kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

10 Tips Elak Makan Banyak

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Dah lama tak masuk entry pasal diet ni. Bukan apa, sejak kebelakangan ni, program diet tak berapa nak jalan sebab terbengkalai sejak2 balik kampung hari tu. Tapi mujurlah berat tak naik. Cuma tak mahu turun je. Jadi, minggu ni baru nak mula semula. Insyaallah...Harap2 boleh turun sehingga 5 kilo sebelum raya tahun ni. Berat sekarang masih lagi 55kg. Dah turun 10 kg. Alhamdulillah... Target nak capai 45kg harus dikejar! Entry kali ni panjang sikit. Tapi, kalau nak tahu apa yang Nani buat selama ni, boleh baca sampai habis.

1. MINUM BANYAK AIR

Minum air kosong/putih tau! Bukan air milo, air sirap, air kopi ya! Kalau boleh minumlah sehingga 3-5 liter air kosong setiap hari. Apabila bercakap tentang minum air yang banyak, ramai yang susah nak buat sebab kekangan dari segi masa, tempat dan sebagainya. Memang betul pun. Macam Nani, selalunya pulun minum air sebelum pergi kerja waktu tengah hari. Kemudian, bawa air dalam botol siap2 minum lagi di tempat kerja. Tapi tak boleh minum banyak sangat sebab tak larat nak ulang-alik ke toilet di tempat kerja. Balik rumah baru sambung minum banyak2. Selalunya minum air lebih kurang 30 minit sebelum kita makan untuk mengelakkan daripada rasa tak kenyang. Apabila dah minum air, perut dah penuh jadi nafsu nak makan banyak2 pun kurang la. Kadang2 perut kita ni keliru sama ada dahaga atau lapar. Cuba minum dulu, kemudian perhatikan sama ada kita masih nak makan banyak lagi ke tidak. Kalo agak2 nak makan banyak jugak tu konfem perut korang tu jadi perut tong! So far, Nani memang akan minum sekurang2nya 3 liter/day.

2. CARI KAWAN YANG BETUL

Korang pernah tak jumpa dengan orang yang suka sangat makan. Tak tahulah korang cemane kan, tapi Nani memang ada kawan2 jenis yang macam tu. Lebih2 lagi orang Kelantan. Makanan kat Kelantan kan ada macam2. Apabila berada jauh dengan tempat sendiri, mulalah nak bercerita pasal makanan tradisional. Pastu bila dah teringin, mulalah nak masak, makan banyak2. Jadi, elakkan daripada selalu bersama dengan orang yang suka makan. Ada sesetengah orang jenis tak boleh kalau tak ada kawan. Sampaikan nak makan pun mesti berteman. Nani memang jenis tak kisah. Kalau makan sorang2 di kantin tu tak jadi masalah pun. Lantaklah orang nak cakap apa. Bukan apa, kalau berteman ni banyaklah ceritanya. Pastu lama la pulak duduk2 di kantin. Pastu order macam2 lagi. Huhuh.... Bukan nak suruh tak payah berkawan langsung, cuma elakkan je. Ada jugak orang yang suka nak ajak masak2. Itu pun kena kawal jugak sebab takut diri sendiri tak boleh nak kontrol daripada makan dengan banyak. So, kena kuat la. Nani limitkan waktu hujung minggu je nak masak2 ni. Hari lain memang kontrol makan.

3. JANGAN BELI!!!

Kalau nak bercerita bab barang2 yang tidak boleh dibeli ni memang banyak la. Macam Nani, tahun ni memang langsung tak beli beras. Kalau ada masa tengah bengong2 kempunan nak makan nasi tu, tumpang makan kat rumah orang je. Huhuh...wat muke tak malu. Sos cili, sos tiram pun memang dah tak pernah beli tahun ni. Cuma kicap jela belum habis guna, stok dari tahun lalu lagi. Pasni kalau agak2 dah habis tu cuba2 jugak supaya tak beli. Kalau kata biskut, keropok, coklat, lagilah jangan beli. Begitu jugak dengan 3 in 1. Oh ya! Kalau bujang macam Nani mungkin takde masalah la kot. Yang berkeluarga tu pandai2 la korang tutup2 mata tengok benda2 tu semua ya. Memang Nani dah lama tak beli melainkan barang2 yang memang dibeli sebelum ada kesedaran dulu. Beli coklat 2 bar sejak bulan 1 dulu sampai sekarang pun belum habis.

4. SNACK YANG TAK SEDAP

Ada sesetengah orang bukan juga jenis yang suka makan banyak, tapi mulut dia gatal2 nak mengunyah something. Haaa....Memang sayalah orangnya tu. Pendek kata kalauu bagi kerepek 1 balang tu konfem boleh habis. Tapi bukan kenyang pun kan?? Apakah yang dimaksudkan dengan snack yang tak sedap tu? Haaa....Carilah snack atau benda yang kurang carbs, tak sedap tapi boleh buat kunyah2...Huhuh.... Nani makan slice cheese. Mende alah tu kalau dimasak buat kek memang sedap. Tapi kalau makan ratah2 memang tak sedap (nani jela kot rasa macam tu). Nak ceritanya sambil2 menaip ni Nani ambil sekeping keju, makan sikit2. Sampai sekarang pun tak habis2 lagi. Huhuh... Benda lain lagi yang korang boleh beli adalah seaweed. hohoh....Stok seaweed yang dibeli bulan 2 lagi, baru habis hari ni. Gara2 tak berapa boleh ditelan. Ada yang sedap, ada yang tak. Just nak hilangkan gatal2 mulut yang nak mengunyah je ye. Bukan makan sampai kenyang2 hokay! So, elakkan twisties, super ring, potato chips dll tu ye. Semuanya tu tak bagus!

5. JANGAN MALAS

Kalau kita berjalan kat mana2 kemudian ada tangga dan eskalator....ha....jangan malas2 nak naik tangga ye. Kuatkan dalam hati, fikirkan bahawa LEMAK2 DALAM BADAN NI MENJERIT2 SEBAB DAH CAIR. Huhuh...Kuat betol daya imaginasi. Tapi, kalau tempat kerja korang tingkat 12, jangan cari pasal nak naik tangga la kot. So far, Nani selalu amalkan ni apabila naik turun tangga di tempat LRT, komuter tu. Di tempat kerja pun sama. Setiap kali naik turun tangga di sekolah mesti fikir lemak2 kat peha tu menjerit2. Huhuh...Begitu jugak kalau buat kerja2 rumah. Lagi banyak berpeluh, lagi seronok sebab terbayangkan peluh2 yang menitik tu ibarat lemak2 yang dah cair. So, tak rasa diri ni macam malas dah sebab memang dah termotivate dengan sendirinya. Kalau mak2 bising suruh kemas rumah ke, buat jela ye. Jangan merungut. Ibu2 pulak kalau anak2 kasi sepahkan rumah, anggaplah anak itu nak suruh anda exercise lebih. hohoh....

