kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, July 8, 2011

Kadar Tukaran Unit Sukatan Dalam Masakan

Assalamualaikum...Selamat tengah hari...

Selalunya kalau dalam resepi, kita selalu tengok orang tulis dalam sukatan gram. Di rumah sy memang tidak ada alat penimbang digital mahupun manual. Semuanya main sukat guna cawan. Lama juga sy study di MyR tentang sukatan2 daripada gram kepada cawan ni. Daripada bertanya senior2 di MyR, esp Kak Fida, kemudian main agak2 sendiri dan lama2 boleh campak2 aje..HEBAT tak?? hehehe...Kebetulan hari ni ada pula yang berkongsi ilmu tentang sukatan ni. Jadi, sy panjangkan ilmu itu ke sini pula...

Dari entry yang dikeluarkan oleh Norashikin Basri, sy terjumpa perkongsian ilmu tentang timbangan dan sukatan. Sy C&P nota drp blog ini. Anda boleh rujuk di sini


Gula Pasir 1 cwn = 200g / 7.15 oz
Gula Castor 1 cwn = 175g / 6.25 oz
Gula Aising  1 cwn = 125g / 4.5 oz
Gula Perang 1 cwn = 120g / 4.25 oz
Tepung Gandum 1 cwn = 125g / 4.5 oz
Tepung Roti 1 cwn = 135g / 4.75 oz
Tepung Jagung  1 cmb = 8g / 0.29 oz
Baking Powder  1 cmt = 4.8g / 0.17 oz
Cream of Tartar  1 cmt = 2.25g / 0.08 oz


Dibawah ini sukatan untuk air isipadu berbanding berat
1 cmb = 15 ml = 15g
1 cmt = 5 ml = 5g
1 cwn = 250ml = 250g
1 L = 1000ml = 1000g = 4 cwn = 2.2 lbs


cwn = cawan
cmt = camca teh
cmb = camca besar
1 cwn = 16 cmb
1 cmb = 3 cmt


Tips Masakan Berguna
  1. Kadar tukaran untuk bahan-bahan diatas semuanya menggunakan bahan yang belum diayak. Jika bahan-bahan dalam bentuk serbuk diayak dahulu sebelum disukat menggunakan cawan, camca besar dan camca teh, kita akan dapati berat bahan yang belum diayak lebih daripada berat bahan yang telah diayak. Ini kerana struktur bahan yang belum diayak lebih padat. Walaupun bezanya tak banyak tapi ada masanya perbezaan seperti ini menjadi penting. Untuk mendapatkan berat yang sebenarnya untuk bahan yang telah diayak, saya harap anda dapat melakukannya sendiri. Untuk bahan-bahan lain pun cuba la usaha sendiri.
  2. Untuk menjadi usahawan makanan berjaya, sukatan yang tepat sangat penting untuk menjamin produk yang konsisten disamping dapat menganggar margin keuntungan dengan lebih tepat. Bagus ke kalau uli sekilo tepung untuk membuat donut kadang-kadang dapat 30 biji, kadang-kadang lebih, kadang-kadang kurang? Ini akan menyebabkan hasil jualan anda sekejap tinggi sekejap rendah walaupun setiap hari jualannya habis.

18 comments:

kasihredha said...

tq3...akak memang suka pakai cawan jer....berguna ni. Akak nak copy simpan n3 nuw ni :))

nuwairani ismail said...

sila2 kak...sy pon C&P drp blog org jugak ni....suke kalau dpt share ilmu berguna dengan org lain...

YANA SHAIFUL said...

akak pun dh simpan sukatan nii.. senang skit kan..kdg2 males nk timbang..suka main cawan and sudu jee..senang keje hehee

tun_telani said...

akak guna online converter! hihi

Kak Rosaliza said...

nuni, kalo akk suka sukatan cwn dari timbang, ada penimbag pun bercinta nk buat, punya lh malas hehehe

Acik Erna said...

assalam nuwairani..terima kasih..
acik tak pernah pulak mengkaji..
acik biasanya akan timbang setiap sukatan tu..

AI said...

- macam cikgu kelas memasak...hehehe

AI said...

- macam cikgu kelas memasak...hehehe

nur_ied@ said...

sama la, xbiasa guna alat penimbang sbb kt rmh mmg xde pun...hehe

biasa main sukat guna cawan jer...mmg brguna ni...

thnx dear!

Mieza said...

nani, this is very helpful...especially kan kalau yg mcm 5 gm tu mcm susah je nak sukat kan unless kita ada digital scale..thanx for d info dear!

Juwita Jamaludin said...

nani bagus info yang baik.. akak lebih suka pakai timbang walaupun kadang malas nak kuarkan penimbang.. hihihihi

nuwairani ismail said...

kak yana : renyah la nk main penimbang ni (padahal kt rumah memang takde timbang) heheh

nuwairani ismail said...

kak tun : online converter tu mcm mana pulak ye?

nuwairani ismail said...

kak rosaliza, sama lah kita. suke guna cawan dari timbang. kadang2 tak accurate sgt.

waalaikumussalam acik erna. dah sukat, pastu timbang ni kire paling bagus la kot...teliti betol ye akak ni.

Al : u ni nk perli i ke...? dh memang i cekgu pown...tapi bukan cekgu kelas memasak la,..hehehe..

kak ieda : ini sukatan untuk bahan2 yg selalu diguna je..dan memang bahan2 ni pon yg hari2 duk buat kuih.

nuwairani ismail said...

kak mieza : betol tu. kalau setakat 5 gram tu cemane nk ukur guna timbang manual..haih...

kak juwita : org ada timbang digital ok la kot..hihih...tapi kalo utk timbang diri sendiri, memang nani ada simpan satu yg digital. utk masak je belom beli lagi.

Haslinda Jelani said...

assalamualaikum...mohon share yek..tq..amat berguna skali..

mitbuj said...

Wow..very useful..tq so much!!

Reiko Masashi said...

dah lma cri,akhirnya :))