau tak masak, kene perah otak sikit la nak menaip ayat tu.

Since di rumah ada Cik Tik hari tu, terus terbantut nak buat pape...Seriously saya rindu nak membaking kek, menguli roti, membakar cookies..(apsal semua bende2 manis je ni?)...Bab masak lauk ni kureng2 sikit la...Tak tahu la napa...Macam lagi seronok buat bende2 yang macam tu. Lagipun, sy kat sini xde transport. So, susah kalau nak beli lauk2 fresh ni. Tu pasal asik makan pasta + ayam hancur je. Senang nk simpan n tahan lama. 

Nak ceritanya, sejak mulanya musim raya ni semua orang duk merungut pasal berat badan yang semakin naik...Tapi ada sorang akak blogger kita yang comel itu letak satu status di FB tentang kejayaan beliau menurunkan berat badan sebanyak 4 kilo dalam masa seminggu!!! Jeles beb dengar orang boleh buat mcm tu!! Orang lain dalam puasa lagi senang berat badan nak turun. Terbalik pulak dengan sy. Bulan pose bukan main melantak lagi...adeh! Sudahnya, lepas raya dah naik 4 kilo! Hihih...Kalau sape2 ada perhatikan di blog sy ni ada weight loss ticker yang saya mula buat dari awal tahun...Jadi, setakat tu je berat badan boleh turun...Pastu tanak turun2 dah sampai la sebelum puasa...Hmmm...mendengar cerita akak tu, rasa terbakar je hati nak ikut semangat macam dia jugak...Hihih...(harap2 betol la).

Orang yang dah terlebih berat badan mcm sy ni kene buat diet extreme dh. Huhuh...Segan pulak dengan mak2 orang yang solid molid tu. Kita yang anak dara ni tak reti2 nak jaga badan. Haishhh...Setiap kali balik kg, mesti mak ayah membebel aje anak daranya ni dah makin gemsss...Adeh! Selalu kalau sy sembang dengan kawan2 yg dah kawen, ada yang gtau, "Saya zaman jadi anak dara mcm kamu dulu kurus aje, dah kawen mcm ni baru badan naik". (dia nak perli kite le tu yang kite ni gemok mcm org yg dah beranak 3) Huhuh.... (Punye la sy -ve minded) ... Tapi, sy tanak kalah jugak! Selambe je jawab, "Yela, orang lain habis je blaja, terus kawen, ada anak...Cube kalau lepas blaja keje 5-6 tahun mcm sy ni, konfem badan naik jugak!"

Kehidupan di kampus dengan zaman keje memang lain..Kalau di kampus kita aktif, banyak bergerak, duit tak cukup, nak mintak mak bank in pon segan. Last sekali makan megi jela jawabnya...Kalau dah keje ni, kita lagi yang belanja mak makan. Asal lapar je, boleh terus makan di kedai. Tak pikir dah duit dalam poket ada ke tidak. Sy zaman belajar dulu, mane la merasa kek secret recipe tu mcm mana, Old Town White coffe tu macam mana rasa..Dah keje baru merasa..Same je sebenarnya. Kalau dah keje tu, konfem badan akan naik punyalah...So, jangan nak kata ibu2 yang dah beranak je yang PATUT naik berat badan. Kalau tak caya, tengok la orang lelaki yang dh keje dengan zaman kampusnya. Lelaki ni konfem la tak beranak kan, tapi ade je berat badan naik. Sebab? Dah takde isu tak cukup makan sekarang....Cumanya tak dinafikan la kalau orang bersalin ni lemaknya lain la dr orang yang belom beranak. 

