kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Roti Pandan CMG

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Sebenarnya nak upload satu video kat sini tapi tak dapat pulak. Mungkin kena tukar format dulu. Tak kisahlah. Kita layan dulu roti pandan ni. Sebenarnya jarang sekali nak mencuba resepi dari blog CMG. Tapi apabila tengok roti pandan yang dia buat ni rasa berkenan la pulak. Rupa roti yang dia tayang nampak gebu betul. Jadi, kita pun berangan la nak dapat roti segebu itu. Tapi memang tak mengecewakan. Resepi yang dia bagi ni memang best! Sebelum tu, terima kasih ye CMG sebab berkongsi resepi tu. Minta halal saya C&P di sini pulak.

ROTI PANDAN 
Resepi Asal : Rinn Chan
Sumber : Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
175 gram tepung roti -nani letak 1 3/4 cawan 
100 ml susu (disejukkan)
25 gram gula halus -nani letak 2 sudu besar
1/4 camca teh garam halus
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 sudu kecil bread softener -nani tambah
10 gram coffemate -nani skip
30 gram telur (1 biji telur, pecah, kacau sedikit dan timbang) -nani guna 1 biji telur gred B (tinggalkan sikit untuk glis pada roti)
15 gram mentega
3/4 camca teh pes pandan
Parutan keju cheddar untuk hiasan
Sedikit gula, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung, yeast, coffemate, gula halus, garam dan bread improver dalam mangkuk adunan,  gunakan dough hook, gaul rata. Tuang susu dan telur, terus mengadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan pes pandan, uli hingga mendapat doh yang elestik dan kenyal, adunan lembut sedikit. Tutup dengan plastik dan perap 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 ke dalam bread maker kecual parutan keju dan gula untuk hiasan. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, sebelum tu tabur sedikit tepung pada meja kerja. Bahagi doh pada 6 bahagian sama besar (kalau rajin boleh timbang). Bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah dilenser sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit atau hingga naik. Sapu baki telur tadi, tabur gula dan parutan keju rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dihidangkan..
Nani memang belum beli BM lagi. Jadi, roti ni diuli guna mixer je. Menjadi jugak! 

Sebenarnya penat sangat hari ni. Tak larat nak berceloteh panjang. Biarkan gambar ni sahaja yang menceritakan segala-galanya....

Wassalam.....

Wednesday, July 11, 2012

Prosperity Burger Sepanjang Tahun

Assalamualaikum.. Selamat petang....

Kali ni Nani bersiaran dari Hotel Sandakan. Dalam tentatif dimaklumkan bahawa program bermula jam 2.30 petang dan pendaftaran seawal jam 11 pagi. Punyalah kita ni rushing gosok 4 pasang baju, mandi laju2, lunch pun makan roti je gara2 taknak sampai lambat. Lebih kurang seawal jam 1.20 petang Nani dah tiba di hotel. So, dah check in kemudian ada seorang guru dari Sandakan masuk ke bilik. Katanya, dia tidak tidur di bilik sebab ada anak kecil. Jadi, dia akan ulang-alik sepanjang 3 hari berkursus. Hadoi....Takde kawan la pulak. Siapa nak temankan Nani, angkat tangan!!!

Sementara nak menunggu jam 8.30 malam ni sempat lagi online guna wireless hotel untuk update blog.Dah lama Nani buat burger ni. Macam sebulan lebih dah. Tapi malas betul nak update. Kali ni terpaksa juga merajinkan diri. Resepi ni tersangatlah mudah dan sedap dan kena dengan citarasa Nani. Kalau dulu terpaksa tunggu awal tahun baru boleh makan prosperity burger. Tapi sekarang sepanjang tahun pun boleh makan ni. 

SOS LADA HITAM/ BLACKPEPPER
Resepi : Acik Yarn, Myresepi
Sumber : Kak Liza Intai Dapur

Bahan2:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knorr
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby)

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jangan sampai hitam sangat, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Apabila berkursus di hotel ni, perkara yang paling ditunggu2 adalah WAKTU MAKAN!! Huhuh...Risau pulak. Tapi kali ni kena atur strategi betul2 iaitu ambil lauk2 dan sayur sahaja. Kalau nak makan nasi pun mungkin sesudu dua je kot. Huhuh...

p/s : Nani terjumpa kawan sekolah kak amie kat sini. Kalau tahu awal2 dia akan datang, mesti Nani kirim barang untuk kak amie.