6. SENTIASA INGATKAN DIRI

Part ni yang paling Nani ambil perhatian. Setiap kali kita buat sesuatu, ingat kembali niat asal untuk apa. Ada orang nak kurus sebab nak badan yang sihat. Macam Nani alhamdulillah berdiri lama2 pun dah tak sakit kaki.  Ada orang nak kurus sebab 3/4 almari pakaiannya tu dah jadi pameran je gara2 tak muat. Alhamdulillah, bukan setakat terlebih muat, malah Nani kena alter sikit kain sebab dah longgar! Kalau pakai baju kurung, memang kene lipat kainnya sebab meleret2 dah. Kalau boleh dalam kalendar tu kita tulis target mingguan atau bulanan supaya boleh nampak matlamat kita tu hampir tercapai atau tidak. Kalau tak tercapai, boleh mula balik. Bagi mereka yang nak kawen pun sama. Fikir2lah, ada ke tak baju kat butik tu nak muat dengan badan saiz XXXL tu. So, kena kuatkan hati, kata pada diri bahawa SAYA NAK KURUS. Pada mereka yang dah kawen pulak, jangan rasa selesa dengan kedudukan anda sekarang. Kalau dapat suami yang tak kesah, ok la kot. Kalau dapat suami yang bising2 sebab anda telah gemok, maka berjaga2lah ye. (memandai je nasihat org padahal nasib diri sendiri pun belum tahu lagi). Jadi, pasni kalau jumpa makanan sedap2 tu boleh je makan. Cuma makan sikiiiiiiiiit je. Ingatkan kembali diri sendiri apa yang anda mahu, hokay!

7. GOSOK GIGI AWAL

Kalau tinggal di Sabah / Sarawak ni mungkin takde masalah la kot sebab maghrib awal. Jadi, selalunya kita dinner pun awal sikit. Untuk mengelakkan diri daripada makan benda2 mengarut lagi di tengah2 malam, gosok gigi awal2. Nescaya anda akan rasa malasnya nak makan lagi sebab nanti kena gosok gigi semula. Hohoh... Bagi mereka yang memang gosok gigi sebelum tidur tu mungkin boleh buat la. Tapi kalau orang yang jenis tak kesah kalau tidur tanpa menggosok gigi memang tak berkesan la kot. Kalau Nani, selalunya jam 8-9 malam tu dah gosok gigi siap2. Agak2 perut rasa lapar balik, minum je air. Kalau agak2 tak kenyang jugak, tidur je terus. Habis cerita.

8. BAWA DUIT SIKIT JE

Huhuh....Kalau singgah pasar malam ke, ke tempat kerja ke, bawa duit ngam2 je untuk anda guna pergi dan balik kerja. Kalau dah banyak sangat duit, banyaklah yang nak dibeli. Selalunya setiap kali gaji masuk, memang Nani akan transfer semua duit yang sepatutnya ke mana kemudian akan ada balance yang tinggal untuk belanja makan diri sendiri. Seboleh2nya Nani lebihkan di bahagian saving. So, takdelah membazir duit kita ke tempat lain. Jadinya, balance yang ada Nani siap boleh bajet berapa ringgit sehari Nani akan guna untuk makan. Selalunya tak sampai RM300 pun sebab Nani jarang makan di luar. Kalau kerja pun masih bawa bekal. Kalau Nani makan di kantin (selalunya sebab bos ajak temankan dia je) sama ada Nani minum sahaja @ makan sahaja. Memang jarang2 sekali nak order kedua2nya. Kalau dah order bihun sup, makanya minum air kosong je. Kalau dah order teh limau, makanya makan angin je. Kalau orang tanya kenapa tak nak makan, jawab je dah kenyang. Hohoh... Giler2 punya saving ni. It's true! Memang itu yang Nani buat.

9. SHARING IS CARING

Bagi mereka yang bujang, suka masak2 macam Nani, rajin2lah bagi makanan tu untuk jiran tetangga atau kawan2 tempat kerja ye. Tapi kena ikhlas la ye, baru dapat pahala. Kalau kuih2 yang anda masak itu dibalun sorang2, mak aihh...Konfem tak turun berat badan tu. Nani tak berapa excited sangat nak masak lauk2. Selalunya dalam blog ni banyak cerita tentang kuih2. Sebabnya memang dari kecik suka main2 dengan tepung, uli-menguli ni. Kalau masak apa2 jenis kuih sekalipun, selalunya Nani buat separuh adunan je. Kemudian, tinggalkan di rumah separuh, lagi separuh bagi kawan2 atau jiran2. Kalau kuih jenis yang tahan lama, simpan je dalam peti sejuk, buat frozen ala2 pesen KAK TUN TELANI la ni. Makan seminggu pun belum tentu habis. Nak kata Nani skip betul makanan bergula ni susah jugak sebab memang Nani suka buat kuih2. Tapi buat sikit jela. Makan sikit, selebihnya rezeki orang lain. Orang kata sekadar menghilangkan rasa kempunan tu. Yalah, kalau di Pekan Kinabatangan ni mana ada orang jual brownies, kek karamel, kuih bingka bagai. Makanya kalau teringin, kena masak sendiri. Tapi sebab nak rasa je kan, makan sikit2 dah le..

10. CAKAP SERUPA BIKIN

Hohoh....Penat pulak menaip panjang2 ni. Tak jugak habis slice cheese yang sekeping tu. Alih2 masuk fridge semula. Hokay, kalau dah Nani tulis ni maksudnya benda2 ni memang Nani buat. Cuma, tidak jugak 100%. Ada masa2nya dilanggar jugak mengikut situasi tertentu. Nani dah update entry ni maksudnya apa yang ditulis tu akan sentiasa mengingatkan Nani setiap perkara yang boleh dan tak boleh dibuat. Jadi, sebelum orang cakap pape, biarlah kita cakap serupa bikin dulu. Ini memang dah dibuat dan syukur dah hampir berjaya pun walaupun target asal masih jauh. Carilah kawan2 blogger yang masih bersemangat berdiet walaupun masing2 suka memasak macam Nani jugak seperti KAK CENDANA KASIH, KAK CIK KAMOO, KAK ZALIN ZALINA. Masing2 di antara mereka sentiasa buat Nani bersemangat nak sama2 kurus. Masak tetap masak, tapi tidak mengubah matlamat asal diri.

GANBARE!!!

Tuesday, June 26, 2012

Sharing Is Caring

Assalamualaikum....Hohoh....Tak larat nak taip pape sebab penat sangat. 2 Hari berturut-turut ada program di PPD Kinabatangan. Walaupun tidak menjadi fasi, tapi oleh sebab kerja2 pengurusan lain nak kena buat, makanya diri ini lebih sibuk dari seorang fasi. Alhamdulillah, sijil bertaip nama, laporan program untuk 2 hari terus siap hari ni jugak. Dah submit sampai KK pon. Hebat guru2 kaunseling Kinabatangan (puji diri sendiri jap). Eh! Kata tak larat nak menaip panjang2. Tiba2 banyak pulak idea terkeluar...

