kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

STRAWBERRY CHOC CHIP COOKIES

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...Hihih...tak habih2 dengan dengan entry STRAWBERRY. Bukan apa, dah itu aje yang ada...Kes nak perabih bahan la ni...Balik cuti nanti, leh bawa barang lain pulak... Sebenarnya ada kisah di sebalik strawberry choc chip cookies ni....


Masa saya keje part time jadi baby sitter di sebuah taska area seksyen 5, Kota Damansara suatu ketika dahulu, ibu2 di sini memang jenis yang pemurah. Kadang2 bagi kek la, donut la, kuih la, scones etc untuk kami makan beramai-ramai di sini. Pernah juga parents bagi choc chip cookies perisa strawberry. Tak banyak la cookies yang dia bagi. Kirenye cukup 1 keping sorang la kalau kami bahagikan kepada semua budak di taska tu. Yang menjadi masalah apabila anak kepada ibu tersebut pulak yang makan lebih2. Adeh! (mengeluh sebab rasa tak cukup masa tu). Dia sorang makan macam 4-5 keping jugak (gaya macam tak pernah makan cookies tu). Terus, saya rasa GANTUNG sampai la sekarang. Itulah kali pertama dan terakhir saya makan strawberry choc chip cookies...



Bila dah tua2 ni, teringat balik kisah tu terus rasa nak buat sendiri...Resepinya saya ambil je resepi Famous Amos Choc Chip Cookies oleh Syari, Myresepi seperti entry sebelum ni di SINI. Cumanya saya tambah strawberry emulco je. Dah buat sendiri ni memang puas hati sebab takde orang nak berebut makan dengan kita lagi dah. Hihih....Cookies ni kurang butter sebab diganti dengan minyak. Rasanya memang sedap, sangat rapuh dan tidak muak dimakan walaupun ulang2 makan. Memang tak puas! Cik Na yang tak berapa makan cookies pun boleh makan beria cookies ni. Saya buat manis sedang2 je jadi takdelah rasa kering tekak sangat kalau makan pun. HARUS CUBA TAU!!

FAMOUS AMOS CHOC CHIP COOKIES
resepi : Syari, Myresepi
olahan : Nuwairani

Bahan :
150 gram butter
1 cawan minyak -nani guna minyak jagung
1 biji telur -nani guna gred C
1 sb susu segar -nani letak susu tepung
1 sb strawberry emulco -nani tambah
1 cawan gula -nani kurangkan 1/2 cawan
1 cawan gula perang
4 cawan tepung gandum
1 sk garam -nani letak 1/2 sk
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan semisweet choc chip -nani letak 1 cawan je


Cara :
  1. Pukul gula, butter, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan choc chip.
  3. Adunan sedikit lembik. Sudukan ke atas dulang (tak perlu gris). Nani lapis baking paper.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah selama 10-15 minit.
  5. Nota Syari * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.


p/s : nak translate perkataan sabah *GANTUNG = rasa tak cukup sehingga menyebabkan kempunan.
Contoh ayat : “Kau bagi kuih tu sikit sangat! Aku rasa gantung”
Ore kelate kato TEGOK.

Hihih.....Sekian.....

Tuesday, August 23, 2011

Famous Amos Choc Chip Cookies

Assalamualaikum....Salam 23 Ramadhan....

Malam ni rasa sedikit syahdu pulak...Cik hosmate dah bertolak balik ke kg...Cik Na pulak esok dah nak balik...Saya je skema sikit nak tunggu hari Sabtu baru balik. Tiba2 pengetua umum hari Jumaat ni CUTI!!! Uwwwaaaaaaa!!! Menangis la haku sorg2 kat cni...sob...sob...sob....(sambil2 kesat air mata)...Takpelah nak buat macam mana kan? Nanti tahun depan, muka Nuwairani je yg akan mintak cuti. Huhuh....Tengok la nanti....

