kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Heavenly Carrot Cake Yang Awesome!!!

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Tiba-tiba datang angin kuskus dari mana entah nak update blog yang dah nyawa-nyawa ikan ni. Nasib baik tak kena block gara-gara lama terbiar blog ni. Alhamdulillah sekarang Nani berada di rumah mertua di Senawang, Seremban. Tengah sibuk-sibuk cari rumah sekitar kawasan subang sekarang. Perjalanan masih jauh dan harus diteruskan. Sementara menunggu masa untuk melapor diri di tempat baru Nani berehat-rehat je dulu di rumah mertua.

Kebetulan nampak CM update blognya hari ni dengan menayangkan sebiji kek lobak merah yang gojes. Hohoh...Sebelum ni Nani dah pernah cuba buat kek ni. Tapi agak mendap dan boleh dikatakan tak menjadi. Bak kata CM, jangan sesekali mengubah bahan-bahan dalam resepi kek ni. Waktu kali pertama  Nani buat kek ni dulu, terlalu banyak penderhakaan yang dilakukan sehingga kek mendap dan tidak naik. Boleh tengok di SINI rupa bentuk kek itu. Kesilapan pertama pada masa tu ialah Nani tak toskan air nenas cincang dan parutan carrot. Sepatutnya kedua-dua bahan tu kena tos dulu airnya supaya kek tidak terlebih air. Kelapa pula Nani guna kelapa parut fresh. Bertambah basah la keknya.

Jadi, kali ni Nani take note kesilapan yang lalu, kemudian buat betul2 sehingga dapat hasil seperti yang diidamkan. Sebenarnya kek ni dibuat masa menyambut hari lahir yang ke28 bulan 5 lalu. Dah tengok CM update, rasa macam nak jugak tayang. At least boleh jadi rujukan untuk masa akan datang di samping kempen dengan kawan2 lain supaya turut sama mencuba resepi ni... Ada beberapa bahan yang Nani tukar mengikut kesesuaian cara pemakanan Nani. Orang kata kalau mengandung ni tak elok makan nenas. Jadi, Nani ganti dengan kismis hitam yang dicincang halus. Ada juga rasa masam manisnya di situ.


HEAVENLY CARROT CAKE
sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar -nani ganti dengan kismis cincang
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang -nani ganti dengan ground almond

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

Dah tak berapa rajin nak deco pelik2 ni. Jadi, Nani buat seringkas yang mungkin.
Apa pun, kawan serumah kata kek ni lebih moist n sedap berbanding carrot cake di secret recipe.
Memang tak rugi sebenarnya kalau mencuba. Kalau kali pertama buat tak menjadi, cuba lagi dan lagi sampailah puas hati...

SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, July 13, 2012

Happy Birthday Azimah! Heavenly Carrot Cake In The House~~~

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah balik dari kursus ni rasa macam penat betul. Sepanjang berkursus tu ok la pulak. Mungkin sebab tak cukup tidur seperti hari2 biasa. Huhuh... Walaupun belum lagi sampai ke Bukit Garam, tapi bebanan kerja tu macam dah terasa je. Harap2 takde masalah nak laksanakan inhouse untuk guru2 lain nanti. Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya minggu lepas merupakan ulangtahun kelahiran kawan Nani di Sandakan. Oleh sebab teringin sangat nak makan carrot cake, Nani cuba buat kek ni untuk pertama kali seumur hidup... 
Sebelum ni Nani pernah makan carrot cake yang dibuat oleh kawan Mr. Google di Sapporo sana..Masa tu buat surprise cake untuk Mak Long Zubidah sempena birthday dia tahun 2010. Kek yang dibuat oleh Mr. Mito itu tersangatlah sedap!! Sampai sekarang masih teringat2 lagi. Itulah carrot cake pertama yang Nani pernah makan. Kemudian, dah balik Mesia ni try la makan carrot cake brand secret recipe. Ternyata rasanya tu tidak terlawan dengan yang Mr. Mito buatkan. Pendek kata, sape2 yang tinggal di Sapporo dulu memang akan terkenanglah kek yang Mr. Mito buat. Nak minta resepi dengan dia, seriously rasa segan sangat. Tapi kalau ada insan2 di Sapporo yang tersimpan resepinya, harap2 boleh kongsi la ye.

Resepi ni Nani C&P dari blog Che Mat. Terima kasih ye CMG. Walaupun tak pernah berkawan dengan dia, harap2 dia halalkan la ye resepi yang Nani C&P ni. 


HEAVENLY CARROT CAKE
Sumber 1 : Che Mat Gebu
Sumber 2 : Kak Ida 1001 Resepi

BAHAN KEK :
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang -nani skip

BAHAN CREAM CHEESE TOPPING :
100 g mentega
125 g cream cheese -nani guna 250gram
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 180'C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

Kek yang Nani buat ni agak padat sikit sebab tak toskan dulu air carrot, air nenas kemudian dengan kek yang masih panas2 lagi masuk bekas, gi sekolah, petangnya baru bertolak ke Sandakan yang mengambil masa 1 1/2 jam. Kemudian, masuk petis sejuk, esoknya baru deco. Tapi, rasa kek tu tetap tak mengecewakan. Bagi Nani, ini belum lagi betul2 menjadi sebab agak padat. Nani akan buat lagi sampai betul2 jadi seperti yang CMG buat.

Sebijik kek ni Nani sempat makan 2 potong je. Kemudian, selebihnya tu ada 3 orang lagi kawan lain yang bantai kasi habis. Katanya sedap...Alhamdulillah...Ini memang heaven!

p/s : sangat2 berharap agar budak farah diyana baca entry kali ni. Kami berpesta di Japanese Restaurant... Jangan jeles!!!

