kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, July 3, 2012

Petua Menghilangkan Ketuat Baek Punya!

Assalamualaikum...Selamat pagi...

Tiba2 rajin pulak hari ni nak update entry. Hari ni nak bercerita pasal ketuat. Huhuh..Kalau agak2 cerita dalam entry ni agak melampau, awal2 lagi jangan baca ye. 

Kalau orang dulu2 percaya siapa2 yang tumbuh ketuat ni tandanya dia pemalas. Hukhuk! Ini kali kedua jari Nani tumbuh ketuat. Stres betul dibuatnya. Kali pertama dulu masa sekolah rendah. Ketuat tu tumbuh di bahagian bawah kuku. Kemudian, Nani potong bahagian ketuat tu dengan nail clipper sampai tercabut dagingnya. Nasib baik kuku tak tercabut. Huhuh...Serius seram! Ntah macam mana ada keberanian masa tu. Sejak hari tu terus ketuat tu dah tak tumbuh lagi.

Tapi kali ni di bahagian tapak tangan dekat jari pulak. Pernah 2 kali nani potong guna nail clipper, tapi sikit2 jela. Terus berdarah sampai kena lap dengan 2 helai tisu, letak kapas yang disapu minyak gamat, ikat pulak jari tu dengan getah. huhuh.....(sila jangan tiru aksi ini ye). Masa tu terpaksa ikat sebab darah asyik keluar dan Nani nak kena solat maghrib. Kalau darah tak berhenti mengalir, tak boleh nak solat pulak.

Bangun pagi ni rajin pulak nak google petua untuk menghilangkan ketuat. Nani copy n paste dari SINI.

PETUA MENGHILANGKAN KETUAT
Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki. Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;

  1. Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  2. Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  3. Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  4. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  5. Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
Sangat senangkan cara2nya tu. Memang boleh dapat la semua bahan yang diperlukan di rumah. Mula2 terfikir nak beli ubat di farmasi, tapi kalau boleh guna cara2 ni apa salahnya kita mencuba dulu ye.

29 comments:

Fauziah Samad said...

Salam nani, yg tumbuh kat leher kecik2 berbiji warna hitam tu ketuat jugak ker? Kjee ada dua tiga biji di leher. Tak tau camner nk buang. Tq.

Nuwairani said...

salam kak jee..orang kata tu pun macam jenis ketuat jugak. cumanya lembut sikit berbanding yang tumbuh di kulit jari.ada jugak kawan2 yang kena macam tu. katanya kena buat minor surgery.

Fauziah Samad said...

alamak, minor surgery? Tak payahlah. Hehehe

Mieza said...

Sib bek akak tk pernah dpt ketuat..tp anak sedara (anak kepada kakak kak mieza) semua ketiga beradik suka naik ketuat kat tangan dan mulut masa depa kecil..sian depa..kakak berubat kat kinik alhamdulillah semua ketuat tu gugur..skg depa dah sekolah dan semuanya comel2 belaka :)

sury_25february said...

alhamdulillah... setakat ni xde lagi ketuat tu...heheheh...tq ye ckgu share info ni...rajin ye mengentri pagi2...

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, tq kongsi2 info kat sini, rupa2nya banyak petua, yg akk tau guna getah betik je.

Anak Bapak said...

ketuat atau lebihan isi bleh guna getah pokok lipan atau pokok tulang..
Sya ada lebihn isi kat hiidung..besaq jugak la...mula2 letak getah pokok tulang, mmg kuat getah dia ...lepastu sya sapu kapur, bg kecut dan kering...bru senang nak tarik.. Alhamdulillah dah takdak.. mmg klau ikut dktr dia suruh minor surgery..tkmau la..
Kjee try la...nani try la..

Qhaifa Nur said...

selalu beli ubat kat farmasi aja...
tq for info..berguna nih..

Hanis MY said...

Nani cuba Yg mana? Harap cpt baik k

FnF Simple Life said...

wah...petua lagi... ingatkan ketuat tu yg jenis tumbuh kat tapak kaki tuuu...mcm berakar2...dulu2 masa sekolah duduk asrama ramai budak2 asrama kena sebab kongsi selipar kot.yang tu apa namanye ye

Unknown said...

