kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Ayam Panggang Rosemary Yang Sedap!

Assalamualaikum.....Salam sejahtera....

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa... Mood tuan rumah ke laut sikit. Belum serasi lagi nak mengatur menu untuk berbuka, nak snap gambarnya lagi...Aduh...Tak berapa nak rajin pulak. Jadi, ini memang gambar yang masih lagi dalam simpanan yang belum masuk entry. Memang dah lama Nani nak buat ayam rosemary ni. Tapi mengenangkan tak terjumpa stok herba utamanya tu jadi, Nani tangguh dulu. Alhamdulillah minggu lalu ke bandar, ada nampak orang jual herba rosemary kering. Dengan bahan lain yang tak berapa nak cukup, Nani cuba juga buat. Alhamdulillah, memang tidak menghampakan. Rasa ayam yang diperap semalaman lebih sedap, masuk hingga ke tulangnya... Resepi ni Nani terjumpa di blog Kak Nor, sifu kesayangan semua orang...Terima kasih ye Kak Nor. Begitu juga dengan Bundo dan Wana...

 AYAM PANGGANG ROSEMARY
sumber : Wana & Ibundo
sumber : K.Nor

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip -nani letak 1 kiub pati ayam knorr
2 sudu besar jus limau -nani ganti dengan cuka makan
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun) -nani guna minyak jagung je
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik -nani skip
6 biji baby carot -nani skip
sedikit mentega -nani skip
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah -nani skip

Cara penyediaan:

  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam. -nani panggang guna non stick pan je.

Tips dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Sekarang pulun makan lauk2 je sebab nak turunkan semula berat badan. Hadoi...Harap2 berjayalah... Apapun, resepi ni memang best dan sedap! Rugi sangat2 kalau tak cuba. Aroma daripada daun rosemary tu memberi kelainan pada rasa ayam yang dibakar.

contoh herba rosemary yang Nani gunakan. Gambar diambil dari page McCORMICK dan disertakan juga pelbagai resepi yang menggunakan produk herba2 keluarannya.

p/s : kalau kawan2 buat ni petang ni, kemudian diperap semalaman, dimakan waktu sahur, memang sedap dah tu.

Friday, May 4, 2012

Menu Diet~Tom Yam Ayam Sempoi

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Hari ni nak bercerita merepek merapu sikit sebelum bercerita pasal menu yang dimasak tu. Selalunya kalau kita post gambar2 masakan, bercerita pasal menu yang dimasak, orang akan cakap, "PANDAINYA KO MASAK" ataupun "RAJINNYA KO MASAK" Huhuh....dan selalunya yang memuji itu adalah mak2 orang, bini orang (rakan yang bukan rakan blogger seperti anda yang selalu memberi komen). Terima kasih banyak2 atas pujian2 itu. Kembang kempis idung ai kejap...Huhuh....Honestly speaking, Nani bukan juga rajin @ pandai. Tapi, atas desakan hidup di tempat orang menyebabkan kita dengan sendirinya kena masak walau apa cara sekali pun.

Tinggal di tempat yang jauh berbeza budaya dan cara hidup dengan tempat asal usul kita memerlukan kita berdikari dalam semua perkara. Kalau di tempat Nani sekarang, semestinya tidak ada nasi kerabu, nasi dagang, spaghetti carbonara, lasagna, kuih cekmek molek, kuih bingka, rainbow cake, caramel cake dan sebagainya sepertimana yang ada dijual di kawasan Kota Bharu. Kalau di Kuala Lumpur sekali pun masih lagi kita boleh cari di pasar2 malam yang ada penduduknya berasal dari Kelantan. Sebab itu Nani boleh buat kesimpulan, mereka yang tinggal di luar negara lebih cenderung untuk mencuba pelbagai resepi berbanding mereka yang tinggal di kampung lebih2 lagi kalau ada orang tua sebab di tempat yang jauh begitu memang susah nak jumpa menu2 yang ada di tempat asal kita. Tapi tak semua la mcm tu kan...
Jadi, dalam rasa teringin nak makan menu2 tu semua Nani belajar untuk buat sendiri. Memasak ni tidak perlu kita ikut citarasa orang lain. Bagi Nani, citarasa setiap orang adalah berbeza. Ada orang suka makan kek, ada yang suka makan muffin, ada juga yang suka makan roti. Kita masak ikut rasa tekak kita macam mana. tu pasal asik menderhaka dengan resepi je. wuwuwuwu.... Jadi, kali ni Nani buat tomyam yang paling sempoi kot setakat ni. Kiranya masak ikut apa yang ada di rumah aje. Maaflah kalau ada persamaan dengan mana2 resepi ke sebab Nani belajar masak ni dengan mak aje.