Thursday, July 5, 2012

Little Cuppies For The Little Caliphs

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Hari ni tetiba rajin sikit nak baking cup cake untuk students. Last week Nani ada minta tolong budak bersihkan bilik kaunseling. Terfikir2 nak bagi hadiah apa kat budak2 tu. Kebetulan pula ada oren free ni kan, jadi terfikir pula nak buat Blended Orange Cake versi cupcake. Actually bukan juga saiz cupcake yang standard tu. Nani guna cup saiz M yang orang selalu guna buat apam polkadot tu. Resepi asal Nani guna resepi Kak Fida, MyR yang glemer itu tapi ada sedikit pengubahsuaian yang Nani buat. Ini cubaan kali kelima Nani buat Blended Orange Cake dan sememangnya yang kali ni paling sedap! Sebelum tu minta halal ye Kak Fida atas penderhakaan yang harus ini. Memandai je letak hukum sendiri.


Bahan :
2 cawan tepung gandum *
1 sb serbuk penaik *ayak bersama
1 biji limau -buang biji, potong kecil2
1 cawan minyak
2 cawan gula -nani guna 1 cawan je (dh sedia manis)
3 biji telur
1 sk ovalette -nani tambah
1 sk butter oil -nani tambah
1/4 sk garam halus -nani tambah

Cara :

  1. Masukkan telur, oren (dengan kulitnya sekali), gula, minyak, butter oil, garam dan ovalette dalam blender.
  2. Blend semua bahan2 sehingga hancur.
  3. Tuangkan adunan dalam bowl besar, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  4. Masukkan dalam loyang yg sudah digris. -kali ni nani letakkan dalam cup saiz M.
  5. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak. -untuk cupcakes, nani bakar 15 minit je.
  6. Note : Letak adunan dalam cup 3/4 penuh sahaja sebab kek akan kembang. 
  7. Ovalette menambahkan lagi rasa moist pada kek, butter oil memberi aroma yang wangi seperti butter dan campuran sedikit garam akan menjadikan kek rasa lemak2 gitu.
Kesimpulannya, memang sangat berpuas hati dengan hasil kek pada kali ini. Kawan2 yang makan pun cakap sedap n moist je walaupun dibakar. Terima kasih kak fida atas sumbangan resepi hangat 2011 ni. Macam hampir semua blog masakan ada buat kek ni.

Esok macam nak buat lagi je sebab ada 5 bijik lagi oren dalam peti ais tu. Hadoi, yang pastinya kalau dah buat konfem kena bagi kawan2 lain makan sebab kalau dah sekali ngap tu, pasti nak ngap lagi sampailah habis...

Monday, June 18, 2012

Kek Pandan Lapis Kastard ~ Happy Birthday Dear

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Malas betul nak update entry semalam. Kawan2 blogger pun satu hal. Kalau dah cuti hujung minggu ni memang diorg pon off blogging. Kita ni pulak time hujung2 minggu ni la nak bercerita ceriti. Tinggal beberapa kerat je yang online waktu cuti macam ni. Kek ni Nani buat hari Sabtu lagi. Punyalah berfikir nak buat kek dengan topping apa. Kek ni Nani guna resepi KEK SPAN PANDAN by Sweet4ever, Myresepi. Sebelum ni pernah buat resepi untuk Rainbow Cake dengan cream cheese frosting. Kali ni nak try buat topping lain pulak. Gugel punye gugel last sekali terjumpa resepi Kak DJ. Apa yang menariknya resepi ni tak menggunakan tepung hoen kwe. Nani pun tak pasti jugak. Pernah dengar orang kata tepung hoen kwe ni tak halal. Jadi, untuk selamatkan diri kite cari resepi yang tak letak tepung tu. Apa pun, terima kasih buat kak DJ dan jugak sweet4ever. Pasni nak try buat perisa lain pulak.

Nani buat kek ni sempena birthday Mr. Google pada 17/06/2012 kelmarin. Hihih...Walaupun dia duk jauh, dapat tengok gambar kek pun jadi la ye. Dahla buat kek sendiri, celebrate sendiri, makan sendiri. Tapi sempat juga bagi jiran2 rasa kek ni. Seriously Nani sangat puas hati dengan kejadian kek ni. Memang halus mulus, moist, lembut dan tidak manis. Kawan yang makan ni pun cakap sedap sebab kurang manis. Untuk topping tu sepatutnya guna kelapa parut kering tapi sebab takde stok, Nani tibai aje almond nibs. Sedap jugak! Boleh try buat sendiri pasni.

Kek Pandan Lapis Kastard
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan kek :
100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
250 ml santan atau susu cair
50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
kelapa parut kering secukupnya

Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
Ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.

Walau apa pun, kek ni memang sedap, dengan topping perisa pandan, rasa lemak2 santan. mabeles!

p/s : dear mr.google...sori sebab tayang kek aje. tahun depan kite bagi kek betol2 ye. Huhuh...



Friday, June 15, 2012

Kek Coklat Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum... Selamat petang...

Serius sangat penat hari ni... Nak bercerita panjang2 pun masih lagi terasa penatnya. Selama 2 hari berkursus (8.00am-12.00pm) kemudian petangnya masuk kerja seperti biasa. Jadinya, keluar jam 8 pagi, balik jam 6 petang. Dah macam ofis hour pulak. Tapi kalau orang kerja pejabat mungkin ada masa2 nak rehatnya. Buat kerja pun ikut mana yang urgent dulu. Tapi kita yang cikgu ni kena masuk kelas ikut jadual yang ditetapkan. Dah namanya masuk kelas, kenalah mengajar. Takkan nak buat kerja menaip kot. Jauh sekali la nak update blog, BW, FB bagai.

Kena pulak hari ni masuk kerja jam 1.40 petang pastu terus masuk kelas. Dah keluar kelas tu masih lagi ada budak2 datang nak jumpa, sampailah jam 5 lebih! Bayangkan jela macam mana langsung takde masa nak rehat2, nak makan@minum. Itu pun masih lagi ada budak datang nak jumpa. Cikgunya pulak terpaksa menolak sebab dah tak larat sangat2. Selalunya kalau ada kursus, kita dah tak payah datang kerja. Tapi mengenangkan kerja menimbun yang tak pandai surut, makanya gagahkan diri la jugak.