Saturday, May 5, 2012

Kebab Roti Pita dengan Black Pepper Sauce

Assalamualaikum....Salam Bahagia...

Selamat berhujung minggu kepada semua warga Blogger yang sudah kepenatan bekerja sepanjang minggu ini termasuklah Nani. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah selama ini sehinggalah pada pagi ini. Jangan tanya Nani lunch apa tengah hari nanti sebab tak tahu nak masak apa. Tapi, untuk tidak menghampakan semua, Nani hidangkan kepada kawan2 KEBAB ROTI PITA yang Nani buat untuk sahur dan berbuka puasa pada hari Khamis lalu.

Hari ni Nani tak boleh nak berceloteh panjang sebab entry resepi ni memang panjang. Tapi percayalah, sekejap aje buat ni. Sambil2 uli roti/tunggu roti kembang, kita boleh sediakan bahan2 lain yang sampingan tu. Ok, Nani memang banyak merujuk blog Kak Tun Telani dan Kak Ika (ARAH) dalam menghasilkan kebab ni. InsyaAllah. 

Doh Asas Roti Pita/Pita Bread
Resepi : Citarasawan
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan :
500gm tepung high protein - tun & nani guna tepung gandum
15gm gula kaster
20gm shortening
1/2 tsp garam halus
8gm yis segera
280ml air sejuk - tun letak 260ml

*nani buat separuh adunan menghasilkan 4 keping roti pita yang bulat

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan kecuali air dalam mixer, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.  Menggunakan hook uli doh hingga menjadi elastik.  Masukkan whole meal (atau bahan2 tambahan lain) dan adun hingga sebati.
  2. Keluarkan doh, biarkan selama 5 minit.  Bahagikan kepada 100gm, bulat2kan dan lumur dengan minyak masak, rehatkan selama 5 minit lagi.  tun masukkan semua dlm BM, kuarkan dan bulat2kan.
  3. Canai doh berbentuk bulat seperti pizza, dan biarkan mengembang selama 20 minit.
  4. Jika mahu bentuk yang elok, masukkan dalam loyang bulat, atau boleh di susun terus ke dalam dulang pembakar yang di leser dengan sedikit shortening.
  5. Bakar pada suhu 200C selama 5 minit di rak paling bawah.  Jika roti mengelembung, angkat dan terbalik kan bakar lagi selama 2 minit.
  6. Note Tun - ps: tun xtau whether roti ni sepatutnya ada lubang kt tgh secara automatik ke x. tp tun xde lubang pun. hihi... so tun kerat ngan  pisau je wat lubang kt tgh. -nani pun kerat dengan pisau jugak. tapi kena hati2 jangan sampai berlubang di bahagian bawahnya.

INTI SAYUR KEBAB
Bahan :
sedikit sayur kobis -hiris nipis macam kerabu
sedikit lobak merah -sagat halus
tomato -hiris nipis
timun batang -hiris nipis

INTI DAGING KEBAB

Bahan :
100gram daging hancur
1 sudu besar lada hitam -tumbuk
2 ulas bawang putih -tumbuk
sedikit butter -1/2 sudu besar
garam-optional

Cara :
  1. Masukkan butter ke dalam non-stick pan, tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging hancur, kacau sehingga sebati bersama bahan tumisan.
  3. Boleh letak sedikit garam. Tapi Nani dah tak letak sebab daging tu memang dah ada perisa @ perasa.
  4. Angkat daging, masukkan dalam bekas lain.
  5. Boleh bersedia untuk membuat kuah black pepper pula.
EASY PEPPER SAUCE
Sumber Asal : ARAH (Ijayuji)

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar dicincang
250 ml susu full cream
1 sudu besar lada hitam yg dimesin
1/2 kiub sup punjut knorr 
Sedikit mentega -dalam setengah sudu besar
Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu -nani letak 2 sudu besar
Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah + sedikit air

Cara-cara :
  1. Dengan mengguna non-stick pan yg sama untuk masak daging tadi, tumiskan bawang besar yang dicincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan.
  2. Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu dan kiub yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih. Masak lebih kurang 2 minit.
  3. Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi. Masukkan sedikit butter, padamkan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
  5. Boleh letak sos di dalam roti pita yang telah siap.

