kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Menu Diet ~ Ikan Putih Masak Stim

Assalamualaikum...salam bahagia...

Hari ni rasa macam rajin sikit nak berkongsi menu diet yang Nani buat minggu lepas. Actually Nani buat ni bersama kawan2 di Sandakan... Tak tahu macam mana kisahnya petang tu tiba2 kami rasa lapar. Disebabkan terlambat bawa keluar ikan dari freezer, makanya kami decide untuk buat stim aje. Jadi, ais dari ikan tu mencair dalam periuk kukusan...Lantaklah situ. Janji boleh makan. Kalau dapat ikan yang segar, mungkin lagi sedap la kot.
Jadi, untuk menu ni Kami buat mengikut apa yang ada di rumah diorang je. Walau apapun, tetap juga sedap di tekak Nani. 

IKAN PUTIH MASAK STIM
resepi : Nuwairani

Bahan :
3 ekor ikan putih
4 batang serai -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
1/2 biji bawang besar -dadu/hiris bulat
2 biji asam boi
1 inci halia -hiris panjang
10 biji cili padi
lobak merah -hiris bulat (takde stok)
kobis bunga -potong kecik (takde stok)
tomato -potong dadu (takde stok)
sedikit garam
sedikit gula -optional
1 sudu besar perahan limau nipis

cara-cara :
  1. Bersihkan ikan, toskan airnya. Lumurkan sedikit garam pada ikan di dalam bekas yang ingin dikukus.
  2. Taburkan semua bahan2 lain di atas ikan.
  3. Kukus ikan sehingga masak. Sedia untuk diratah!!
  4. note : tak perlu letak air sebab air ikan tu akan keluar sendiri. 

Tuesday, April 10, 2012

Gulai Ikan Tongkol Versi Kelantan

Assalamualaikum....Maaf sangat2 sebab tak dapat nak BW ke semua blog lain. Kesibukan yang melanda seminggu dua ni memang agak membataskan...Insyaallah malam ni Nani akan cuba juga melawat blog kawan2 yang lain ye. Minggu lepas dah buat nasi kerabu. Kemudian petangnya tu kami buat lagi gulai ikan ni. Kalau di negeri Kelantan, memang terkenal dengan sarapan NASI BERLAUK. Jadinya, sepanjang umur hidup kat atas dunia ni belum pernah Nani nak belajar cara-cara membuat nasi berlauk tu. Kalau rasa nak makan, beli aje kat gerai pagi2 tu....

Jadinya, resepi ni Nani buat berdasarkan apa yang mak cakap melalui telefon jela. Kebetulan masa tu mak sibuk bergosip dengan jiran sebelah rumah. Apabila Nani dah habis bercakap, belum sempat lagi kita end call, dia terus bagitahu jiran tu yang Nani baru nak belajar buat gulai ni. Aishhhh! Tensen betol! Sempat lagi dia bergosip pasal kita. Oklah, Nani tak pastilah resepi ni ada persamaan dengan orang lain ke, sebab kebanyakannya ramai yang dah pandai buat ni. Mungkin resepi ni boleh membantu kawan2 lain yang baru nak belajar masak macam Nani.

GULAI IKAN TONGKOL (NASIK BERLAUK)

Resepi : Bonda
Olahan : Nuwairani

Bahan A :
1 ekor ikan tongkol -dikerat2
2 inci lengkuas -dihiris nipis
2 keping asam gelugur
1 sudu besar cuka
sedikit gula melaka
sedikit garam
air untuk merebus

Bahan B :
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*5 tangkai cili kering 
1/2 kilo santan pekat
1/2 kilo santan cair
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit -optional
1/2 timun batang -optional
4 tangkai cili hijau -optional
kacang panjang -optional
betik muda -optional 