TOMYAM AYAM SEMPOI

bahan :
2 ketul ayam -potong kecil2 isinya
3 cawan air
1 kiub tomyam knorr
3 ulas bawang putih -ketuk
1/2 labu bawang besar -hiris panjang
1 inci halia -ketuk
4 tangkai cili padi -belah
2 helai daun limau purut muda
garam/gula secukup rasa
1 inci lengkuas -ketuk
1 batang serai -ketuk
1 biji tomato -belah 4
sayur kobis bunga
sayur kobis
sayur lobak merah
cendawan butang
asam limau nipis -perah, ambil jusnya

Cara :
  1. Masukkan air, ayam dan kiub dalam periuk. Rebus sehingga ayam empuk dan masak.
  2. Sementara itu boleh masukkan bahan2 lain seperti bawang, halia, cili padi, daun limau purut.
  3. Boleh tambah bahan2 tulisan biru jika ada. Nani tak letak sebab tiada stok di rumah.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Apabila sayur sudah lembut, ayam dah masak, boleh hidangkan.
Rasanya macam menu tomyam la kot yang paling senang. Boleh campak2 aje kat dalam periuk. Tak perlu tumis pun. Cuma kena pastikan cukup rasa masam, masin, pedasnya. Kalau ada udang/sotong pun boleh masukkan juga. Tapi Nani tak berapa suka bercampur macam tu nanti tak rasa ayamnya. Tapi terpulang kepada citarasa masing2 la kan? 
Di rumah Nani memang sentiasa ada stok kiub2 macam ni sebab kadang2 bahan di rumah tak berapa nak cukup. Jadi, kalau ada kiub2 ni senang nak masak apa2. So, resepi menu senang dah diberi. Kalau kata tak reti nak masak tomyam juga tu tak tahulah nak cakap macam mana (padahal Nani sendiri pun dah start kerja baru reti masak tomyam). It's better late than never rite??? Huhuh....

Wednesday, May 2, 2012

Menu Diet~Sup Ayam Ala Utara

Assalamualaikum... Salam sejahtera....

Hari ni Nani lambat sikit bersiaran sebab tak sempat nak online pagi2 (ada org kesah ke?) huhuh... Bukan apa, dek kerana tidak dapat menahan air liur menitik2 dari skrin komputer ini tatkala melihat Kak Tun Telani menayangkan Sup Ayam Ala Utara sambil tersengih2 semalam... Sebenarnya Nani berniat nak buat Sup Ayam Hadnyai macam yang Kak Q tayang tu. Sebelum ni memang dah terpikat dengan sup yang Kak Ika buat. Tapi, Nani terlupa nak beli beberapa jenis lagi bahan untuk buat sup ni. Makanya terpaksalah ubah plan kepada Sup Ala Utara ni.
Sesungguhnya, Sup Ala Utara ini tidak kurang juga hebatnya. Nani buat tidak banyak pun sebab suka dengan rasa rempah yang pekat. Jadi, Nani potong-potong 2 ketul ayam di bahagian atas paha tu supaya isi ayam lebih cepat empuk. Sambil2 mereneh sup ni Nani kemas rumah macam biasa. Apabila sudah siap mengemas, Nani pun menikmati sup ayam ni 2 mangkuk sekali gus sebagai breakfast + lunch pada hari ini. Sungguh sedappppp! Sebelum ni kalau buat sup Nani tak pernah pula tambah serai. Tapi resepi ni ada taruk serai. Aroma segala rempah2 tu memang mengasyikkan sehingga Nani tak sempat nak update blog pagi2. Pulun duk hirup kuah sambil kesat2 air mata sebab tergigit cili padi. Huhuh...

Jadinya, dapat makan 2 mangkuk sup ayam ni pun sudah buat Nani cukup kenyang pada tengah hari tadi. Untuk dinner ni kena masak menu lain pulak. Esok baru Nani update menu tu. TUNGGGUUUUUU!


Sup Ayam ala Utara
Resepi Asal : Kak Malida
Sumber : Kak Madihaa,  kak ika, kak Q
Sumber : Kak tun telani

Bahan2 utk sup :
1/2 kilo ayam- potong2
Minyak (kalu guna cara menumis) - tun & nani  tumis
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumbuk kasar) - tun & nani tumbuk kasar
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih

Bahan Kisar : - tun & nani tumbuk
1 labu bawang besar -nani guna bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar
1 batang serai - dititik
1/2 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes -nani guna kiub punjut knorr
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga ayam empuk)
garam
serbuk lada hitam secukupnya
*bahan Nani tambah
1 biji kentang -potong kecil2
1/3 batang carrot - potong panjang2
bawang goreng
limau kasturi
cili potong

Cara2 :
  1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
  2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
  3. Masukkan ayam. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
  4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..
  5. Dah siap. boleh tabur dgn daun sup dan bawang goreng ^^
Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan ) -walaupun cara ini lebih menyihatkan, Nani tetap juga tumis dulu (guna minyak jagung) sebab aromanya akan lebih terserlah kalau rempah tu ditumis. 
Kalau buat sup, Nani memang suka buat bawang goreng sendiri. Kemudian minyak tu diguna semula untuk menumis rempah. Kalau dihidangkan pula, Nani suka masukkan cili padi potong + asam limau. Memang superb la! Terima kasih kepada semua yang telah kongsikan resepi ini Sesungguhnya, jasamu dikenang. Heheh..

Saturday, April 28, 2012

Ayam Panggang Rempah Lima ~Menu Diet

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Hadoi...Nani rasa macam sepanjang minggu asik makan ayam je. Yela, dah memang itu je lauk yang Nani beli dan simpan dalam peti. Sosej ayam pun masih ada sebungkus. Tapi dah rasa muak pula nak makan tu. Scrambled egg pun dah lama Nani tak buat sejak2 dah habis induction ni. 
Jadi, kali ni Nani nak berkongsi satu menu diet yang Nani buat dalam minggu ni. Sangat simple dan mudah dan amat sesuai untuk orang pemalas macam Nani.

