kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label tart. Show all posts
Showing posts with label tart. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Cheese Tart & Sesi Keras Tangan

Assalamualaikum...Salam Bahagia...

Hari ni xtau ribut mane dtg tetibe rasa nk buat cheese tart. ni kire 1st time tau. Ok, Resepi ni sy amik drp MyR, Blueberry Cheese Tart oleh r41494. Tapi, oleh kerana xde blueberry fillingnya, sy tukar kpd strawberry emulco utk hiasan pd ukiran cheese. Kita tengok resepinya dlu. Minta halal ye nk C&P.

Bahan-bahan ( ~ 12biji ( saiz acuan 50) )

  • Bahan untuk Pastri:
  • 125g butter (salted)
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese
  • 20g butter (salted)
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry secukupnya

Cara-cara

  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5.  Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.
  7. Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  8. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  9. Pipekan filling dalam pastri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.

tart shell semestinya rangup dan garing ye kawan2

ni sesi deco mendeco. Okay, caranya ini sy merujuk kepada blog Kak HaSue. Minta maaf la kalau hasilnya tidak memuaskan spt yg Kak HaSue buat sbb dh namanya lagi keras tangan. heheh.

Sy guna strawberry emulco, dan batang itu adalah straw @ penyedut minuman yg dipotong nipis. Jadi, bentuknya yg melengkung memudahkan cecair ni ditakung kt dlm tu. (betol ke ayat haku ni?)

kire lebih2 kurang la tu designnya. Cantek ke tak belakang kire. At least sy dh cuba kan?

ok, ini rupa strawberry emulco yg dibeli di hypermarket Pantai timur, Pengkalan Chepa. Selain drp ni, kwn2 boleh guna perisa coffe ke, blueberry ke, raspberry ke, pandan ke, apa2 aje la. Cumanya, bila guna perisa strawberry ni, walaupun dicalit sedikit sahaja pdl permukaan tart tu, rasanya kene pd semua bahagian cheese. Tak percaya, cubalah sendiri!

SANGAT SEDAP, HOKAY!!!

Tuesday, February 1, 2011

tart telur comel

Assalamualaikum, semua! seronok sgt hari ni sebab dpt hasilkan sedozen tart telur hasil tangan sendiri...huhuh....senang je rupenye nk wat tart telur ni..bahan2 pon senang nk dpt..mula2 konon nk wat breakfast..pastu mcm malas pulak.last2 makan 2 keping piza n sebijik karipap.pastu konon lg nk wat minum petang, lg sekali mcm malas pulak..last2 lepas maghrib baru kuarkan butter dr peti sejuk..tetibe ade plak member antar portugis egg tart dr KK.mcm tau2 plak dia sy ni mengidam nk makan egg tart.dh makan 1 mmg x cukup.alang2 butter dh lembut, teruskan jela wat egg tart.hasilnya??? fuhhhh.....sgt berpuas hati..cuma rasa terlebih manis plak...mungkin next time kene kurangkan gula..ni resepi egg tart yg sy wat (edit2 skit resepi drp myresipi)...

EGG TART COMEL
Bahan :
Kulit
100g butter
1sb gula aising
2 cawan tepung superfine
1 biji telur
Inti
1 ½ cawan susu cair
2 biji telur
½ cawan gula kastor
1 sb tepung kastard
½ sk esen vanila

Cara-cara :
1.     Pukul butter, gula dan telur sampai gula hancur.
2.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli.jangan terlebih tepung, takut keras pulak.
3.    Bahagikan doh kpd 12 bahagian, kemudian terapkan ke dalam acuan tart.
4.    Cucuk dengan garfu supaya udara mudah keluar.
5.    Bakar dengan api 170’c selama 12-15 minit.
6.    Untuk inti, campur semua bahan kemudian tapis dlm jug supaya senang nk tuang nanti.
7.    Masukkan dalam kulit sehingga habis semua bancuhan dan bakar lagi lebih kurang 12 minit.
note : jangan terlebih lama, nanti telur tu kembang, dah jadi tak cantik.ok, selamat mencuba!!!