Cara :
  1. Campurkan semua bahan A dalam periuk dan rebus sehingga air hampir kering. Note : Seelok2nya rebus ikan sehari sebelum buat kuah gulainya. (ini petua daripada tauke nasi berlauk). Tapi kalau tak sempat rebus ikan awal, rebus dengan agak lama sedikit biar asam, garam, gula meresap masuk ke dalam isi ikan. Ketepikan.
  2. Sambil menunggu ikan siap direbus, kita boleh sediakan kuah santan dulu. Mula2 kisar bahan bertanda * dengan sedikit air sehingga hancur kemudian masukkan ke dalam periuk lain. Hidupkan api.
  3. Kacau bancuhan dengan santan pekat sehingga hampir mendidih kemudian masukkan santan cair. Sentiasa kacau sehingga kuah betul2 mendidih. Note : Sebelum mendidih pastikan guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya  kuah tidak berketul.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Note : Nani masukkan aje kuah ikan rebus tu (ambil airnya sahaja) kemudian baru seimbangkan dengan garam dan gula.
  5. Kalau warna kuah agak pucat, boleh tambahkan serbuk kunyit untuk menaikkan seri warna kuah. Kalau kuah agak pekat, tambahkan sedikit air manakala kalau kuah agak cair, masaklah sehingga kuah sedikit pekat dan naik minyak.
  6. Note : boleh masukkan sayur kegemaran masing-masing. Nani letak timun batang yang dipotong serong. Selain itu, boleh masukkan kacang panjang, betik muda, atau pun cili hijau pendek2 yang orang selalu buat solok lada tu.
  7. Kalau sayur dah empuk, boleh la hidang dengan nasi panas + sambal belacan. Perghhhh!
disebabkan tiada sambal belacan, nani makan dengan cincalok melaka! sedap sangat! untuk elakkan terlebih masin, basuh dulu udang tu, kemudian baru dicampur dengan bawang merah hiris, cili padi potong, asam limau kasturi dan sedikit gula. Sedap! Percayalah!

timun batang yang dipotong tu halus sangat. jadi, dah tak nampak. so, pasni boleh buat nasi berlauk dah kalo ngidam!


Wednesday, February 29, 2012

Pari Panggang & Petua Hilangkan Bau Hanyir

Assalamualaikum....

Sepatutnya hari ni ada kursus lagi...Tapi sebab dah tak larat sangat nak keluar awal pagi, balik petang2, so Nani skip je....huhuh..Menu ni dah buat 2 minggu lepas pun...Tapi tak ada kesempatan nak update...Tiba2 berkebetulan ada nampak orang jual ikan pari di pasar, harga RM5/sekilo. Kire murah la kan? Nani beli sekor, dalam sekilo lebih, harga RM6....Tapi sebab tak reti nak potong2, suruh aje tauke ikan tu potong siap2...Jadi, kite wat balik, cuci aje....

Kebanyakan orang tidak pandai masak pari sebab katanya bau ikan tu hancing...Hmmm....Sebenarnya ada caranya nak hilangkan bau tu....Sebelum ni Nani just perap dengan asam jawa je...Tapi tak berapa menjadi pulak....Lagi bertambah2 baunya...Kali ni Nani perap dengan limau nipis...(bukan limau kasturi tau)...Dalam sekilo ikan tu, lebih kurang 3-4 biji limau nipis Nani perah dalam ikan yang telah dibersihkan...Masa memerap lebih kurang setengah jam-sejam la...Pastu ikan tu akan kelihatan sedikit putih seakan2 macam nak masak...Agaknya ikan yang mentah2 macam tu la orang jepon makan ye...Huhuh...Dah siap perap tu, keluarkan air limau...Nani tak cuci sangat pun..Siram air sikit2 je...Sekarang kita bersedia nak buat pari panggang pulak ye!

PARI PANGGANG
resepi : Nuwairani

Bahan :
1 kilo ikan pari potong kecil
3 ulas bawang putih *tumbuk
4 ulas bawang merah *tumbuk
1 inci hali *tumbuk
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
garam
gula

Cara :
  1. Campurkan semua bahan, gaul dengan ikan, kemudian perap lebih kurang sejam.
  2. Panaskan non stick pan, letak minyak sikit, panggang macam biasa la...
  3. Kalau nak bakar pon boleh...Tapi kami ni malas nak pasang2 api lagi dah...
  4. Mende ni kalau dimakan dengan air asam, memang best!

hihih...versi sedikit hangit...tapi lagi sedap kot...

Friday, August 5, 2011

Menu Sahur : Ikan kembung masak sambal/sos

Assalamualaikum...Salam 5 Ramadhan....

Kawan2 bersahur ape ye? Huhuh...Ni sebenarnya menu nani berbuka semalam. Sengaja goreng ikan 4 ekor. Jadi, 2 ekor makan berbuka, 2 ekor bersahur. Senang kan hidup org bujang? Tak payah nk masak sup, sayur bagai...Makan aje apa yg ada...Ini pon main taruk aje bahan yg ada kat dapur. Sebenarnya nak masak sambal. Kirenye letak cili kering banyak2 la. Pastu bila bukak bekas simpan cili kisar, tengok2 ada 1 sudu je lagi. Cik hosmate yg rajin masak2 sambal ni. Jadi, nani tak tahu sangat stok cili banyak mana ada. Dah jadi mcm tu kan, main taram aje masuk sos cili...Dah jadi ikan kembung masak sos...Tak kesah la...Tengok cik hosmate makan, berselera aje...Resepinya takyah la taruk...Semua orang pandai pon buat ikan masak sos kan? huhuh..

alhamdulillah...selera sy makan nasik walaupun dgn lauk mcm ni utk bersahur...