Dalam tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut hari raya, masing2 dah sibuk dengan persiapan raya... Saya tak tahu nak buat persiapan apa..Rasa macam hambar je raya tahun ni...Tak seperti tahun2 sebelumnya.. Ntah ada baju ke tidak, kasut, tudung...Pasarah jela hari raya nanti...Jadi, dalam rasa tak semangat macam tu, sempat juga saya membikin Famous Amos Choc Chip Cookies resepi Syari. Dah lama nak cari cookies yang betul2 seakan-akan Famous Amos yang mahal mcm bedil tu...Aduh......Memang dah terjatuh hati dengan resepi ni...Sangat2 perfect! Masa tengah bakar tu, bau satu rumah macam kedai Famous Amos...Bila dah try makan, memang betol! Sedap, rapuh n tekstur cookies pon hampir sama. Dah lama meneliti semua resepi cookies yang orang duk cakap macam famous amos tu, resepi yang ni je ada kelainan sikit iaitu adunannya mengandungi minyak! Memang perfect!

FAMOUS AMOS CHOC CHIP COOKIES
resepi : Syari, Myresepi
olahan : Nuwairani

Bahan :
150 gram butter
1 cawan minyak -nani guna minyak jagung
1 biji telur -nani guna gred C
1 sb susu segar -nani letak susu tepung
1 sk vanila
1 cawan gula -nani kurangkan 1/2 cawan
1 cawan gula perang
4 cawan tepung gandum
1 sk garam -nani letak 1/2 sk
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan semisweet choc chip -nani letak 1 cawan je


Cara :

  1. Pukul gula, butter, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan choc chip.
  3. Adunan sedikit lembik. Sudukan ke atas dulang (tak perlu gris). Nani lapis baking paper.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah selama 10-15 minit.
  5. Nota Syari * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

sangat2 recommen kpd orang lain! memang best!

Tuesday, August 2, 2011

Danish Butter Cookies

Assalamualaikum...Salam Ramadhan...

Kali ni mengukis lagi ye...Saya pon tak tahu sapa yang nak makan cookies ni time awal2 pose ni. Tetibe dah sampai mood mengukis pulak.. Hahah!!! Ini pon dah ramai yang cuba, hari tu ada nampak di Blog Kak HaSue. Nampak macam best pulak dia main2 dengan bentuk. Tapi saya takleh nak main2 dengan bentuk sangat sebab tak cukup peralatan. Jadinya, saya guna aje acuan semperit. Pedulik la situ....Huhuh...Tuan resepi asal adalah Kak Fida. Jadi leh tengok di MyResepi untuk lebih lanjut ye kawan2...

DANISH BUTTER COOKIES
Resepi : Kak Fida
Olahan : Nuwairani

Bahan :
125 gram butter
1/3 cawan gula aising
140 gram tepung gandum –nani guna 1 ¼ cawan
¼ sk baking powder
½ sk esen vanila @ butter oil –nani guna butter oil
Chocolate chips @ kismis untuk hiasan –nani guna choc chips

Cara :
1.   Pukul butter dan gula aising hingga lembut.-kalau taknak guna gula aising pon boleh. tapi gula pasir biasa tu dikisar halus. Kemudian, sukatan mesti dikurangkan sedikit sebab gula aising memang kurang manis (ada campuran tepung jagung). 
2. Tambahkan butter oil pukul lagi dan ayak tepung gandum bersama baking powder.
3.    Gaul sekata. Doh memang sedikit lembut.
4.    Simpan dalam fridge selama ½ jam (30 minit).
5. Pipekan atas dulang ikut bentuk yang disukai dan hias dengan kismis atau chocolate chips.
6.    Bakar dengan suhu 150 darjah selama 15 minit.

Kualiti biskut ini juga bergantung kepada kualiti butter yang digunakan. Saya guna butter jenama Giant je, sebab yakin ada tnda halal n harga pon murah. Tapi bila kite letak butter oil, memang rasanya sedap macam guna butter mahal (sempat lagi memuji diri)

ini bukan perisa coklat ye...tapi sedikit terhangit sebab kat rumah tetibe blackout selama 5 minit sehingga menyebabkan saya terlupa ada cookies lagi di dapur. Hahah! Walau bagaimanapun, tidak menjejaskan rasanya, tidak ada rasa pahit hangit ke apa, masih jugak sedap dan boleh ditelan. Inilah kelebihan cookies ni. Terima kasih ye Kak Fida