Oklah, saje nak tayang gambar yang tak seberapa ini....

Me dengan memakai baju korporat Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Kinabatangan. Jika kami menghadiri kursus atau pun menganjurkan program yang melibatkan unit kaunseling, jadi baju ni wajib dipakai. Sebenarnya kalau dah namanya baju korporat, semestinya baju itu diukur ikut shape badan. Baju ni Nani tempah pada bulan puasa tahun 2009. and..... u know what??? Kejap je boleh pakai sebab tahun 2010 berat naik mendadak sekali. Pernah juga ada program dibuat dan kami pakai ni. Guru2 kaunseling takde pulak cakap pape sebab masing2 pun ada sepasang. 

Apabila sampai di sekolah, tiba2 ada suara yang tidak berapa sedap didengar....

Dia : Apa perasaan apabila pakai baju ni?

Me : Panaslah. Kainnya tak serap peluh 

Dia : Bukan....Maksud saya perasaan apabila pakai baju yang boleh nampak 3 spare tyres.

Me : !%@$^^**&$#%&())*^$@@%^&*) 

Kurang ajar kan dia cakap macam tu??? Huhuh....Yolah, saya sedar diri saya macam mana....

Kemudian, setelah 2 tahun berlalu, tiba2 ada lagi orang menegur saya pada hari ini apabila melihat saya memakai baju yang sama...

Dia : Kenapa ko tak pakai dengan seluar?

Me : Tak nak lah...Nanti nampak seksi. Malu...

Dia : Eh? Pandai malu jugak ko....

Me : Huhuh.......(dalam hati saya tahu dia nak perli sape sebenarnya) Hohoh....

Dia : Kalau ko boleh turun lagi 3 kilo ngam suda tu. Ko pigi Jipun, carilah ubat kurus. 

Me : Tak nak lah...Mahal....Saya puasa ja... (ayat kelentong baek punya!)

Hohoh....Macam2 orang ni kan? Seriously, saya bukan jenis yang suke sangat baju fit. Kalau ada baju seksi meksi pun pakai dalam rumah time2 kemarau panjang ni. Kalau kata nak pakai kebaya tu jauh sekali la. Rasanya seumur hidup saya ni memang tak pernah memiliki kebaya pun. Sebab dah tahu, nanti muat kejap je. Baju korporat ni pun rasa konfiden sikit nak pakai sebab berat dah turun nak dekat 10 kilo berbanding 2 tahun lepas. So, hari ni saya dah tak dengar orang nampak spare tyres lagi...Baju korporat tu pun dah nampak macam baju kotak2 pulak.

Tapi saya rasa bersyukur sebab dapat banyak sokongan daripada orang di sekeliling saya. Kawan2 yang sama mengajar sesi petang pon ada 2 orang dah berjangkit. Masing2 dah turun lebih 5 kilo. Berbanding dulu, orang selalu mengumpat kita kalau kata nak diet sebab mereka belum nampak hasilnya. Kali ni saya diet secara senyap2 kemudian lepas orang perasan baru saya cakap...Sharing is caring kan....

Tuesday, June 12, 2012

Dan Program Diet Bermula.....

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Setelah bercuti selama dua minggu dengan berat badan naik 1 kilo ni menyebabkan Nani rasa sedikit senang hati sebab tak perlu nak diet mengejut sangat selepas kantoi ni. Selalunya kalau selepas Nani berhenti diet, Nani akan mula semula tapi masih lagi mengambil carbs dalam jumlah kuantiti yang sedikit sebab takut badan terkejut pulak kalau tak cukup tenaga ni. Jadinya, semalam Nani just makan beberapa ketul roti n kek untuk buat alas perut. Dah nama lagi baru balik dari bercuti, jadinya belum ada lagi mood nak memasak di dapur tu.

Untuk dinner semalam, Nani makan 3 ketul sosej yang dibelah dua bersama dengan mayonis. Bukan apa, kalau sosej yang dibelah ni cepat masak. Lagipun nampak macam banyak. Heheh...psiko je lebih. Biasanya Nani panggang guna non stick pan je sosej ni.Tak letak minyak pun sebab dalam sosej sendiri memang dah berminyak.

Gambar blur sikit sebab tak cukup cahaya. Huhuh....

Ini jenis mayonis yang Nani guna. Memang dah kaji2 kat pasaraya, brand dan jenis ni je yang HALAL dan kurang kandungan carbs. So, memang sengaja Nani tak beli dah sos cili, sos tomato n what so ever tu sebab kandungan gula n carbs yang sangat tinggi. Kalau tak caya, boleh tengok sendiri di bahagian nutrition infomation setiap botol sos cili, sos tomato, sos tiram tu. Sangat bahaya! (bagi mereka yang berdiet jela). Tapi kalau nak makan sosej tanpa sebarang pencicah pun takpe.

See! carbs per serving (14g @ 1 tbsp) = 0.8g sahaja! But then, terus terang la rasa mayonis ni tidaklah sesedap mayonis sebenar lady's choice atau pun jenis mayonis lain. Tak tahulah kat mana kurangnya. Tapi memang biasalah kalau makanan sihat ni jarang kita boleh jumpa yang sedap2 kan? Kalau rasa nak makan sedap, tanya balik diri NAK KURUS KE TAK??? Hohoh...

Monday, June 11, 2012

Melantak Bagai Nak Rak....Akhirnya???

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Alhamdulillah Nani dah selamat sampai ke Bukit Garam semula petang semalam...Memang penat sebab perjalanan yang begitu lama, hampir 24 jam! Yalah, transit di KLIA pun dah 12 jam. Huhuhuh....Setiap kali macam ni mesti terfikir2 dalam hati, bila lah nak dapat pindah ni.... Rasa tak puas cuti 2 minggu di kampung. Tapi, tula kan...Bukan semua cikgu boleh bercuti penuh selama 2 minggu ni. Ramai lagi cikgu2 lain yang terpaksa datang ke sekolah menyelesaikan segala kerja2 tambahan lain.

Sebelum balik hari tu Nani tekad gak dalam hati nak teruskan program diet ni. Tapi, yang sebaliknya pulak berlaku. Setiap pagi ayah belikan nasi berlauk dan nasi kerabu. Mak aihhhhhhh! Tak boleh tahan beb! Pastu malam pulak mak makan nasi ulam cicah budu. Takkan nak tengok saje2 kan? Dengan kite sekali beria makan bertambah2... Selalunya makan nasi 2 kali seminggu, tapi kali ni 2 kali sehari makan nasik! Serius takut nak naik alat penimbang kat kampung tu. Tapi, setelah sampai di Bukit Garam, perkara pertama yang Nani buat adalah timbang berat badan. Tahu tak, selama 2 minggu Nani melanggar pantang tu hanya naik 1 kilo je!!! Huhuh....Syukur tak terkata rasanya....