Balik rumah, tengok bilik dah macam tongkang pecah! Kertas2 bertaburan di sana sini. Aiyyoooo! Pening pala jap. Belum lagi tengok kain baju kotor yang belum basuh, baju kerja yang belum tergosok, bilik dengan berhabuk lagi...Huhuh.... Esok2 jela setelkan semua tu. Kali ni nak tunjuk kek coklat lapis cream cheese yang telah dibuat pada bulan lepas. Hohoh...Lama tuh! Tiba2 baru terperasan ada draft yang belum lagi publish. Tak larat dah nak taip panjang2, tengok sendiri jela ye.  

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
resepi : kak Yatie
sumber : kak Izah Daut

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum
*1 sk esen vanila

Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese bersama dengan gula.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum dan esen vanila.
  3. Kacau sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-cara :
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....
Sedap keknya. Cuma tak berapa cantik pulak tekstur. Ada banyak lubang2. Agaknya nak kena hentak2 dulu adunan biar keluar segala udara tu. Apapun, terima kasih kepada kak yatie dan kak izah. fuhhhh....tak larat dah....rasa nak rebah dah ni. Ok, nanti Nani BW ke rumah kawan2 esok pagi jela ye... Mata ni dah jadi macam mata garfield dah...

Wassalam....

Wednesday, June 13, 2012

Chocolate Blueberry Roulade Torte

Assalamualaikum... Salam sejahtera....

Apabila dah banyak sangat entry merapu2 ni kan mulalah rasa bosan sebab dah terbiasa dengan entry masak2.. Sebelum ni dah pernah tayang kek ni dalam blog ni cuma tak masukkan resepinya. Jarang orang buat kek ni sebab agak mencabar dan sangat menguji kesabaran. Haih! Sabar jela kan. Nani buat kek ni masa menyambut ulangtahun yang ke-27 baru2 ni. Oh, sudah tua rupanya saya! Rasanya ni la resepi yang paling panjang dalam blog Nani. Nasib baik birthday sendiri. Kalau orang nak tempah suruh buat ni rasanya memang tak sanggup kot. Ok, Nani C&P resepi dari blog Kak Ita je. Minta halal ye kak. Senang Nani nak rujuk lain kali. Nani letak resepi yang Nani ubah sendiri. Kalau nak versi asal, boleh klik link nama Kak Ita tu ye.
gambar kek pun comot2 dah. tak kisahlah...janji ada rupa roulade tu
CHOCOLATE BLUEBERRY ORANGE ROULADE TORTE
Resepi : Chef Alex Goh
Sumber : Ita Masam Manis

ORANGE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
  3. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  4. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
  5. Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
  6. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
  7. Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
  8. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
  9. ~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
  10. Tuangkan adunan dalam loyang
  11. Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
  12. Keluarkan kek dari loyang setelah masak
  13. Buangkan lapisan atas kek yang berkerak 
nani potong kertas selebar 4cm kemudian potong kek mengikut garis kertas tersebut.
CARA BUAT KEK GULUNG :
  1. Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4 cm ~ ita buat lebar sikit iaitu 6 cm oleh itu ita perlukan 2 keping kek span oren ni. Ita cadangkan buat 4 cm aje jadi hanya perlukan 1 aje kek span.
  2. Sapukan ganache ~Ita & nani gantikan dengan bluberry filling.
  3. Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
  4. Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap
serius kek span coklat ni sedap. rasa macam makan kek chiffon pon ada.
CHOCOLATE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sedikan loyang 8 inc
  3. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  4. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
  5. Putar putih telur hingga kembang.
  6. Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
  7. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
  8. Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
  9. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
  10. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
  11. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
  12. Keluarkan kek segera setelah masak
  13. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.
Sekarang kita sediakan topping.

SWEET BUTTERCREAM (resepi nani sendiri)
250 gram marjerin
125 ml dairy whipping cream
250 gram gula icing
pewarna
  1. Putar marjerin hingga lembut, masuk whipping cream, putar lagi.
  2. Campurkan gula hingga sebati, tambah pewarna. 
  3. Kalau agak2 macam lembik, boleh tambah gula icing lagi. Tapi kalau tak nak manis, boleh simpan dalam fridge kejap biar keras baru senang nak pipe. -nani pun simpan dalam peti sejuk jap biar keras sikit buttercream tu.
    Ok sekarang kita mulakan proses untuk melapis kek
    1. Letakkan pastri manis atas lapik kek dan sapukan jem oren di atasnya ~ proses yang ni ita & nani tak buat
    2. Letakkan kek span coklat di atasnya.
    3. Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan ~nani guna buttercream je
    4. Kemudian letakkan roulade bluberry di atasnya
    5. Ulang semula langkah yang sama
    6. Sapukan semula cream dan letakkan selapis lagi kek span coklat
    7. Sapukan keseluruhan kek dengan cream
    8. Hias kek mengikut creativiti masing-masing.
    rupa kek yang tak seberapa tapi cukup puas hati dengan hasilnya
    Disebabkan Nani tak terjumpa non dairy whipping cream, jadi Nani guna dairy whipping cream + marjerin je. Memang menggunakan segala bahan yang ada je. Butter pun lupa nak beli. Jadinya, resepi lebih2 kurang jela. Memang kurang rasa lemaknya berbanding jika guna butter. Bezanya marjerin lebih keras sikit dan senang nak bentuk. Kalau butter tu agak cair, nanti susah nak pipe. Tapi dairy whipping cream tu memang cover baek punyalah. Kawan2 yang makan pun suke dengan kek ni sebab ada rasa masam2 blueberry dan kek tidak muak sangat.