Untuk kali ni Nani buat ayam panggang menggunakan REMPAH LIMA MAGGI. Caranya sangat mudah iaitu, cuci ayam bersih2 dan toskan airnya. Perapkan ayam dengan dengan 1 sudu besar REMPAH LIMA MAGGI + 1 sudu besar minyak jagung semalaman. Kemudian, panggang macam biasa atas non stick pan. Nani pasang api kecil kemudian tutup pan tersebut. Lebih kurang 10minit, balik2kan ayam dan panggang lagi 10-15 minit mengikut saiz ayam.
gmbr ehsan google
Ini adalah contoh rempah lima yang Nani gunakan. Tidak perlu tambah garam/gula/bawang/dll sebab memang sudah cukup rasa semuanya di situ. 1 paket ni mengandungi 40gram. Nani selalu masak pun 2 ketul je setiap kali. Jadi, 1 paket ni boleh buat sehingga 8-10 ketul ayam. Lagi banyak ayam, lagi jimat la kot. Kalau ada yang pemalas macam Nani boleh cuba la kot menu ni. Huhuh...

Thursday, April 26, 2012

Roti Jala Pandan + Gulai Darat Ayam (versi Kelantan)

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Oleh kerana tidak tahan godaan melihat ramai blogger buat roti jalan minggu lepas, Nani pun tidak terkecuali buat menu ni untuk makan tengah hari kami pada hari Ahad baru-baru ni. Untuk pertama kalinya merasmikan acuan lubang 3 yang dibeli di Daiso bulan lepas. Nani hadiahkan acuan lubang 3 tu untuk Afwani di Sandakan. Punyalah dia suka dapat acuan tu. Ha....Pasni bolehlah dia masak2 di rumah mertuanya..Huhuh...

Untuk resepi ni Nani copy n paste dari blog Kak Ika di mana tuan asal resepinya adalah Kak Ratna @ Cik Bawang, tak dapat dikesan link nama tersebut sebab tidak dinyatakan dalam entry Kak Ika. Walau apapun, terima kasih diucapkan kepada kedua2nya kerana berkongsi resepi di sini. Nani tak baca resepi betul2. rupanya telur dimasukkan sebiji je. Tapi Nani macam masuk 2 biji pulak. Tapi akan jadi terlebih sedap la kot. Memang lembut. Kesimpulannya Nani sangat puas hati! Kami siap buat 2 adunan, boleh makan untuk 6-8 orang. Kuah gulainya pula Afwani buat gulai darat ayam.

ROTI JALA PANDAN
Resepi Asal : KAK RATNA@CikBawang

Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (Kak ummi buat 1 cwn air + 1 cwn Susu segar) -nani letak air je
1 biji telur -nani tersalah letak 2 biji telur gred C (patut la sedap semacam)
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna hijau
1 sk pandan paste -nani skip yang ni
1 sb minyak masak -nani tambah 

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan dalam blender. 
  2. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. 
  3. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. 
  4. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
Kagum diorang tengok rupa bentuk roti jala ni. Huhuhuh...Sememangnya cepat aje bleh siapkan roti jala ni dan tidak mengotorkan dapur kita. Sangat senang cara penyediaannya. Tak menyesal Nani beli 6 acuan mayonis di Daiso ni. Nanti nak kirim lagi dengan Mr. Google biar dia bawa balik dari sana lagi. Boleh dibagi2 dengan sedara mara yang lain.

Ampunkan adik2 saya yang baru belajar menggulung roti jala. Dah putus2 jalanya ha....Ini kalau ikan masuk pun boleh keluar balik. Huhuh...diorang (Afwani n dak Fara) ni excited nak buat roti jala ni. Kebetulan juga perut Nani mengidam nak makan roti jala. Hadoi...Kalau tak silap macam 6-7 keping jugak Nani makan tengah hari tu sebab sedapppppppp sangat!

Gulai darat yang Afwani masak ni menggunakan rempah gulai darat yang diimport khas dari Kelantan. Katanya, dia beli di kedai runcit yang jual macam2 jenis rempah. jadi, kalau kita bagitahu nak rempah gulai darat, dia akan campurkan rempah2 tersebut mengikut nisbah yang tertentu. Afwani kata macam ada 5 lapis/jenis rempah yang dicampur. Tak tahulah rempah apa. Yang pastinya ada rasa serbuk cili. Sempat juga Nani minta sikit rempah ni. pssst! Gulai darat ni memang sedapppp! Nanti nak try buat sendiri. 

Sunday, April 22, 2012

Kisah Diet 4~Permulaan Untuk Diet

Assalamualaikum..Salam sejahtera....

Hari ni Nani nak berkongsi satu menu diet yang akan menjadi kesukaan Nani nanti. Sebenarnya Nani cilok resepi ni dari blog Kak Azatiesayang. Untuk disesuaikan dengan orang yang sedang berdiet sihat macam Nani sekarang, ada beberapa bahan yang Nani ubah sikit.



