Hari ni dengar2 khabar macam 1 Sabah tiada bekalan elektrik. Kalau di Daerah Kinabatangan ni bermula jam 3 pagi hingga jam 1 petang. Nasib baik Nani memang dah gosok baju siap2 satu almari. Kalau bekalan elektrik terputus selama sebulan pun masih cukup stok2 baju untuk ke tempat kerja. Tapi, harap2 tidak ada masalah la. Panas yang amat dan rasa macam mati kutu je bila tidak boleh buka laptop ni. Line telefon pon tiada. Hadoi....Ok, kita stop dulu cerita pasal elektrik ni.
Sepanjang minggu lalu, memang Nani kurang sikit menjaga bab makan ni. Semua main hentam masuk perut je. Berat pun seminggu tak mahu turun. Maintain aje macam tu. Hadoi. Kebetulan masa tu Nani baru lepas cek tekanan darah. Tak tahu kenapa puan misi tu cakap tekanan darah Nani rendah. Dua kali dia cek tapi masih juga dapat keputusan yang sama. 90/70 je. Memang rendah la kan? Sebelum ni kalau paling rendah pun 110/90 je. Puan misi kata mungkin Nani tak cukup rehat. Memang ya pun sebab pada paginya tu ada kucing masuk dapur. Habis semua segala sampah diselerakkan dengan sisa2 makanan dan sebagainya...Haishhhhh! Sabar jela kan...
Mahu tidak mahu terpaksalah Nani kutip sampah2 tu kemudian mop lagi lantai satu rumah. Demi HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT haku pun buat kerja dengan bersungguh2...hohoh.... Sekali, tekanan darah rendah pulak sebab terlampau penat. Iyala. Cikgu sekolah petang macam Nani ni memang best sebab boleh buat kerja rumah pada waktu pagi, kemudian petang baru pergi kerja. Tapi, serius penat tau petangnya tu. Jadinya, nak kena makan yang sedikit heavy la. Kalau orang darah tinggi kita memang banyak tahu la makanan apa yang kena makan, makanan apa yang kena elak. Tapi kalau rendah ni jadi blur sikit sebab jarang orang dapat tekanan rendah.
Nani memang dah tak ada stok beras di rumah. Jadinya, Nani just standby pasta kering macam spaghetti, lasagna, macaroni, bihun dll yang seangkatan dengannya je. Jadi, kali ni ada stok vermicelli yang belum buka. Pasta jenis ni sama je dengan pasta lain dari segi rasanya tu. Cuma, vermicelli lebih tebal sedikit berbanding angel hair dan lebih halus sedikit berbanding spaghetti. Nani goreng pasta ni bubuh kiub tomyam sikit. Memang sedapppp!
VERMICELLI GORENG TOM YAM
resepi : nuwairaniismail.blogspot.com
Bahan (2-3 orang makan) :
segenggam pasta (direbus dengan sedikit minyak dan garam kemudian toskan)
3 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
3 sudu besar sos pasta bolognaise (nani guna jenama kimball)
150 gram ayam hancur
sedikit lada hitam (tumbuk)
1 biji tomato -dipotong dadu
3 tangkai cili padi (potong)
1 kiub paste tomyam
sayur kobis -lupa nak letak
cendawan butang -lupa nak letak
3 helai daun limau purut muda (buang tulang daun, hiris nipis)
sedikit minyak untuk menunis -nani guna minyak jagung
Cara-cara :
- Tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan sos spaghetti, tumis lagi hingga sebati.
- Masukkan lada hitam, kiub tom yam. Kacau sebati dan masukkan ayam. Tumis sehingga masak.
- Tambahkan cili padi, sayur kobis, tomato, daun limau purut dan cendawan butang, kacau sedikit dan akhir sekali baru masukkan pasta yang sudah siap direbus. Kacau sebati sehingga masak.
- Taburkan daun limau purut, sedia untuk dihidangkan.
sekarang ni dah malas nak tulis2 pada gambar, letak watermark bagai. orang yang letak watermark pun boleh kene curi gambar. biarlah orang nak curi ke apa. malas nak fikir2 benda tu. (sebenarnya nani pun pernah terkena, tapi tanak bising2). berdosa ke tak biarlah orang tu yang menanggung, ye dok??