SELAMAT BERSAHUR YE KAWAN2!

Wednesday, July 27, 2011

Menu berulang lagi...

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Sukenya hari ni dapat tayang menu lunch tadi. Tapi bukan ape jugak pon...Ikan bilis goreng kicap. Ni tak tahu kali ke berapa dah buat menu ni. Bukan apa, kt rumah ni memang sentiasa ada stok bilis, cili, bawang besar n kentang. Jadi, ini jela yang paling ringkas, senang dan sedap untuk dimakan. Orang demam pon selera nak makan tau! 

Selalunya saya mana ada balik masak tengah hari. macam pelik pulak kan, hari ni??? Heheh...Nak ceritanya, hari ni ada rehearsal Sambutan Hari Guru peringkat daerah & Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Hadoi...Bukan saya yang dapat anugerah. Tapi saya terpaksa bertugas sebagai juruacara. Wah! Meriah ko! Selama ni asik jadi juruacara pegang mikrofon cabuk je. Sekali hari ni diberi peluang pegang mikrofon dari Jabatan Penerangan, terus suara haku bertukar macam Adibah Noor! (kenapa mesti nama Adibah Noor jugak yang terkeluar???) Terperasan jap! Agak2nya la kan, artis2 kite tu duk menyanyi sana sini, angkut mic sendiri sebab nak suara sedap macam tu la kot kan?? hikhikhik...Kalo macam tu, kite pon boleh menyanyi kalo dapat mic bagus macam tu!

Panjang pulak bebelnya...Ni resepi Akak comel kite, Cheqsue dalam entrynya yang INI. Jadi, hamba C&P balik ye. Heheh...

GORENG KICAP IKAN BILIS BERKENTANG
resepi : Cheqsue
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan :
  • Segenggam ikan bilis - nani buat 2 genggam
  • Sebiji kentang besar - buang kulit & hiris sedang2 - nani buat 3 biji
  • Cili padi secukup pedas - hiris(aku masukkan 5 bijik je..) -nani gune 12 biji
  • Sedikit kicap masin / manis -nani guna kicap manis cap kipas udang
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sebiji bawang besar - mayang -nani guna 1/2 biji

Cara-cara

  1. Goreng ikan bilis dan ubi kentang berasingan (masak / garing)
  2. Menggunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit dan tumis bawang besar dan cili padi
  3. Bila dah layu dan wangi, masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi
  4. Goreng seketika dan masukkan kicap masin / manis secukupnya... Jangan le banyak...masin kang
  5. Biarkan mesra seketika. Siap... 

Friday, June 24, 2011

Menu tengah hari ringkas

Assalamualaikum...Selamat tengah hari...

Wah....terus kuar entry makan tengah hari...Bukan pe, muffin smlm tak habih lagi...Jadi tu jela menu bekfes. Pagi ni terus fikir menu tengah haru pulak. Bukak fridge, ada sayur bayam hijau yg cik hosmate beli xtau zaman bila dah. Katanya mlm ni ada jemputan kenduri kawen. Esok pon ada lagi. So, pikir2 balik, kalo tak masak sekarang, mmg bazir mcm tu jela sayur tu kan? Jadi, duk keletung keletang kat dapur selama sejam (lamanya !!) inilah hasilnya....heheh...

ikan masin goreng

sayur bayam masak air

jemput makan, ye!!!

Tuesday, June 7, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung

Assalamualaikum...Selamat Tengah hari...

Dah lunch hari ni??? Beriya betol sy nk masak hari ni sebab ada 6 kuntum bunga kantan dr kampung yg ayah petik kt depan rumah nenek. Nenek kata x laku nk jual bunga kantan sbb byk sgt org tanam ni kat kg. Hmmm...Kalau kt Sabah, susahnye nk jumpa mende2 ni semua...Jadinya terhasil la Asam Pedas Ikan Kembung. Kali ni sy buat versi campuran sendiri dan mak sy.

Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan :
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
5 tangkai cili kering *
5 tangkai cili padi *
2 biji tomato - hiris bulat
3 batang serai -dititik
1/2 inci belacan
4 kuntum bunga kantan -belah dua
1 ikat daun kesom -ambil daunnya
1 genggam asam jawa -digaul dgn air
3 ekor ikan kembong - potong dua
minyak untuk menumis
garam dan gula

Cara :

  1. Kisar bahan * dan tumis hingga garingdan masukkan tomato (petua utk memekatkan kuah).
  2. Tambahkan air asam jawa. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan serai, bunga kantan dan belacan. Jika terlalu pekat, boleh tambah air.
  4. Campakkan garam, gula dan ikan. Masak seketika sehingga ikan lembut kemudian masukkan daun kesom.
siap dengan senduknya sekali, ko!

idea mak sy la tu suruh letak hiasan bagai kt atas tu. huhuh...apapun...TERIMA KASIH mak.....

Wednesday, June 1, 2011

Alhamdulillah...Ku Syukuri Nikmat-Mu

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....
Mula2 rasa mcm xnak masuk entry ni. Tapi setelah di edit2 menunya, last skali masuk jugak la... Bukan ape, nk cite jugak la. Kat rumah ni mmg x pernah x ada ikan kering. Pendek kata MESTI ada! Ya, mak sy ni cerewet sikit orgnya bab makan. Kalau sy masak x sedap, dia rela lagi makan nasik ngn ikan kering (sedey kan?) Huhuh...Ikan kering bukan sebarang ikan kering tau. Ni ikan gelama kering yg lemak2, kurang masin dan agak mahal harganya tu. Mak pernah beli dgn harga RM40-45 sekilo!! 

So far, sy x jumpa lg ikan jenis ni kat tmpt lain. Ikan ni kalau digoreng lama pon xkan keras n hangit mcm ikan lain la. Ada bau busuk2 lemak. Hihih...Tapi sedap tau. Suke makan yg jenis ni sebab memang dh sedia dibuang perutnya. Jadi, kita rasa sedikit terjamin la dengan tahap kebersihannya tu.

ini la rupa ikan yg telah dimekap sikit2. Sy cuma tambah cili padi potong n bawang besar hiris. Padanan aroma ketiga2 bahan itu sudah cukup membangkitkan selera.

ini pulak sawi masak air. letak bawang putih n udang kering je. Ayah siap hirup lagi kuahnya. Hihih...

p/s : Alhamdulillah...rezeki yg sedikit dan ringkas ini dinikmati dengan penuh rasa syukur,...

Tuesday, May 31, 2011

Menu Yang Simple tapi Cukup Menyelerakan

Assalamualaikum...

Rasanya agak terlewat nk tayang menu makan tengah hari sy hari ni. Bukan apa, Semalam dh kemas bilik belakang. hari ni kemas bilik depan pulak. Dah siap kemas, sy pon tertdo...Memang x sedar ape dh. Bila pikir balik, mcm keajaiban dh berlaku pulak. Sy dh x tdo waktu pagi. Lepas bekfes terus kemas2 apa yg patut. Dah tengah hari mula ngantuk balik. Hmmm....Pejal plak syif mlm smlm. Jadi, dia pon tdo jugak. Tinggal la ayah terkontang kanting sorg2. Naseb baik lauk smlm ada lagi. Dia perabih yg tu mkn tgh hari.

Bila bgn tdo dlm jam 3.30pm, adus....lapar betol perut ni...Ikan yg sy dh wat kuar awal td dh lembut. Tetibe nmpk c Pejal beli nasik berlauk ayam. Chetss! Dia beli satu bungkus je. Nak tak nak mmg sy kene masak la jugak. Puas duk pikir nk masak pe. Last skali nmpk ada limau nipis + cili padi. Hmmm....buat kicap lada pon jadi la... Jadi, sy goreng jela ikan kembung sekor. Masak nasik 2 pot. Cukup utk sampai makan malam nanti.

kicap manis cap kipas udang + limau nipis + cili padi (kalau xde limau nipis, jus lemon pon boleh)

ikan kembong goreng (letak garam kunyit sikit pastu goreng garing)

menu yg simple tp amat menyelerakan...

jeruk pauh sbg dessert...Adusss....

Friday, May 20, 2011

Asam Pedas Pertama Seumur Hidup (thanks Mak Long)

Assalamualaikum...Selamat sejahtera!!
Dah dinner ke semua?? Excited sikit sbb mlm ni sy masak Asam Pedas Ikan Pari resepi Mak Long, hokay!!
Ini mmg kategori feveret sy la jugak.1st time makan asam pedas ikan pari ni masa praktikum di SMK Pendeta Zaaba Seremban. Pastu nk buat x reti.. Takot hanyir n x sedap mcm org masak kt kedai. Simpan jela perasaan yg terbuku itu... Mak sy pon bukan jenis yg pandai masak pari. Pernah sy mintak ikan pari bakar time pose2 tu. Tapi dia x buatkan pon...semuanya beli....Tapi kalo stakat duk kelantan, xde hal punya la nk cari masakan yg sedap2 di kedai... 

