kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, September 23, 2012

Alhamdulillah...Kesibukan Yang Dinanti...

Assalamualaikum....Salam Bahagia..

Alhamdulillah dalam kesibukan yang melanda sehingga tekanan darah pun merudum jadi 94/73, sebenarnya ada banyak cerita gembira di sebaliknya... Dengan cerita gembira itulah yang mengubat hati yang lara ini... Alhamdulillah hidup pun kembali stabil sekarang. Kalau dulu agaknya boleh isytihar kemurungan la kot. Tapi seperti yang dijanjikan, Allah tidak akan menguji hambaNya kalau dia tidak mampu menghadapi ujian tersebut. Mungkin Nani insan terpilih untuk diuji macam tu. Apa kisah di sebaliknya tu biarlah terkubur di situ sahaja. Yang penting sekarang Nani rasa sangat bahagia dengan insan2 kesayangan di sekeliling yang sentiasa memberi sokongan.

Kalau kawan2 ada add Nani di FB, mungkin ramai yang dah tahu Nani dah selamat bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tak sampai 2 bulan pun lagi. Orang kata tak perlu nak hebahkan kalau setakat bertunang tu. Kalau dah kahwin baru perlu hebahkan. Tapi memang kami tidak mahu bertunang lama2. Jadi, cukuplah sekadar 2 bulan lebih bertunang kemudian terus decide nak kahwin. Cukup duit ke tak tu memang belakang kira sebab buat keputusan dalam jangka masa yang tak dijangka. Jadi, majlis bertunang pun biasa2 je. Takde mini pelamin indah bagai. Memang serba sederhana...Alhamdulillah majlis pun berjalan dengan baik.. Majlis kenduri kahwin nanti pun memang seperti majlis bertunang juga. Takde pelamin angan bagai. Akan menjadi serba sederhana yang mungkin. Inyaallah...Itu yang kami harapkan. Tak perlu nak meriah sampai membazir duit. Cukup sekadar mengajak kawan2 datang untuk memeriahkan majlis. 

Untuk setakat ini, gambar ni je yang mampu mentafsirkan betapa gembira dan bersyukurnya Nani dengan apa yang diberi...Siapakah MR.GOOGLE yang selalu disebut2 itu tunggu lagi 52 hari baru boleh tayang di sini...Huhuh...
mekap oleh kak ipar je. serba sederhana....

keluarga yang banyak membantu sehingga majlis selesai...Terima kasih semua...

Doakan semuanya yang terbaik untuk kami sekeluarga....

18 comments:

dZana said...

tahniah akk ucapkan.. smga dipermudahkan perjalanan menuju hari bahagia.. amin.

Cheq Sue said...

sekalung tahniah untuk nani... cheq sue aje ye yang tertinggal berita gembira ni... moga di permudahkan segala urusan *_*

Cik Kamoo said...

Alhamdulillah... Tahniah Nani....seronoknya! Akk tumpang gembira. Semoga cepat ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat hendakNya

sury_masury said...

Tahniah nani..dan selamt di ijabkabul kn nnti lh yer....semoga bahagia hgga akhir hayat..:-)
(Pssst...x tau pulak ade fb...add lh kite nnti yer...:-))

Mama Ann said...

Alhamdulillah Nani..Syukur pada tuhan...Lama mama tak dengar berita dari Nani..Tup ..tup..dah bertunang..Siapa lah jejaka yang bertuah itu ya..Apa2 pun Mama doakan yang terbaik untuk Nani..Selamat bertunang...

Bicara Kak Noor said...

wah tahniah Nanie dari akak ya 52 hari tak lama lagi tu pejam celik sudah sampai masa nya mesti berdebar2 kan maklum nk jadi raja sehari lah katakan,,

kasihredha said...

tahniah nani
akak pun tupe gembira

Rohah said...

Mabruk Nani..selamat menempuh fasa ini dengan berkatNya..

Syima Emi said...

nani... tahniah babe.. aku doakan semuanya berjalan lancar.. aku nk g sgt kenduri mu tapi tgk la kalo balik kg, bolehla g..

Mamasya said...

Tahniah Nani.slmt bertunang. moga majlis kenduri Nani nanti berjalan lancar spt yg dirancang..

rahel said...

Tahniah NAni..selamat bertunang....semoga semuanya berjalan lancar...

ijayuji said...

Salam nani! Tahniaaahhhhhh!!! moga kekal selamanya insyaAllah! owh! sgt misteri itu mr google hihihi...

Mieza said...

Tahniah nani...selamat bertunang..semoga kekal jodohnya..amin :)

EmbunRosaliza said...

ASsalam nani, tahniah dari akk dan selamat bertunang, x lama lagi tu 52 hari, tumpang genbira dgn berita ini, semoga segalanya berjalan lancar seperti yg di rancangkan ya insyallah

nOOrsha said...

Salam dik nani..alhmduliklah..tahniah dr akk sekeluarga krn bakal mndirikn masjid..comey n manis je nani...smg berbahagia dik:-)...

WawaYuni said...

tahniah nen..frust xleh g!

NEKCIK said...

Tahnian Nani...Nekcik doakan agar Nani bahagia bersama insan tersayang sehinga ke akhir hayat...Elok majlis yang sederhana..semuga lebih diberkati..insyaallah

eira eixora said...

tahniah kak nani. tak sabar nak tengok mr.google tu =)