    13/06/2012 = 54.9 kg

    Sunday, May 13, 2012

    Alhamdulillah....27th Already!

    Assalamualaikum....Salam sejahtera...

    Kalau tengok tajuk entry pun dah bleh agak kot..Huhuh...Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah. Pada hari ini (13 Mei 2012) merupakan ulangtahun kelahiran Nani yang ke-27. Yes, i know, i know.....No need to remind me...Tua sudah.... Tapi, bagi Nani setiap tahun yang bertambah itu bukan melambangkan kita semakin tua, but have to be a year better...Insyaallah...
    Tahun ni Nani celebrate besday dengan kawan2 di Sandakan. Seronok sangat sebab dapat masak2, buat kek dan bagi kawan2 makan. Nani & kawan2 buat Kek, Cheesy Wedges, Nasi Tomato, Puding Karamel dan Puding Tauhu. Semua suka dengan menu2 yang kami sajikan ni. 
    Seperti dalam entry sebelum ni, Nani ingin memuatkan entry SURPRISE (surprise la sangat!). Untuk ulangtahun Nani pada kali ini memang Nani nak buat satu kek yang special betul! Kek ni Nani dapat idea untuk buat kek ni dari blog JUICY CAFE. Tapi, setelah lihat bahan2, terus rasa macam ada sedikit kekangan. Jadi, Nani cuba cari resepi lain. Akhirnya Nani jumpa jenis kek yang sama di blog KAK ITA MASAM MANIS. Selama seminggu Nani study resepi Kak Ita ni dan akhirnya dapatlah juga merasa walaupun tidaklah secantik yang Kak Ita buat. 
    Banyak betul cabaran buat kek ni. Hampir putus asa jugak Nani. Tapi sebab nak meraikan juga besday dengan kek ni, akhirnya menjadi jugak. Nani tak letak lagi resepi ni sebab panjang sangat. Nani next entry la baru masuk. Kalau ada yang tak sabar2 nak tengok jugak, bleh klik link kat atas tu. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca entry kali ni. Doakan Nani sihat, bahagia, jadi anak yang baik dan semua yang baik2 la.
    SELAMAT HAR IBU UNTUK SEMUA IBU2 DI DUNIA.

    Thursday, May 3, 2012

    Kek Kukus Prune Versi Mapin (menu BUKAN diet)

    Assalamualaikum... Salam sejahtera....

    Seriously sangatlah penat hari ni sebab seharian dari pagi sampai ke petang bekerja. (padahal sembangnya pun banyak jugak). Sebenarnya tadi ada rehearsal untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Bukit Garam sesi 2011. Jadinya, tugas Nani sedikit berbeza pada tahun ini. Bukan juga sikitlah memang banyak! Sepanjang 4 tahun Nani berkhidmat di sini, selalunya Nani mendapat tugasan sebagai juruacara majlis. Tapi tahun keempat ni Nani diturunkan takhta menjadi AJK bunga manggar! Serius sangat best sebab tak kalut dengan orang dah. Memang berehat habis la tahun ni. Banyak events di sekolah tahun ni tidak meletak nama Nani sebagai juruacara. Takdelah orang bosan sangat kalo asik dengar suara kite je. Ye dok??

    Kek kukus ni sebenarnya dah buat minggu lepas lagi. Tak tahan godaan betul. Habis hancur musnah program diet bila tengok Kak Izah Mapin Lover tu update entry pasal kek kukus ni. Kak Izah jugak yang disalahkan. Huhuh...Sebelum ni kalau buat kek yang versi kukus ni selalunya kek coklat/apam jela. Tak pernah pulak buat kek kukus versi ala2 butter cake ni. Tapi, ternyata kejadian kek ini tersangatlah baik. Nani ambil masa 3 hari untuk menghabiskan kesemua kek ni. Nak bagi orang rasa pun malu sebab rupa kek buruk benor! Nani letak adunan 3/4 cup muffin, tapi tak sangka kembang sampai tersembul keluar segala isi.


    Nani buat kek ni boleh dapat 8 ketul cup muffin penuh. 1 ketul je Nani bagi kawan rasa. Lagi 7 ketul Nani makan sendiri. Itulah breakfast, lunch, dinner. Hohoh....Tu pasal la berat duk maintain 54kg je tak mo turun2 dah. Tensen kite dibuatnya. Untuk resepi kek ni, macam biasalah ye Nani si penderhaka ni memang suka alter resepi orang. Yela, sebab dah teringin sangat nak makan, tapi tak cukup bahan. Bantai aje apa yang ada di dapur. Nani C&P je dari blog Kak Izah.

    KEK PRUNE KUKUS
    Resepi : Majalah Rasa Oktober 2007 oleh Puan Nuni 
    Sumber : Izahdaut

    bahannya :
    100 gm mentega -nani guna marjerin
    200 gram susu pekat manis -nani letak 3/4 cawan
    2 biji telur
    150 gm tepung gandum *nani guna self raising flour
    1/2 sudu kecil baking powder -tak letak
    1/2 sudu kecil soda bikarbonat -tak letak
    buah prune secukupnya *kali ni izah ganti ngan cok chip -nani letak jem blackcurrant je.

    Caranya:
    1. Pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga kembang dan ringan.
    2. Dalam mangkuk yang lain pukul telur sehingga kembang dan ringan dan kemudian tuang ke dalam adunan mentega dan susu tadi. Kacau sebati.
    3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda ke dalam adunan tadi.
    4. Ceduk adunan ke dalam mangkuk kertas.
    5. Tabur kepingan prune yang dipotong kecil.
    6. Kukus di atas dapur dengan api sederhana sehingga masak.
    Nota Izah : saya guna api sederhana dikukus lebih kurang 15-20 minit. Pukul menggunakan mixer. Pukul telur sehingga betul betul kembang dan ringan. Ceri merah dan hijau hanya sekadar penyeri dan hiasan sahaja (optional).

