kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, December 14, 2012

Introducing Mr Google

Assalamualaikum...Salam bahagia.... Alhamdulillah hari ni 14 Dec 2012 genap sebulan Nani menjadi Mrs. Google..Huhuh....Dah sebulan kawen baru sempat nak update blog. Bukan apa, kat rumah takde tenet. Nak online kene gi kedai mamak kat depan rumah. Tapi takkan nak bawa laptop turun sana. Nampak bersungguh sangat pulak ye...

Majlis di Kelantan hari tu berjalan dengan lancar....Syukur sangat2..Nani memang jenis simple orangnya. Jadi, kat rumah tu takde pelamin pun. Baju nikah, veil, kasut, dll semuanya dibeli sendiri. Kami dah kira2 memang lagi save kalau tempah berbanding sewa. Banyak aspek juga yang dilihat. Nanti Nani cerita detil lagi kemudian. 

Sewaktu majlis hari tu rasa terharu sangat sebab ada blogger2 yang sanggup datang. Antaranya adalah Kak Nadz n Cheqsue.... hihih...Akhirnya dapat juga jumpa diorang secara live. Dah lama merancang nak jumpa, tapi di hari majlis jugak dapat jumpa. Terima kasih sangat2 sebab sudi datang. Buat susah2 je bawa hadiah besar2...Tapi Nani suuuuuuke sangat2. Memang hadiah yang sangat diperlukan untuk orang berumahtangga kot...huhuh...

Di kesempatan ini jugak nak ucapkan terima kasih kepada mak ayah, adik-beradik, ipar duai, anak2 buah (walaupun banyak mengacau) yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk majlis kami. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang lain. Sangat2 terharu, hokay! 

Bagi yang belum pernah jumpa, inilah Mr Google yang selalu diceritakan itu...Rasa macam jauh betul perjalanan kami untuk sampai ke tahap ini. Macam2 dugaan dan ujian yang dilalui...Tapi kalau sudah namanya jodoh, datangla ombak tsunami sekali pun, memang akan bersatu jugak. Gambar ni Nani cilok dari FB Kak Nadz. Hohoh....Halal ye kak. Sebabnya bila tengok balik HD, macam takde pulak gambar berdua dengan si dia dalam bilik. Terima kasih in advance. Hahah

Majlis kenduri di pihak lelaki insyaallah akan berlangsung pada 24 December 2012. Mana2 blogger yang tak sempat hadir kenduri Kelantan, boleh datang untuk majlis Seremban pula ya...Insyaallah kita jumpa kat sana pulak. Memang kami akan ada di sepanjang majlis sebab takde buat outdoor photoshoot pun... Jemput datang ye...

NO 5 JALAN BUNGA RAYA 13,
TAMAN TASIK JAYA,
SENAWANG, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : 24 DEC 2012 (ISNIN)
MASA : 12.00 PM - 4.00 PM

16 comments:

Gee® said...

Tahniah Dik... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

kasihredha said...

Tahniahhhhhhh nani..hugs

Asyifa Mustaffa said...

Alhamdulillah....
Tahniah...! selamat melayari alam rumahtangga....seremban di mana tu?

Madi @ Aed said...

wah..akhirnye dpt gok tgk mr google..tahniah nani..sori nani..x dpt nk attend..cpt2 buat baby..hehe

Amie said...

Moga berbahagia merpati dua sejoli, sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua!

Nuwairani Ismail said...

terima kasih semua~~~ terharu den... heheh

kak assyifa : seremban kat area senawang

MulutPayau said...

tahniah dik....semoga berkekalan hngga ke akhirnya..

Sweet Girlz said...

salam..tahniah nani
moga ikatan yang dibina diberkati Allah dan berkekalan selama-lamanya..:))

ilahjy said...

salam pengantin baruuuu tahniah ya nani.. kak dh kopi dah alamat kalu lalu kak singgah lah bukan jauh pun dr KL..

FnF Simple Life said...

tahniah...selamat pengantin baru Nani. moga bahagia hingga ke syurga. sweet sgt pasangan pengantin baru ni ;)

tun_telani said...

Salam Nani cayangggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Congratz utk kesekian kalinya. hihi... seronoknyerr kak naz dan kak su pegi kenduri ye.. kak tun x balik kampungg!! uhuk uhuk.. uwaaaaaaa T.T encik laling bizi, pastu akk pun dh stat kelas :(
wah, lama jugak jarak majlis ye.. semoga majlis sambut menantu berjalan lancar, insyaAllah.

ibuintan said...

tahniah Nani dan Mr Google... wah seremban, dah dokek dah tu

Mieza said...

tahniah nani..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

eira eixora said...

tahniah kak nani untuk dua berita gembira =)

Acik Erna said...

Tahniah nani..SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BERKEKALAN SELAMANYA

Syima Emi said...

nani sorry tak dpt attend 2-2 majlis.. yg seremban tu aku tak ingat langsung.. pahtu ado ieyd msg aku ty nak g dok tapi aku dh ada plan.. plan tu kiranya boleh jah cancel tp sebab last minutes sgt pahtu penah dh cancel sebelum ni mcm tak sedap plak..

apapon nani, aku doakan kebahagian mu.. bykkan bersabar dlm berumahtangga.. kena ado give and take deh...

nati mu cito la gano mu kenal mr google tu hehehehe...