kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, July 3, 2011

Serunding Bilis

Assalamualaikum...Selamat petang...

Lambat betol bersiaran petang ni. Padahal tak pergi mana2 pon. Duduk2 di rumah je. Since stok cili kisar dah nak habis, jadi saya pon sibuk2 la mengisar cili kering + bawang putih + bawang besar tadi. Sambil2 tu tengok ikan bilis banyak lagi. Terfikir jugak nk buat serunding ikan bilis. Ala, menu biase2 je. Kirenye pasni senang la keje.. Kalau agak2 macam malas nk masak tu kan, buat aje bubur nasi ke, pastu makan dengan serunding ni. Kalo tak pon ada roti ke, cicah aje. Ha...kalau digoreng kering, memang boleh tahan lama..Resepi ni saya dapat daripada seorang kawan masa belajar di UPM dulu. Dia pernah bawa, jadi saya tanya2 jela macam mana nak buat. So, ingat2 lupa jela. Takpe, masing2 dah terer buat sambal dah kan? Ni sebagai panduan untuk sesiapa yang belum nampak lagi gambaran serunding ni macam mana.

SERUNDING BILIS
resepi : Nuwairani

Bahan :
1 cawan ikan bilis (basuh dan tos)
15-20 tangkai cili kering *
6-8 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
sedikit air asam jawa
garam
gula
1/2 cawan minyak masak

cara :

  1. Kisar bahan * sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar * tadi sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula (warna cili akan jadi merah pekat) -ini memang petua daripada mak saya macam mana nak dapatkan sambal yang cantik dan garing.
  3. Setelah cili dah garing, baru masukkan air asam jawa.
  4. Kisar ikan bilis sehingga hancur juga baru dimasukkan ke dalam bahan tumisan tadi.
  5. Goreng sehingga betul2 kering dan perasakan dengan garam. -hati2 kerana setengah ikan bilis sudah cukup masin. Terpulang kepada citarasa masing2.
  6. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Kalau mahu keselamatan lebih terjamin, boleh simpan dalam fridge.
 
close up

p/s : tengah tunggu doh mengembang. hihih...tak sabar nk makan dengan homemade roti..

12 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum nani..
wah menarik sekali nie.. akak x perna lg makan serunding bilis.. ermm.. ianya seakan2 sambal kering bilis yer nani? nampak sedap..

ady said...

as-salam
wahhh...kat sini ada serunding bilis..npk gaya sedap serunding ni...

IXORAROXI said...

wah!ni dah kira senang ni dah ada ready stock for meal eikkk Nuni :D

nonierahman said...

senang rupanya buat serunding ni yer..boleh try buat lepas nie..mcm nak buat popia simpul tok raya nanti :)

nuwairani ismail said...

kak diana : ye, lebih kurang la. cuma bilisnya kite kisar sampai hancur. senang nk buat inti pau ke, inti roti goreng ke, makan ngan bubur ke. heheh

nuwairani ismail said...

w'salam ady...sedap ke tak bergantung kepada kesedapan sambalnya la..saya ni pun bukan expert jugak buat sambal.

nuwairani ismail said...

kak ixora : menu utk anak dara yg pemalas. heheh...senang nk makan kak..pasni beli roti aje...heheh

nuwairani ismail said...

kak nonie : iye...ini memang boleh buat popia simpul. dengan syarat betul2 kering la ye.

Cheq Sue said...

cheq sue tak suka sgt serunding2 nih... beli pun kadang2... cuma time nak buat popia tu baru beli... tapi pernah jugak buat serunding kelapa... :)

Zaliedana said...

Assalam nani,uii nmpak sedap,nak2 lak wat inti lam roti kan..Nanti bakaq lbh cikit antaq pg 2 3 ketui na..

nuwairani ismail said...

cheqsue : serunding ni amat sesuai utk org yg sibuk mcm sy, xde masa nk masak selalu. sedap ke tak, blkg kira dah. heheh

nuwairani ismail said...

kak zal : serundingnya banyak aje..tang roti tu tak jamin la. takot nanti dapat penuh kulat cendawan pulak ye. heheh