Cara Membuat Kebab Roti Pita :
  1. Belah dua roti pita kemudian buat lubang di tengahnya menggunakan pisau.
  2. Masukkan bahan2 sayur ke dalam poket roti pita.
  3. Campurkan daging dengan sedikit sos black pepper dalam bekas lain (agak2 je jumlah daging dan kuahnya tu). Kalau terlebih kuah, sos akan cair. Masukkan lagi ke dalam poket roti pita. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.
  5. Note : Nani makan setengah keping untuk sahur dan setengah keping untuk berbuka. Alhamdulillah cukup kenyang dan berat badan dan boleh turun sikit. Huhuh....
Pada mulanya Nani buat untuk dinner pada hari Rabu malam. Terus Nani makan 2 ketul ni ha...Rasa bersalah pada diri sendiri sebab makan terlalu banyak walaupun masih belum jam 8 malam. Nani fikir lebih baik berpuasa pada keesokan harinya. Boleh rehatkan perut daripada asik bekerja sepanjang hari. Dengan penuh semangat Nani bangun pada waktu pagi seawal jam 4 pagi. Subuh di Kinabatangan jam 4.35a.m. Semua bahan Nani dah siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk. Jadi, paginya tu tinggal Nani panaskan sekejap roti atas non stick pan, kemudian panaskan daging hancur + sedikit sos black pepper. Sayur2 yang sudah dihiris halus tu memang dah disiapkan pada malamnya. Jadi, makan sahur pada pagi tu menjadi senang yang amat. Nani rasa semua orang pun boleh buat ni kot. Memang kenyang apabila makan ni waktu sahur. Alhamdulillah.....

Friday, April 13, 2012

Garlic Bread Gebusssss

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah lama buat garlic fingers ni. Tapi tak sempat pun nak update blog. Kalau nak ikutkan, banyak lagi resepi2 baru yang dicuba tapi belum masuk entry. Insyaallah Nani update satu2 jugak nanti. Roti ni Nani buat minggu lepas untuk berbuka puasa. Nani tak sempat nak godek2 resepi mushroom soup dah. Terus guna yang instant jenama campbell's tu je. Alhamdulillah, walaupun berbuka puasa dengan ini je, cukup 4 biji terus Nani rasa kenyang. Dah tak makan pape lagi lepas tu melainkan minum air kosong. Sepanjang 2 minggu Nani berpuasa, Nani dapat semula berat badan Nani yang 4 tahun lepas! Percaya tak? Huhuh....

The truth tentang roti ni adalah, ia sangat lembut walaupun Nani tak letak bread softener. Nani makan 1/4 je pada hari pertama. Kemudian, selebihnya Nani simpan dalam bekas, masuk peti sejuk. Apabila nak makan semula, Nani just panaskan atas non stick pan je. Memang masih lembut. Kalau tak panaskan, of course keras kejung la sebab baru keluarkan dari peti sejuk. Antara orang yang telah membuka pintu hati Nani untuk buat roti ni adalah Kak Izah Daut...Subhanallah....comel betul finger bread yang dia buat. Nani buat takde rupe gitu pulak. Tapi tetap rasa sedap....Hihih...

BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber : Izah DautMamafami
Sumber lain :  Tun Telani, Kak Hana & Ika 
Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum -nani pun
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung -nani tak letak
1 sk bread softener- optional -izah letak -nani tak letak
1 sk bread improver- optional -izah letak -nani letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan
Bahan B
250ml air -nani guna susu full cream
1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
80g margerine
Bahan D
Gula kasar utk tabur *tak letak

Cara2:

  1. Gaul sebati bahan A.
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
  3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
  4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.
  5. Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
  6. Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
  7. Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

GARLIC SPREAD
sumber: Izah Daut, kak Yatie @ kak Madihaa

Bahan :
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus -nani guna parsley flakes
sedikit lada hitam kisar

Cara :
Gaulkan semua bahan. Siap digunakan.



CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD :
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!

Last sekali baru tayang rupa sebenar roti yang Nani buat ni. Huhuh... Tak tahulah kat mana silapnya sampai kembang penuh loyang...Adoi! Naseb baik sedap! Insyaallah Nani akan buat lagi pasni...Tapi bentuk macam mana tu tak tahu lah...Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan berkongsi resepi ni....

Thursday, March 29, 2012

Roti Sosej Versi Winter

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Bosan pulak nak bercerita pasal Hokkaido ni...Belum lagi orang yang membaca...Huhuh.... Masa kat sana hari tu sempat juga nani menguli roti... Kisahnya, kami berjalan-jalan di HOKUDAI... Pastu kami masuk la dalam kedai bakery. Jadi, kami pilih roti2 yang halal, takde daging, arak, dan sebagainya. Kemudian, Mr Google nampak roti sosej... Katanya dah bertahun-tahun dia tak makan roti tu... So, nani bagitau la, "Kalau ada sosej halal, kita pon boleh buat ni" 

Makanya, dia kata ada kedai yang jual barang2 halal. Petang tu jugak kami ke sebuah kedai di sekitar kawasan situ juga. Ownernya india muslim. Kat situ memang banyak la jual rempah2, jenis tepung buat kuih india, daging, sosej, keropok, dan macam2 lagi la. Tapi, kami beli keropok dan sosej ayam sahaja.

Resepi ni sebenarnya nani alter je daripada resepi lain...boleh rujuk di SINI untuk resepi asal. Membuat roti dalam musim sejuk ni memang mencabar betol la. Terpaksa masukkan semua bahan, kemudian duduk di depan heater supaya tangan kita yang menguli ni sentiasa panas dan suhu persekitaran pun panas. Dah menguli agak2 20-30 minit tu baru boleh biarkan doh kembang. Uli lama tu bukan apa, kalau di tempat sejuk, butter tu susah nak lembut. Jadi, memang kena uli lama2.. Nak buat doh kembang pun kena letak doh dalam besen besi, tutup pakai tudung periuk besi, letak depan heater. Tapi, tak boleh letak dekat sangat la. Takut nanti mati pulak yis tu. 

Step seterusnya, apabila doh telah kembang lebih kurang sejam lebih gitu, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin, kemudian gentel panjang2. Nani belah sosej tu supaya tak gemuk sangat bila dibalut dengan doh. Ambil doh yang digentel tadi, balut sehingga hujung sosej. Kemudian, selitkan supaya doh tak terbuka. Rehatkan doh selama 10 minit. Ambil sebiji telur, pukul sedikit. Celup doh yang dibalut dengan sosej tadi kemudian golek-golekkan dalam bread crumbs. Boleh goreng dengan api sederhana panas.

Hahah! Nampak berminyak betul. Tak kisahlah! Tak sempat nak cover2 dah. Yang penting semua suka, Mr Google suka, kawan-kawannya pun suka! Satu bekas dibawa, semua licin!

Friday, February 3, 2012

Homemade Burger Bun

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Huhuh.... Dah geli kot tengok gambar dalam previous entry ni, kite tengok gambar burger bun pulak ye! Nani dah lama berkenan dengan burger bun yang Cheqsue tayang... Tapi dia ada bibik, rajin la kot nak buat roti2 ni...Kite ni bibik balik bercuti kat Sumatera, terpaksalah cari inisiatif lain untuk menguli...Menurut Kak Tun Telani, beliau pernah buat roti menggunakan mixer mata cangkuk. Jadi, nani sesaje la nak try buat guna mixer tu untuk roti ni...Ternyata tidak menghampakan...Memang roti tu lembut...Cuma kena hati2 sikit la sebab adunan roti kan kental, lepas uli 10 minit, kene bagi mesin rehat jap...Risau jugak kan kalo pakai mesin yang murah2 ni...