Apa pon, sy dah terjangkit virus nak diet dengan kawan2 blogger lain ni. Jeles tengok orang lain selesa dengan badan sendiri. Heheh....Terima kasih kepada AKAK itew kerana membakar semula semangat sy yang dh malap selama 2 bulan ni. (u know who u are) Huhuh...marilah kita sama2 turunkan berat badan! Hup!!
gmbr raya 2011...opppsss! tang dagu mcm kek lapis s'wak tu tak tahan tu...Aiyyyakk!!
p/s : nak pesan x-box jugak la dengan Mr. Google...buleh ke wak??? Hihih...
****entry ni sepatutnya dipublish tengah hari 16/09/2011...nape lambat kuar ni...? tak paham betol dengan blogger.com skrg.haishhh

Wednesday, September 14, 2011

Jelly Kasih Terlerai

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Alhamdulillah....Dapat juga berpuasa hari ni...Orang lain dah berzaman mula puasa 6 Syawal, sy baru nak mula..Sempat lagi kot (ayat memujuk diri sendiri)...Aduh....sekarang waktu asar dah makin awal (6.09 pm)... Apabila balik dr keje sempat nak solat asar je. Pastu terus dah berbuka..Minum air kosong je dulu, solat maghrib baru fikir nak masak ape...(sebenarnya dh tau menu nak masak pe dr tempat keje lagi). heheh...

Macam biasa lah kalau dah terdesak tu, bekalan ikan bilis memang menjadi penyelamat..Apalagi, keletung keletang la di dapur sorg2..Masa masak tadi, tangan ni dah menggigil2 kebuluran...Adeh! Punya la lambat memasak..Orang lain kalau diberi masa sejam untuk memasak, boleh siap sehingga 3-4 jenis lauk. Sy ni masak ikan bilis dengan cili + bawang + kentang pon dah ambil masak setengah jam...Cemane la nk jadi bini orang ni...

Dah BW blog Kak Amie ni, terliur pulak tengok pudingnya, sempat lagi sy masuk dapur jam 8.00 p.m buat puding. Hihih..Terkenangkan warna merah + kuningnya tu, jenuh sy pikir nak buat mcm mana. Nak cari jelly mangga malam2 ni konfem la tak dapat. Jenguk2 di kabinet, ada sirap oren sunquick kepunyaan Cik Na.. Hihih... Kire halal la tu...Kalau dia dh tinggalkan barang makanan di rumah sy tu selalunya dia memang nak bg sy le tu..(buat ayat sedap ati lagik). Apapon, jelly yg sy buat ni tidaklah sehebat jelly kak Amie sebab takde buah2 @ kuah yogurt mcm yg kak Amie buat...Biaselah kite ni...Main taram aje bahan2 yang sedia ada di dapur..Kemain lagi namanya kasih terlerai..Yela, orang pakat duk buat Kasih Bertaut...Yang jelly kita ni tak sempat bertaut pon..Hihih...Layan jela...

JELLY KASIH TERLERAI 
(PERISA BUAH STRAWBERI + OREN) 
resepi : Nuwairani


Bahan :
1 sk serbuk jelly konnyaku
1/3 cawan gula
350 ml air
1 sb sirap strawberi
1 sb sirap oren sunquick - nani guna perisa tropika

Cara :

  1. Campurkan gula + serbuk jeli di dalam periuk. Kacau sebati.
  2. Masukkan air dan panaskan sehingga mendidih sambil dikacau supaya serbuk jeli larut dengan sempurna.
  3. Tuangkan sedikit di dalam acuan petak dan dikacau bersama sirap perisa strawberi sehingga warna sekata. Agak2 ketebalan dalam 5mm. Terus masuk dalam peti sejuk sehingga beku dalam 1 minit.
  4. Baki adunan dicampur dengan sirap oren dan kacau rata. 
  5. Tuangkan adunan oren ke dalam bekas.
  6. Adunan strawberi digulung dan dipotong bulat2 kemudian dimasukkan ke dalam adunan oren.
  7. Note : kalau nak susun yang merah dulu di dalam bekas baru tuang yang oren pon boleh...Lebih baik guna mould kecik2 tu...Lagi cantik dan teratur. Kalau nak senang keluarkan jelly tu, basahkan dulu mould dengan air baru letak adunan jelly.
  8. Sejukkan di dalam peti bawah dulu kemudian baru hidang....
warna merahnya merebak la pulak....hmmm...tak kesah la rupe tak cantik pon...tapi rasanya ada macam sumi jelly tu...gabungan rasa strawberi n oren sunquick tropica tu memang best! kalau guna serbuk agar2 biasa mungkin tak nyut2 macam ni la kot...

Wordless Wednesday part 14 - raya 2010 di rumah YB Datuk Bung Mokhtar Radin