Thanks kak bagi petua nih.. sgt berguna untuk saya.. :)

abra said...

owh.. hebat. thanks, ni petua dari org dulu2 ke? hehe..
actly, segi prubtan, (nk kongsi2 sket)

ketuat= wart(medication name)

saiz yg kecik, kasar, biasanye pd tgn.
penyebab: infeksi viral-biasanye vius HPV. HPV ni slh 1 virus yg myebabkan kanser servik, tp hpv adlh virus umum.

jenis2 wart:
1) wart biasa(verucca vulgaris): pningkatan permukaan kasar, biasa pd tgn.
2) flat wart (verucca plana): kcik, sdikit lmbut, 1 atau lebih, biasanye di muka, leher, tgn, kaki, prgelangn tgn.
3) Genital wart: berlaku kt kawasan sulit.
4) Periungual wart: biase brlaku kt kuku (macam saudari di blog)
5) plantar wart: yg ni kdg2 skit, kdg2 ade bintik hitam kt tgh, biasa ada di tapak kaki.

mgikut rawatan prubatan, biasanye di mlaysia mnggunakan 'Salicylic acid'.. dan byk brand lain trdpt tp komposisi ubt lebih kurg sme.
tp mgikut org itu la, ada yg sembuh n ada yg x.. tp yg minor srgery mmg biasa sembuh.

tp kalau nk dikira , kita lbih gemar pd rawatan tradisional. mmg xsah lg.. sy pun sdiri..

moga dpt membantu smua, ada yg slh tlg prbtulkan ye. trima kaseh utk petua.

Nuwairani said...

wah! ini info yg sangat berguna...terima kasih sebab sama2 kongsikn dalam komen blog sy...harap2 boleh membantu kawan2 lain juga.

Atiqah said...

Klw tumbuh kat bibir boleh x guna petua tu sis?

Unknown said...

salam.. sy skrg nie mmg ada mslh dgn ketuat nie kt jari.. tiap kali sy gune pengetip kuku nk buang ketuat msty sakat n byk sgt kuar darah,, mmg ssh sgt bile "benda" nie dh ada.. hope petua yg ada kt sini blh membantu sy mghilangkn ketuat...

Unknown said...

Terima kasih di atas perkongsian ini. Sangat membantu pencarian saya untuk masalah ketuat di jari mak saya. Mohon share

Haryati Kamis
http://atiekamis.blogspot.com/

Unknown said...

sy ada masalah bintik2 yg timbul. Mungkin lebihan isi kat muka, Adakah sy boleh ikut cara ini ?

Unknown said...

Sy letk seekor kerengga utk menggigit ketuat d jari..pedih yg amat..sampai keluat darah.mati sampai ke akar..x tumbuh dh..kalau x sampai 3;kali setahun..tumbuhbtempat sama

Unknown said...

Sy letk seekor kerengga utk menggigit ketuat d jari..pedih yg amat..sampai keluat darah.mati sampai ke akar..x tumbuh dh..kalau x sampai 3;kali setahun..tumbuhbtempat sama

Unknown said...

Kakak saya ada ketuat di muka tak tahu cara y senang dan cepat untuk gugrkan ia ..Tolonglq saya ...Terima Kasih...

Syadz said...

Saya ada isi lebih or ketuat tumbuh kat atas hudung mmg rimas sangat..dulu pernah jumpa dr, dr bg ubt titik tu..tp cerewetnye nk guna..
1 buln baru sembuh sepenuhnya huhu

Lepas 2 thn tumbuh balik..ni tgh risau balik nk bt cm mn ni..

Unknown said...

Nk tnya ni...hope jwp lh....abu nymuk tu macam mna????nk dpt bnda tu dkt mna??abu tu yg ubat nyamuk yg bulat bnyk2 tuke???kalau mcm bulat tu ...kena hancur kn ke?????plss jwp

normelina said...

Sama sy tumbuh kt jari..cara2nk hilang
...ambil kerengga..letak kt ketuat..biar dis gigit ketuat tu sampai kuar air dr mulut dia...sakit jg la..esok..ketua dh jd darah beku..dan gugur.x tumbuh dh ketuat tu

normelina said...

Sama sy tumbuh kt jari..cara2nk hilang
...ambil kerengga..letak kt ketuat..biar dis gigit ketuat tu sampai kuar air dr mulut dia...sakit jg la..esok..ketua dh jd darah beku..dan gugur.x tumbuh dh ketuat tu

normelina said...

Sama sy tumbuh kt jari..cara2nk hilang
...ambil kerengga..letak kt ketuat..biar dis gigit ketuat tu sampai kuar air dr mulut dia...sakit jg la..esok..ketua dh jd darah beku..dan gugur.x tumbuh dh ketuat tu

michelle said...

Saya ada lebihan isi tumbuh kat leher, Dapat pakai cara ini utk buang kan??

Mei said...

Macam mna nk sruh kerengga tu gigit
kat tempat yg kna ketuat tu..saya pun dpt ketuat jari jangkit dri org semasa bersalaman..brsentuh tangan.

Ikmal Hisham bin Ibrahim said...

Sy ada ketuat kt prgelangan tangan..bsr pulak too.. Makin toreh, makin besr..cara apa yg prlu sy guna

Unknown said...

Saya pon ada masalah ketuat banyak sangat. Saya pakai ubat farmasi pon xlama dari tu naik balik. Terima kasih untuk info harap bergunala