BUN BURGER
Resepi : Yani @ MyR
Sumber : Cheqsue

Bahan-bahan (6 biji )
250g tepung roti
15g butter
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu (jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil (3g) dry yeast
bijan secukupnya -nani tak bubuh

Cara-cara (guna bread maker)
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
  2. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.
Cara-cara (nani guna mixer mata cangkuk)
  1. Masukkan semua bahan kering dan butter (kecuali bijan) ke dalam mangkuk mixer. Gaul sekejap guna senduk sehingga bahan sebati.
  2. Masukkan susu + telur tadi ke dalam adunan tepung dan gaul hingga bercampur semua bahan.
  3. Putarkan mixer selama 10 minit. Kalau agak2 doh belum lembut lagi, putar lagi 10 minit. Pastikan semua bahan telah sebati.
  4. Tutup mangkuk mixer menggunakan plastic wrap dan biarkan doh naik lebih kurang 40-60 minit atau naik 2 kali ganda.
  5. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  6. Ambil sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  7. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit. Nani biarkan roti dalam oven selama 5 minit selepas tutup api untuk mendapatkan warna perang pada permukaan roti.
Nani buat benjo la konon2...tempek aje atas telur mata, pastu letak sos cili

Yang ni memang beger mesia...Letak sambal sotong, pastu hirisan timun. Kenyang untuk makan lunch


Beginilah rupa mata cangkuk mixer tu...Selalunya kalau beli mixer, memang disediakan mata utk uli roti.. Tapi mixer nani murah2 je, mcm ni je mata cangkuk tu...Tapi roti tetap lembut macam yang bibik BM buat...

Monday, January 9, 2012

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread with Homemade Caramel Dip

Assalamualaikum.....selamat petang....

Alhamdulillah hari sempat juga buat roti ni walaupun kekalutan sedikit balik kerja tadi. Hujan kat rumah tak berhenti2 sejak maghrib tadi. Risau juga kalau roti tak naik. Nak panaskan oven dulu pon rasa macam renyah pulak. Last sekali nani letak aje doh roti tu di belakang laptop. Kan ada macam panas2 sikit. Akhirnya, naik juga roti tu...Suke! Suke!

Tak larat nak cakap panjang2 sebab penaaaaaaat betol. Esok kene keje awal sebab ada program di sekolah. Adeh! (konon2 azam 2012 nak jadi seorang guru yang aktif) huhuh...


Kita lupakan dahulu kisah keje ni. Nak cerita pasal roti yang nani buat malam ni, CINNAMON SUGAR PULL APART BREAD. Mula2 terperasan di blog sape ek? Macam Kak Tun Telani je... Pastu nani pon ada jugak sekodeng dari dapur blogger lain seperti Kak Nieza, Kak Nor, Kak Noorsha, Kak Shidah, Kak Izah Daut, Kak Dayang, Kak Su.... sape lagi tak sebut ni...? Kak Juwita...Hmmm....Kirenye memang ramailah yang dah buat ni...Nani je yang sedikit ketinggalan baru nak try buat...orang lain semua dah selamat telan roti ni time banjir hari tu...(kite ni duk makan ubi kayu rebus aje) huhuh...

Kali ni nani buat sekali dengan sos caramel ala2 auntie anne's tu...Huhuh....Resepi pon main amik kat Youtube aje..Cuma nani edit sikit resepi tu biar kuahnya cair sedikit. Kalo tak, likat macam ape je. Memang tak jadi kuah. Resepi ni nani C&P dari blog kak su. 

CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker (kalau nak tgok step by step klik je kat sini)
source : Shidah, K.Nor, IzahNoorsha & DayangJack

For the Dough (in BM)
  • 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
  • 1/4 cup gula kasar
  • 2 1/4 sudu kecik yeast
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 4 tbs butter
  • 1/3 cup susu penuh krim
  • 1/4 cup air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
  • 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) - DJ guna gula perang
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer - DJ letak 1/2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown  
 Cara:
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ketepikan.
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  4. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
  1. Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 
  2. *utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah
  3. Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  4. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  5. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea
roti yg nani bakar ni macam x brown pon... mungkin sebab bakar dalam oven mcm ni kot...pasni kene try dlm oven api atas bawah tu. apa pon, roti ni memang lembut. kalau letak telur sebijik pon rasanya masih lembut juga tu...nani buat separuh adunan je...so, memang x padat sangat dalam bekasnya...

caramel dip siap meleleh2 lagi...adeh....ni yg rasa mcm nak rembat seketul lagi ni....