Monday, August 1, 2011

German Cookies

Assalamualaikum....Salam Ramadhan...
Orang lain sibuk2 dengan terawih, tapi saya keletung keletang di dapur buat cookies. Hmmm...mesti dah ramai yg dah cuba buat cookies ni. Resepi asal oleh Rima. Latest saya tengok Kak Nor pon buat jugak... Tapi memang tak dinafikan cookies ni memang rangup dan lemak2 je rasanya. Bagi saya, sedap la. Nak buat pon tak cerewet sangat sebab guna bahan sikit je. Resepi asal in English, jadi saya cuba translate ikut ilmu yg cetek ini je ye...Senang orang nak paham.

GERMAN COOKIES
Resepi : Rima
Sumber : Kak Nor
Olahan : Nuwairani

Bahan :
125 gram butter
40 gram gula aising –nani guna 1/3 cawan
125 tepung kentang –nani guna 1 cawan
80 gram tepung halus –nani guna ¾ cawan tepung gandum biasa

Cara :
1.  Pukul butter dan gula aising hingga kembang dan warnanya jadi sedikit cerah.
2. Ayak tepung gandum dan tepung kentang ke dalam adunan butter dan gaul sehingga membentuk doh.-doh ni memang sedikit lembik. tapi agak2 boleh gentel, kira ok la tu. mau dibelai2, pegang elok2 gitu.
3.   Buat bentuk bulat2 kecil –Kak Rima cadangkan dalam 7 gram untuk setiap biji atau guna ½ sudu besar sukatan metrik untuk dapatkan saiz yang sama. –nani main bantai aje gentel sebesar biji guli, takde masa nk timbang 7 gram ni.
4.   Susun atas dulang, jarak2 sikit setiap biji sebab cookies sedikit mengembang.
5.  Celup garfu dalam air, kemudian tekan atas setiap bebola cookies tu supaya cookies tak melekat di garfu.
6.    Bakar dengan suhu 170 darjah selama 15 minit.

    Senang kan??? Dah tak payah nk order2 lagi kuih yg mahal2 tu..kuih ni pon dah cukup sedap dah....Kualiti rasa pada biskut ini bergantung kepada kualiti butter yang digunakan ye...

Sunday, July 17, 2011

Biskut Koko Rangup (Hati menangis tak siapa yang tahu)

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Selama 3 hari saya menggantung periuk, hari ni baru kembali memanaskan periuk...Hihih...Seronok jugak kalau berkursus dapat makan free (memujuk hati yang lara). Dah la makan free, siap tunggu semua orang balik, pastu menapau lagi lauk2 yg tak abes tu (memang muke tak malu betol la). Bukan apa, kami memudahkan kerja orang catering tu. Tak payah lagi dia nk asingkan lauk2 yang tak abes tu...Balik rumah, tinggal cuci piring je kan?

Selama 3 hari ni jugak saya rasa menderita betol...Rasa seperti tiada masa untuk diri sendiri...Tidak dapat meluahkan rasa yang terbuku di hati....Tidak ada teman nak berbicara...Itulah, hati menangis tak siapa yang tahu...(haih, apasal aku jiwang semacam je ni???) Hmmm....begitulah kisahnya....Hari tu saya dah melepaskan gian dengan mengukus kek lapis seri kaya, hari ni rasa macam nak buat cookies lagi...Boleh buat bekal untuk ke sekolah besok...ALAMAK!!! Esok dah sekolah??? Rasa macam takleh nak terima kenyataan pulak...Tak nak gi sekolah boleh tak??? Dahlah, malas nak merepek lagi, layan jela cookies resepi kak yani ni ye!

