kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, June 14, 2011

Cheese Tart & Sesi Keras Tangan

Assalamualaikum...Salam Bahagia...

Hari ni xtau ribut mane dtg tetibe rasa nk buat cheese tart. ni kire 1st time tau. Ok, Resepi ni sy amik drp MyR, Blueberry Cheese Tart oleh r41494. Tapi, oleh kerana xde blueberry fillingnya, sy tukar kpd strawberry emulco utk hiasan pd ukiran cheese. Kita tengok resepinya dlu. Minta halal ye nk C&P.

Bahan-bahan ( ~ 12biji ( saiz acuan 50) )

  • Bahan untuk Pastri:
  • 125g butter (salted)
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese
  • 20g butter (salted)
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry secukupnya

Cara-cara

  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5.  Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.
  7. Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  8. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  9. Pipekan filling dalam pastri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.

tart shell semestinya rangup dan garing ye kawan2

ni sesi deco mendeco. Okay, caranya ini sy merujuk kepada blog Kak HaSue. Minta maaf la kalau hasilnya tidak memuaskan spt yg Kak HaSue buat sbb dh namanya lagi keras tangan. heheh.

Sy guna strawberry emulco, dan batang itu adalah straw @ penyedut minuman yg dipotong nipis. Jadi, bentuknya yg melengkung memudahkan cecair ni ditakung kt dlm tu. (betol ke ayat haku ni?)

kire lebih2 kurang la tu designnya. Cantek ke tak belakang kire. At least sy dh cuba kan?

ok, ini rupa strawberry emulco yg dibeli di hypermarket Pantai timur, Pengkalan Chepa. Selain drp ni, kwn2 boleh guna perisa coffe ke, blueberry ke, raspberry ke, pandan ke, apa2 aje la. Cumanya, bila guna perisa strawberry ni, walaupun dicalit sedikit sahaja pdl permukaan tart tu, rasanya kene pd semua bahagian cheese. Tak percaya, cubalah sendiri!

SANGAT SEDAP, HOKAY!!!

17 comments:

Maira Anjami said...

nampak ayu je tart ni..hehe

nuwairani ismail said...

kuikuikui...tart nmpk ayu sebab kaler merah2 pink kot. tukang buatnya punyela jenuh dh nk kasi ayu tangan, duk keras mcm tu jugak..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Nuwairani...
Cantik sgt ngan kejadian cheese tart tuh... Mama pundah tgk hasil tunjuk cara dari hasue..masih lum terbuat2 lagi hehehe

nuwairani ismail said...

terima kasih mamahawa..serius mmg tertarik dgn cara2 Kak HaSue buat tu. Kali ni baru ada semangat nk buat..kene buat la baru tau keras ke tak tangan tu.heheh

eppoo said...

fewwiittt! makin advanced kakak aku sorang nih!! kalah adik mu~ hahahha. nice try!!

nuwairani ismail said...

maceh2! hohoh...buleh buat siso ni pahni...

CT Delima said...

As'salam Nani

calp..clappp..clappp. Tahniah dari kak ct. first tme buat terus jadi, kak ct belum pernah buat lagi blueberry cheese tart... hihihi.

insyaAllah nak buat juga satu hari nanti :D cantik lah deko tu, lain kali kena buat tengah2 sikit kasi lagi cun tau! hihihi

Juwita Jamaludin said...

Salam sedapnya nampak nani.. Akak pernah buat sekali je..

AI said...

- wah wah...dah cheese tart pulak...meme rajin benar...

- selalu beli je - RM25/50pcs...hehe

impian dulena said...

bagus-bagus...selalu tgk yg hasilnya..nie dapat tgk cara org dekonya.. hehehe lovely tart...

nOOrsha said...

cantik la tu nuni...keras tgn apenyer.....nanti watkan akak sebekas yer..eheheh

nuwairani ismail said...

Kak Ct : yg kelakonya tu dh siap buat, dh masak baru bukak balik blog tutorial Kak HaSue. baru terperasan yg dia buat kt tgh2 sikit. Ok2 dh nmpk dh dlm pala nk buat btk pokok2 pulak pasni. heheh

nuwairani ismail said...

Kak Juwita : Nani buat 125g Cream cheese je. Ni pon jenuh nk perabih 10 biji. nk bg kawan2 takot x cukup pulak.Cik hosmate x mkn cheese. Kak ita ada ramai rakyat jelata boleh la buat lagi..

nuwairani ismail said...

Al : kalau RM25/50 biji tu kire murah la. ke mmg jenis yg saiz kecik?

nuwairani ismail said...

Impian dulena : ni cara ringkas aje. Kalau tengok entry kak HaSue lagi best! mmg menggiurkan la!

nuwairani ismail said...

Ala kak sha...dia punya tart laaaaagi cantek.sy nk mintak tart kak sha la.kalo nk bg macaroons pon ok.ekekkeke..

Ahliah Nizam said...

Assalam,

Mohon izin puan utk copy gambar strawberry emulco tu, boleh ya..? :)

Terima kasih