kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, May 6, 2012

Pau Mawar Citarasawan

Assalamualaikum....Selamat malam...Sebelum Nani berehat selama seminggu dalam dunia blogging ni, ingin Nani kongsikan satu resepi pau yang sangat best dan sangat cantik!!! (walaupun sendiri buat tak berapa cantik) wuwuwuwu....Sebelum ni dah lama terliur tengok kawan2 lain buat. Tapi dek kerana masih dalam tempoh berdiet, Nani batalkan dulu niat itu untuk sementara waktu. Kebetulan minggu ni Nani ke rumah kawan di Sandakan (Afwani & Fara), jadi Nani cuba buat pau resepi Kak Wan ni untuk kawan2 ni bawa bekal ke sekolah esok harinya. 

Semalam kami buat Pau Mentega, masih ada lagi baki 4 ketul. Memandangkan mereka mengajar di sekolah cina, jadi susah nak dapatkan makanan yang kena di hati mereka. Paham2 jela kalau sekolah cina ni, tender kantin pun mesti kaum mereka juga. Jadi, lebih baik kalau dapat bawa bekal sendiri ke sekolah. Nani yang mengajar di sekolah melayu kampung pun siap bawa bekal juga ke sekolah. Kalau makan makanan yang dijual di kantin ni rasa macam tak puas pula. 

Sepatutnya warna asal pau ni adalah UNGU, tapi di rumah kawan ni hanya ada warna hijau je. Makanya mawar yang kami buat ni ibarat seperti bunga yang masih belum masak. Ada ke bunga yang masak? Hmm...Macam buah yang putik la senang cerita. Resepi Kak Wan ni memang best. Lembut aje paunya. Bahan2 pun mudah. Nani guna inti kacang hitam yang readymade kemudian buat bentuk bulat2. Pasni nak buat warna merah/pink pula.

 Pau Mawar Keledek
Resepi : citarasawan@myresepi.com
Olahan : nuwairaniismail.blogspot.com

Bahan-bahan ( 15 biji ) :

250gm tepung pau -nani guna tepung gandum biasa
1 1/2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula kaster
1/2 sudu teh garam -nani letak secubit je
1 sudu besar shortening -nani guna marjerin
sedikit pewarna
150ml air
150g keledek (rebus dan lecek ketika masih panas)

Inti :
150gm keledek ungu lecek (rebus dan lecek ketika masih panas) -nani guna inti kacang hitam segera
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar air

Cara-cara :
  1. Inti : Masak gula dan air hingga larut, masukkan keledek lecek dan kacau hingga rata. Sejukkan dan gentel bulat-bulat. Ketepikan
  2. Doh Pau : Kisar ubi keledek, garam dan air hingga halus dan ketepikan.
  3. Satukan tepung, susu tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk pengadun. Masukkan keledek kisar dan uli hingga bergaul rata. Masukkan shortening dan uli dengan paddle/tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Timbang doh seberat 50gm setiap satu. -nani agak2 je buat bulat sampai dapat 13 ketul. Lain kali kena buat 14 ketul supaya nampak cantik.
  5. Canai doh bulat dia 10cm. Masukkan inti di tengahnya. Kemudian potong tepinya kepada 6 penjuru
  6. Lipat seperti dalam gambar, biarkan bahagian intinya sedikit terbuka, kemudian lipat bahagian arah berlawanan menutup bahagian tengah inti.
  7. Seterusnya lipat membentuk kelopak mawar pada arah berlawanan seperti dalam gambar, sembunyikan bahagian hujung tepinya di bahagian bawah. Letak pau di atas sekeping kertas atau plastik.
  8. Rehatkan selama 30 minit dengan menutupnya dengan bekas atau kain lembab. Biarkan mengembang.
  9. Panaskan pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.
  10. Inti boleh di ganti dengan inti kacang atau apa saja yang disukai.
Pau yang comel lote ni dak Fara yang buat. Huhuh...Better late than never la kan??? Huhuh...Bersungguh-sungguh dia makan pau malam ni. Sedap katanya. Tapi tak pulak dia nak makan yang dia buat ni. Tak cantik katanya. 

Yang ni pun dia tak nak makan jugak. Aishhh!

Nani akan bercuti dari dunia blogging selama 2 minggu. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Insyaallah Nani akan update semula dalam masa seminggu dengan entry yang sangat best! Tak sabar dah rasanya ni. Huhuh....Ok, jaga diri elok2 semua ye.. Kita jumpa lagi seminggu!  

14 comments:

zila norazila said...

salam nani
hijau menawan lg..jgn cuti lama2 tau..h ehhee nnt kitaorg rindu..apa2 pun tc urself..:)

kasihredha said...

nok gi mano pulok?
cepat balik ye
sebelum cuti pass pau ke sini sebiji ye

Mieza said...

nani cayang..my goodness cantik! kak meiza pernah nampak sapa ntah yg wat...mmg cantik dan nampak sedap..lamanya akak tak mengepau...

quinnie said...

wahh rajinnya buat bentuk2..kita buat pau asyik bentuk bulat je..kekekke...bila2 rajin nak cuba jugak satu hari..:)

Cik Puan Kocik said...

rajinnye nani buat pau nie ... cantik laaa

sekadar satu coretan said...

Pau yg menawan dan menyelerakan...
Wahhh...apa lavyg menarik tuu.. Tak sabar nk tau ni...

Unknown said...

huhu....hijau pucuk pisang, bersilau mata ni datang pepagi tengok pau Nuwairani..
nak pegi mana cuti lama2 tu? takpe la, urusan tu selesaikan dulu, lepas tu jgn buat2 lupa update apa yg seronok sgt.....buat akak tertunggu2 je.

tun_telani said...

rose kaler hijau? GM nyer rose kot. hihi... 250g tepung dpt 15bijik pau? nk kata kecik, sebiji 50g tu. hmm.. nape akak kalau 250g ni dpt dlm 10bijik je? huhu.. nway, semalam akak pun wat pau jugak, tp bulat2 je. rajin laa katakan.. hoho.. saje2 perabihkan inti kacang, akak xmakan pun. last2 hasben akak tukang makan, pastu yg lebih frozen dlm peti. senang kalau bekfes atau petang2 xsempat nk masak, defrostkan aje.

Rohah said...

dah menjadi pun pau rose Nani,akak ntah bila..

rahel said...

Rajinnya buat pau rose..agaknya akak je yg tak terbuat pau bentuk rose ni..mesti sedap kan..

madihahmanshor said...

sedapnye!

Mama Ann said...

Cantik pau nani..warna hijau pucuk pisang.Mama nak puji juga nani ni memang rajin..walau duduk bujang tapi rajin memasak..buat kueh pelbagai lagi..syabas...Bagi la pau sebiji...

eppoe said...

coman pau dio.. hahahahaa

MulutPayau said...

comelnya pau ni....kalau dapat barang sebiji dua alangkah gumbiranya...hehehe..