Sunday, October 9, 2011

Cubaan Kedua Roti Mayonis

Assalamualaikum.....Selamat tengah hari...

Hari ni saje nak tayang menu makan malam 2 hari lepas. Tersangatlah tergoda dengan roti2 dari blog Kak Anna Qawina tu. Sejak akhir2 ni beliau asik meroti aje...Katanya stok yogurt di rumahnya tu banyak..Jadi, kunun2 nak perabih yogurt la tu...Asik2 meroti je ye...Dulu pernah juga buat roti mayonis resepi kak yani ni. Tapi bantat pulak kejadiaannya. Mungkin sebab yis dah lama. Kali ni cuba lagi menguli roti mayonis...Alhamdulillah menjadik jugak...

Resepinya saya c&p daripada blog Kak anna...Tuan punya resepi pulak kak yani deco choco...Meh kita tengok resepi mudah ni...


ROTI MAYONIS
sumber :  AnnaQawina

Bahan-bahan:
  • 300g tepung roti -nani guna 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 110g air
  • 50g water roux -nani ganti dengan 1 sk bread improver
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung *tak letak
Cara-cara:- 
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON. (kalau brand Cosway tu pilih no.7 ye, 1 jam 30 mnt) -nani uli tangan je agak2 dalam 5-10 minit. buat bulat besar, tutp doh dengan kain lembab atau piring. Biarkan doh kembang selama 1 jam.
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik *Ana timbang 30g stp doh -nani bahagi doh kepada 12 bahagian. kemudian setiap doh dimasukkan ke dalam bekas acuan tart telur.
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit *Ana bakar api bawah dulu 10 minit, kemudian teruskan hingga masak guna api atas bawah.
  6. *Selepas dah masak, Ana sapu sedikit marjerin atas roti.
makan cicah kari daging, memang sedapppp

Friday, September 23, 2011

Cheese & Choc Chip Danish Bun

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Dah agak lama tak menguli ni kan, tetibe dtg angin meroti...Bukan apa, sy ni sebenarnya tertinggal charger hp nokia di kg. Pastu mula la susah sebab dh jarang org pakai hp nokia yg lubang cucuk charger besar tu. Huhuh...Yela, hp dr zaman 2005 lagi...Punya lah tahan lasak hp tu. alhamdulillah sy bukan jenis org yg suke perabih duit nak beli hp canggih manggih. Ok, back to the story...Cari punya cari, tak de pon kawan2 tmpt keje yg ada charger jenis tu. Tetibe tergerak hati nak tanya orang sebelah. Sekali, dia ada charger jenis tu rupanya...Alhamdulillah...Selama nak menunggu bonda poskan charger tu dr kg terpaksa la 3 hari sekali pinjam dengan jiran sebelah. Lama kelamaan rasa segan pulak bila asik ketuk2 pintu minta nak pinjam charger diorg. Dahla pulangkan balik dengan tangan kosong. Kene pulak last week dia ada bg kek pisang. Jenuh duk pikir nak masak pe nak balas bekas diorg. Teringat pulak roti gulung ni. So, uli la sikit petang tu bg jiran sebelah. Nak makan sorang memang tak termakan la. Resepinya sy ambil drp Duja, Myresepi. Dah banyak kali buat. Alhamdulillah jadik...Dah buat mcm2 perisa pon. Raisins, choc chip, cheese. Memang sedaplah! Nak resepi, tengok jela di link ni ye. Malas pulak nak menyalin. Hihih...







tak larat nak cakap byk2...penat....

Thursday, August 25, 2011

Gara2 Tak Boleh Tidur ~ Roti Cream Cheese

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Saya yakin, ibu2 sedang sibuk menyediakan menu sahur sekarang...Seriously, mata saya tak boleh nak lelap... Macam2 yang difikir saat ini...Dah tutup lampu konon2 nak tidur..Tapi mata masih terkebil2 lagi..sejam lebih jugak duk melangut, akhirnya saya online, cari resepi yang bleh guna cream cheese memandangkan beberapa hari lagi dah nak stat cuti, jadinya nak habiskan segala stok bahan mentah yang mudah rosak tu. Selalunya di rumah ni mesti akan blackout sekali sehari. Risau juga kalau saya balik nanti, seminggu takde orang di rumah, terus barang2 dalam peti sejuk berkulat. Alahai...risau betol kalau jadi macam tu...

