kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, May 22, 2012

Salah Haribulan Rupanya!

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Hadoi...Tak tahulah kenapa boleh tidak peka dengan tarikh2 kalendar Islam. Mungkin sebab di rumah tak letak kalendar yang ada bulan Islam tu. Ish! Ish! Ish!....Jahil sungguh diri ini... Kalau di kampung, ayah mesti beli kalendar Islam yang kaler2 siap ada waktu solat tu. Jadi, setiap hari nak tengok waktu solat boleh rujuk di situ. Apabila posting di Sabah ni takde pulak terjumpa kalendar yang macam ayah selalu beli dari SMKA atau Maahad Tahfiz tu. 

Nani bangun tidur Subuh semalam terus minum air. Kawan ni tegur, "Eh? Kak Nani tak puasa ke? Kan hari ni 1 Rejab" Nani pun bingung2 pulak. Yeke hari ni 1 Rejab? Terus rasa bersalah yang amat sebab tak puasa semalam. Dahla hari Isnin lagi. Jadinya, dah sampai rumah petang semalam terus niat nak puasa hari ni. Kemudian, sampai di sekolah ada kawan yang dapat pindah balik semenanjung buat makan2. Yela, berkongsi kegembiraan dengan kawan2 lain sambil menjamu nasi dagang. Masyaallah, baunya tu amat menusuk hidung. Yela, kalau tukang masaknya import dari Kelantan, pro lagi tu konfem sedap menunya. Jadi, Nani pasrah jela bila kawan tu hidang nasi dagang. 

Jadi, Nani bagitahu kawan tu Nani puasa hari ni. Kemudian, dia cakap "Ramai yang puasa hari ni. Yela, 1 Rejab kan..."  Eh? Hari ni ke semalam 1 Rejab ni? Terus konfius lagi. Jadinya, Nani google internet rupanya hari ni, 22 Mei 2012M bersamaan 1 Rejab 1433H. Ya Allah...Rasa bersyukur sangat2 sebab sempat juga berpuasa 1 Rejab... Orang dah hidang nasi dagang ni terus macam buat2 tak nampak dah. Memang tak menyesal la puasa hari ni.

Oleh kerana Nani puasa, makanya dia tapaukan 1 bekas nasi dagang untuk Nani. MasyaAllah...Rasa terharu sangat2..Walaupun on diet yang tak berapa nak konsisten dah sekarang ni Nani terima nasi dagang ni dengan hati yang terbuka dan penuh syukur (sebab banyak respons dari orang lain cakap nasi ni sedap!) kuikuikui.... Alhamdulillah....Terima kasih buat Ummi Thaqif kerana belanja Nani menu berbuka puasa nasi dagang hari ni. Semoga Ummi Thaqif, Nenek Thaqif dan baby Thaqif selamat dalam perjalanan pulang ke kampung hari Khamis nanti....

Ada udang sekor! Memang feveret Nani makan nasi dagang lauk udang. Terima kasih banyak2...Jam menunjukkan 6.17 petang. Dah masuk waktu berbuka daerah Sandakan, Bukit Garam...

Bismillah......

11 comments:

tun_telani said...

Selamat berbuka puasa nani.. nasi dagang pun ada lauk udang rupa2nya.. tun ingat kat kelantan ada lauk ikan atau ayam je. ganu mmg dah sah2 lauk gulai ikan tongkol. terliur pulak nengok, nmpk gaya mmg akan ada buka puasa nasi dagang jugak esok ni ;)

Yana Shaiful said...

Jrg2 dpt mkn nasi dagang lauk gulai udang kan..bestnya..udang besar pulok tu hihii.. xleh tgk lama2..kepala batas pkl 7.27 br maghrib..ari ni k.yana pun xmsk..en.suami nk bungkus kat luar jer.. bini dia rs xlarat nk msk dapur dh hihii..selamat berbuka nani ^_^

MulutPayau said...

selamat berbuka puasa ya dik...akak pun tengah mnggu utk berbuka ni...
Fuhhhh...nasi dagang tu mmng mnggoda betul....tak pe. esok boleh sambung diet semula...

quinnie said...

mak ai sedapnya....mesti dah selamat berbuka ni....hehehhe..kita ingat nak puasa jugak...tapi tak sihat ni...kena makan ubat..kalau tak batuk teruk sgt....Insyaallah kalau diberi kesihatan nak puasa jugak...:)

ainnoraini said...

Kakain pun pose jugak hari ini dan semalam...
Asyik berbuka minum air bandung jerr..

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, alhamdulillah dah nak jadi rezeki nani dapat puasa sunat rejab n dapat pulak nasi dagang tu. Akk belum sempat posa lagi ni, insyallah esok nak juga posa. Bila nani blk kampung

Mama Ann said...

Habis la diet nani...sedap pulak tu..

Acik Erna said...

alhamdulillah..syukur dapat berpuasa..dan insyaallah masa nani untuk kembali ke semenanjung akan tiba jua..

Madi @ Aed said...

wah..meriahnye ns dagang..aku x pernoh mkn ns dagang lauk udang..siyes!

ila ni said...

sama la kita kak nani, tapi ila terbalik - ingtkan isnin tu yg 1 rejab. gara2 tgk status adik senior kita hahahahah

zila norazila said...

sedapnya..dah malam2 tengok rasa terliur pulak..:)