kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, May 4, 2012

Menu Diet~Tom Yam Ayam Sempoi

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Hari ni nak bercerita merepek merapu sikit sebelum bercerita pasal menu yang dimasak tu. Selalunya kalau kita post gambar2 masakan, bercerita pasal menu yang dimasak, orang akan cakap, "PANDAINYA KO MASAK" ataupun "RAJINNYA KO MASAK" Huhuh....dan selalunya yang memuji itu adalah mak2 orang, bini orang (rakan yang bukan rakan blogger seperti anda yang selalu memberi komen). Terima kasih banyak2 atas pujian2 itu. Kembang kempis idung ai kejap...Huhuh....Honestly speaking, Nani bukan juga rajin @ pandai. Tapi, atas desakan hidup di tempat orang menyebabkan kita dengan sendirinya kena masak walau apa cara sekali pun.

Tinggal di tempat yang jauh berbeza budaya dan cara hidup dengan tempat asal usul kita memerlukan kita berdikari dalam semua perkara. Kalau di tempat Nani sekarang, semestinya tidak ada nasi kerabu, nasi dagang, spaghetti carbonara, lasagna, kuih cekmek molek, kuih bingka, rainbow cake, caramel cake dan sebagainya sepertimana yang ada dijual di kawasan Kota Bharu. Kalau di Kuala Lumpur sekali pun masih lagi kita boleh cari di pasar2 malam yang ada penduduknya berasal dari Kelantan. Sebab itu Nani boleh buat kesimpulan, mereka yang tinggal di luar negara lebih cenderung untuk mencuba pelbagai resepi berbanding mereka yang tinggal di kampung lebih2 lagi kalau ada orang tua sebab di tempat yang jauh begitu memang susah nak jumpa menu2 yang ada di tempat asal kita. Tapi tak semua la mcm tu kan...
Jadi, dalam rasa teringin nak makan menu2 tu semua Nani belajar untuk buat sendiri. Memasak ni tidak perlu kita ikut citarasa orang lain. Bagi Nani, citarasa setiap orang adalah berbeza. Ada orang suka makan kek, ada yang suka makan muffin, ada juga yang suka makan roti. Kita masak ikut rasa tekak kita macam mana. tu pasal asik menderhaka dengan resepi je. wuwuwuwu.... Jadi, kali ni Nani buat tomyam yang paling sempoi kot setakat ni. Kiranya masak ikut apa yang ada di rumah aje. Maaflah kalau ada persamaan dengan mana2 resepi ke sebab Nani belajar masak ni dengan mak aje.

TOMYAM AYAM SEMPOI

bahan :
2 ketul ayam -potong kecil2 isinya
3 cawan air
1 kiub tomyam knorr
3 ulas bawang putih -ketuk
1/2 labu bawang besar -hiris panjang
1 inci halia -ketuk
4 tangkai cili padi -belah
2 helai daun limau purut muda
garam/gula secukup rasa
1 inci lengkuas -ketuk
1 batang serai -ketuk
1 biji tomato -belah 4
sayur kobis bunga
sayur kobis
sayur lobak merah
cendawan butang
asam limau nipis -perah, ambil jusnya

Cara :
  1. Masukkan air, ayam dan kiub dalam periuk. Rebus sehingga ayam empuk dan masak.
  2. Sementara itu boleh masukkan bahan2 lain seperti bawang, halia, cili padi, daun limau purut.
  3. Boleh tambah bahan2 tulisan biru jika ada. Nani tak letak sebab tiada stok di rumah.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Apabila sayur sudah lembut, ayam dah masak, boleh hidangkan.
Rasanya macam menu tomyam la kot yang paling senang. Boleh campak2 aje kat dalam periuk. Tak perlu tumis pun. Cuma kena pastikan cukup rasa masam, masin, pedasnya. Kalau ada udang/sotong pun boleh masukkan juga. Tapi Nani tak berapa suka bercampur macam tu nanti tak rasa ayamnya. Tapi terpulang kepada citarasa masing2 la kan? 
Di rumah Nani memang sentiasa ada stok kiub2 macam ni sebab kadang2 bahan di rumah tak berapa nak cukup. Jadi, kalau ada kiub2 ni senang nak masak apa2. So, resepi menu senang dah diberi. Kalau kata tak reti nak masak tomyam juga tu tak tahulah nak cakap macam mana (padahal Nani sendiri pun dah start kerja baru reti masak tomyam). It's better late than never rite??? Huhuh....

8 comments:

ijayuji said...

Salam nani! betul tu, duk luar negara lagi mencabar iman n nafsu makan, akak pun langsung tak pandai masak, pestaim akak masak lepas kawen hihihi teruk kan? :D.. dgn nasi tak tanak, sayur masih tak keras ehehe.. klu ingat2kan balik mmg kelakar, tp bila dah ddk jauh ni mmg secara automatik kita leh practice memasak, nak kata pandai pun tak jugak sbb kdg tu mcm2 kejadian tp kita belajar dr kesilapan kan kan :D tgk tom yum mlm2 akak bygkan akak tgh menghirup kuah tom yum tuuu :D nk mkn dah malam daaa mmg telan air liur jerr :D

Cik Kamoo said...

CK suka sangat tomyam nie!!! Huuu sedap2nye ... sejak diet, tomyam ddgn sup je menu yg sering dimasak.

rahel said...

Wah,sedapnya dihirup kuah tom yam panas2..adeiii..mantap..

Acik Erna said...

salam nani..kiub knorr acik x boleh makan..pening kalau masak guna kiub tu..acik tak pernah beli..tapi dulu pernah dapat sample free..2.3 kali cuba..tetap x boleh..

Wani said...

salam nani biasa kalalu kak wani buat tak letak halia .. tapi rasa tetap maintan hihi... tapi kalau yang ayam n seafood kan biasa je kak wani masak .. kalau sal tom yam letak daging je adeh rasa mcm x jadi terus ..haha

kasihredha said...

salam nani
akak SETUJU..bila kita jauh, kita lebih berdikari dan terpaksa masak sendiri sebab tempat kita tinggal tak de makanan yg kita teringin nak mkn atau tak halal.
Ingat waktu kat UK dulu...akak boleh masak macam2(heran) padahal umur waktu tu baru 20 tahun.
Sekarang bila fikir2 balik...mcm xpercaya...hihi

Yana Shaiful said...

K.yana lepas kawin br start blaja msk tau..dulu males..skg dh ada laki br tau malu xpandai msk hikhikk..Nani belum terlambat lg :-) Tengah hari ni k.yana plan nk bt tomyam jgk..dah tergoda tgk tomyam umah Tun ari tu..cuaca sejuk jer kat sini mmg best dpt mkn yg masam2 extra pedas gitew ^__^

Rohah said...

salam Nani,
tomyam walau sesimple mane pun mmg tetap sedapkan...kuahnye tu yg menyegarkan tekak, betul tak?"pandai Nani masak"...hehe