Oklah, berbalik kpd asam pedas pari ni....kalau di Sabah, sgt susah nk jumpa daun kesom n bunga kantan. Menambahkan lagi rasa down nk masak asam pedas kat cni. Then, tatkala terpandang resepi asam pedas Mak Long yg sempoi itu, sy pon tanya kawan2 yg mana ada tanam daun kesom. Alhamdulillah...di rumah kak jun ada tanam pokok ni...Jadi, mcm biase buat muka x malu, mintak sikit. Bila dh sampai sekolah tadi, excited pulak dia bawa daun tu bagi kt saya...dan AKHIRNYA.......

TADA!!!

Masak Asam Pedas Ikan Pari, 
resepi asal : Mak Long

bahan :
1kg ikan pari.. potong dan cuci gina limau kasturi - sy gaul dgn asam jawa je sbb xde stok limau kasturi
1 cawan cili kisar
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sedikit belacan*
3 batang serai diketuk
1 ikat kecil daun kesum
air asam jawa
garam & aji -sy tambah gula dlm 1 sudu besar
1 sudu serbuk lada hitam

Cara:
  1. tumbuk bahan yang bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
  2. masukkan pula cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak..
  3. masukkan air asam jawa.. biarkan menggelegak..
  4. masukkan pula ikan, serai dan daun kesum..
  5. kecilkan api.. masak ikan hingga lembut..
  6. rasa garam dan aji secukup rasa.. tambah mana yang kurang..
  7. bila dah masak.. angkat dan hidangkan..

cik hosmate sy buang separuh nasi dlm piringnya sebelum makan.
bila dah habis nasinya, ditambahnya balik nasi yg dibuang dlm periuk tadi...sedap la kot sy masak...heheh

Sunday, May 8, 2011

Sagol Pari Versi Beluran

 Assalamualaikum.... Selamat Hari Ibu untuk semua blogger!
Jenuh duk pikir nk masak pe untuk hari ibu ni, walaupun xde ibu dalam rumah ni. (tapi ibu kucing ada. Tengah tunggu masa nk bersalin tu). Godek2 fridge, ada la terjumpa ikan pari yg belom dimasak lagi. Kami beli di Pasar Sandakan dengan harga RM5 setengah kilo (sekilo ke setengah kilo ek? Lupa plak). Lebih2 kurang la harganya tu. Kalau nk banding ngan semenanjung, jauh la mahalnya tu. Jadi, kalau diberi pari dengan sy, mmg xde benda lain yg sy tau masak. Sebenarnya nk jugak cuba resepi Kak Besah yg guna santan tu. Tapi susah nk jumpa santan kat Kinabatangan ni.
Masakan ni berasal dari negeri Sabah yg sy belajar drp seorg nenek di Kampung Beluran. Beluran ni mmg dekat kawasan muara sungai. Jadi, pelbagai makanan laut dan sungai ada. Kadang2 kalau sampai musim udang galah tu boleh dapat dalam RM22 sekilo (6-7 ekor gred A). Pendek kata berpotensi utk gout la kalau tinggal di Sabah.
Ramai org x pandai nk masak pari sbb x tahan dgn baunya yg hanyir. Insyaallah resepi ni menjanjikan rasa yg tidak hanyir. Anda sendiri boleh cuba. Hmmm.... JOM!

Sagol Pari Versi Beluran
250 gram ikan pari
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 inci halia*
5-10 tangkai cili padi* (ikut selera msg2)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa
Garam
Gula
5 sudu besar minyak untuk menumis


Cara :
1.   Potong ikan pari kecil2, rebus sehingga empuk.
2.  Tumbuk bahan2 bertanda * hingga lumat.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4.  Masukkan pari yg siap direbus dan hancurkan pari dalam kuali.
5.  Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata (kalau guna kunyit hidup, boleh tumbuk sekali dengan bahan lain).
6.  Masukkan asam jawa (campur bijinya pon xpe)
7.  Last sekali baru la perasakan dengan garam dan gula. (selalunya org letak serbuk perasa. Tp sy x letak sbb takut gemok. Ngeh ngeh ngeh.....)
8.  Siap untuk hidang dengan nasik panas!!!

kurang menarik sikit warnanya sbb serbuk kunyit warna pucat

menu tambahan : sambal sotong tomato

ini plak pari panggang berempah

alhamdulillah....kenyang juga.....