AYAM PANGGANG BEREMPAH

resepi : lukisanmilikku.wordpress
sumber : Azatiesayang
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan :

Ayam dipotong dan dibersihkan serta ditoskan lalu dilumur dgn sedikit garam dan kunyit -nani tak letak pun garam dan kunyit

Bahan2 perapan :

4 bwg merah
4 bwg putih
sedikit halia
5 tangkai cili kering (dibuang biji dan dilembutkn dgn air panas @ cili boh @ cili merah)-atie isi lbh -nani tak bubuh
1 camca besar lada hitam
1 camca besar rempah ratus campuran (halba campur) -nani letak rempah lima maggi 1 sudu besar
2 camca besar sos tiram -nani tak letak
2 camca besar madu (optional) -nani tak letak
2 camca besar gula -nani tak letak
1 camca besar garam -nani tak letak
4 camca besar kicap pekat manis -nani letak 1 sudu je
4 camca besar sos cili (nk pekat, tambah lagi lps blend) -nani tak letak
sedikit air supaya boleh blend sume ni -nani tumbuk semua bahan (tak letak air pun)

Cara-cara :
  1. masukkan semua bahan perapan di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga puas hati…hehe.. sampai 80% halus… jgn halus smpai jd air plak…
  2. kemudian, masukkan bahan perapan yg diblend td dlm ayam yg telah digaram kunyitkan.. perapkan ayam dan bahan tersebut selama yg mampu.. lagi lama lagi sedap.. (kalo lama sgt letak dlm peti ais yer…) -nani perap 24jam
  3. pastikan semua celah2 ayam kena bahan perap dia.. supaya ayam tu akan sedap sehingga menjilat jari.. :p
  4. dah perap, susun dlm pemanggang ajaib bersama kuahnyer.. dan panggang sehingga 15 minit dgn api perlahan.. -nani bakar dengan non stick pan je
  5. buka pemanggang dan ambil kuah yg dah mendidih tu… supaya ayam cepat kering.. kuah tu bulih buat kuah ayam panggang nanti…tutup semula dan tggu selama 5 minit.
  6. bila ayam dah kering, alihkan ayam.. dan tutup api jika dah nampak sedikit hitam (hangit la tu.. kiki )
  7. sedia dihidang…
Dalam usaha untuk membakar lemak, kita mesti makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang rendah. Paling tinggi pon 20gm setiap hari. Dari mana datangnya karbohidrat itu? Ha....dari jenis2 makanan yang Nani senaraikan dalam entry Kisah Diet 3. Jadi, untuk pengetahuan semua juga, setiap kali membeli sesuatu makanan, kita mesti cek dulu jumlah carbs yang terkandung di dalam makanan tersebut. Nani memang dah kaji setiap jenis makanan sebelum dibeli. SOS TIRAM, KICAP, SOS CILI, SOS BLACK PEPPER, SOS TOMATO, memang mengandungi carbs yang tinggi! Untuk menggantikan sos tersebut, Nani guna mayonis. Yes, kalau tak percaya korang boleh tengok di botol mayonis dan sos cili, kemudian bandingkan dalam penggunaan 1 sudu besar (15ml). Mayonis pon ada juga jenis yang carbs rendah. Pilih mana yang sesuai la untuk dijadikan bahan pencicah. Kalau tak makan ni, lagi bagus!

Menu untuk orang berdiet semestinya tidaklah sesedap menu orang yang melantak. Tak boleh makan benda yang bergula, dan carbs yang tinggi. Dalam resepi yang Nani paparkan kali ni pun Nani tak letak gula @ garam sebab dah guna rempah lima maggi tu. Itu pun dah cukup sedap dengan manis2 bawang. Nani buat 2 ketul je ayam. 1 untuk sarapan, dan 1 lagi untuk lunch. Kenyang ke tak tu pasni Nani cerita dalam entry seterusnya. Buah2 manis pun tak boleh makan termasuklah epal merah, pisang, betik dan lain2. Jadi, perkara pertama adalah mesti disiplin! Setiap kali Nani nampak makanan yang sedap2, memang Nani bercakap dengan diri sendiri...."NAK KURUS KE TAK???" Kalau dalam hati kata taknak tu, lantak lah nak melantak ke apa. Tapi, kalau kita memang betul2 tekad nak kurus, kita tak akan buat semua tu.

Bagi mereka yang baru ingin menceburi dalam bidang berdietan ini, Nani cadangkan sebagai permulaan, anda kurangkan jumlah kuantiti makanan (nasi) yang diambil setiap kali makan. Ini Nani ada beberapa tips yang boleh dikongsikan :
  1. Bagi perut jenis yang tidak boleh meninggalkan nasi, cuba gantikan nasi dengan jenis makanan lain dahulu seperti roti, bihun, mee dan sebagainya. Kenapa ya? Ha...sebab kalau pemakan nasi yang tegar ni memang akan menggigil kalau sehari tak makan nasi. Ini bukan cerita orang lain tau. Ini memang cerita Nani sendiri.
  2. Kurangkan kekerapan pengambilan nasi dalam sehari. Contohnya, sarapan nasi goreng, lunch nasi putih, malam pun nasi lagi...Seboleh-bolehnya skip nasi untuk sarapan dan dinner. Makan nasi untuk lunch sahaja. Habis? Waktu lain nak makan apa? Haaa...Pandai2 korang la nak makan ape pon kecuali nasi. Contohnya, sarapan 4 keping roti, dinner 4 keping biskut cicah air. 
  3. Cuba kurangkan lagi pengambilan nasi dalam masa seminggu. Kalau selalu makan nasi setiap kali makan, setiap hari, sekarang cuba kurangkan kepada 2-3 kali seminggu je. Ganti pengambilan nasi yang sekali sehari itu dengan bihun sup @ macaroni sup pula. Bosan pun bosan la...NAK KURUS KE TAK NI???
  4. Kalau korang dah terbiasa dengan tidak memakan nasi, lepas tu cubalah untuk tidak mengambil sebarang jenis makanan yang high carbs seperti bihun, mee, roti, oats, pasta, kek, kuih, biskut dan sebagainya. Nani sebenarnya ambil masa selama sebulan (Januari) untuk proses ini sehingga nani betul2 boleh tinggalkan nasi. 