Apabila difikir2 balik, mungkin sebab banyak aktiviti yang dibuat masa cuti kat kampung tu. Mana nak uruskan homestay lagi, nak buat kuih apam lagi, nak kemas rumah lagi, melayan karenah anak2 buah lagi...macam2 lagilah! Memang 2 minggu cuti tak rasa apa pun sebab aktiviti yang begitu padat sampaikan lemak2 tak sempat nak melekat kat badan. Huhuh... Insyaallah dah mula kerja ni nak kene teruskan semula program diet. Harap2 boleh turun sampai ke angka 50kg sebelum raya nanti. Insyaallah...Memang betul2 dah ni.

11/06/2012 = 55.4kg

Friday, May 18, 2012

Kisah Diet 8 ~ Diet Yang Terbengkalai

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah lama tak bercerita tentang diet ni. Bukan apa, selama 3 minggu ni berat Nani maintain aje 54kg. Kalo naik sekilo pun, akan turun balik. Kalau turun sekilo pun, akan naik balik. Rata2 memang lebih kurang 54kg jela. Baaaaaaaaaaaanyak betul masalah kesihatan kebelakangan ini. MasyaAllah....Rasa tak tertahan betul dengan cuaca yang begitu panas. Nani pun tak berani lagi nak puasa memandangkan panasnya tu memang terik.

Pada minggu pertama Nani disahkan darah rendah. Kebarangkalian jadi macam tu sebab terlampau penat. Makanya, Nani terpaksa ambil makanan yang mengandungi carbs walaupun dalam hati ini sungguh tidak rela! Alhamdulillah dah takde pening2 lagi. Minggu kedua pulak Nani kena ulser dalam mulut yang sangat teruk! Bukan di bahagian lidah tapi bahagian dalam pipi. Kena pulak tempat tu ada gigi yang agak tajam. Kalau mulut bergerak2 makanya pipi yang terkena ulser tu pun turut bergeser dengan gigi. Sakitnya tu Allah jela yang tahu sampaikan Nani susah nak makan @ minum air. Disebabkan ulser teruk selama 3 hari itu, Nani diduga lagi dengan gastrik. 

Tak pernah dalam hayat Nani ada penyakit gastrik. Tapi tiba2 boleh rasa pedih ulu hati. Mula2 tak faham jugak kenapa boleh jadi macam tu. Ingatkan sakit yang biasa2 je. Rupanya berlarutan sampai 1 hari. Apabila tanya kawan2, semua cakap tu permulaan gastrik. Tapi, oleh kerana tidak mahu terima kenyataan jugak, Nani call mak lagi. Dia pun cakap benda yang sama dan suruh Nani minum susu banyak2. Tak puas hati dengan jawapan tu, Nani minta tolong Afwani tanya kawannya lagi. Dia pun cakap benda yang sama jugak! Akhirnya pasrah jela bahawa sesungguhnya Nani dah kena intro gastrik. Mulut masih lagi ada ulser, jadi Nani hanya minum susu kotak guna straw, sedut pelan2 je. Sedih kan? sob sob sob...Disebabkan itu juga, Nani kukus pau sebanyak 12 biji dan Nani akan pastikan setiap 3-4 jam perut Nani diisi dengan makanan. 

Alhamdulillah, ulser dan gastrik dah pulih. Konon2 nak puasa lagi minggu ni tapi macam tak terdaya memandangkan cuaca yang panas begini sampai ke malam. Jadinya, Nani fikir kalau minggu depan cuaca ok, Nani nak puasa semula. Dah lama tak berpuasa. Keberkatan dan kenikmatan menyuapkan setiap makanan sewaktu berbuka itu sungguh berbeza sekali. Nani tak tahulah kawan2 lain macam mana. Tapi kalau Nani berpuasa, cukup dengan air kosong dan roti @ pau 2 ketul je. Memang boleh kenyang sampai ke waktu sahur berikutnya.

Ada lagi seminggu nak balik kampung. Rasanya menu Nani minggu depan berasaskan tepung & sardin jela kot sebab malas nak topup stok barang dapur. Nanti dah buka sekolah baru beli barang2 dapur yang lain. Harap2lah badan ni sentiasa sihat. Dah tak sabar nak balik kampung jumpa mak dengan ayah. :)

Friday, May 4, 2012

Menu Diet~Tom Yam Ayam Sempoi

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Hari ni nak bercerita merepek merapu sikit sebelum bercerita pasal menu yang dimasak tu. Selalunya kalau kita post gambar2 masakan, bercerita pasal menu yang dimasak, orang akan cakap, "PANDAINYA KO MASAK" ataupun "RAJINNYA KO MASAK" Huhuh....dan selalunya yang memuji itu adalah mak2 orang, bini orang (rakan yang bukan rakan blogger seperti anda yang selalu memberi komen). Terima kasih banyak2 atas pujian2 itu. Kembang kempis idung ai kejap...Huhuh....Honestly speaking, Nani bukan juga rajin @ pandai. Tapi, atas desakan hidup di tempat orang menyebabkan kita dengan sendirinya kena masak walau apa cara sekali pun.

Tinggal di tempat yang jauh berbeza budaya dan cara hidup dengan tempat asal usul kita memerlukan kita berdikari dalam semua perkara. Kalau di tempat Nani sekarang, semestinya tidak ada nasi kerabu, nasi dagang, spaghetti carbonara, lasagna, kuih cekmek molek, kuih bingka, rainbow cake, caramel cake dan sebagainya sepertimana yang ada dijual di kawasan Kota Bharu. Kalau di Kuala Lumpur sekali pun masih lagi kita boleh cari di pasar2 malam yang ada penduduknya berasal dari Kelantan. Sebab itu Nani boleh buat kesimpulan, mereka yang tinggal di luar negara lebih cenderung untuk mencuba pelbagai resepi berbanding mereka yang tinggal di kampung lebih2 lagi kalau ada orang tua sebab di tempat yang jauh begitu memang susah nak jumpa menu2 yang ada di tempat asal kita. Tapi tak semua la mcm tu kan...
Jadi, dalam rasa teringin nak makan menu2 tu semua Nani belajar untuk buat sendiri. Memasak ni tidak perlu kita ikut citarasa orang lain. Bagi Nani, citarasa setiap orang adalah berbeza. Ada orang suka makan kek, ada yang suka makan muffin, ada juga yang suka makan roti. Kita masak ikut rasa tekak kita macam mana. tu pasal asik menderhaka dengan resepi je. wuwuwuwu.... Jadi, kali ni Nani buat tomyam yang paling sempoi kot setakat ni. Kiranya masak ikut apa yang ada di rumah aje. Maaflah kalau ada persamaan dengan mana2 resepi ke sebab Nani belajar masak ni dengan mak aje.