    Nota Nani : Nani pukul marjerin + susu pekat hingga kembang, kemudian terus masukkan telur satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati. Padamkan mixer, kaup balik tepung ke dalam adunan telur sehingga tidak berketul. Nani kukus menggunakan acuan muffin ni selama 10-12 minit.

    Ulasan pakar nutrisi: Resepi ini sesuai disajikan sekali sekala bagi pengamal diet, sebagai sebahagian dari perancangan diet sihat dan cara kehidupan aktif. Jumlah gula, lemak dan kalorinya sederhana.
    Tak tahulah boleh percaya ke tidak nota nutrisi tu. Huhuh... Bagi Nani, konfem la Nani tak percaya sebab Nani bukan diet kurang kalori, tapi lebih kepada mengurangkan carbs. Kalau dah ada tepung + gula + susu tu konfem tinggi carbs. Apapun, habis dah zaman makan kek. Minggu ni kita puasa kek pulak. Terima kasih kepada Kak Izah atas perkongsian resepi daripada majalah ini. Memang tak menyesal buat kek ni. Tapi akan menyesal apabila tengok no digital penimbang semakin naik. Huhuh...Ok kawan2, harus cuba tau!

    Tuesday, April 24, 2012

    Afwani Turn 26th ~ Kek Span Pelangi

    Assalamualaikum...Salam sejahtera....

    Alhamdulillah, setiap hari merupakan hari yang baru untuk kita..Apa yang baik, kita ikuti..Apa yang buruk, kita jauhi..Nani sentiasa mendoakan kesejahteraan insan2 yang berada di sekeliling Nani...Tidak rugi sedetik pun kalau kita mendoakan kebahagiaan orang lain. Bahkan, kita lagi akan bertambah bahagia...Begitu juga dengan adik manis sorang ni...Noor Afwani binti Hasan...Baru2 ni merupakan ulangtahun hari lahirnya. Jadi, dia request dengan Nani nak kek pelangi. 

    Sebelum ni memang Nani teringin nak buat kek pelangi. Apabila tengok resepi asal, banyak guna telur putih. Seriously, Nani tak berapa minat dengan kek @ kuih yang guna telur separuh2 ni. Kalau asingkan, kemudian guna semua masih ok. Tapi, yang diminta putih telur sahaja, yang kuningnya Nani nak buat apa pula...So, Nani terjumpa idea bernas resepi kek pelangi yang menggunakan adunan kek span yang diolah oleh kakak manis dari Sarawak, Kak Hasue. Untuk resepi ni, Nani buat 1/2 adunan sahaja menggunakan 3 biji telur gred A.

    Kek Span Pelangi
    Resepi Asal : sweet4ever@myresipi
    Olahan & Sumber : Hasue

    Bahan-bahan ( 1 biji kek )

    150g tepung super fine / hongkong -nani guna tepung gandum ayak 3 kali
    150g gula halus
    5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji 
    1 sudu besar ovelette
    80ml susu segar
    80ml mentega cair/minyak sayuran
    1 sudu teh serbuk penaik
    1 sudu kecil esen strawberi -nani tambah
    Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

    400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

    Cara nani buat topping untuk separuh adunan kek : 
    250g cream cheese + 125g butter + 1/2 cawan gula icing dipukul sehingga lembut. 

    Cara-cara:
    1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
    2. Pukul sehingga pekat dan gebu (lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
    3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan (lebih kurang dalam 3-5 minit)
    4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
    5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
    6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
    7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
    8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
    9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!
    tak pandai nak deco macam orang lain..Nani buat ikut suke hati je mengikut kesesuaian peralatan yang ada.

    kek ni memang lembut dan sedap serta ringan memang sesuai untuk dibuat topping cream cheese, buttercream, whipping cream dan sebagainya. Tidak terasa begitu muak. Memang terpaksa menahan diri daripada makan terlalu banyak sebab takut berat naik mendadak. Heheh...

    Rupa bahagian dalam kek. Dah comot2 sebab cream cheese mencair. Huhuh...Tak kisah lah apapun, yang penting semua yang makan kata sedap! Seriously, rasa terharu sangat sebab berjaya buat orang gembira bila tengok kek ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan punya resepi, sweet4ever@myresepiKak HaSue dan Kak Noorsha atas sumbangan idea yang bernas menghasilkan kek span yang cantik ini.

    Kami celebrate besday ni di piza hut Sandakan...makan sekeping piza pun dah rasa kenyang macam makan sepiring nasi.. BTW, happy belated birthday my dear afwani...Semoga menjadi anak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik suatu hari nanti..

    Thursday, April 12, 2012

    Eksperimen Kek Batik Arora

    Assalamualaikum....Salam bahagia... Kita layan dulu gambar di bawah ni.... Amacam..? 


    Hohoh...Memang bahagia pun sebab berjaya juga merasmikan acuan silikon yang dibeli di Daiso Sapporo baru2 ni. Bagi yang belum tengok lagi entry tu, boleh klik di SINI. Memang boleh gilak la kalo datang situ. Macam2 ado! Jadi, untuk merasmikan pound cake silicon mould ni, Nani buat Kek Batik Arora dengan kuantiti separuh adunan sebab acuan ni kecik molek je. Memang ngam2 untuk separuh adunan.

    Seperti juga acuan lain, Nani sapu dulu sedikit butter sebelum tuang adunan kek. Nampak macam buruk je kan tompok2 tu? Tapi bila dibelah, sangat cantik coraknya!

    Apabila dah siap masak, rupa kek sudah jadi macam ni. Memang logik la sebab kek ni agak cair n mould ni pulak lembik. Nani baru terbaca tips, sebenarnya kita kena letak acuan ni di atas flat base semasa membakar kek supaya bentuknya kekal. Ok, next time Nani try buat macam tu. Rasa kek ni tersangatlah sedap pada tekak Nani. Rasa manisnya pun memang kena je. Selalunya Nani kurangkan gula dalam adunan kek. Tapi yang ni tak payah kurangkan pun. Sedang2 aje manisnya. Kek ni sangatlah moist, lembut, wangi dan urghhh...tak tahu nak cakap apa lagi dah. Try la buat sendiri...

