kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, August 12, 2012

Tanda Kasih SayangNya...

Assalamualaikum...Selamat petang...

Di kala orang lain tengah sibuk menyiapkan juadah berbuka, masa ni baru Nani sempat nak update blog. Itu pun sebab pinjam laptop dan tenet kawan. Banyak perkara yang berlaku sepanjang ketiadaan laptop ini. Sebelum ni printer rosak. dah hantar repair di kedai kena caj RM99. Lagi singgit je nak cukup RM100. Selang seminggu kemudian, laptop pula yang rosak. Dah hantar bagi kawan tengok, katanya motherboard yang rosak dan dinasihatkan supaya membeli laptop baru. Memang dah ajalnya kot. Selama hampir 4 tahun laptop tu berkhidmat dengan cemerlang, akhirnya terpaksa dilepaskan juga... Berita baiknya pula, ada orang nak beli skrin laptop tu dengan harga RM180. Rasa bersyukur sangat2 sebab masih lagi dikurniakan rezeki dalam bentuk itu. Daripada tak dapat langsung, dapat sikit pun kira ok la kan?? Insyaallah lepas raya nanti akan dapat laptop baru. Tapi mungkin susah sikit nak online sebab Nani akan hentikan perkhidmatan streamyx di rumah sewa. Nak kena jimat2 sikit sekarang sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mungkin waktu hujung minggu je boleh update blog. Harap2 follower tak lari la pulak ye.

Dalam kesempitan yang ada sekarang ni buat Nani tersedar, kadang2 sedikit nikmat kita akan ditarik oleh Allah kerana Dia sudah mengaturkan yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah sekiranya masih diberi nyawa dan peluang untuk bertaubat. Sesungguhnya itu semua tanda kasih sayangNya kepada kita...

p/s : terima kasih buat cheqsue yang sudi mengepos kad raya n souvenir dari CH. Suka sangat2! 

8 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam nani..hehhe termimpikan akk ya, akk pun selalu terigatkan nani, tertanya2 mana pgnya lama tak update, tapi masih ingat lagi nani blk mlm raya kan heheh.

Memang tak best sangatkalo tak dpt tgk blog dlm sehari, tu lah laptop kalo rosak yg besar2 baik beli baru, kos repair pun pun hampir sama dgn beli yg baru. Tapi untung juga lah ada org nk beli skrin tu kan

FnF Simple Life said...

its ok nani... i will still follow u... hmmm mcm tau2 je Nani baru dapat bonus raya ye... kena byk bersabar

ummuhanis said...

setiap dugaa adalah tanda keasih sayang dari Nya. semoga Dia sentiasa kurniakan kita kesenangan dunia dan akhirat. amin.

Amie said...

Dia memang sentiasa ayang kita kan Nani. Bestnya dapat laptop baru.... laju aje, lancar je he he he ehh

~~zana@pb~~ said...

Betul tu nani, Allah tarik sedikit rezeki kita pasti ada sebabnya. Mungkin utk nani tumpukan pd perkara lain pula, beli rumah ke.....hehe...akk x larinya, insyaallah kita tetap berkunjung walau nani takde tenet lagi.

zila norazila said...

salam nani,btl tue tumpukan mana yg lbh utama dulu yer..:)..best lappy baru:)

ainnoraini said...

nani...selamat hari raya dari kakain..

maaf ye kalau ada silap dan salah..maaf zahair dan batin..

MulutPayau said...

salam aidilftri utk nani skluarga...maaf zahir dan batin...