Jadi, setelah menaip perkataan CHEESE di MyResepi, berjujut keluar resepi2 yang menggunakan cheese... Rambang mata dibuatnya bile tengok. Oleh sebab nak padankan dengan selera tekak, bahan2 yang berbaki di rumah, rasanya resepi ni la paling senang nak dibuat..Macam biasa lah kalau resepi canggih manggih ni semestinya resepi Kak Yani...Tapi, oleh sebab saya takde BM, saya uli je manual. Huhuh...

Olahan : Nuwairani

Bahan :
160g air -nani letak 3/4 cawan air suam
250g tepung roti -nani guna 2 cawan
50g cream cheese -nani guna brand TATURA
10g susu tepung -nani guna 1sb
15g gula -nani guna 2sb
3g (1sk garam) -nani letak 1/4sk
20g butter -nani guna 1sb
2.5g (3/4 sk yis) -nani letak 1sk

Cara :

  1. Masukkan semua bahan ikut susunan ke dalam bread maker. ON bread maker, tunggu hingga siap. Boleh potong ikut citarasa.
  2. Cara Nani : Masukkan tepung, susu, gula, garam dan yis ke dalam bekas. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cheese dan butter. Tuangkan air sedikit demi sedikit air sambil2 diuli sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Uli selama lebih kurang 10-15 minit. Lagi lama lagi bagus untuk mendapatkan roti yang lembut.
  3. Bulat satu doh bulatan besar dan biar kembang 2 kali ganda atau selama 40 minit. 
  4. Setelah doh kembang, tumbuk2 angin keluar dan buat 9 bulatan kecil. Nani masukkan bebola doh kecil ini ke dalam bekas acuan egg tart. Rehatkan selama 15 minit.
  5. Panaskan oven dan bakar roti dengan suhu 180 darjah selama 12-15 minit.
  6. Setelah masak, tutup api. Biarkan roti di dalam oven selama 5 minit untuk dapatkan warna kuning keperangan pada permukaan roti.
rasanya inilah roti paling perfect yang pernah saya buat. Tak sedar dah dua ketul habis makan sambil2 tulis entry ni...Memang sedap dan lembut sangat! Serius tak rugi bila dah cuba ni...
Tekstur roti sangat lembut walaupun tiada bread improver @ water roux.  Uli guna tangan pon tetap juga menjadi.
Rasa roti ni lemak2 manis, masin...Bau cream cheese yang sungguh menggoda...Hohoh...Di kedai bakery pon tak pernah jual roti lembut n sedap macam ni. IT'S TRUE!!!

Tuesday, July 26, 2011

Roti Usaha Tangga Kejayaan...TQ Kak Ros Jintan Manis

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari yang sibuk, minggu yang sibuk, sememangnya menimbulkan stres yang amat di jiwa...Hadoi....Macam2 nak diceritakan, jadi dipendekkan, saya memang tengah stres sekarang. Pulang saja dari sekolah, saya bersiap2, solat n terus ke dapur, menguli roti mayonis (resepi roti yang gelemer itew). Tetibe, doh saya berminyak semacam aje...Pastu baunya pulak macam bau tapai nasik. Sah! Yis saya dah rosak...Maklumlah, dah lama tak meroti. Yis yang dh dibuka, disimpan dalam fridge taktau dari zaman bila lagi. Yela, orang lain ada BM, main campak aje, yang kite ni lenguh duk menguli, sekali roti bantat! Adoi...dah la over konfiden buat 1 adunan...Tak pasal2 tong yang kenyang. Tapi, saya selalu berpesan kepada pelajar saya, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 

Jadi, malam ni saya aplikasi apa yang saya selalu cakap dengan pelajar saya. Terus saya usha lagi resepi Kak Ros Jintan Manis, ratu roti kite tu...Bukan apa, Kak Ros pernah bg e-book percuma yang boleh di download dr page nya dan saya dengan begitu bersemangat, print berwarna lagi resepi2 Kak Ros. Senang dibawa ke dapur. Yela, takkan nak angkut laptop yang gedabak ni kan? Jadi, untuk roti saya malam ni, saya uli tangan je ye. Separuh adunan tanpa telur. Semua bahan letak kecuali telur. Manakala water roux saya ganti dengan bread improver. Saaaaaaaaaaaaangat lembut rotinya......Esok nak buat lagi lah (kalau sempat).