    Kelebihan menggunakan acuan silikon ni adalah kita senang untuk mengeluarkan kek daripada acuannya. Walaupun kek dibakar dalam bekas lembik macam ni, rasa kek tetap akan sedap seperti membakar di dalam acuan besi. Warna kek pon kelihatan sekata. Tidak mudah hangus la senang cerita. Untuk resepi ni, Nani C&P daripada blog Kak Ita Masam Manis di mana tuan asalnya adalah Cida. Kemudian, Nani tiru Kak Ita tambahkan sesudu teh ovalete ke dalam adunan. Memang tak menyesal buat kek ni. Jom kita semak resepi.

    KEK BATIK ARORA
    By : Cida
    Sumber : Azlita Masam Manis

    Bahan :

    250 g mentega
    100 gram gula castor
    1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
    250 g tepung gandum
    6 biji telur
    2 sudu teh baking powder
    5 jenis pewarna dan perisa
    1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

    Cara :

    1. Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C.
    2. Sediakan loyang ukuran 8 inc.
    3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
    4. Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak ~ ketepikan.
    5. Dalam bekas mixer, pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih.
    6. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
    7. Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis. Tutup mixer.
    8. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
    9. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
    10. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
    11. Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
    12. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam atau sehingga kek telah dimasak dengan sempurna.
    Walaupun agak ketinggalan sedikit berbanding org lain, Nani rasa tak terlambat kot Nani cuba resepi ni. BTW, ramai yang tertanya2 apa itu ARORA. Menurut tuan punya resepi, ARORA = AROma + auRA pewarnanya. Kalau sekali orang tengok, memang orang akan jatuh hati dengan kek ni. Seperti juga Nani, kali pertama tengok di blog Bro Ady, terus rasa nak buat. Cuma, minggu ni baru cukup rajin. Insyaallah pasni akan buat lagi dan lagi! Terima kasih kepada semua yang memberi tips dan penyumbang resepi.

    p/s : pesanan Nani buat Mak Long n Maira, sebelum balik Mesia, bagus beli dulu acuan silikon tu...berbaloi-baloi tau buat kek guna tu...    :)

    Wednesday, February 1, 2012

    Kek Span Japanese Style

    Assalamualaikum....Salam bahagia

    Sekali lagi ni entry tertunggak juga... Seriously, tiba2 Nani rasa macam dah tak cukup masa nak layan blog ni sejak cuti sekolah hujung tahun lalu. Kalau dulu bukan main lagi siap boleh keluar sampai 3-4 entry sehari. Sekarang, nak keluar 1 entry seminggu pun agak payah. Mood berblogging tu macam jatuh dari kapal terbang je. Hilang tak tahu ke mana.. Macam lagu Kak Ramlah Ram pulak.... SESAAT KAU DATANG, SESAAT KAU  HILANG... huhuh....ampunnnnn kawan2....Memang betol2 sibuk ni....

    Dalam menyepi tu ada jugak yang datang menyinggah, yang menegur, bertanya khabar...Seriously, kawan2 blogging la yang buat Nani terus semangat nak update entry selalu...(macam selalu je sebut perkataan seriously lately ni, huhuh). Kali ni rasa macam nak try buat kek span pulak memandangkan ada whipping cream + blueberry filling di rumah. Ini memang kek span paling mudah kot kalau tengok dalam banyak2 resepi di Myresepi tu. Mula2 buat tu risau jugak kot2 kek ni bantat sebab tak letak baking powder pon kalau betul2 ikut resepi. Tapi alhamdulillah menjadi kek ni. Cuma agak manis sedikit. Jadi, resepi ni Nani ambil daripada Kek Span oleh Hanis. Nani olah sedikit supaya senang untuk rujukan orang yang tak pernah buat kek ni.

    KEK SPAN
    Resepi : Hanis
    Olahan : Nuwairani

    Bahan (saiz loyang 18cm) :
    3 biji telur
    1 cawan tepung gandum (100g)
    1/2 cawan gula (110g)
    2 sudu kecil susu
    15g butter -dicairkan dalam susu yang dipanaskan
    esen vanila (nani letak 1 sudu kecil)

    Cara-Cara :
    1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah. Alaskan loyang dengan baking paper.
    2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula hingga keputihan.
    3. Masukkan 1/2 tepung ke dalam adunan telur kuning, kacau sebati.
    4. Bersihkan semula cangkuk mixer untuk buat adunan meringue putih telur dengan sebahagian gula lagi dalam bekas lain. Pukul putih telur dengan gula sehingga bertanduk (pastikan tiada kesan kotoran @ kuning telur @ minyak pada bekas dan peralatan mixer sepanjang proses membuat meringue).
    5. Masukkan 1/2 lagi tepung ke dalam adunan meringue, kacau perlahan dengan hand whisk sehingga sebati. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur bersama susu, butter dan esen vanila, kacau sebati perlahan-lahan.
    6. Tuang adunan ke dalam loyang, dan bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180 darjah.
    7. Apabila dah masak, telangkupkan kek ke atas jaring2 besi tu selama 5 minit supaya kek tidak menurun.

    huhuh...kes tak sabor2, tuang whipping cream atas kek yang suam2, makanya mencairlah topping tu... Terus letak dalam fridge cepat2 biar keras balik...lucu betol...

    1st trial yang agak berjaya la kot pada Nani...Nampak gebu la jugak seposen... Cuma topping blueberry filling tu agak manis, pasni kene tabur sikit2 je. Kalau tak pun kurangkan sedikit gula dalam adunan kek.

    SELAMAT MENCUBA!

