kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, May 2, 2012

Menu Diet~Sup Ayam Ala Utara

Assalamualaikum... Salam sejahtera....

Hari ni Nani lambat sikit bersiaran sebab tak sempat nak online pagi2 (ada org kesah ke?) huhuh... Bukan apa, dek kerana tidak dapat menahan air liur menitik2 dari skrin komputer ini tatkala melihat Kak Tun Telani menayangkan Sup Ayam Ala Utara sambil tersengih2 semalam... Sebenarnya Nani berniat nak buat Sup Ayam Hadnyai macam yang Kak Q tayang tu. Sebelum ni memang dah terpikat dengan sup yang Kak Ika buat. Tapi, Nani terlupa nak beli beberapa jenis lagi bahan untuk buat sup ni. Makanya terpaksalah ubah plan kepada Sup Ala Utara ni.
Sesungguhnya, Sup Ala Utara ini tidak kurang juga hebatnya. Nani buat tidak banyak pun sebab suka dengan rasa rempah yang pekat. Jadi, Nani potong-potong 2 ketul ayam di bahagian atas paha tu supaya isi ayam lebih cepat empuk. Sambil2 mereneh sup ni Nani kemas rumah macam biasa. Apabila sudah siap mengemas, Nani pun menikmati sup ayam ni 2 mangkuk sekali gus sebagai breakfast + lunch pada hari ini. Sungguh sedappppp! Sebelum ni kalau buat sup Nani tak pernah pula tambah serai. Tapi resepi ni ada taruk serai. Aroma segala rempah2 tu memang mengasyikkan sehingga Nani tak sempat nak update blog pagi2. Pulun duk hirup kuah sambil kesat2 air mata sebab tergigit cili padi. Huhuh...

Jadinya, dapat makan 2 mangkuk sup ayam ni pun sudah buat Nani cukup kenyang pada tengah hari tadi. Untuk dinner ni kena masak menu lain pulak. Esok baru Nani update menu tu. TUNGGGUUUUUU!


Sup Ayam ala Utara
Resepi Asal : Kak Malida
Sumber : Kak Madihaa,  kak ika, kak Q
Sumber : Kak tun telani

Bahan2 utk sup :
1/2 kilo ayam- potong2
Minyak (kalu guna cara menumis) - tun & nani  tumis
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumbuk kasar) - tun & nani tumbuk kasar
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih

Bahan Kisar : - tun & nani tumbuk
1 labu bawang besar -nani guna bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar
1 batang serai - dititik
1/2 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes -nani guna kiub punjut knorr
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga ayam empuk)
garam
serbuk lada hitam secukupnya
*bahan Nani tambah
1 biji kentang -potong kecil2
1/3 batang carrot - potong panjang2
bawang goreng
limau kasturi
cili potong

Cara2 :
  1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
  2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
  3. Masukkan ayam. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
  4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..
  5. Dah siap. boleh tabur dgn daun sup dan bawang goreng ^^
Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan ) -walaupun cara ini lebih menyihatkan, Nani tetap juga tumis dulu (guna minyak jagung) sebab aromanya akan lebih terserlah kalau rempah tu ditumis. 
Kalau buat sup, Nani memang suka buat bawang goreng sendiri. Kemudian minyak tu diguna semula untuk menumis rempah. Kalau dihidangkan pula, Nani suka masukkan cili padi potong + asam limau. Memang superb la! Terima kasih kepada semua yang telah kongsikan resepi ini Sesungguhnya, jasamu dikenang. Heheh..

14 comments:

Cheq Sue said...

kita mark je semalam, tapi hari ni pi taklimat malam baru sampai rumah dah xde mood nak masak

kasihredha said...

bawang goreng sendiri barulah best
kalau yg beli x sedap..
menu sihat ni

Cendana Kasih said...

sedapnyer sup ayam berempah cenggini....kalo kita celur bihun/kuetiau sikit...pergh...mcm sup meletop/fulamak sup !! hehehe

zila norazila said...

salam nani
kecur tau.kita suka sup utara nie..melelh air liur nengok:)

quinnie said...

aduii nani...kita sebenarnya nak diet jugak minggu ni..tapi sehari pun tak dpt lagi ni..hahahha..adusss..hancus diet minggu ni..huhuhu

sedapnya sup..makan dia je pun dah sedap..tak yah nasi pun kenyang kan..:)

sekadar satu coretan said...

Nnt kakain nk buat la sup mcm ni..
Mkn mcm tu jer sedapkan..

tun_telani said...

salam nani......... rajinnyer wat bawang goreng sendiri. akak guna yg beli je. hihi.. mmg sedap sup nih, terasa rempah dia. dpt cili padi byk2 tu lagi kick kan.

Wani Sukarno said...

salam nani .. tengok nani tayang sup ni teringat rasa dah lama sangat tak makan sup ayam guna serbuk rempah adabi..hihi ..teringat dulu sedap makan sup yang kuah dia nampak ala2 pekat sikit .. cam nak try la ni ..opps teringat ayam dah tak dak... habis stok heheh

Unknown said...

nani, sedapnya akak tgk sup ni...lama akak tak masak sup.kalau musim sejuk beku kat sini memang menu sup la yg akak suka sebab rasa panas jer bdn ni bila dpt hirup sup panasx2 tu tapi sekrng cuaca dah panas kurang dah nk masak sup.

ijayuji said...

Salam nani! akak mmg antu sup lah :D mmg tak jemu nak menghirup sup dia yg pedas2 pastu panas2 mmg best makan sup ehehe.. nasi mmg tak yah tgk dok sibuk menghirup kuah kenyang kuah hihihi...

rahel said...

Cik Nani..kalau jumpa sup begini memang gue bole mkn nasi byk2..suka sangat..terbaek..

Mieza said...

nani..dah lama tak makan sup ayam..anak akak yg no 2 mmg suka sup ayam tp encik hasben tk syuka..tu yg jarang buat..akak bedal je semua hahhaa..sup siap mmg sedap..masam2 pedas2..kalau time demam dapat hirup perghhh nikmat!

Yana Shaiful said...

sedapppnya sup ayam..feveret sgt..k.yana suka mkn sup ayam pastu letak jer nasi terus dlm tu.. perah asam limau & letak cili api..sedapnyaa ^_^

Acik Erna said...

kali ni.aiur liur acik pulak yang menitik ni..nampak sedap betul sup ayam tu.harus dicuba cuti nanti ni