DOH ASAS ROTI MANIS
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese


Cara-caranya (Doh Roti)

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukkan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.
  6. Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya, dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
  7. - Boleh campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti kerana rasa padat dalam roti akan dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.
blossom sausage bun dengan tutorial kak Tun Telani

bakar dalam dulang gelas harga RM3.50 (nak beli dulang pizza tak mampu, RM11.00)

isi di dalam yang sangat lembut...

roti pintal dengan sapuan marjerian + gula + keju kraft singles

spare untuk BF esok

sangat sedap, memang tak rugi untuk dicuba...1st time saya buat roti ikut betol2 cara kak ros. memang jadik walaupun uli tangan. cuma, saya ramas2 dalam plastik tu 3-5 minit je. tak larat nak buat lama2. itu pon dh cukup lembut...boleh cuba tau!!


stres saya pon telah berkurangan......

Monday, July 18, 2011

Sandwich Telur je pon...

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Semalam tengah bersedih2 sempat lagi sekodeng blog Kak Quinnie dengan menayangkan sandwich telurnya... Teringat pulak ada lagi sebiji telur yg dibawa balik dari kenduri hari tu. Kalau tak dimakan, kang nanti jadi rezeki tong pulak kan? Jadi, tak sempat nak salin resepi, saya C&P jela di sini ye Kak Q.


SANDWICH TELOR
resepi : Kak Quinnie @
http://qasehququinnie.blogspot.com/

beberapa keping roti gardenia
3 biji telor - direbus
sedikit serbuk lada hitam
secubit garam
sedikit mayonis - anggaran dlm 1 sudu besar mumbung
planta


Cara2 :

  1. mula2 rebus telor dalam 20 minit...bila dah masak kupas kulit telor dan lenyekkan telor tadi guna garpu...tekan2 je biar biar telor tu hancur...jgn halus sgt nanti tak sedap....kasar je...kemudian masukkan serbuk lada hitam, garam dan mayonis...gaul rata...
  2. sapu roti dengan planta dan isi telor kat dalamnya...potong roti...buat sampai habis telor....dah siap...
makan sorg2 sebanyak ni....tersadai den....

Sunday, July 3, 2011

Roti Arab Dengan Serunding Bilis

Assalamualaikum...Selamat petang...(kat Sabah dah malam pon)

Syukur sangat2 cuaca hari ni baik...penuh jemuran di belakang rumah, jemur lagi kain di depan rumah pulak. Kering semua kain baju...Jadi, dalam panas2 ni sempat jugak sy menguli roti. Macam dah lama betol tak meroti ni. Sebelum ni dah buat serunding bilis dalam entry di sini. Jadi, nk lagakan dengan serunding tu petang ni, sy buat lagi roti arab macam dalam entry di sini. Resepi Roti Arab ni sy ambil drp Kak Fiza MyR. Memang lembut aje kejadiannya. Walaupun dah sejuk pon tetap juga lembut. Boleh try la. Oklah, sy C&P balik resepi Kak Fiza di sini ye.

ROTI ARAB
resepi asal : Kak Fiza MyR

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
  • Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

  1. Penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar. yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin, gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. Kemudian masukkan susu. sambil tu tambah air sedikit2. uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai. tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain. tak mengapa jika adunan melekat ditangan, jgn tambah tepung.
  5. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. Selesai perap, tumbuk2kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai. jgn terlalu nipis. agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. canai hingga habis.
  8. Apabila selesai semuanya boleh digoreng. semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan menggelembung. api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan. angkat dan toskan. siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

 Rasanya ni entry ketiga kot pasal roti arab. Saya memang gemarkannya!!
(sy buat separuh adunan boleh dapat 12 ketul)