TOMYAM AYAM SEMPOI

bahan :
2 ketul ayam -potong kecil2 isinya
3 cawan air
1 kiub tomyam knorr
3 ulas bawang putih -ketuk
1/2 labu bawang besar -hiris panjang
1 inci halia -ketuk
4 tangkai cili padi -belah
2 helai daun limau purut muda
garam/gula secukup rasa
1 inci lengkuas -ketuk
1 batang serai -ketuk
1 biji tomato -belah 4
sayur kobis bunga
sayur kobis
sayur lobak merah
cendawan butang
asam limau nipis -perah, ambil jusnya

Cara :
  1. Masukkan air, ayam dan kiub dalam periuk. Rebus sehingga ayam empuk dan masak.
  2. Sementara itu boleh masukkan bahan2 lain seperti bawang, halia, cili padi, daun limau purut.
  3. Boleh tambah bahan2 tulisan biru jika ada. Nani tak letak sebab tiada stok di rumah.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Apabila sayur sudah lembut, ayam dah masak, boleh hidangkan.
Rasanya macam menu tomyam la kot yang paling senang. Boleh campak2 aje kat dalam periuk. Tak perlu tumis pun. Cuma kena pastikan cukup rasa masam, masin, pedasnya. Kalau ada udang/sotong pun boleh masukkan juga. Tapi Nani tak berapa suka bercampur macam tu nanti tak rasa ayamnya. Tapi terpulang kepada citarasa masing2 la kan? 
Di rumah Nani memang sentiasa ada stok kiub2 macam ni sebab kadang2 bahan di rumah tak berapa nak cukup. Jadi, kalau ada kiub2 ni senang nak masak apa2. So, resepi menu senang dah diberi. Kalau kata tak reti nak masak tomyam juga tu tak tahulah nak cakap macam mana (padahal Nani sendiri pun dah start kerja baru reti masak tomyam). It's better late than never rite??? Huhuh....

Wednesday, May 2, 2012

Menu Diet~Sup Ayam Ala Utara

Assalamualaikum... Salam sejahtera....

Hari ni Nani lambat sikit bersiaran sebab tak sempat nak online pagi2 (ada org kesah ke?) huhuh... Bukan apa, dek kerana tidak dapat menahan air liur menitik2 dari skrin komputer ini tatkala melihat Kak Tun Telani menayangkan Sup Ayam Ala Utara sambil tersengih2 semalam... Sebenarnya Nani berniat nak buat Sup Ayam Hadnyai macam yang Kak Q tayang tu. Sebelum ni memang dah terpikat dengan sup yang Kak Ika buat. Tapi, Nani terlupa nak beli beberapa jenis lagi bahan untuk buat sup ni. Makanya terpaksalah ubah plan kepada Sup Ala Utara ni.
Sesungguhnya, Sup Ala Utara ini tidak kurang juga hebatnya. Nani buat tidak banyak pun sebab suka dengan rasa rempah yang pekat. Jadi, Nani potong-potong 2 ketul ayam di bahagian atas paha tu supaya isi ayam lebih cepat empuk. Sambil2 mereneh sup ni Nani kemas rumah macam biasa. Apabila sudah siap mengemas, Nani pun menikmati sup ayam ni 2 mangkuk sekali gus sebagai breakfast + lunch pada hari ini. Sungguh sedappppp! Sebelum ni kalau buat sup Nani tak pernah pula tambah serai. Tapi resepi ni ada taruk serai. Aroma segala rempah2 tu memang mengasyikkan sehingga Nani tak sempat nak update blog pagi2. Pulun duk hirup kuah sambil kesat2 air mata sebab tergigit cili padi. Huhuh...

Jadinya, dapat makan 2 mangkuk sup ayam ni pun sudah buat Nani cukup kenyang pada tengah hari tadi. Untuk dinner ni kena masak menu lain pulak. Esok baru Nani update menu tu. TUNGGGUUUUUU!


Sup Ayam ala Utara
Resepi Asal : Kak Malida
Sumber : Kak Madihaa,  kak ika, kak Q
Sumber : Kak tun telani

Bahan2 utk sup :
1/2 kilo ayam- potong2
Minyak (kalu guna cara menumis) - tun & nani  tumis
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumbuk kasar) - tun & nani tumbuk kasar
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih

Bahan Kisar : - tun & nani tumbuk
1 labu bawang besar -nani guna bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar
1 batang serai - dititik
1/2 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes -nani guna kiub punjut knorr
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga ayam empuk)
garam
serbuk lada hitam secukupnya
*bahan Nani tambah
1 biji kentang -potong kecil2
1/3 batang carrot - potong panjang2
bawang goreng
limau kasturi
cili potong

Cara2 :
  1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
  2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
  3. Masukkan ayam. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
  4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..
  5. Dah siap. boleh tabur dgn daun sup dan bawang goreng ^^
Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan ) -walaupun cara ini lebih menyihatkan, Nani tetap juga tumis dulu (guna minyak jagung) sebab aromanya akan lebih terserlah kalau rempah tu ditumis. 
Kalau buat sup, Nani memang suka buat bawang goreng sendiri. Kemudian minyak tu diguna semula untuk menumis rempah. Kalau dihidangkan pula, Nani suka masukkan cili padi potong + asam limau. Memang superb la! Terima kasih kepada semua yang telah kongsikan resepi ini Sesungguhnya, jasamu dikenang. Heheh..

Saturday, April 28, 2012

Ayam Panggang Rempah Lima ~Menu Diet

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Hadoi...Nani rasa macam sepanjang minggu asik makan ayam je. Yela, dah memang itu je lauk yang Nani beli dan simpan dalam peti. Sosej ayam pun masih ada sebungkus. Tapi dah rasa muak pula nak makan tu. Scrambled egg pun dah lama Nani tak buat sejak2 dah habis induction ni. 
Jadi, kali ni Nani nak berkongsi satu menu diet yang Nani buat dalam minggu ni. Sangat simple dan mudah dan amat sesuai untuk orang pemalas macam Nani.

Untuk kali ni Nani buat ayam panggang menggunakan REMPAH LIMA MAGGI. Caranya sangat mudah iaitu, cuci ayam bersih2 dan toskan airnya. Perapkan ayam dengan dengan 1 sudu besar REMPAH LIMA MAGGI + 1 sudu besar minyak jagung semalaman. Kemudian, panggang macam biasa atas non stick pan. Nani pasang api kecil kemudian tutup pan tersebut. Lebih kurang 10minit, balik2kan ayam dan panggang lagi 10-15 minit mengikut saiz ayam.
gmbr ehsan google
Ini adalah contoh rempah lima yang Nani gunakan. Tidak perlu tambah garam/gula/bawang/dll sebab memang sudah cukup rasa semuanya di situ. 1 paket ni mengandungi 40gram. Nani selalu masak pun 2 ketul je setiap kali. Jadi, 1 paket ni boleh buat sehingga 8-10 ketul ayam. Lagi banyak ayam, lagi jimat la kot. Kalau ada yang pemalas macam Nani boleh cuba la kot menu ni. Huhuh...