BISKUT KOKO RANGUP
resepi : Kak Yani Deco Choco

50 gram butter sejuk
70 gram tepung (nani guna 3/4 cawan)
15 gram koko (nani guna 1sb rata)
1/8 sk cinnamon (nani kikis batang cinnamon)
1/4 sk baking powder
40 gram gula perang (1/4 cwn penuh)
2 cubit garam (nani tak letak pon)

Cara :

  1. Panaskan oven 180 darjah. Alaskan dulang dengan baking paper. Ayak semua bahan kecuali butter.
  2. Ramas-ramas butter dengan campurang tepung hingga menjadi berketul-ketul.
  3. 2/3 adunan ditekan-tekan dalam acuan. Manakala selebihnya ditabur2 di atas doh. Nani guna acuan pound cake. Sedang-sedang je muatnya.
  4. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 25-30 mnit.
  5. Potong biskut semasa masih panas2 lagi kemudian sejukkan. 
  6. Note : ketika panas, memang cookies sedikit lembut. tetapi bila dah sejuk, cookies akan jadi rangup.

potong nipis2 baru senang nak rangup. Nani potong guna pisau biasa je.

 Jemput makan ye!!

Friday, July 8, 2011

Coffee Cookies

Assalamualaikum...Salam bahagia....

Kalau dh masuk hujung minggu macam ni mesti rasa macam nk buat sesuatu untuk dikunyah2 pada keesokan harinya...Ya, pilihan terbaik adalah COOKIES!!! Hmm...Maklumlah, kalau dah masak untuk sorang makan ni rugi nk masak makanan yg cepat basi. Tidak dinafikan sy teringin nk masak macam2. Tapi apakan daya, tiada yg sudi nk makan...heheh...Sy ada satu habit buruk, (siap membuka pekung di dada lagi tu) iaitu kalau setiap kali gi menginap mana2 hotel, mesti sy nk bawa balik segala yg free tu (cth : syampu, sabun, losen, shower cap, tooth paste, cotton bud, coffee, sugar, creamer, tea, etc). Jadi, kat rumah ni memang berlambak2 la gula paket2 kecil + coffe tu. Siap ada yg dah masuk angin pon.

Berbalik kepada cerita cookies tadi. Untuk mengelakkan pembaziran segala yg itu, sy buatla coffee cookies ni gula n coffee instant free drp hotel...Hikhikhik....Resepi ni sy ambil drp Kak Yani MyR. Dah lama masuk dalam list. Tapi menunggu masa yang sesuai nk buat (menunggu ke malas???) Hmm....Sebelum ni duk menggila dengan choc chip cookies. Dah macam2 jenis resepi try. kali ni nk try perisa kopi pulak. Masa tengah mengadun cookies tadi,  baunya.....mak aihhh....sungguh mengasyikkan (ya, sy penggemar kopi suatu ketika dahulu). Masa tengah bakar di atas dapur, lagi la sedap baunya...Haaa...Kalau nk tau baunya macam mana, kena la try sendiri ye! Sy bermurah hati salin balik resepi Kak Yani di sini.

COFFEE COOKIES
resepi : Kak Yani Deco Choco

Bahan :
3 sb serbuk kopi segera
2 sb air panas -sy guna 1 sb je
100 butter tanpa garam - sy guna marjerin je
80 gram gula galus
60 gram gula perang -sy ganti gula putih je
1 biji telur
240 gram tepung gandum (2 cawan)
1 sk baking powder

Cara :

  1. 2 sudu besar serbuk kopi dicampurkan dengan air panas. Kacai hingga kopi larut.
  2. Pukul butter hingga berkrim (warna bertukar menjadi cerah/putih)
  3. Campurkan kedua-dua jenis gula dan masukkan ke dalam butter tadi. Kacau.
  4. Masukkan telur, pukul adunan kemudian campurkan air kopi ke dalam adunan dan kacau.
  5. Ayak tepung bersama baking powder dan 1 sudu besar serbuk kopi ke dalam adunan butter dan telur.
  6. Gaul sebati dan drop adunan ke atas loyang. Tabur sedikit serbuk kopi. 
  7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit.
  8. note : Pastikan adunan tidak terlampau rapat kerana doh sedikit mengembang apabila dibakar. Sy buat bentuk leper supaya cookies mudah masak dan rasanya lebih rangup.

seronok makan2 sambil tengok TV...oppps! tak tdo la malam ni nampak gayanya...

Thursday, June 30, 2011

Biskut Dahlia

Assalamualaikum....Salam Sejahtera...