    Wednesday, November 23, 2011

    Kek Karamel ~sedikit improvement

    Assalamualaikum....selamat sejahtera....

    Syukur alhamdulillah nani dah selamat sampai ke kampung halaman disambut oleh mak & ayah di airport. Selalunya ayah akan datang sorang2 je amik nani sebab rumah dekat je dengan airport. Tapi kali ni mak pun ada datang sama... Suke sangat2 apabila nampak muka mak di pintu ketibaan. Dah sampai rumah kira-kira jam 11.45 tu terus nani buka beg keluarkan apam polkadot yang nani buat sehari sebelum bertolak balik. Tak sempat nak makan sepanjang perjalanan sebab dah jumpa McD, KFC, mana nak pandang kuih buatan sendiri ni kan....Huhuh... Rupanya mak nani sekarang dah buat biz apam senyum la pulak. Sempat juga rasa yang mak buat tu. Nanti nani uplod resepi mak kemudian sebab hari ni nak bercerita pasal kek karamel dulu.

    Nani kalau dah balik kampung halaman ni macam2 benda yang nak dibuat. Tapi belum mula masak-masak lagi. Just tolong mak buat kuih apam senyum dia je. SD Card pula rosak, dah tak boleh upload gambar macam-macam. Nasib baik la ada lagi gambar masak-masak yang belum di upload. Boleh la letak entry baru.


    Kalau dulu nani buat kek ni guna 4 biji telur je tapi kali ni nani buat guna 7 biji telur! Haaaa....Berani ko??? Ala, sebenarnya kalau dah tahu buat ni takdelah sesusah mana pon. Yang penting kene tahu cara yang betul nak buat meringue dia tu. Kalau meringue tak jadi, memang kek pon tak akan jadi la.. Kebetulan nani dah beli sepapan telur hari tu, jadi guna telur buat kek ni la kes nak perabih stok telur sebelum pulang ke kampung. Sempat juga nani bagi sedikit kek untuk jiran sebelah rumah. Esoknya dia balas pula kek coklat moist...terima kasih orang sebelah!



    KEK KAREMEL
    Resepi : Munirah Baharum

    1) Gula Hangus 
    Bahan :
    • 2 sudu besar gula pasir
    Cara :
    1. Sediakan loyang 8 inc.
    2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
    3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
    4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
    5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
    6. Ketepikan
    2) Bahan Karemel
    Bahan :
    • 1/2 tin susu cair -nani letak 1 cawan
    • 70g gula castor - nani guna 1/3 cawan
    • 1/2 sudu teh esen vanilla 
    • 3 biji kuning telur -nani + 1 biji telur 
    Cara :
    1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
    2. Kacau telur dan esen perlahan.
    3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
    4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
    5. Ketepikan.
    6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
    7. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
    3) Adunan Kek Bahan 1
    Bahan :
    • 70g gula kastor -nani guna 1/3 cawan
    • 3 biji telur kuning 
    • 135ml air 
    • 45ml minyak masak 
    Cara :
    1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
    2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

    4) Adunan Kek Bahan 2
    Bahan :
    • 140 gm tepung gandum -nani guna 1 1/4 cawan
    • 1 sudu teh baking powder 
    Cara :
    1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
    2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. -nani kacau guna hand whisk perlahan2...
    3. Ketepikan.

    5) Merinque  
    Bahan :
    • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning -nani guna 6 biji putih telur
    • 70g gula castor -nani guna 1/3 cawan
    • 1 sudu teh krim of tar2 
    Cara :
    1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
    2. Pukul putih telur hingga berbuih
    3. Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
    4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. -nani terbalikkan cara ni dengan memasukkan adunan kek ke dalam meringue sedikit demi sedikit, kacau guna hand whisk perlahan2.
    5. Gaul rata secara kaup balik
    6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

    6) Cara Menyediakan Kek Sepenuhnya...
    1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. -nani buat 4 (biru, merah, hijau & warna asal)
    2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
    3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
    4. Belang- belangkan adunan
    5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
    6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
    7. Akhir sekali dengan satu sudu.
    8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
    9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
    10. Gunakan api bawah sahaja.

    Kaedah Steam Bath 
    1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
    2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. -nani guna kaedah yang gambar blog kak ita tu (dia lapik acuan tart telur di bawahnya-sebab acuan nani guna ringan dan adunan terapung2 jika tak lapik dengan lebih tinggi sedikit dari paras air)
    3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
    4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
    5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
    6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
    7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
    8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
    9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
    10. Kek ni juga sedap dimakan di kala sejuk.
    Memang betul la seperti yang dikatakan, kalau dah sekali buat kek ni, mesti rasa macam nak buat lagi... serius! Kek ni harus dibuat!  

    Monday, October 10, 2011

    Kek Karamel Menjadik!!!

    Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

    Fuhhhhhhhh....Lega rasanya bila tengok kek karamel yang dibakar petang tadi menjadik....Adoi....Sebelum ni jarang kek yang guna meringue ni menjadi. Tapi kali ni ok pulak. Kisahnya, mula2 Cik Na bercadang nak makan kek ambun. Lepas tu dia pon pinjam mixer seorang kawan lagi...Dia yang nak buat, tapi dia tak ingat resepi pulak. Terpaksalah saya lagi google cari resepi kek ambun di tenet. Dah jumpa resepi yang ngam, dia cakap pulak, takyah guna baking powder. Katanya dulu dia pernah buat, tak letak baking powder pon...Saya ikutkan ajela apa yang dia cakap...Punyalah kami excited masa mengukus tu....Siap balut penutup dengan tuala lagi. Dah 25 minit kek dikukus, kami pun bukak penutup kukusan...Punyalah cantik kek mengembang, sekali mengecut pulak. Kecut sekecut kecutnya.....Adeh.....Kek bantat lagi....Segera Cik Na tepon makciknya di kampung. Panjang berjela2 dia duk explain dengan makciknya...Pastu tetibe gelak besar pulak! Katanya, memang dia tak guna baking powder sebab kek ni guna self raising flour! adehhhhhhh! rasa nak hantuk2 je pala kat dinding. Hish!