Friday, April 27, 2012

Menu Diet ~ Ikan Putih Masak Stim

Assalamualaikum...salam bahagia...

Hari ni rasa macam rajin sikit nak berkongsi menu diet yang Nani buat minggu lepas. Actually Nani buat ni bersama kawan2 di Sandakan... Tak tahu macam mana kisahnya petang tu tiba2 kami rasa lapar. Disebabkan terlambat bawa keluar ikan dari freezer, makanya kami decide untuk buat stim aje. Jadi, ais dari ikan tu mencair dalam periuk kukusan...Lantaklah situ. Janji boleh makan. Kalau dapat ikan yang segar, mungkin lagi sedap la kot.
Jadi, untuk menu ni Kami buat mengikut apa yang ada di rumah diorang je. Walau apapun, tetap juga sedap di tekak Nani. 

IKAN PUTIH MASAK STIM
resepi : Nuwairani

Bahan :
3 ekor ikan putih
4 batang serai -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
1/2 biji bawang besar -dadu/hiris bulat
2 biji asam boi
1 inci halia -hiris panjang
10 biji cili padi
lobak merah -hiris bulat (takde stok)
kobis bunga -potong kecik (takde stok)
tomato -potong dadu (takde stok)
sedikit garam
sedikit gula -optional
1 sudu besar perahan limau nipis

cara-cara :
  1. Bersihkan ikan, toskan airnya. Lumurkan sedikit garam pada ikan di dalam bekas yang ingin dikukus.
  2. Taburkan semua bahan2 lain di atas ikan.
  3. Kukus ikan sehingga masak. Sedia untuk diratah!!
  4. note : tak perlu letak air sebab air ikan tu akan keluar sendiri. 

Thursday, April 26, 2012

Kisah Diet 7 ~ Housework Will Keep You Fit

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Hmmm....Ramai juga yang menganggap diet Atkins tak perlu exercise..Memang tidak dinyatakan secara terperinci mengenai exercise, tetapi semestinya kita kene buat juga exercise walaupun bukan hari2. Kalau dah makan ikan stim 2 ekor, pastu baring terbongkang, konfem berat pun tak mahu turun. Lagi satu, kita tak mahu kulit dan isi menggeleber, lembik dan tak cantik. Ok, sebelum ni Nani selalu update status di FB tentang aktiviti Nani di waktu pagi sebelum bersiap2 ke tempat kerja. Ramai yang menyalah ertikan apa yang Nani buat tu untuk menunjuk-nunjuk macam Nani ni rajin sangat buat kerja di rumah. 

Kawan2 di FB Nani terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latar belakang dan cara kehidupan yang berbeza. Ada yang berjogging 5km setiap hari di tepi tasik dengan catatan masa 45 minit! Ada juga yang buat aerobik di gym 3 kali seminggu, sejam setiap sesi. Tidak kurang juga yang melompat tali skipping 100-200 sehari. Lain lagi yang guna alat exercise di depan TV. Yes, memang kawan2 Nani rata2nya tengah berusaha menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, Nani tidak mampu untuk ikut seperti yang mereka buat setiap hari disebabkan rumah yang sempit (nak aerobik pun tak bleh), jauh dengan gym (drive sejam lebih baru jumpa gym), takde tempat sesuai untuk jogging (di sini terlalu banyak anjing liar & kawasan agak kurang selamat). Memang banyak alasan kan? Tapinya, Nani percaya kepada HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT.

Seboleh-bolehnya Nani cuba untuk buat kerja2 rumah setiap hari. Selalunya Nani akan menyapu lantai, mengemop dan menggosok baju. Tapi bab menggosok baju tu selalunya seminggu sekali je. Ok, Nani akan cerita lebih detil lagi. Kalau kita menyapu, kipas mesti kita akan padamkan. Betol tak? Lepas tu badan akan membongkok2, menyorong batang penyapu di celah2 kerusi dan meja. Dah namanya exercise duduk bangun kat situ. Then, badan memang akan berpeluh2. Kalau tak berpeluh juga, cuba lagi dengan mengemop pula. Pergerakan yang lebih kurang sama, cumanya akan menggunakan tenaga yang lebih sikit sebab nak menolak mop yang basah sehingga mengena pada setiap genap lantai rumah. Memang Nani akan sapu, mop lantai dari bilik, ruang tamu dan dapur setiap hari jika tiada apa2 yang Nani buat pada pagi tu walaupun rumah tidaklah begitu kotor pun. 

Masa yang diambil lebih kurang 15-20 minit je untuk selesaikan semua tu. Asalkan badan boleh berpeluh tu kira ok la. Kemudian, kalau mencuci kain pula, mesin basuh Nani rosak. Tak boleh nak guna pengering (spin) tu. Jadi, setiap kali menjemur memang kene perah kain2 tu sendiri. Lepas tu kita kebas2 (apa perkataan dalam bahasa standard ek?) kain tu supaya tidak berkerut dan boleh dijemur dengan senang. Hmmm...itu pun exercise tangan juga. Manalah tahu boleh naik muscle nanti. Dah siap jemur kain, angkat kain, boleh gosok baju pula. Yang tu hari lain la kene buat. Tak sempat buat dalam hari yang sama.

Di tempat kerja pula, selalu exercise naik turun tangga. Kalau orang yang kerja pejabat, yang hanya duduk di tempatnya sahaja mungkin jarang naik turun tangga. Tapi, kalau di sekolah (macam tempat kerja Nani) memang banyak naik turun tangga. Bilik Nani di tingkat 2, pejabat pula tingkat bawah. Kelas2 tu semestinya di merata2. Jadi, Nani tak pernah kira berapa banyak anak tangga yang Nani naik setiap hari. Cumanya, kalau dulu Nani selalu mengeluh kalau naik turun tangga. Sekarang Nani rasa seronok pulak walaupun penat. Wanita yang berkerjaya mungkin susah nak jogging @ pergi ke tempat gym. Tapi, segala peluang yang ada kita gunakan sebaik mungkin supaya setiap masa yang kita ada itu bermanfaat.