Macam dh lama betul menggantung periuk ni. Dah bersawang periuk kt dapur. Mentang2 la dapat makanan free 3 hari ek! Hihih... Okla, sengaja nk tayang biskut dahlia ni awal2. Bagi naik sikit semangat nk raya. Ntah nape hari tu gi kedai boleh terbeli tepung ubi. Fikir punye fikir, "aku nk buat ape dgn tepung ubi ni?" Terus teringat resepi biskut dahlia...Ha....Memang ngam betol la sbb mase cuti hari tu baru je sy wat balik acuan dahlia ke Sabah. Yela, mak beli saje, gunanya macam sekali dua aje. Ampun mak! Heheh...Gigih betul i menerap pakai acuan ni. Sekali masuk boleh buat 3 ketul aje. Jenuh nk perabih 1 adunan.. Huhuh...Okes, meh sekodeng resepi olahan sendiri ni ye.



BISKUT DAHLIA
resepi : Cik Nuwairani

Bahan :
1/2 cwn butter/marjerin (125g)
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum

Cara :
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
  2. Ayakkan tepung ubi, kastard, jagung dan gandum ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit. 
  3. Gaul sebati sehingga warna kuningnya sekata. 
  4. Masukkan dalam acuan dahlia dan buat bentuk bunga sehingga habis.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah selama 8-10 minit.
  6. Note : Kalau agak2 doh terlalu lembik, boleh tambah tepung gandum 1 sudu besar. Doh tidak boleh terlalu lembik, nanti masa bakar biskut akan meleper. Kalau terlampau keras, susah nk buat bentuk pula. Doh agak lembut, tetapi jika dipegang, tidak melekat di tangan. Selalunya bergantung kpd jenis butter @ marjerin yg digunakan.
Untuk hiasan di bahagian atasnya tu sy guna doh yg sama cuma letak pewarna merah sikit. Kalau susah nk gentel, tambah la tepung satu sudu kecil. Biskut ni mmg jenis yg rapuh, cair di mulut, tidak di tangan. Heheh...

Saturday, June 25, 2011

1st ever macaron~~

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Seriously sgt tergoda dgn macaron oleh Kak Juwita kita tu. Nampak kiut aje rupe kakinye...Malangnya, macaron yg sy buat, tidaklah begitu indah seperti yg Kak Ita buat...sob sob sob...Gigih ko aku buat meringue pakai handwhisk..Hah! Layan jela gmbr2 di bawah ni. Tak larat dah nk bebel...Wat penat tangan je menaip. Dahla berpeluh2 ni wat keje kat dapur...Fuhhhh~~~~

mcm terlebih gula pon ada...rasa manis aje...

bukan setakat nk nmpk kaki, habih segala isi perut kt dlm tu hah boleh nmpk.

yg rompong2 tu dh selamat masuk mulut le tu..heheh...dlm x jadi pon, masuk perut jugak ni....

Friday, June 24, 2011

Chocolate Chip Famous Amos Cookies

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari tu dh try buat western choc chip cookies resepi Raina  Kali ni nk try resepi lain pulak. Sy ternampak resepi ni di blog Kak Tun Telani. Terliur pulak tengok cookies dia bertenggek. Tengok list bahan2 semua ada kt rumah. Makanya, boleh la try mlm ni. 

CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
resepi : Mr. Namie. com
sumber : NazTun Telani


Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega - sy guna marjerin
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam -sy tak bubuh
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.
biskut feveret cik hosmate!

Saturday, June 18, 2011

Kuih Bangkit Asli (Kehangatan Syawal Semakin Dirasai)

Assalamualaikum...

Sebenarnya semalam lagi dh buat kuih ni. Teringin betol nk makan biskut2 tradisional yg mcm ni. Terus tengok bahan2, ON je! Kalau ikutkan, mudah sgt nk buat kuih bangkit ni. Tapi jarang pulak kan org buat. Takpe, pasni sape2 yg tak pernah buat, boleh la try resepi Kuih Bangkit Asli Kak Besah ni. Untuk percubaan, sy buat separuh adunan je dlu..

