kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, June 15, 2012

Kek Coklat Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum... Selamat petang...

Serius sangat penat hari ni... Nak bercerita panjang2 pun masih lagi terasa penatnya. Selama 2 hari berkursus (8.00am-12.00pm) kemudian petangnya masuk kerja seperti biasa. Jadinya, keluar jam 8 pagi, balik jam 6 petang. Dah macam ofis hour pulak. Tapi kalau orang kerja pejabat mungkin ada masa2 nak rehatnya. Buat kerja pun ikut mana yang urgent dulu. Tapi kita yang cikgu ni kena masuk kelas ikut jadual yang ditetapkan. Dah namanya masuk kelas, kenalah mengajar. Takkan nak buat kerja menaip kot. Jauh sekali la nak update blog, BW, FB bagai.

Kena pulak hari ni masuk kerja jam 1.40 petang pastu terus masuk kelas. Dah keluar kelas tu masih lagi ada budak2 datang nak jumpa, sampailah jam 5 lebih! Bayangkan jela macam mana langsung takde masa nak rehat2, nak makan@minum. Itu pun masih lagi ada budak datang nak jumpa. Cikgunya pulak terpaksa menolak sebab dah tak larat sangat2. Selalunya kalau ada kursus, kita dah tak payah datang kerja. Tapi mengenangkan kerja menimbun yang tak pandai surut, makanya gagahkan diri la jugak.

Balik rumah, tengok bilik dah macam tongkang pecah! Kertas2 bertaburan di sana sini. Aiyyoooo! Pening pala jap. Belum lagi tengok kain baju kotor yang belum basuh, baju kerja yang belum tergosok, bilik dengan berhabuk lagi...Huhuh.... Esok2 jela setelkan semua tu. Kali ni nak tunjuk kek coklat lapis cream cheese yang telah dibuat pada bulan lepas. Hohoh...Lama tuh! Tiba2 baru terperasan ada draft yang belum lagi publish. Tak larat dah nak taip panjang2, tengok sendiri jela ye.  

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
resepi : kak Yatie
sumber : kak Izah Daut

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum
*1 sk esen vanila

Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese bersama dengan gula.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum dan esen vanila.
  3. Kacau sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-cara :
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....
Sedap keknya. Cuma tak berapa cantik pulak tekstur. Ada banyak lubang2. Agaknya nak kena hentak2 dulu adunan biar keluar segala udara tu. Apapun, terima kasih kepada kak yatie dan kak izah. fuhhhh....tak larat dah....rasa nak rebah dah ni. Ok, nanti Nani BW ke rumah kawan2 esok pagi jela ye... Mata ni dah jadi macam mata garfield dah...

Wassalam....

8 comments:

ainnoraini said...

Nani ni...kejam bangat tau tayang-tayang pulak benda tuuu..
Mana la kakain nk carik malam2 mcm ni...dah terasa nak mkn kek la pulak nii...

Selamat malam nani...

tun_telani said...

wah.. kak tun yg mendengar pun terasa penatnya.. mlm2 blk sure collaps xleh nk buat apa..
pernah buat kek ni.. tp kek coklat dia guna resepi lain =)

FnF Simple Life said...

hmmm...terbayang kesedapan nya

Bicara Kak Noor said...

dah telan air liur ni Nani tengok cheese tu aduyaiiiii sabo je lah

Amie said...

he he he Nani, teringat ada satu entry Nani tentang segala urusan rumah yang boleh membantu membakar kalori, apakan daya kalau badan dah letihkan Nani, kak Amie pun hari ini letih semacam, seminggu ni tak putus-putus dengan mesyuarat, laporan itu ini ke PPD...hadoiiii terlupa kat kek coklat kukus alamak ada cream cheese lagi tu! Kek beginilah yang Kak Amie suka, kalau makan tak ingat dunia sampai sebu perut!

Wani said...

assalam nani .. dah beberapa kali cuba nak comment kat sini selalu x blh huhu .. terima kasih ya nani masih teringat dekat kat wani ya... batuk ni pun blh tahan sikit lagi .... alahai kasihan nani .. rest banyak2 ya nani otak pun kena rest jugak...kalau kak wani di tempat nani pikir benda sama jugak .. kalau tengok rumah kuca lana lagi adoi ya Allah sakit mata hihihi... tengok kat resepi ni dah ramai orang cuba buat tapi kak wani tak pernah nak cuba lagi... lebih2 lagi ada cheese tu ..

MulutPayau said...

alahai dik nani....memng terliur betul akak tengok kek tu....

lurvely hiijab said...

jom singgah blog sy... sy menjual tudung yg gojes masa kini.. tq for support ­