Itu antara tips yang Nani sendiri buat sebelum nani tinggalkan nasi sepenuhnya dan mula mengamalkan diet Atkins iaitu dengan mengira jumlah carbs yang diambil sebanyak <20gm sehari. Ok, lepas ni Nani akan cerita macam mana tips, jenis2 makanan boleh dan tidak boleh dimakan...Hadoi...setiap kali menaip dah rasa penat...Padahal dalam kepala ni macam2 benda yang Nani nak cerita...Tunggu next episode ye! Nani nak berjalan ke rumah kawan2 dulu...Dah lama tak jenguk dapur orang. heheh...Wassalam...

to be continued....

Saturday, April 14, 2012

Whole Leg Chicken with Black Pepper Sauce

Assalamualaikum.... Selamat sejahtera...

Alhamdulillah... Nani rasa bersyukur sangat2 kerana setiap hari akan ada sesuatu yang berlaku dalam hidup kita yang boleh mematangkan diri... Rasa bersyukur sangat2 kerana dikurniakan Allah orang2 di sekeliling yang sangat baik walaupun jauh di mata, tetapi rasa dekat di hati (seperti mana rakan2 blogger sekalian). The truth is, Nani akan rasa ada satu getaran positif dalam diri apabila kita menghampiri orang yang positif. Sebelum ni memang sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa nak mengadap blog. Tapi dalam tidak ada masa itu membuatkan Nani lebih stres. Jadinya, dalam tidak ada masa sekarang memang akan cuba sehabis mungkin untuk bersama2 dengan rakan blog. Tinggal di kawasan terpencil begini hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh tahu perasaannya. Dengan rakan2 blogger la Nani berkomunikasi sehari2, berkongsi pengalaman dan ilmu. Ok, stop dulu cerita pasal feeling2 ni. Kang terkeluar ayat kontroversi pulak.

Ok, Nani masak ayam ni semalam untuk breakfast dan lunch sekali. Ini kes malas nak masak banyak2 kali ye. Sebenarnya plan nak buat dinner untuk malam sebelum tu. Tapi, bila fikir2 balik rasanya macam tak perlu kot dinner yang heavy macam ni (orang tengah diet la katakan). So, simpankan dulu hasrat tu sehinggalah pagi semalam. Resepi ni Nani ternampak di blog Kak Ika. Ada beberapa bahan yang Nani tambah dan kurangkan untuk disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di rumah ni. Maklum sajalah kalau tinggal di kawasan pedalaman ni mana nak jumpa whipping cream bagai tu..Huhuh...Kak Ika buat steak daging, tapi Nani takde stok daging, Nani tukar dengan whole leg chicken. Ok, Nani edit balik resepi guna bahasa Melayu je sebab takde pon orang putih yang nak tengok blog ni... :)

GARLIC PEPPER BEEF STEAK
Original Recipe : HERE
Sumber : Ijayuji (ARAH)
Olahan : Nuwairani

Bahan :
1sudu besar minyak zaitun -nani guna minyak masak je
2 ulas bawang putih, ketuk dan cincang halus -nani tumbuk hancur
1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk atau blend
2 keping daging steak -nani guna bahagian paha dan atasnya
sedikit garam
1 sudu besar gula -nani tambah
1 inci halia ditumbuk -nani tambah

cara-cara :
  1. Panaskan grill pan non stick atau apa2 kuali yg sesuai utk di bakar atau boleh guna outdoor grill mcm resepi asal -nani guna non stick pan je.
  2. Dalam mangkuk kecil, campurkan semua bahan2 tadi kecuali daging steak, sehingga sebati dan sapukan keseluruhan daging steak tadi sehingga rata keseluruhannya >>yg ni perap sekejap dlm 15minit atau 30minit. -nani perap semalaman
  3. Letakkan daging steak yg telah disapu dgn bhn perap tadi dan grillkan di atas pan yg panas tadi, masak sehingga masak lebih kurang 20 minit atau sehingga masak, balikkan sekali sekala jika perlu>>untuk yg ni kita tutup satu bhgn dan bila balikkan dah tak payah tutup biar dia terbuka dgn api sederhana sahaja, angkat dan boleh dihidang dgn black pepper sauce atau sos kegemaran bersama salad dan kentang goreng)>>jgn dibasuh kualinya atau buang lebihan air daging tadi sbb nk gunakan utk sos dia. -nani ikut cara kak ika iaitu tutup dulu masa grill sebelah lebih kurang 15 minit, kemudian lepas terbalikkan buka penutup periuk tu.