Rasanya suri rumah pun boleh buat macam2 jenis exercise di rumah sendiri. Boleh sental bilik air setiap hari, sinki yang berkulat di dapur, habuk2 yang terkumpul di bawah perabot, dan macam2 lagi la. Kesimpulan yang Nani nak cakap di sini adalah tidak ada alasan yang boleh menyebabkan kita tidak boleh melakukan exercise di rumah. Sama ada anda mahu atau tidak, itu sahaja. Bagi Nani, setiap kali Nani melakukan exercise di rumah, hati Nani akan berkata, HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT! Kalau Nani boleh, anda pun mesti boleh!!!

p/s : akaun FB Nani dibekukan untuk sementara waktu disebabkan ada sedikit penyelenggaraan. Nanti Nani akan beroperasi lagi kemudian.

Tuesday, April 24, 2012

Kisah Diet 6 ~ Menu Sepanjang Induction

Assalamualaikum...salam sejahtera....

Sepanjang bulan Februari yang lalu merupakan tempoh induction Nani untuk program diet Atkins ni. Tak ingat berapa lama Nani induction. Tapi yang pastinya memang tidak kurang daripada 2 minggu. Dalam tempoh tu memang Nani jarang masak menu yang selalu ditayang dalam blog dan masa tu juga memang Nani jarang update blog. Sibuk tu dah satu hal. Pastu tak ada idea nak bercerita selain dari masak-memasak ni.

Sepanjang tempoh itu juga, macam2 dugaan yang Nani terima. Sabar jela kan...Sampai kawan2 sekeliling pun ada tanya, NI APSAL BERIA-IA BETUL NAK BERDIET? Orang kalau dah berdiet, nak apa lagi...? Mestilah nak kurus kan? Huhuh...Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada azam tahun 2012 Nani. Tahun lalu pun berazam macam ni juga. Tapi dapat turun dari 65kg kepada 58kg je. Pastu start cuti, naik balik jadi 62kg. Huhuh...Sia2 je usaha selama ni.

Salah satu masalah bagi mereka yang mengamalkan diet Atkins ni adalah blur tak tahu nak makan apa. Sejujurnya, Nani pun bosan dengan menu yang dimakan hari2. Tapi apa boleh buat, dalam hati memang dah tekad nak betul2 disiplin. Bayangkan, masa sukan sekolah hari tu makanan yang disediakan adalah seperti nasi hujan panas, nasi daging black pepper, nasi kerabu...Tapi, Nani terpaksa menolak semua menu tu sebab masih dalam induction. Jadi, apa yang Nani makan ye?

SARAPAN
  1. 2-3 batang sosej dipanggang (tanpa sos) @
  2. 2 biji telur hancur + bawang dadu @
  3. 2 biji telur bungkus + 1 keping keju @
  4. Seketul ayam goreng/panggang @
LUNCH
  1. Semangkuk tomyam sayur @
  2. Semangkuk sup sayur + telur @
  3. 2 ekor ikan kembung goreng/panggang @
  4. 2 ketul ayam panggang black pepper
DINNER
  1. 1 ekor ikan masak stim @
  2. 1 mangkuk sayur pucuk paku goreng @
  3. 1 mangkuk sup sayur dengan sosej @
  4. 1/2 mangkuk salad kobis + tomato + mayonis
***** sebelum pengambilan makanan, Nani pasti akan minum 700ml air terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam atau lebih baru Nani minum semula air kosong tu. Purata jumlah air yang diminum setiap hari adalah lebih kurang 3-4 liter. Memang kene minum lebih supaya badan kita dapat membuang toksin dengan mudah dan untuk mengelakkan daripada terkena sembelit.

Ini adalah sebahagian menu yang Nani biasa makan sepanjang tempoh induction. Kalau rasa bosan, boleh pelbagaikan menu supaya tidak muak makan benda yang sama. Nani memang akan elakkan sos cili, sos tomato, kicap, sos black pepper kerana kandungan carbs yang sangat tinggi. Jadi, di rumah pun memang Nani tak beli sos tu semua. Kalau nak rasa sedap untuk perap ikan @ ayam, pandai2 lah alter campuran rempah2 dengan garam. Kalau nak manis sikit pun, Nani letak gula PAL SWEET yang dalam paket2 kecil tu ataupun letak bawang merah tumbuk sebab ada rasa manis2 sikit dalam bawang.

ikan sebelah yang diperap dengan garam + kunyit kemudian dipanggang atas non stick pan je. Lenkali Nani nak letak kunyi sahaja. Ikan ni Nani makan separuh untuk dinner dan separuh lagi lunch.

Sayur pucuk paku goreng. Nani buat 1 ikat. Kemudian separuh lunch, separuh dinner. Makan bersama dengan ikan sebelah tadi. Sedap gak sekali sekala makan macam tu.

okay, kalau kawan2 ada menu sihat macam ni, boleh la kita share2 ek!

Monday, April 23, 2012

Kisah Diet 5 ~ Welcome To The Club

Assalamualaikum....Salam ceria!

Hohoh....Pasni kalau ada yang nak muntah dengan entry diet Nani, sila muntah jauh2 ye. Jangan muntah depan lappy, kang tak pasal2 ada biji2 nasi kat depan skrin tu ha... Ok, Nani copy n paste cara2 nak diet Atkins dari page INI. Nak buka page tu pon boleh, nak baca di sini pun boleh.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.


Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance  
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:
  1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
  3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
  8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
  9. Pizza? Makan topping sahaja.
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.


Contoh sarapan / Breakfast

  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb 
(meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
  2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
  9. Bihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepaket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu


Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breakthru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. - 0.5 karbohidrat


Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). - 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat - 0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.


4.) ATAU makan salad sekali lagi
Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing


Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..


Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction :
  1. 1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
  2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
  7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet


Bahagian Daging:
1. Semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2. Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.


Section Frozen Food / Makanan Dibeku:

  1. 1.) Berhati2 memilih sosej dan burger. Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
  2. Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
  3. Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:

  1. Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
  2. Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
  1. Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
  2. Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
  1. Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
  2. Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

  1. Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
  2. Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
  3. Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:

  1. Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
  2. Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
  3. Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
  4. Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
  5. Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
  6. Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:

  1. Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
  2. Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
  3. Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
  4. Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain asalkan BUKAN nasi, roti.
  5. Fast food (McDonalds) - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
  6. Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je. Pilih salad sekali.
  7. KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
  8. Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je. Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas. Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya. Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar. 

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.  

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan. 

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu. 

Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi. Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com

Hokay! Nani dah dedahkan apa yang Nani telah buat...Dengan berat 62kg pada Januari lalu, kini Nani dah capai 53kg. Anda bila lagi??? Lepas ni kita kongsi2 resepi menu orang diet pula ye!

Sunday, April 22, 2012

Kisah Diet 4~Permulaan Untuk Diet

Assalamualaikum..Salam sejahtera....

Hari ni Nani nak berkongsi satu menu diet yang akan menjadi kesukaan Nani nanti. Sebenarnya Nani cilok resepi ni dari blog Kak Azatiesayang. Untuk disesuaikan dengan orang yang sedang berdiet sihat macam Nani sekarang, ada beberapa bahan yang Nani ubah sikit.