KUIH BANGKIT ASLI
resepi asal : Kak Besah MyR


Bahan-bahan ( +- 100 biji )

  • 3 cawan rata tepung ubi -sy guna tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa(tak campur air) -sy guna santan kotak je 
  • 1 cawan rata gula ising. (yg ni utk manis sedang2. kalau nk manis btol gunalah gula halus)
  • 2 biji kuning telur grade B
  • sehelai daun pandan disiat & disimpul
  • sedikit bijan utk hiasan -sy tak bubuh pon

Cara-cara

  1. campur kedua2 jnis tepung lalu digoreng tanpa minyak(sangrai) dlm kuali hingga ringan. lpastu ayak dan sejukkan.
  2. masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.
  3.  ayak gula ke dalam mangkuk. campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. mula2 memang sukar.. lps tu ok. kacau dgn pemukul telur manual jer hingga sebati.tp, kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
  4. gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. kuihni kena banyak uli. uli dgn tapak tangan macam uli doh roti canai. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x smestinya habis digunakan yer..
  5.  ambil seketul doh, gelek dgn penggelek antara dua helai plastik. celup acuan dlm tepung sebelum menerap kuih. susun atas loyang yg telah dilenser dgn majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nk canai & gelek doh kena diuli lagi spaya kuih jd rangup.
  6.  sapu dengan nipis ditengah2 atas kuih dgn putih telur lalu ditabur sedikit bijan.
  7.  bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu +- 170c selama 30 mnt atau hingga masak. ikutlah kepanasan oven masing2 yer..

 adunan sebelum dibakar

adunan selepas dibakar. Sy buat terlebih tepung. Jadi, biskut sedikit keras la. Walau bagaimanapun, satu cubaan yg baik jugak. Heheh...(tak cuba, mana kita nk tahu kan?)

Thursday, May 26, 2011

Biskut Coklat Chip Barat

Assalamualaikum...Terlewat dh nk hupdate blog ni...Almaklumlah skrg bahang cuti sekolah makin dirasai. Banyak perkara lain yg perlu diuruskan terlebih dahulu...Jadi mlm ni sy buat menu biase je utk dinner. Sekali lagi Bilis Goreng Kicap Berkentang. Pastu mlmnya sy buat Western Choc Chip Cookies (kan hilir je bunyinya tu). Resepinya boleh dpt drp sini ataupun sini. Mintak izin copy paste balik resepinya ya!

BISKUT COKLAT CHIP BARAT
resepi asal : Nadiah Fauzi


Bahan-bahannya:

200gm gula perang
160 gm mentega
200gm tepung gandum
1 biji telur (xpkai pun xpe)
1/2 sk soda bikarbonat (rata)
1/2 sk esen vanilla
1 sk garam
1 cb madu
2cb serbuk koko
100gm kacang badam/gajus/almond
100gm cip coklat

Cara-cara:
Pananskan oven terlebih dahulu..
1. Bakar atau goreng kacang hingga masak..jgn sampai hangit!
2. Ayak bersama serbuk koko, tepung & serbuk penaik & gaul rata.
3. Dalam bekas lain, pukul mentega+ gula = gaul rata
4 kmudian + telur +esen +madu +garam & last skali tepung, & gaul sebati.
5. Bentukkan bulat menggunakan sudu & letakkan doatas loyang yg telah di gris.
6. Bakar pada suhu 180c dalam 20min.. sebelum simpan...sejukkan terlebih dahulu..
Selamat mencuba yer....!

ini bahagian yg sedikit hangit. Takpe, ada jugak tukang perabih tu nanti. heheh...

mcm biase le ye. Menu utk makan malam bg org yg dah kebulur (yg ni pon nk interframe jugak)

Friday, April 8, 2011

Almond Crisp Segera

Assalamualaikum... Selamat Sejahtera....

Hai kawan2, mlm ni cikgu Nuwairani terlebih rajin plak. Bukan pe, excited btol nk cite psl entry kedua utk mlm ni. Mcm biase la ye bile dh sedar diri tgh bz di sekolah skrg kan, dh dpt bayangan x sempat gi makan. Awal2 pagi lagi dh bgn, bukak firdge, tengok apa yg boleh dimasak dgn segera.. Belek punya belek, still konfius jugek. Last skali nk kene belek MyR jugak ni. Dapatlah satu idea nk buat biskut almond rangup resepi Kak Fida. apa yg best tentang resepi ni ialah, kita hanya guna 4 bahan je iaitu tepung gandum, butter, gula icing dan almond hancur. kalau tengok resepi Kak Fida di link di atas, memang rupe biskutnya cantek la. Alasan biasa utk Kak Fida, "rumah bujang x cukup peralatan & bahan". Huhuh...tu psl rupe biskut sy bulat2 aje. Xde rupe lain lg dah. 