EASY PEPPER SAUCE
Original Recipe : HERE
Sumber : ARAH
Olahan : Nuwairani

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar dicincang
3 biji cendawan butang dalam tin hiris nipis2 -nani tambah
150 ml susu segar -nani guna susu full cream
1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk/diblend >> nak lebihkan pun ok kalau nk pedas
30 ml whipping cream/ thickened cream -nani tak letak
1 cube beef bouillon/1/2 cube stok lembu knorr, hancurkan -nani guna kiub punjut knorr
Sedikit mentega -dalam setengah sudu besar
Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu -nani letak 1 sudu besar
Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah>>kalau tak masukkan pun ok -nani bubuh 1 sudu kecil + sedikit air

Cara-cara :
  1. Dengan mengguna grill pan yg sama utk steak tadi, tumiskan bawang besar yang dicincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan. (kemudian nani terus masukkan cendawan tadi)
  2. Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu segar dan cube lembu yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih.
  3. Masukkan pula whipping cream sambil dikacau perlahan. Masak lebih kurang 2 minit.
  4. Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi serta perasakan masinnya>> kita tak masukkan garam sbb dah masin.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi >> bolehlah dimasukkan kicap manis utk menggelapkan warna kuah, tak payah byk2 sgt, agak2 aja ya, dan masukkan sedikit butter, padamkan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
  6. Boleh dimakan bersama steak tadi, selamat mencuba!!

untuk kentang dan tomato ni Nani potong macam ni kemudian grill sekali dengan ayam tadi. Rasa rempah2 ayam tu masuk ke dalam kentang. Jadi sedappppppp sangat!

untuk salad ni pulak, nani hiris nipis2 sayur kobis, kemudian cincang halus. begitu juga dengan tomato. lepas tu gaul tomato n kobid dengan mayonis. ini pon sedapppppppp sangat!

Alhamdulillah...antara benda yang buat Nani rasa bersyukur tinggal di kawasan pedalaman ni adalah Nani boleh belajar masak macam2... Kat sini susah nak jumpa makanan yang kena dengan selera tekak Nani. Segala kuih muih pun payah betul nak jumpa melainkan donut dan karipap. Itu pun belum tentu terjamin kesedapannya. Jadi, apabila Nani rasa nak makan, memang Nani akan belajar buat sendiri. Nani bersyukur juga dapat berkongsi ilmu dengan kawan2 lain yang beginner macam Nani. Selalunya isteri orang, bakal isteri la kot yang selalu msg, minta resepi itu dan ini. Tapi Nani sangat suka nak tolong orang dengan cara macam tu. Siapa2 yang kata Nani nak menunjuk tu, memang dah tak kesah dah...Biarlah orang nak kata apa pun.. Nani gembira hidup macam ni dengan tidak mengganggu hidup orang lain....Panjang pulak penutup kali ni...Ok, kepada kawan2 Nani yang tak sabar2 nak try resepi ni, SELAMAT MENCUBA! Memang takkan menyesal!

Sunday, November 13, 2011

Ayam Mentega Rangup

Assalamualaikum...Selamat tengah hari...

Masak apa ye untuk lunch nanti? Kalau belum masak, boleh try tengok resepi ni dulu. Sebenarnya saya dah lama buat ni. Tapi macam tak sempat pulak nak update masuk sini. Tapi ayam yang saya buat ni versi sedikit terhangit la. Huhuh...Maap la banyak2 ye. Pestaim buat ni. Konon2 nak suruh garing la. Sekali sampai terhangit la pulak. Tapi xdelah pahit pon. Masih juga sedap...Saya makan ratah ni memang sedappp! Erk! Ratahnya sikit je. Tapi yang banyak tu makan dengan nasik. Aduh....Suke sangat bau wangi2 mentega tu. Then, manis2 bawang, aroma daripada daun kari, memang sedap la di tekak saya ni. Resepi ni saya mbil dari blog Kak Nor...Izinkan saya C&P di sini ye...Terima kasih banyak2 buat kak diana, penyumbang asal resepi dan juga kak nor...

AYAM MENTEGA RANGUP
Resipi : Diana@MelleyMay
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.

Saturday, November 12, 2011

Ayam Sos Siam

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Malam ni kami ada annual dinner sekolah di Mark's Lodge Hotel, Sandakan.. Rasa macam langsung tak bersemangat nak pegi. Serius! Tak tahu nak pakai baju apa, tudung apa, henbeg apa..Payah kan??? Menunya pon tak tahulah macam mana nanti.. (itu yang difikir dulu) huhuh...Oklah, dah bosan layan singgang tulang, kita layan ayam pulak...Heheh...Sebenarnya saya ni jarang juga nak masak benda2 lauk ni. Kalau dah masak lauk, mesti nak masak sayurnya sekali. Kalau dah masak sayurnya, mesti nak masak nasi, kalau dah masak nasi mestilah kena makan kan? Kalau nasi tak habis, esok kene perabih jugak! Hadoi...Jenuh la kalau macam tu...Sejak2 raya haji ni dah naik balik 2 kilo. Pastu tak mo turun2 dah. Tensen betol den! (tetibe terfikir, muat ke baju yang nak dipakai dinner malam ni...?) haishhh...