AYAM PANGGANG BEREMPAH

resepi : lukisanmilikku.wordpress
sumber : Azatiesayang
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan :

Ayam dipotong dan dibersihkan serta ditoskan lalu dilumur dgn sedikit garam dan kunyit -nani tak letak pun garam dan kunyit

Bahan2 perapan :

4 bwg merah
4 bwg putih
sedikit halia
5 tangkai cili kering (dibuang biji dan dilembutkn dgn air panas @ cili boh @ cili merah)-atie isi lbh -nani tak bubuh
1 camca besar lada hitam
1 camca besar rempah ratus campuran (halba campur) -nani letak rempah lima maggi 1 sudu besar
2 camca besar sos tiram -nani tak letak
2 camca besar madu (optional) -nani tak letak
2 camca besar gula -nani tak letak
1 camca besar garam -nani tak letak
4 camca besar kicap pekat manis -nani letak 1 sudu je
4 camca besar sos cili (nk pekat, tambah lagi lps blend) -nani tak letak
sedikit air supaya boleh blend sume ni -nani tumbuk semua bahan (tak letak air pun)

Cara-cara :
  1. masukkan semua bahan perapan di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga puas hati…hehe.. sampai 80% halus… jgn halus smpai jd air plak…
  2. kemudian, masukkan bahan perapan yg diblend td dlm ayam yg telah digaram kunyitkan.. perapkan ayam dan bahan tersebut selama yg mampu.. lagi lama lagi sedap.. (kalo lama sgt letak dlm peti ais yer…) -nani perap 24jam
  3. pastikan semua celah2 ayam kena bahan perap dia.. supaya ayam tu akan sedap sehingga menjilat jari.. :p
  4. dah perap, susun dlm pemanggang ajaib bersama kuahnyer.. dan panggang sehingga 15 minit dgn api perlahan.. -nani bakar dengan non stick pan je
  5. buka pemanggang dan ambil kuah yg dah mendidih tu… supaya ayam cepat kering.. kuah tu bulih buat kuah ayam panggang nanti…tutup semula dan tggu selama 5 minit.
  6. bila ayam dah kering, alihkan ayam.. dan tutup api jika dah nampak sedikit hitam (hangit la tu.. kiki )
  7. sedia dihidang…
Dalam usaha untuk membakar lemak, kita mesti makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang rendah. Paling tinggi pon 20gm setiap hari. Dari mana datangnya karbohidrat itu? Ha....dari jenis2 makanan yang Nani senaraikan dalam entry Kisah Diet 3. Jadi, untuk pengetahuan semua juga, setiap kali membeli sesuatu makanan, kita mesti cek dulu jumlah carbs yang terkandung di dalam makanan tersebut. Nani memang dah kaji setiap jenis makanan sebelum dibeli. SOS TIRAM, KICAP, SOS CILI, SOS BLACK PEPPER, SOS TOMATO, memang mengandungi carbs yang tinggi! Untuk menggantikan sos tersebut, Nani guna mayonis. Yes, kalau tak percaya korang boleh tengok di botol mayonis dan sos cili, kemudian bandingkan dalam penggunaan 1 sudu besar (15ml). Mayonis pon ada juga jenis yang carbs rendah. Pilih mana yang sesuai la untuk dijadikan bahan pencicah. Kalau tak makan ni, lagi bagus!

Menu untuk orang berdiet semestinya tidaklah sesedap menu orang yang melantak. Tak boleh makan benda yang bergula, dan carbs yang tinggi. Dalam resepi yang Nani paparkan kali ni pun Nani tak letak gula @ garam sebab dah guna rempah lima maggi tu. Itu pun dah cukup sedap dengan manis2 bawang. Nani buat 2 ketul je ayam. 1 untuk sarapan, dan 1 lagi untuk lunch. Kenyang ke tak tu pasni Nani cerita dalam entry seterusnya. Buah2 manis pun tak boleh makan termasuklah epal merah, pisang, betik dan lain2. Jadi, perkara pertama adalah mesti disiplin! Setiap kali Nani nampak makanan yang sedap2, memang Nani bercakap dengan diri sendiri...."NAK KURUS KE TAK???" Kalau dalam hati kata taknak tu, lantak lah nak melantak ke apa. Tapi, kalau kita memang betul2 tekad nak kurus, kita tak akan buat semua tu.

Bagi mereka yang baru ingin menceburi dalam bidang berdietan ini, Nani cadangkan sebagai permulaan, anda kurangkan jumlah kuantiti makanan (nasi) yang diambil setiap kali makan. Ini Nani ada beberapa tips yang boleh dikongsikan :
  1. Bagi perut jenis yang tidak boleh meninggalkan nasi, cuba gantikan nasi dengan jenis makanan lain dahulu seperti roti, bihun, mee dan sebagainya. Kenapa ya? Ha...sebab kalau pemakan nasi yang tegar ni memang akan menggigil kalau sehari tak makan nasi. Ini bukan cerita orang lain tau. Ini memang cerita Nani sendiri.
  2. Kurangkan kekerapan pengambilan nasi dalam sehari. Contohnya, sarapan nasi goreng, lunch nasi putih, malam pun nasi lagi...Seboleh-bolehnya skip nasi untuk sarapan dan dinner. Makan nasi untuk lunch sahaja. Habis? Waktu lain nak makan apa? Haaa...Pandai2 korang la nak makan ape pon kecuali nasi. Contohnya, sarapan 4 keping roti, dinner 4 keping biskut cicah air. 
  3. Cuba kurangkan lagi pengambilan nasi dalam masa seminggu. Kalau selalu makan nasi setiap kali makan, setiap hari, sekarang cuba kurangkan kepada 2-3 kali seminggu je. Ganti pengambilan nasi yang sekali sehari itu dengan bihun sup @ macaroni sup pula. Bosan pun bosan la...NAK KURUS KE TAK NI???
  4. Kalau korang dah terbiasa dengan tidak memakan nasi, lepas tu cubalah untuk tidak mengambil sebarang jenis makanan yang high carbs seperti bihun, mee, roti, oats, pasta, kek, kuih, biskut dan sebagainya. Nani sebenarnya ambil masa selama sebulan (Januari) untuk proses ini sehingga nani betul2 boleh tinggalkan nasi. 

Itu antara tips yang Nani sendiri buat sebelum nani tinggalkan nasi sepenuhnya dan mula mengamalkan diet Atkins iaitu dengan mengira jumlah carbs yang diambil sebanyak <20gm sehari. Ok, lepas ni Nani akan cerita macam mana tips, jenis2 makanan boleh dan tidak boleh dimakan...Hadoi...setiap kali menaip dah rasa penat...Padahal dalam kepala ni macam2 benda yang Nani nak cerita...Tunggu next episode ye! Nani nak berjalan ke rumah kawan2 dulu...Dah lama tak jenguk dapur orang. heheh...Wassalam...

to be continued....