    Dah alang2 pinjam mixer orang tu kan, mulalah saya berangan nak buat kek karamel pulak..1st time saya makan kek ni sewaktu majlis kenduri adik kawen hari tu. Pihak perempuan buat hantaran kek ni. Subhanallah....Sedap tak terkata...tapi itulah, jumpa bnde ni di kota Bharu jela...Kat Kinabatangan ni konfem takde orang buat lagi (konfiden je ayatnya). Perasaan nak makan kek ni lagi membuak2...Tapi tak jumpa pon sampai sekarang...Sebelum ni pernah juga saya suarakan di FB nak buat kek ni. Lepas tu dapat sokongan mantap daripada Kak Anna. katanya, kalau sekali dah buat, mesti berkali2 lagi nak buat ni...Adoi...Selagi tak pegang mixer, memang tak berani nak buat sebab kek ni kene buat meringue dengan 6 biji telur!!!..Tula, saya punya pesen, kalau dah buat kek tak menjadi tu, mesti nak cuba sampai menjadik jugak. Mesin dah ada, rasa macam tak logik je kalau kek tak menjadi..Huhuh....Satu malam saya STUDY resepi Kek Karamel ni dari blog Kak Ita Masam Manis. Sampai termimpi2 pasal sukatan bahan2nya tu...Hadoi........Sangat2 teruja!

    Jadi, seperti orang lain juga, saya pon nak C&P resepi dari blog Kak Ita Masam Manis. Sebabnya dia banyak terangkan tips2 yang berguna dan memang kene guna pon. Kalau tak, jangan salahkan resepi kalau kek tak menjadik! Heheh...Nani buat 2/3 adunan je iaitu menggunakan 4 biji telur gred A ye. Nanti nani cuba tulis sukatan bahan yang nani buat dalam bentuk cawan...maklum sajalah kite ni xde penimbang digital. Buat kek pon main sukat2 dengan cawan je. Cemanelah tak STUDY satu malam...huhuh...


    KEK KAREMEL
    Resepi : Munirah Baharum

    Sumber : Kak Ita Masam Manis

    1) Gula Hangus 
    Bahan :
    • 2 sudu besar gula pasir
    Cara :
    1. Sediakan loyang 8 inc.
    2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
    3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
    4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
    5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
    6. Ketepikan

    2) Bahan Karemel
    Bahan :
    • 1/2 tin susu cair -nani guna 1/3 cawan je
    • 70g gula castor - nani guna 3 sudu besar rata
    • 1/2 sudu teh esen vanilla 
    • 3 biji kuning telur -2 biji kuning telur gred A
    Cara :
    1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
    2. Kacau telur dan esen perlahan.
    3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
    4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
    5. Ketepikan.
    6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
    7. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

    3) Adunan Kek Bahan 1
    Bahan :
    • 70g gula kastor -nani guna 3 sudu besar
    • 3 biji telur kuning -nani guna 2 biji kuning telur
    • 135ml air -nani guna 1/3 cawan air masak
    • 45ml minyak masak -nani guna 2 sudu besar minyak jagung
    Cara :
    1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
    2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

    4) Adunan Kek Bahan 2
    Bahan :
    • 140 gm tepung gandum -nani guna 3/4 cawan
    • 1 sudu teh baking powder -nani guna 3/4 sudu kecil
    Cara :
    1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
    2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. -nani kacau guna hand whisk perlahan2...
    3. Ketepikan.

    5) Merinque  
    Bahan :
    • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning -nani guna 4 biji putih telur
    • 70g gula castor -nani guna 1/4 cawan
    • 1 sudu teh krim of tar2 
    Cara :
    1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
    2. Pukul putih telur hingga berbuih
    3. Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
    4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. -nani terbalikkan cara ni dengan memasukkan adunan kek ke dalam meringue sedikit demi sedikit, kacau guna hand whisk perlahan2.
    5. Gaul rata secara kaup balik
    6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

    6) Cara Menyediakan Kek Sepenuhnya...
    1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. -nani buat 4 (biru, merah, hijau & warna asal)
    2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
    3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
    4. Belang- belangkan adunan
    5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
    6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
    7. Akhir sekali dengan satu sudu.
    8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
    9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
    10. Gunakan api bawah sahaja.

    Kaedah Steam Bath 
    1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
    2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. -nani guna kaedah yang gambar blog kak ita tu (dia lapik acuan tart telur di bawahnya-sebab acuan nani guna ringan dan adunan terapung2 jika tak lapik dengan lebih tinggi sedikit dari paras air)
    3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
    4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
    5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
    6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
    7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
    8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
    9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
    10. Kek ni juga sedap dimakan di kala sejuk.

    saya guna acuan kecik, pastu kek ni punyalah kembang sekembang kembangnya...Jenuh nak suruh surut balik. Rupanya bila dah sejuk, bahagian tepinya lekang, kemudian kek pon jadi stabil semula. Huhuh...Lepas ni kene guna acuan besar sikit la.

    sememeh sikit keknya sebab air karamel tu kene pada kek. Saya ingatkan kene tunggu sejuk dulu baru terbalikkan kek. Sekali, kek dah serap segala air2nya...Tapi masih tidak mengganggu tekstur kek. masih juga sedapppp! ni jadi sememeh kesnya sebab belom masuk peti lagi dah sebuk2 nak potong. excited punya pasal..

    Suka sangat dengan kombinasi warnanya itu...nampak lembut aje...

    Sedia untuk dimakan. Cik hosmate kata sedappppp...Gara2 excited tengok kek ni, habis bilik saya basah kene hujan. Air masuk melalui tingkap...hadoi! tapi betol2 puas hati la dapat buat kek ni...