Kita tinggalkan dahulu cerita merepek merapu meraban tu, jom layan ayam masak sos siam ni. Saya memang terpikat betol bila kak yana tayang menu ni. Dia pulak buat kuah meleleh gitu...Aduh...Katanya dia pon suke makan pedas. Hah! kalau dia kata sedap tu, sedap juga la di tekak saya ni. Tapi, serius! memang sedap!
AYAM SOS SIAM
Resepi : Kak Ummi @ Home Sweet Home
Sumber : Kak Yana ~Dunia Cinta Kami

Bahan (anggaran):-
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la) -nani ganti daun kari
sedikit gula (optional) - nani tak bubuh pon
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit

CARA NAK BUAT:-
Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek) -nani pon dah tak letak garam sebab sos cili dah memadai
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih...Selamat Mencuba :=)

Tuesday, November 8, 2011

Kam Heong Chicken

 Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari ni dah masuk hari raya ketiga...Tinggal esok je lagi...Saya dah start pening2 pala makan daging...Ha... Apa kata hidangkan ayam pulak ye...Sebenarnya dah lama duk peram resepi ni. Berkenan betol tengok dari blog Kak Diana n blog Kak Nurul. Lepas tu makin ramai yang dah cuba buat ni. Saya ni selalunya masalah nak beli ayam + daun kari jela kalau dalam resepi ni. Kebetulan keluar ke bandar hari tu sempat beli setengah ekor ayam. Besar betol ayam tu. Harga pon RM11.72. Baru separuh ayam. Kalau seekor dah RM22.++. Itulah dunia sekarang. Tapi tula nak cakapnya, saya bi beli ayam 2 bulan sekali pon payah. Selalu makan ikan aje kat sini. Ayam + daging memang mahal. Kalau ikan pulak terlampau2 murahnya....Huhuh...

Kebetulan hari tu saya ada singgah di rumah kawan yang ada tanam daun kari, sempat lagi ambil beberapa pelepah...Ha....Jangan terkejut...Pasni semua entry pasal ayam dengan daun kari jela jawabnya... Jadi, ayam ni saya masak guna isi ayam di bahagian dada. Kemudian campur sikit dengan kepak ayam. Kalau makan isi saja rasa macam tak best pulak kan...Nak jugak ratah2 bahagian tulang2 tu.

Resepi ni saya ikut macam yang Kak Diana buat cuma adalah 2-3 jenis bahan yang saya tak bubuh sebab takde dalam stok. Tapi tetap juga sedap...

KAM HEONG CHICKEN
resepi : Wardah
olahan : Nuwairani

Bahan :
500 gram ayam -nani guna isi ayam je
4 tangkai cili padi - ketuk
2 tangkai cili merah - hiris
10 biji cili kering -nani tak bubuh
2 labu bawang besar - hiris
1 ulas bawang merah - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
5 helai daun kari -nani letak 2 pelepah

Bahan perap (resepi kak diana)
1/2 sk serbuk lada putih -nani takde stok
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 biji telur -nani tak bubuh pon
2 sk minyak bijan -nani tak letak juga
1 sb tepung jagung
1 sk gula
sedikit garam

Bahan A : 
2 sm rempah kari
2 sm sos cili
2 sm sos tomato
2 sm kicap -nani guna kicap manis
1/2 sm kicap cair -nani tak letak
2 sm sos tiram
sedikit gula -nani tak bubuh pon

Cara :
  1. Gaul ayam dengan bahan perap dan biarkan selama 30 minit. Goreng sampai masak tetapi tidak terlalu garing kemudian, toskan minyak, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar, dan cili kering sehingga wangi.
  3. Campurkan bahan A bersama daun kari dan gaul rata sehingga pekat.
  4. Masukkan ayam dan 1 biji lagi bawang besar hiris dan cili padi. Gaulkan sebati.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih. 
saya padankan dengan tomyam sayur (ini Cik Na yang masak ye). Memang kene betol! Sedap sangat hidangan ni.

Cik hosmate dan Cik Na cakap sedappppp!
Terima kasih Kak Diana, Kak Nurul & tak lupa juga Kak Wardah....

Monday, August 8, 2011

Kuah Percik & Sambal Nyior (kelapa parut)

Assalamualaikum....Haih...Ada pulak yang mintak resepi kuah percik i ni...Kak Fatin jauh nun di Aussie yg mintak...Huhuh...Resepi campak2 je...Bergurukan dengan mak melalui HP Nokia burukku itew...

RESEPI KUAH PERCIK
Bahan : (cukup untuk 1 ekor ayam)
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*5 biji bawang merah (sengaja tambah lebih2)
*1 1/2 inci halia
*1 inci belacan
2 batang serai (ketuk)
2 keping asam gelugor (kalau xde, ganti asam jawa pon boleh la)
400 ml santan pekat 
3 sb cili kering kisar (kalau nk kaler merah la)
garam dan gula secukup rasa

Cara :
  1. Blend bahan2 bertanda * dengan sedikit air (agak2 dalam 1 cawan la)
  2. Masukkan bahan blend dalam periuk bersama dengan semua bahan lain kecuali garam dan gula.
  3. Boleh on api, kemudian masak hingga mendidih, perasakan dengan garam & gula. 
  4. Masak hingga pekat dan sedikit kering. 
  5. NOTE : Kalau guna asam gelugor, bleh test kuahnya tu. Kalau dh cukup masamnya, keluarkan asam tu supaya kuah tidak terlalu masam.