Memang betol pon bz sampai x sempat nk gi kantin. Apa lagi, cikgu bedal la biskut tu mkn kt bilik. Pastu ada sedikit taklimat utk ketua tingkatan. Then, budak2 masuk bilik ramai2 nampak la bekas tapau ku yg cumil itu. Diorg siap ckp lg, "cikgu panggil kami sebab mo bg kami biskut tu ka?" dgn selambenye cikgunye jawab, "hish! mana ada. Buat apa sy bg kamu?" huhuh....Kedekut punya cikgu! 

gambar ni sy snap atas meja makan. guna cahaya lampu kalimantang je


yg ni plak guna option macro, and objek diletak di depan pintu dapur sebab waktu tengah hari, cahaya matahari dr cni sgt jelas.
apa yg sy suke tentang gmbr ni ialah nmpk mcm gmbr utk iklan je (huhuhuh...perasan sendiri). sebab biskut tidak disusun rapi, (walaupun tuannya dh susun skit2 supaya yg terbalik tu diterbalikkan semula)

last but not least, 
DONT CARE WHAT PEOPLE TALK ABOUT YOU,
AS LONG AS YOU KNOW WHAT YOU ARE TRYING TO DO

Tuesday, March 22, 2011

Biskut Lemak Manis ala2 Kuih Bangkit

Assalamualaikum, selamat sejahtera...
Nak ceritanya xtau la angin ribut mane yg dtg ni, tiba2 je rase mcm nk wat cookies...Lepas balik dr sekolah, mandi siap2, terus masuk dapur..ngam2 plak susu pekat manis tu mmg dh nk abih..alang2 jugak, habiskan terus.So, sambil2 tu mmg dh amik sukatan siap2 la..senang nk share ngn org nanti..dah xnk bebel panjang, meh kite tengok bahan2 ngan caranya sekali...ni inovasi biskut susu drp MR merpati66.cuma, sy tambah tepung gandum sikit supaya rangup2 dan tidak hancur gitu.

BISKUT LEMAK MANIS
Bahan-bahan ( 1 bekas balang biskut kecil )

  • 1/2 cawan tepung gandum (60g)
  • 1 cawan tepung jagung (110g)
  • 50g butter lembut (1 sudu makan)
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. satukan semua bahan kecuali tepung gandum
  2. kacau perlahan-lahan guna tangan, sehingga sebati, barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai habis.
  3. Img_1870
    uli sehingga membentuk doh.kalau agak lembik, campurkan tepung sesudu.kalau keras, campurkan butter.
  4. sapukan sedikit butter pada dulang pembakar @ alaskan kertas minyak.
  5. Img_1876
    buat bentuk bulat2 dan susun di atas dulang tadi.
  6. Img_1880
    ambil satu gelas lutsinar, tekan atas doh bulat2 tadi sehingga tebalnya 1/2 cm. note : kalau nk buat bentuk lain pon boleh.terpulang kpd citarasa masing2.sy suka mcm ni sebab nk tengok bentuk gerigi di tepi biskut tu.pastikan tidak tebal supaya biskut masak dengan sekata.
  7. Img_1883
    bakar dengan suhu 180 darjah selama 10-15 minit. 
    note : boleh bukak oven tengok biskut dh masak ke belum selepas 10 minit.kalau warna dasarnya perang keemasan, boleh la diangkat.
  8. biarkan sejuk dulu baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

rupanya pon dh mcm kuih bangkit.masa bawak gi tmpt keje, ada cikgu tu tanya, "ni kuih bangkit ke?" rasa seakan-akan kuih bangkit.tp bukan kuih bangkit sebenarnya..dh bleh buat utk raya nanti..

last but not least, LOVE SOMETHING BEFORE YOU LOST SOMETHING