RESEPI AYAM PERAP

Bahan :
1 kilo ayam (potong 8@16)
2 inci halia
6-8 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa

Cara :
  1. Blend halia dan bawang putih (tumbuh lagi bagu, kalau rajin).
  2. Lumurkan pada ayam, tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Perap paling kurang 2 jam sebelum di bakar @ dipanggang @ digoreng.
  4. NOTE : kalau bakar atau panggang, bakar setengah masak, pastu lumurkan dengan kuah percik, bakar lagi hingga masak. Angkat, pastu lumur lagi kuahnya.
  5. NOTE : kalau goreng (ni cara paling mudah), goreng ayam sehingga masak @ garing, kemudian lumurkan dengan kuah, siap untuk hidang. (kali ni memang sy goreng je)

RESEPI SAMBAL NYIOR IKAN

Bahan :
*1 cawan kelapa parut (goreng tanpa minyak hingga garing & warna perang jadinya, jangan hangit pulak)
*3 ekor ikan kembung (rebus dengan sedikit garam & gula, buang tulang, ambil isinya sahaja dalam 1 cawan)
*3 batang serai (mayang halus)
*1 sb lada hitam
*1cm halia
*5-7 ulas bawang merah
gula dan garam secukup rasa

Cara :
  1. Tumbuk semua bahan * sehingga lumat dan gaul semua bahan tumbuk tadi dengan garam dan gula.
  2. NOTE : kalau dah tak larat sangat nk tumbuk, blend kering bahan2 tu. Jangan memandai tambah air pulak. Lagi banyak ikan, lagi sodap!

Monday, July 18, 2011

Dinner Ciken Wings tapi bukan Cajun

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Hadoi....Bukan cajun pon sebenarnya...Tapi sebab org lain sebok2 duk letak nama cajun. Sy nak letak jugak TAPI BUKAN CAJUN. Heheh...Punyela kebulur malam ni sehingga membaham 5 ketoi ciken wings sorg. Cik hosmate pon makan 5 ketoi jugak. Mula2 kami goreng 4 ketoi je. So, sorg 2 ketoi... Sekali, dah habis tu rasa mcm tak cukup pulak...Terus dia gi goreng lagi...Amik ko! 6 ketoi dia tambah! Nak bagi resepi pon memang takleh la sebab ni ciken wings yg kami tapau dr rumah kenduri sorg cikgu tu...Huhuh...Jamu mata jela ye...

before

after....

p/s : mak mertua, sila abaikan entry saya ni ye...(punye la burok perangai anak dara ni sorg...)

Tuesday, May 31, 2011

Kuah Percik Nusantara Ayam & Daging Salai

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera...

Takde cerita yg menarik hari ni melainkan dapat memasak sesuatu yg ringkas utk org yg tidak cerewet mcm ayah. Ya, ayah mmg menerima masakan sy seadanya. Huhuh.... Sejak2 mak xde kt rumah ni, ayah makan nasik putih + 1 lauk je waktu mlm. Kesian sungguh...Tapi x kesah la, siang hari ayah dh pulun makan kt rumah kenduri. Sy yg berlapar kt rumah sorg2...

Masa breakfast roti arab tadi, sempat lagi budak demok si Pejal tu komplen roti arab yg sy buat x cukup masin. Chetttsss!! Terus ayah back up sy, "Dah ok la ni. Nak masin mcm mana laginye?" Huhuh...terima kasih sekali lagi, ayah...heheh... Jadi, mlm ni Pejal keje mlm. Tinggal sy berdua je dgn ayah. So, xde nk masak byk sgt. Cukup 1 lauk je. Bukan calang2 lauk, Kuah Percik Nusantara Ayam + Daging Salai gitew!

bila duk kt kg ni rasa mcm pinggan pon ada variasi sikit. Kalo tak, asik2 pakai piring yg sama corak aje. heheh...

sy buat kuah cair sikit sebab nk makan kuah banyak. Maklum sajala ni je lauk sy n ayah dinner mlm ni. Kali ni bukan stakat ayah yg makan bertambah2, dgn sy sekali makan bertambah2...Adus...rindu agaknya nk makan kuah percik ni.

Kali ni sy gune perencah percik yg ni pulak. Yang ni pon senang jugak. Cuma tambah air, garam, gula dan asam jawa. Kalau tak tambah air, rasanya x perlu tambah la kot bahan2 lain sbb mmg dh sedia masin. Tapi lagi sedap kalau buat percik sendiri. Hmmm...Bukan pe, yg ni dpt free sbb beli 5 bungkus perencah jenama ALIF. So, dh nk dekat expired tu, sy masak jela mlm ni. Nanti sy buat resepi percik versi mak sy, sy tempek kt cni, hokay!

yg sebenarnya, ni bukan jugak daging salai. Ntah napa daging ni boleh kering pulak bila disimpan dlm fridge. Dah alang2 ada seketul tu, sy potong2, masuk aje dlm kuah ni. sedap jugak. Naseb lembut aje dagingnya. Alhamdulillah...kenyang jugak....